❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 31, 2011

Love the way YOU Test me.


Hey hey heyyyy. Memandangkan nak bertolak ke gunung senyum pukul 11 nanti, maka masa yang ada macam agak banyak, dan saya seperti tak dak kerja yang perlu di bereskan, yang tinggal ringan-ringan je, maka... jom tulis sesuatu di sini !!! ^_^


Perlu ke penulisan hari ini di sajikan dengan lauk pauk seperti cerita gunung senyum lagi?? Owh.. sangat lah perlu. Sapa tamo baca sila pergi penjuru belah kanan screen, kat belah atas ada butang X. Tekan saja pangkah situ. Tataaa.


Okeh Hal 1. Aktiviti yang saya bersama 4 orang lagi kawan handel nie merupakan satu aktiviti dalam satu subject pengurusan kokurikul yang tak ada kuliah langsung, tak ada kuiz, tak ada test, tak ada assignment, tapi kena handel satu program kokurikulum. Dan yang ajaibnya jugak, bila Jadual Final exam keluar, ada tersenarai sekali subject nie. Wow! Dia nak tanya apa nanti?? sebab kami-kami memang tak belajar apa pun dalam subject nie.

Subject nie paling serabut antara yang serabut, saya penah cerita hal-hal subject nie satu masa dulu kat SINI. Jemput ketik. Dalam tu saya agak mencaci maki jugak la itu ini. Tapi sekarang lepas macam-macam berlaku, baru saya perasan, dan baru saya sedar. yang paling kita serabut, yang paling kita tak suka, yang tu la yang akan bagi kemanisan sangat-sangat kat kita. Macam program Fasi hari tuh, mula-mula memang mencaci maki kami satu kelas, tiba-tiba disuruh buat kerja yang tak ada kaitan dengan subjek, kena cari sponser sendiri, pergi sendiri, buat modul sendiri, pendek kata semuanya sendiri laaaa. Semua orang stress minggu tuh.

Tapi bila dah pergi sana, handle program tuh, Ya Allah, tatau nak cakap, enjoy sangat-sangat. Memang buat saya tersenyum sampai beberapa hari. Terus tu masuk dalam diary jadi kenangan indah waktu study sini. Err.. Ada diari ke?? Blog huduh ada laa.

Macam program gunung senyum nie. Di awalnya memang kami bermati-matian mintak dengan lecture nak cancelkan je program nie dan buat yang lebih mudah. Tapi dia tak nak. Dia cakap, dia nak ada satu kumpulan yang buat program yang boleh keluar dari Parit Raja nie. So, terpaksa lah akur. Nur redha abang...

Mula-mula nak settle kan hal-hal surat menyurat, memang sangat complicated, complicated dengan staff kat fakulti. Macam-macam masalah. Sampai terbawak ke pihak atas, last kali nasib baik boleh settle.

Lepastu hal Peserta, memang target nak jak orang luar dan budak sekolah. Tapi sebab benda nie, last minit punya kerja, last sekali jadi budak kelas je pergi. Tak mengapa, lagi senang nak handle, lagi tak mengserabutkkan otak.

Di sebabkan nak kelulusan cepat untuk kertas kerja nie, jadi kami tak mintak la sponser, just mintak duit dari peserta jee dan nak cari sponser dari luar. Alhamdulillah sangat-sangat sebab Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani mempermudahkan segala urusan kami untuk semua hal. Niat hati nak cari duit je untuk topup apa yang tak cukup, tapi dapat 9 hamper dan duit yang tak tersangka-sangka banyaknya. Tak de la sampai beribu riban, tapi cukup la untuk beli barang-barang keperluan. Bersyukur sangat-sangat dengan keajaiban yang tuhan bagi. Dari hal-hal macam nie la, saya jadi lebih positif dan meyakinkan saya dengan satu ayat ini.

"Kadang kadang Allah sembunyikan kita matahari, dan Allah berikan kita hujan dan kilat. Kita tertanya-tanya kemanakah perginya matahari, rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi. "

It's true dear. ^_^ Lepas nie jangan mengeluh dengan kesusahan yang tuhan bagi, ujian yang tuhan beri sebab lepas habis je semua dugaan-dugaan tuh, ada kemanisan yang tersangan indah untuk kita. Terus lupa segala pahit dan perit itu.

Saya tak tahu perjalanan program nie akan jadi sesmooth yang di rancang kan atau tidak, tapi berharap sangat untuk boleh jadi yang terbaik sebab kami 4 orang dah buat yang sehabis mungkin, sampai nak deman-deman. Sampai macam dah lama tak bergaul dengan housemate sebab siang memang tak lekat kat rumah urus itu ini, malam, balik rumah je nampak katil. So, bila nak sembang menyembang sambil tengok tivi. Memang tak ada masa-masa indah tuh.

Okeh. Saya nak kemaskan barang sikit lagi. Jadi sampai di sini dulu yer. Doakan saya dan kawan-kawan baik-baik saja. Nanti balik, i hidangkan u oll cerita-cerita kat sana pulak. Tata. Lebiuuuu.. Mishhyouuu...









Hari letih sedunia.



Esok hari kemuncak sudah tiba.. chechewah. Macam nak jadi Raja sehari la pulloks. Kehkeh. Bukan kemuncak sangat pun. Cuma, apa yang di penat lelahkan selama satu sem nie akan di realisasikan.

So, esok jam 11 pagi akan bergerak pergi Gunung Senyum. Ow-Yeayy!! Actually dah penah pergi dah pun Gunung Senyum tuh, tahun 2007 kot tak salah aku. Tak hengat dah. Tapi sangat sangat sangat besttttttt.

