❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 18, 2011

Bila alone alone di bilik.



Bila weekend menjelma, bila diri bersendirian di bilik tanpa roomaate, bila ahli rumah menjadi semakin berkurangan, bila tak dapat pulang ke kampung atau pergi berjimba-jimba di KL, maka, secara automatiknya otak pun mungkin tidak akan berada pada paksi yang betul. Mungkin akan sedikit tergelincir dari paksi lurusnya. ^_^

Segalanya bermula bila diri terasa bosan di jam tengah malam buta. Tiba-tiba terasa sepeti mahu melihat mentry cara lilitan tudung yang baru. Maka di jelajah la wanita kesepian itu ke dalam belog-belog rakan seangkatannya, dan bertemulah lah beliau dengan satu gaya tudung yang sering di stylokan oleh Hana Tajima di sini.

Selepas di Lilit punya lilit sampai tebelit lalu membelit. Maka, jadilah insan sepi itu seperti di bawah ini.




Lepas nie boleh call me MUNA TAJIMA hokeh! MESTI!!!! dan WAJIB!!!! ingat MUNA TAJIMA YERR!!




Kemudian, insan sepi menjadi lagi busan dek kerana semua gaya tudung yang lain tak menarik perhatian hati insan sepi ini bagi di belitkan ke muka. Maka bermulalah beliau mempamerkan daya kreativiti beliau yang di luar jangkaan.


Tiba-tiba mood bollywood datang menerpa!!!



Kajol seround!!!!



Hai kawan-kawan... Hari ini kita akan belajar bagaimana mengenakan tudung "Gaya Lilitan Kuch-kuch Dil To Pagal Hey" ^_^




Tip untuk di gayakan : Pakai ineer yang melekat kat kepala, yang tak melekat tak akan jadi. Cari kerongsang yang panjang dan boleh begoyang tegedik-gedik, kemudian pin kat dekat betul-betul tengah kepala. Siap!!!





Gaya yang kedua!! Sedikit kompius nak bagi nama. Sama ada "Gaya Lilitan Nelayan Moden" sebab shawl yang di belit-belit tu kadang-kadang nampak macam jala ikan jee. Or saya nak letak nama "Gaya Rapunzle di hatiku". Tak kesah laaa. 2-2 boleh pakai kot.




Gaya yang ke tiga!!! "Gaya Lilitan Gadis Taliban". Gaya nie pun sangat lah senang untuk di pakaikan. Cari Shawl hitam. Belit macam biasa dan kemudian, yang lebih-lebih tu tempek kat muka bagi tepalam engkau punya idung. Pinkan dengan kerongsang yang glemer. Baru la engkau yang tak glemer langsung tu nampak meletopp jugak. Nak bagi nampak kesan ala-ala arab lagi, jangan lupa tonyoh eye liner tebai-tebai macam hantu. Siap!!!




Peace No War!!!




Ini pulak mungkin kita boleh namankan "Gaya Lilitan Bunga-bunga Chenta". Untuk pesyen nie kena pakai shawl yang ada bunga 2 ketoi kat ujung shawl tu. Kalau tak, tak jadi. Bagi menampakkan lagi bertudung ala taman, [sekarang bukan wedding je ala taman, engkau pakai shawl pun ada boleh buat ala-ala taman, macam taman bunga bergerak laaa] pergi ke kedai cenderamata dan beli bungan macam aku pegang tu. Tak pun, nanti ada sesapa konvo pesan je kat derang suruh beli bungan cam gitu, besepah kat tepi dewan konvo.




Nie gaya apa pulak yee?? "Gaya lilitan Pengapet yang tersepit?" huhu. Sekarang tiba lah masanya untuk saya menayang semua jenis pengepit yang adaaaa. Beli betimbun-timbun, tapi yang pakainya 2,3 jenis je, yang jadi febret gue jeee. Yang lain semua buat hiasan. Sayang betul. Tu la bila membeli mengikut hawa napsu, macam nie la hasilnye.




Kepet yang atas sekali tu je yang aku selalu pakai. Yang lain, pakai time kat kedia jee. Cuba-cuba, nampak comel terus rembat.



Yang besar-besar gedabak tepi nie semua aku jarang pakai. Mungkin lepas nie boleh ambik buat kepet kain pulan kot. ^_^






Hep, rindu tak wajah saya dengan tudung jenis ini????? ^_^ Dah lama aku tak pakai tudung bawal. Sangat-sangat lamaaaa. Sem lepas ada la 2, 3 kali pakai. Lepas tu stoppp.




Dan aher sekali, jemput makan pisangggggg. Supper i malam nie Pisang Goreng Lazat indah berkrim di gemari Suami Isteri. Esok mesti pergi suping pisang baru nie. Yang ada tinggal 2 bijik je lagiiii. Sedey nyeeee..












PdanS : Mencinyaaaa. Masa terbuang macam tu je semalam. Tah la apa yang di buatnyeeee. Hadoi hadoi hadoi...

4 comments:

Misz Eisya said...

cutela ^^... nnti nk try pula

Misz Eisya said...

cutela ^^... nnti nk try pula

~ diyana nordin ~ said...

moona cyg gilerr ;) windu kamu

BEADNEST said...

pandainya bergaya...tp mmg tak dinafikan pun sbb dia lah pencetus fesyen tudung di pejabat semasa dia bt praktikal dulu.....