Hurm. Penat laaa. Baru balik settle kan kerja-kerja terahir hari nie. Start lepas subuh, sampai sekarang. Awat laa tak menggilakan. Kalah buruh kat site. Hari nie Ke hulu ke hilir, beli nu beli nie. Ambik khemah, ambik Projecter, amek camera, and macam-macam lagi yang tak perlu di senaraikan. Dan semua-semua tu cuma ada 4 bijik kepala sahaja yang boleh di gukanakan untuk memeikirkan hal-hal rumit yang timbul. Dan jugak hanya ada 4 buah badan je yang boleh di kerahkan buat itu ini.

Esok pagi-pagi pun kena ke Induk lagi, ada lagi barang yang belum di ambik. Hadoi.

Oke lah. Tak boleh tulis panjang-panjang. Masa yang terluang boleh guna untuk berserah pada katil yang satu. Tak nak membazir masa. tata.











PdanS : Malam nie ada meeting dengan penceramah pulloksss. Hadoi hadoi hadoi hadoi. Packing barang belum lagi nie...

Wednesday, March 30, 2011

Kesibukkan tahap Bini PM.


Hep kamu. Dah banyak hari saya tidak menulis sesustu di sini kan. Diri sangat-sangat-sangat-sangat-sangattttttttttttttttttttttt di landa kesibukkan yang terlampau. Macam-macam hal. Semua nie untuk Program Gunung Senyum. Esok dah nak bertolak. So, hari nie kena bereskan semuanya. Nasib baik kelas tak ada dari hari Rabu sampai ke Jumaat. So, bolehla buat kerja Gunung Senyum jee.

PS dah lama lupakan. Tunggu lepas balik dari gunung senyum laa, baru fikir apa yang nak kena buat lagi, even dari gosip-gosip yang di dengari kena antar report minggu depan dan kena viva next week lepas tu. Errrrrrrrrrr. Takpa lah. Nanti pulun berhabis-habisan untuk hal-hal PS pulak.

Okeh-okeh. Tak boleh tulis panjang-panjang, nak edit bunting pulak, nak pergi print lagi, nak settlekan pasal hadiah, nak pergi kompem bas, nak pergi amek surat dengan fakulti, nak pergi ambik khemah dengan Palapis, dan baaaaaaaaaaaanyak lagi kerja. Tata









PdanS : Hep. Enjoy the silence?

Sunday, March 27, 2011

It hard to breath.



Hep hep dan hep anda-anda. Hati merasa sungguh tak best sekarang nie. Tak tahu mengapa. Selalu fikir yang tak baik tak baik saja. Cepat la masa berlalu supaya dapat saya bawak diri ini ke pangkuan Che Sayang dan Haji Ismail. Saya tak suka la hidup yang sekarang nie. Tertalu padat dan sendat. Kadang-kadang buat nafas pun tersekat. Minggu nie dan minggu depan akan jadi minggu yang paling menstress kan dalam sem nie. Percaya laaaaa.

Mata sudah pun mengantuk di kala 10.55 menet malam. Okeh. Update yang sesimple as that. Mau berserah kepada katil Nite!!











PdanS : Tata FB. Tiba-tiba saya jadi benci sama kamu. Selain deactive tak boleh ke delete terus. Hurmmmm. [Sila percaya ayat nie untuk malam nie saja. Lepas tu, bila bangun pagi besok dah boleh abaikan. Or bokbuat macam tak penah baca apa-apa pun penulis sini yang mengatakan saya benci FB. ^_^]

Saturday, March 26, 2011

Magic lagi dan lagi.


Hep. Saya ke udara lagi. Walaupun hari nie udara sangat menyejukkan lalu membekukan, tak mengapa. Dah lama bertekak dengan cuaca. Aset panas je memanjang. Tapi hari nie lain, cuaca sangat comel. Atas arahan Tuan Penciptanya, cuaca dah berbaik dengan saya. Dia dah tak belagak dah. ^_^

Hep, hari nie kita bersiaran langsung dari Library UTHM lagi. Saya dan Library? Seperti sesuatu yang biasa untuk sejak ahir-ahir nie, tapi begitu luar biasa untuk sepanjang 25 tahun saya hidup. Kahkah. Tak pernah-pernah suka pergi library, tapi sekarang nie? Wow!! i heart you library.

Di kesempatan otak dah sedikit jem berkaitan hal-hal PS nie, mari kita rehatkan minda dengan menulis sesuatu di sini dulu ya. ^_^ Tapi tak nak bercakap hal libarary di hati ku, or PS kechintaan ku. Tamo tamo.

Semalam apa cer?? Wow. Sangat memBESTkan sekali hidup saya semalam. Dari petang sampai ke malam dan kemudian bawak ke pagi-pagi buta. hehe. Best tahap mak dan nenek moyang Gaban la gua cakap luuu.

I don't have any experience with paintball game. Tapi semalam telah melakar satu sejarah baru yang perlu di kenang sangat-sangat dan boleh di ceritakan kat anak cucu nie yang nenek dia pernah maen Paintball waktu zaman moda-moda dulu. ^_^

Nak cerita secara excited sekali tak ada gambar pulak yang boleh di jadikan bukti pembelian. Tapi memang best laaaaa.

Mula-mula main memang sangat jujur dan amanah sebab baru kena tembak sekali dah pergi pergi angkat tangan dan mengaku dekat reff tu yang diri kena tembak even reff tu tak perasan yang kita kena tembak. So, terus kena out laa. Sebenarnya sangat takut gilaaa. Tu yang nak cabut awal-awal. Hahaha.


Tapi bila dah 2nd time main, third time, apa gua kisah. Selagi reff tu tak perasan yang diri dah kena tembak, mari kita teruskan perjuangan. Best oooo walaupun aku tak bergerak ke depan dan kemana-mana pun, aset dok menyorok belakang pokok jeee, tapi kebest dia tu tetap terasa bila berjaya shoot pihak lawan.

Waktu main semalam aku tak kena tembak langsung yerr. Kalau engkau tanya tahap kesakitan bila kena bedil dengan peluru dia tu, maap, i tak dapat jawab. Kehkeh. Tapi menurut kawan-kawan yang lain, derang cakap pedih gak laaa.

Lepas berhempas pulas secara berhabis-habisan berlandasakan strategi yang di pasang, ahirnya saya and the geng dapat no 3 dari 5 group. Ok la kan. 1st experince. Lepas tu jate 1 jah dalam group saya. Memang susah la nak kalahkan group tempat ke 2 tuh, yang semua ahli derang adalah jate saja-saja. Group 1st even ada 2 jate saja, tapi kedua-dua tuh sangat hebat dan selalu dah main paintball nie. No wonder laaa time lawan ngan group aku, derang menang. Mana tak nya, baru je reff tu cakap start, dia dah terus lari ke tengah padang dan pegi terkam amek bendera untuk menggame overkan dan istihar group derang menang. Yang kita orang nie baru nak kalut pergi lari kat belakang pokok, mana sempat nak tengok pihak lawan buat apa. Tak terfikir pulak derang akan terus lari pergi amek bendera tuh. Tapi tak best la kalau main guna strategi cam gini, tak samapi 3 second main dan game over. Aku tak sempat lagi nak amek port, dah abeh. Aigooooo.


Okeh. Dan cerita lepas tu pulak. Macam biasa, i kan suka buat magic-magic nie. Petang semalam pun buat lagi. Pukul lapan malam jee... orang lain sibuk nak earth our, aku sibuk mencantikkan diri dan secara tiba-tiba jugak, Tingggggg!!!!! Saya di Danga Bay!!!!

Memang tak plan langsung. Habis je game paintball tu, terus rakan kegemaran ajak keluar, tapi dah malas nak layan Batu Pahat. So, apa lagi. Danga Bay skarang!! Danga Bay sekarang laa..

Lepas sesat sana sini, pukul 10 malam lebih-lebih baru sampai. Lepak danga bay sambil isi perut, tengok orang ramai, kutuk masakan tak sedap, snap 3, 4 keping gambar, lepas tu pergi Uptown Pandan pulak.

Kena bersesat-sesat dulu, baru boleh sampai Uptown Pandan tuh. Dalam pukul 1, 2 pagi jugak laa baru sampai.. Tapi kemeriahan dia macam baru 8 malam. Orang sangat lah ramai. Warga singapore tak payah cerita laa. Memang bersepah. Jalan sana sini, belek itu ini. Lepas tu balik. Sampai rumah jam 3 sengah pagi. Wow!! Menarik kan. Tetiba rasa macam jadi gadis-gadis liar pulak. Kehkeh.

Waktu nak balik tu pun, kita orang sesat lagi. Termasuk highway Senai-Desaru kot. Tu highway baru. Sepanjang 25km perjalanan, dari masuk toll sampai keluar toll memang tak ada kereta langsung yang sama arah ngan kita orang, cuma terserempak dari arah lain lawan je, tu pun 2,3 bijik tak salah aku. Dah la kawasan sekeliling pokok kelapa sawit jahh. Wow. Mengseramkan sungguh. Bila dah kuar toll tu dan masuk Highway Plus balik, dan nampak kereta dah banyak, baru lega sikit.


Seharian berlagha ke sana-sini di kala duit tinggal sekankang kera. Errrr. Tah laaa. Susah sungguh nak say No tu ajakkan kawan-kawan, kalau tak join takut di salah tafsirkan pulak. Tapi memang napsu meronta-ronta suruh join pun. Hehe, Otak je yang selalu menghalang. Jangannnn... Duit tinggal sikit jaah... Okeh, lepas nie buat keputusan pakai otak yee. Pakai napsu bila duitt dah jadi beranak pinak.. ^_^


Okeh. Jom sambung kerja. Tata.







NOTE : Setelah sengah jam mengpublish entry ini, tetiba lihat di FB ada rakan yang telah upload gambar Paintball semalam. Jadi i telah mencurik sekeping dua yang ada muka selekeh i nie sebagai bukti pembelian. Hehe. Selamat mensaksikan.












PdanS : Petang nie, akan ke Batu Pahat pulak demi memenuhi hajat dan ajakan rakan. huhu. Teman jeee. Bukan nak beli apa pun...


Friday, March 25, 2011

Hey, Saya di Library ???


Di hari sabtu??

Di waktu hujung minggu???

Di pagi-pagi buta pulak tuh??

Hey, hey. Ajaibnyaaaaa..

Kahkahkah.

Ajaib tuh. Tak la ajaib sangat.

Bila masa pun dah tak cukup,

Keja masih banyak yang perlu di bereskan.

Terpaksa la memaksa diri jadi seorang yang ajaib.

Membuat magic di setiap hari.

Macam hari-hari lepas..

Tingggg!!!!

"Bertapa di Library dari tengah hari sampai ke 6 petang."

Tinggggg!!!

"Tidor di kala jam 5 pagi demi sesuap PS"

Tingggggg!!!!

"Tidor di jam 6 petang, bagun 10menet untuk magrib dan sambung tidor balik smpai ke jam 10 malam"

Tinggg!!!!

"Eh, saya belum makan nasik lagi hari nie"

Boleh nampak kan, kecelaruan hidup sungguh ketara sejak ahir-ahir ini.

Dan petang nie nak buat magic lagi.

Tinggggg!!!!

"Sedang bermain paintball"

Hik hik.

That why la saya sangat begitu rajin pagi nie.

Dah tahu. Petang dan sampai malam nie mesti tak sentuh langsung hal-hal PS nie..

Tata. Nak buat kerjaaa.





Perhh!! Tinggi nya thesis di sebelah. Dah nak sama tinggi dengan saya. ^_^
Muka = Mood dalam bilik tidur tak hilang lagi. Masih mamai-mamai lagi.















PdanS : Sesuatu yang tidak enak berlaku di kalangan kawan-kawan saya. Namauuu la macam nie. Kawan baik-baik yerrrr. Apa yang penting??? Kerjasamaaaaaa....

Thursday, March 24, 2011

My 1st GIVEAWAY for you!


Hep, anda yang kacak luar dalam dan cantik tepi serta hadapan. Di pagi Isnin yang sejuk nie, saya begitu bermurah hati nak buat My 1st Giveaway to kawan-kawan kat blog and facebook.


So, apa yang saya nak bagi?? Jeng jeng jenggggggg...





Sebuah kad quilling hasil ayer tangan saya.

Rupa bentuk dia macam kat bawah nie.







Saya rasa macam nak frame kan baru cantik. Tapi tengok dulu laa.. Kalau ada masa yang lebih-lebih lagi boleh la nak try buat frame kertas ke. hehe.






Jadi bagaimana untuk dapatkan kad ini???


Sangat mudah, senang dan begitu easy. Tak payah follow, dan kemudian tag ke rakan-rakan yang lain. Owh, sungguh tak perlu.


Just komen di bawah nie....


"Hep Muna Merah, saya sangat-sangat perlukan kad ini sebab......" [nak tulis sampai ke pagi besok pun takpa]


If, tak ada blog, boleh reply kat Facebook.


Tarikh tutup???? Hurmmm. Sampai saya dah jemu tengok kad nie dok teperap atas meja. ^_^


Okeh. Itu saja. Senang-senangkan diri anda untuk join. Hehe.






Cabaran yang tak tercabar pun. Err. Belagaknyaa.



Sebelum perjuangan bermula, mahu menulis sesuatu di sini.

Hey anda. Hari saya cukup mencabar. Tapi tak mengapa, saya tahu, saya boleh laluinya. Kadang-kadang saya pun sangat risau dengan ke positif-an yang tersemat dalam diri. terlalu boleh terima semuanya. Cepat sangat redha. Mudah sangat untuk tenang dan cool-cool saja. Macam mana lah kalau suatu hari, tetiba dapat berita yang sungguh-sungguh sangat tidak baik. Saya tak nak semudah itu terima semuanya. Memang lah ketentuan tuhan. Tapi.. tah laa.. Saya pun tak tahu nak tulis, macam mana yang saya harapkan sebenarnya. Biarlah. Janji saya ok ok saja.


Nasib baik ada terapi menarik di hujung hari. Saya dan gadis kegemaran membawak diri ke saloon, berbuat sesuatu untuk rambut, lantas kepala pun manjadi ringan. Hilang semua masalah yang bersarang. Tapi tak hilang sangat laa. Still ada, cuma boleh di lupakan untuk sesaat dua.


Tadi siang, sehari suntuk berjuang untuk hal-hal Program Gunung Senyum. Di tolak kesana, di suruh ke sini, Dari sini mencadangkan pergi ke sana. Bila di sana, katanya, bukan bidang tugas mereka. Macam-macam hal. Malas saya nak senarai dan ingatkan kembali. Boleh serabut kepala nanti. Biasa lah, pentadbiran mana yang tak ada birokrasi. Semua nie akan saya tempuh nanti bila dah di alam pekerjaan. Semoga saya bijak dalam menghandlekannya.


Sekarang mahu mula perjuangan yang lain pulak. Perjuangan untuk research saya yang bernama Incik PS ku sayang. Minggu lepas berjanji-janjian sama supervisor nak hantar yang telah di baiki minggu ini. Dan cuma tinggal esok sehari saja lagi untuk minggu ini. Tapi saya sekitpun belum sentuh, baiki dan upgrade ke chapter 3. Hadoi. Adakah akan menjadi janji-janji manis mu nanti? Owh, Tidakkkkkk. Akan berusaha untuk di siapkan malam nie. Facebook sudah di deactivekan. Semoga tiada lagi gangguan anasir-anasir jahat untuk saya berkerja keras malam nie.


Okeh. Itu saja untuk 9.56 menet malam ini. Selamat mendengar lagu Right Here Waiting for you.













PdanS : Setiap kali dengar lagu Right Here Waiting for you yang sangat slow motion, sungguh mensentimantelkan, saya rasa, hati saya akan tersenyum dengan begitu panjanggggg sekali. Kenapa ek?? Owh. Jangan cakap lirik itu membawa makna apa-apa. Sungguh saya tidak jiwang untuk mengaitkan lirik dengan perjalanan hidup saya. Kahkahkah. I'm not a romantic type girl !! But it doesn't mean i can't be a romantic wife. ^_^

Wednesday, March 23, 2011

Eh, saya tak penakut laaaa. ^_^



Niat hati malam nie nak settlekan sikit hal hal PS. Tapi apakan daya.. Bila start buat dalam keadaan bilik yang gelap sebab lampu dah tutup bagi memberi laluan kepada roomate yang dah tidur, tiba-tiba dalam hati terus ada takut. Takut yang lebih kepada gangguan jiwa yang tah apa-apa. Padahal memang tak ada apa-apa pun. Semua cerita hantu dari zaman tadika sampai ke mengaji kat universiti engkau nak rewind balik kan. Lepas tu dok buat-buat terkejut macam ada orang tegur engkan kan? Kahkahkah. Alasan yang bersifat tahek sungguh kan. Menulis blog engkau boleh pulak kan. Celah-celah gelap cam gini. Tak takut keee???


Okeh. Mau tidur sebab esok kelas pukul lapan. Tapi sedeh laa sebab tak dapat nak upgrade PS saya malam nie. Hadoi. Time cerah takmo buat. Sibuk nak berFB. Nak dunload lagu nie lagu tu. Sekarang??Hurmmmm.


Sebenarnye mata tidak bersetim-setim lagi. Sangat excited nak buat PS. Tapi perasaan takut tu lebih menghantui jiwa. Apa boleh buat. Nak pergi buat kerja kat ruang depan yang ada lampu dan cahaya sorang-sorang pun macam tak berani. Lebih rela mengarang blog dalam bilik yang berkeadaan gulap gulita hanya berteman kan cahaya screen laptup yang terang la jugak nie, kalo tak terang tak laju la aku dok menaep nie. Hik hik..


Okeh. Itu saja. Eh, ada lagi. Secara tiba-tiba saya macam terInLove sama lagu Right Here Waiting For you by Richard Mark. Suka. Lagu untuk minggu ini ya. Mari dengar sampai muntah. ^_^













PdanS : Okeh. Fine. Bila dah membawak diri dan laptup ke ruang tamu rumah yang sangat terang benderang. Mata jadi mengantuk yang sangat-sangat. Sungguh tahek kan. Jom tidoq!!! Tak payah konon sangat semangat nak settle kan hal PS PS nie. Dah! Dah! Tak payah balakon!! Masok tidoq nuh..


Tuesday, March 22, 2011

Perihal hari ini.


Hep. Tahu kah anda, menunggu isyak sambil menulis blog serta telinga di dendangkan dengan lagu Ronan Keating - When you say nothing at all adalah perkara yang harus di banggakan oleh saya. Tapi tang dengar lagu Ronan Keating tu macam tak perlu kot di banggakan. Kalau dengar orang ngaji quran ok la jugak. Kehkeh. Tapi itulah yang sedang saya perbuatkan. ^_^


Hari nak cakap hal kewangan. Sudah lama kewangan tidak stabil. Hidup hanya bergantung harap pada Che Sayang dan Incik Ismail. Sedeh kan. Di kala umur lanjut-lanjut nie belum dpaat membalas budi kepada mak ayah. Memperabeh kan lagi adaa. Haishhhh..


Tadi petang keluar pergi cari barang-barang untuk diri sendiri. Draw duit secara sikit-sikit takut kalau ambik banyak-banyak kang satu parit raja nie aku nak borong.

Tapi kan, kenapa kadar kelajuan wang yang mengalir lebih laju dari air di air jatuh itu. [Merong mahawangsa panggil ayer jatuh untuk air terjun. kehkeh. Comey sungguh kan. Dah la marcus dia kacak. Ouchh. Kan ku tunggu janda mu Marcus!! ]

Serius weh. Aku dah cuba sedaya upaya control barang-barang yang di ambil. Semua nya yang sangat-sangat important thing saja. Yang ikut napsu, yang ikut kecomelan, yang hati kata nak, tapi otak kata nak buat apa? semua barang-barang nie jeling-jeling jee. Sentuh tak langsung.

Tapi bila dah sampai rumah, bila bukak purse, kenapa mesti ada sapoloh hengget ja tinggai. Uwaaaaa. Sadiss sungguh.

Duit owh duit... Ada banyak pun tak pernah nak cukup.. Ada sikit? Lagi lagiiii la tak cukup. Hurm.

Eh, isyak dah masuk. Nanti sambung balik. sat-sat...




Monday, March 21, 2011

Hai Stress.



Saya rasa sama macam nak stress la. Macam laa. Hahaha. Boleh rasa-rasa pulak kan nak stress nie, ingat macam deman ka? Kahkahkah. Fine!! Tak lucu Muna.

Sebenarnye hari saya kena siapkan proposal untuk PS saya. Dah 3 hari berlagha-lagha di hujung minggu tanpa sikit pun tak menyentuh hal-hal belajar. Jadi hari nie saya bertekad sangat-sangat nak mula buat Chapter 3 and then perbetulkan chater 1 and 2.

Tapi, sungguh sakit hati. Alas bukak je, otak mengelabah nak stress tiba-tiba. Padahal tak start buat apa lagi nie. Baru nak open folder PS. File word pun tak open lagi. Terus kepala jadi sakit, mood bertukar kepada tak cantik. Sapa yang tak sakit hati kan kalau macam nie.

Nak-nak lagi, bila pagi tadi macam excited je bangun awal. Awal?? Awal jugak jugak laa. Ya, memang awal jugak, even 10 menet lebih awal sket dari semalam, sangat patut di banggakan. Kahkahkah. Dah la bangun awal, tapi still sampai sekarang iaitu jam di penjuru laptup menunjukkan 3.47PM, saya masih belum berbuat apa-apa untuk PS saya. Hadoi.

Dah la lagi 3 minggu nak viva. Proposal pulak buleh di katakan lagi 80% tak siap. Ye arr, buat sambil perasan syoq sendiri, bila tunjuk ke Incik Supervisor, hambek kau, ini salah, ini kena tambah, ini patut buang, ini mana bukti nya, ini guna konsep apa? Tenganga jugak aku.

Sekarang aku dah tatau nak buat apa. Bukak FB jadi bosan gila-gila. Baca blog orang macam dah jemu. Nak suruh buat PS tak payah laaa. Kompem aku boleh jadi gila meroyan nanti. Kalau bukan di MOOD itu, memang aku tak boleh paksa-paksa. Akan buang masa jerrr.

Tidur??? errr. dah pening dah kapla aset tidor jahh. Makan? Pisang dah abeh. Kalau tak boleh goreng. Hurmmm.

Saya rasa, saya macam kena keluar laaa. Pergi mana-mana cari kedamaian. Ceewahhh. Padahai nak jalan-jalan.

Okeh. Saya dah tahu, nak pergi Pantai Minyak Beku!!! Jom google map!!! ^_^












PdanS : - Orang cakap tepuk sebelah tangan tak bunyi, lepas tu ramai la yang takut untuk tergolong dalam kes-kes ini. - Hey, sapa cakap tepuk sebelah tangan tak berguna? Bagus apa bertepuk sebelah tangan nie. Sebab tepukkan sebelah tangan itu membuatkan baby yang menangis tak henti-henti tadi itu terdiam seketika, tepukkan itu jugak selalu menjadikan baby yang mata bulat dan sungguh nakal itu tiba-tiba boleh terlena. So, jangan rasa segan dan malu jika bertepuk sebelah tangan. Mungkin ada keajaiban di hujungnya jika bertepuk di tempat yang kena. Siapa tahukan. ^_^ [Sila tak payah paham falsafah keling aku. kahkahkah.]


Friday, March 18, 2011

Life is Art.














PdanS : Quilling mood. Hehehe.


Should i ?





"Dear heart, please fall in love only when you are ready, not when you are lonely"









PdanS : Should i tell the truth? or just waiting for a miracle?

Bila alone alone di bilik.



Bila weekend menjelma, bila diri bersendirian di bilik tanpa roomaate, bila ahli rumah menjadi semakin berkurangan, bila tak dapat pulang ke kampung atau pergi berjimba-jimba di KL, maka, secara automatiknya otak pun mungkin tidak akan berada pada paksi yang betul. Mungkin akan sedikit tergelincir dari paksi lurusnya. ^_^

Segalanya bermula bila diri terasa bosan di jam tengah malam buta. Tiba-tiba terasa sepeti mahu melihat mentry cara lilitan tudung yang baru. Maka di jelajah la wanita kesepian itu ke dalam belog-belog rakan seangkatannya, dan bertemulah lah beliau dengan satu gaya tudung yang sering di stylokan oleh Hana Tajima di sini.

Selepas di Lilit punya lilit sampai tebelit lalu membelit. Maka, jadilah insan sepi itu seperti di bawah ini.




Lepas nie boleh call me MUNA TAJIMA hokeh! MESTI!!!! dan WAJIB!!!! ingat MUNA TAJIMA YERR!!




Kemudian, insan sepi menjadi lagi busan dek kerana semua gaya tudung yang lain tak menarik perhatian hati insan sepi ini bagi di belitkan ke muka. Maka bermulalah beliau mempamerkan daya kreativiti beliau yang di luar jangkaan.


Tiba-tiba mood bollywood datang menerpa!!!



Kajol seround!!!!



Hai kawan-kawan... Hari ini kita akan belajar bagaimana mengenakan tudung "Gaya Lilitan Kuch-kuch Dil To Pagal Hey" ^_^




Tip untuk di gayakan : Pakai ineer yang melekat kat kepala, yang tak melekat tak akan jadi. Cari kerongsang yang panjang dan boleh begoyang tegedik-gedik, kemudian pin kat dekat betul-betul tengah kepala. Siap!!!





Gaya yang kedua!! Sedikit kompius nak bagi nama. Sama ada "Gaya Lilitan Nelayan Moden" sebab shawl yang di belit-belit tu kadang-kadang nampak macam jala ikan jee. Or saya nak letak nama "Gaya Rapunzle di hatiku". Tak kesah laaa. 2-2 boleh pakai kot.




Gaya yang ke tiga!!! "Gaya Lilitan Gadis Taliban". Gaya nie pun sangat lah senang untuk di pakaikan. Cari Shawl hitam. Belit macam biasa dan kemudian, yang lebih-lebih tu tempek kat muka bagi tepalam engkau punya idung. Pinkan dengan kerongsang yang glemer. Baru la engkau yang tak glemer langsung tu nampak meletopp jugak. Nak bagi nampak kesan ala-ala arab lagi, jangan lupa tonyoh eye liner tebai-tebai macam hantu. Siap!!!




Peace No War!!!




Ini pulak mungkin kita boleh namankan "Gaya Lilitan Bunga-bunga Chenta". Untuk pesyen nie kena pakai shawl yang ada bunga 2 ketoi kat ujung shawl tu. Kalau tak, tak jadi. Bagi menampakkan lagi bertudung ala taman, [sekarang bukan wedding je ala taman, engkau pakai shawl pun ada boleh buat ala-ala taman, macam taman bunga bergerak laaa] pergi ke kedai cenderamata dan beli bungan macam aku pegang tu. Tak pun, nanti ada sesapa konvo pesan je kat derang suruh beli bungan cam gitu, besepah kat tepi dewan konvo.




Nie gaya apa pulak yee?? "Gaya lilitan Pengapet yang tersepit?" huhu. Sekarang tiba lah masanya untuk saya menayang semua jenis pengepit yang adaaaa. Beli betimbun-timbun, tapi yang pakainya 2,3 jenis je, yang jadi febret gue jeee. Yang lain semua buat hiasan. Sayang betul. Tu la bila membeli mengikut hawa napsu, macam nie la hasilnye.




Kepet yang atas sekali tu je yang aku selalu pakai. Yang lain, pakai time kat kedia jee. Cuba-cuba, nampak comel terus rembat.



Yang besar-besar gedabak tepi nie semua aku jarang pakai. Mungkin lepas nie boleh ambik buat kepet kain pulan kot. ^_^






Hep, rindu tak wajah saya dengan tudung jenis ini????? ^_^ Dah lama aku tak pakai tudung bawal. Sangat-sangat lamaaaa. Sem lepas ada la 2, 3 kali pakai. Lepas tu stoppp.




Dan aher sekali, jemput makan pisangggggg. Supper i malam nie Pisang Goreng Lazat indah berkrim di gemari Suami Isteri. Esok mesti pergi suping pisang baru nie. Yang ada tinggal 2 bijik je lagiiii. Sedey nyeeee..












PdanS : Mencinyaaaa. Masa terbuang macam tu je semalam. Tah la apa yang di buatnyeeee. Hadoi hadoi hadoi...

Thursday, March 17, 2011

No more KL SKARANG! KL SKARANG!


Hep, tahu tak? Untuk minggu depan, kelas di hari isnin dan selasa sudah di kansel kan. Jadi cuti saya telah berlanjutan ke 4 hari! WOW 4 hari tuh!!!! Tapi yang sungguh mengajaibkan, saya masih di Parit Raja nan indah. Saya tak balik kampung dan saya tak ke KL. Saya tak kemana-mana hokeh!!!


Dah laa dalam kelas tadi semua orang sibuk menghanjeng ke saya YAN SKARANG! YANG SKARANG! KL SKARANG!! KL SKARANG!! KEDAH SKARANG laaa. Menciiiii. Tauuuuu ramai bebudak kelas balik dan saya sorang je yang pelik pi buat keputusan tak balik. Tau laaaaa. FINE!!!

Lagi menci, bila menulis sambil telinga di dendangkan dengan lagu Sungai Liu. Menci sebab kalau dengar lagu nie mesti akan teringat sama SUNGAI YAN saya. Memanag perasaan menci akan menjadi lagii dan lagiiii.


Sekarang saya cuba untuk belajar menerima kenyataan yang saya tak pulang. Betul ke niee???? Uwaaaaaaaaaa. Nak balikkkkk... Nak pergi KL SKARANG!!!


Tapikan, sometime saya memang akan buat sesuatu yang pelik. Macam dulu, time duduk hostel kat sek teknik dulu. Saya teptiap minggu mesti dan wajib akan flying without wing ke rumah. Dengan kuasa tuhan jugak, sekali pun saya tak pernah terkantoi walupun selalu sangat buat sampai menjadi rutin harian saya di kala minggu tu tak boleh balik kampung.


Ada satu time, minggu tu adalah minggu balik kampung, jadi, semua orang sibuk nak balik rumah masing-masing, tapi saya? tetiba buat keputusan tak nak balik! Hey, kena rasuk ke hapa nie?? Tiba-tiba buat keputusan yang memelikkan. Sebelum nie, jangan di cari la kelibat aku kat dorm bila tiba wekend nie. Memang tak ada, even seDorm dengan penolong ketua pengawas asrama pun. Saya still dengan beraninya mengfly dengan selamber yaya. Hey, ada aku kesah. Balik rumah je pun. Jumpa mak ayah. Bukan pergi deting ngan marka ke apa.


Dan bila membuat keputusan yang mengajaibkan itu, lalu menginap la di asrama itu di kala semua penghuninya pulang ke rumah masing-masing. Yang tinggal, hanyalah pelajar-pelajar foreigner like datang dari Pahang, Perak dan luar dari Kedah laa. Ceh, foreigner tuh. Tak tahann.. kahkah... Warga-warga nie je yang ada, yang jadi peneman kepada weekend aku. ^_^


Sekian. Mari lunch weh. Lapar dah nie.










PdanS : Di sebabkan saya tak balik, menjadi haruslah kepada saya untuk belagak kepada warga-warga yang balik kampung tuh. Mungkin saya tak boleh tulis cerita YAN SKARANG!! or KL SKARANG!!. Tapi tunggu la jap lagi, aku pasang status kat FB tulis SINGAPORE SKARANG! SINGAPORE SKARANG! SINGAPORE SKARANG! Haaaa!! Tebeliak bijik mata engkau! Kehkehkeh. Tapi belagak kot status je laa. Jasad still kat PARIT RAJA SKARANG!! errrr. busan!

Keobsesan Ku...



Saya susah untuk suka / jatuhcinta kepada sesuatu perkara / benda / cerita / lagu / makanan / orang / DLL. If dah tersuka akan obses tersangat-sangat.

Macam saya suka, McD. Macam saya sawan terhadap Kambing mengambing, Macam saya jatuh cinta sama ZA, Macam saya gemarkan puding memuding. Macam saya addict kepada Spongebob, Sin Chan, Hagemaru. Dan macam-macam benda lagi yang saya telah terObses. Ada yang ambil masa 3 minggu saja untuk di obeseskan dan ada yang sampai sekarang masih terindu-rindu lagi.

Sekarang, ada perkara baru yang saya terobses lagi. Suka tahap kalau tak jumpa sehari boleh jadi Bad mood.

Sekarang mood saya dah sedikit cantik dari petang tadi. Kesihatan pun menampakkan di graf yang menaik sahaja. Bagus kan benda baru, barang baekkk nie. Huhu.

Taip kali membuat kunjungan ke dapur, tak ada tujuan lain dah, selain menjenguk pisang nipah saya. Tengah hari tadi beli dan masih hijau lagi. Tapi pakcik tu cakap petang nie dah boleh goreng. Saya tunggu punya tunggu, kuning dia baru menampakkan sikit jee. Malu-malu nak keluar la tuh. Malam nie pun saya tunggu lagi. Dah nampak separuh dahh.

Saya ingat malam nie nak tidur awal, esok boleh bangun awal dan buat breakfast goreng pisang sebelum ke kelas jam 8 pagi. Tapi cita-cita tu mesti tak boleh pakai punya. Lalu, saya pun jenguk lagi ke dapur untuk mengukur tahap kekuningan pisang nipah saya.

Kemudian, wah!! dah 56% kuning!!! Badan yang longlai tadi tiba-tiba jadi bersemangat. Terus ambik mangkuk dan bancuh tepung.

Sambal kicap? Bila dah menjadi warga Parit King nie, gaya pemakanan pun sedikit sebanyak akan di pengaruhi oleh keadaan sekeliling. Asal nak makan cucur yang goreng-goreng je mesti kena buat sambal kicap.

Lalu, peti ais cuba di selongkarkan untuk 7 biji cabai melaka bagi menghasilakan sambal kicap yang mabeless. Tapi cari punya cari, selongkar punya selongkar, dah habisss laaaaaaaaa. Sedeh bukan kepalang lagi hati kecil saya. Mesti keriangan makan goreng pisang malam nie tak seperti hari-hari biasa.

Sebelum nie, kalau cili habis, saya sanggup keluar mendrive pergi ke pasar kejap untuk semangkuk sambal kicap nie. Tapi hari nie, malam sudah gelap, kompem laa kedai dah tutup. Kalau tak mesti saya keluar kejap pergi cari cili nie kan.

Apa-apa pun, napsu saya sudah terlayan. Mesti riang gumbira dia kan. Dari minggu lepas lagi aset di layankan jee dengan hal-hal pisang nie. Bila la nak habis gamaknyeeee.

Tiba-tiba saya teringat sama teguran Incik ayah, tika-tika magrib, tika-tika orang lain sibuk siap-siap untuk semayang bejemaah, tapi saya sibuk kat dapur untuk makan.


"Jangan bagi makan jasad jaa, Roh pun kena bagi makan jugak"


Kita selalu sibuk melayan jasad kita, bagi pakaian yang cantik-cantik, bagi makanan yang sedap-sedap, sapu makeup yang mahal-mahal, ambil ubat yang sehat-sehat....

Tapi, kita menjaga tak roh kita? Dia sihat tak? di berikan makan ke tak oleh kita? di pakaikan pakaian yang cantik-cantik atau tidak?

Hurmm. Sendiri badan, sendiri fikir la kan. Mungkin kalau kita boleh nampak dengan mata kasar bentuk roh sendiri, bagaimana rupa dia. Mesti semua orang boleh tekejut beruk kannn. Mesti macam ngeri je tengok roh sendiri.

Kalau lah roh aku boleh di lihat, mesti dia kurus kering jeee, jalan pun terbongkok-bongkok tak cukup zat. Kenapa? Sebab saya sangat meringan-ringankan hal-hal agama ini. Hurmmmm. Semoga lepas nie akan ada kesedaran yang berpanjangan dalam diri saya, dan harapnya bukan untuk sehari dua saja kemudian kembali seperti biasa, tapi sampai bila-bila.......











PdanS : Bila yang negatif tu kita pandang dari sudut yang positif, semuanya akan menjadi baik saja dan kadang-kadang lebih baik dari yang di jangka. Selamat mencuba.

Jangan la macam nie hati ku sayang.


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar





Kepala rasa berat sangat. Entah la apa yang membebankan sangat tu. Mungkin kesan ubat, kesan kesihatan yang tidak cantik sejak semalam dan di tambah pulak kesan baru lepas jumpa supervisor untuk PS saya. Banyak sangat salah aku yang perlu di perbaiki. Semua soalan yang di ajukan, banyak tak dapat aku jawab. Memang otak tengah blur sekarang nie. Tak boleh nak paksa-paksa untuk berfikir dengan secara kritikal. Hanya mampu senyum untuk semua question yang di tanya, even yang tersangat simple. Don't know why.

Lagu di atas sangat mengena dengan rasa aku sekarang nie. Aku tak paham kenapa perlu rasa yang bukan-bukan. Bila dengar lagu Maher Zain nie, everything positive balik. Hurmm. Tah lah. Hati sangat tisu hari nie. Dengar lagu Grenade waktu drive tadi pun rasa nak menangis. Mengadakan. Padalah lagu tu tak ada kaitan dengan hidup aku pun. Sikit pun tak bersangkut paut.

Entah. Kenapa perlu jadi macam nie. Mungkin sebab badan aku agak lemah hari nie, kemudian tiba-tiba pulak ada bebanan kerja yang perlu si selesaikan. Hurmmmm. Mungkin.

Okeh. Nak sembahyang, kemudian makan ubat dan tunggu effect dia sambil baring atas katil.





Wednesday, March 16, 2011

My wonderful day!


Actually malam nie nak tulis macam macam macam macam dam macam cerita yang terjadi hari nie. Sangat sangat gembira dan sungguh wonderful perjalanan hidup yang saya lalui hari nie. Tapi, memandangkan tahap kesihatan hidung yang seperti tersumbat najis ringan dan anak tekak like telekat lesung batu, kemudian badan longlai seperti baru habis bertempur dengan tentera Garuda, serta mata menjadi stim bak saikap masak 3 rasa. Oleh sebab itu, saya rasa saya malas nak tulis semua cerita yang macam macam macam macam itu.

Wow. Macam sungguh tersikasa kan. Ya, itulah saya sekarang. Rasa macam nak deman la. Badan sangat-sangatlah tak selesa dan tak best. Hadoi. Ubat sudah di telan. Sekarang hanya menanti effect saja. Tapi tak de la menanti sangat pun, kalau bagi tilam ngan bantal sekarang nie pun, kompem mata boleh telelap dalam masa yang kurang dari 3 saat. ^_^

Tapi kan.. tapi kan.. macam tak best pulak di simpan lama-lama cerita hari nie. Nanti mood keterujaan tu hilang. So, layankan aje gambar. Caption, esok-esok la saya karang. Mau mentidur dulu. Okeh.




Okeh. Hari sudah siang. Mari sambung menulis caption. ^_^
Minggu nie semua budak kelas saya DIPAKSA untuk masuk satu competition buat CD-Interaktif. Alaaa, CD pembelajaran la senang cita. So, kami-kami kena buat CD apa-apa subject yang di rasa perlu dan letak note dia kat situ. Nak nampak lebih menarik letak la video, animation, bubuh gambar banyak-banyak, record suara sendiri, masuk lagu yang bukan-bukan. So, siap!




Tapi yang tak menariknya ada 3 hari untuk menghabiskan pameran yang agak membosankan itu, masa akan terbuang untuk melangutttt saja kat situ. Orang yang datang melawat boleh kira ngan jari, bapa kerat je ade.




Sumpah busan gila dok tunggu manusia yang tak kunjung tiba. Amek gambar pun dah rasa tak berminat. Nak borak pulak macam dah habeh topik dah. Kalau kumpul reramai, mesti ada je benda yang nak di kritikkan sambil menganyam ketupat. Hadoi. Menambah-nambah la dosa yang sedai banyak niee.





DAN HARI TERAHIR PAMERAN NIE...


Group saya dapat no 1???? Miracle apa kah ini???? Sumpah aku sangat-sangat tak jangka. Time dia tengah umum aku siap boleh pergi tidur lagi kat surau sebab mengantuk gila-gila dengar ucapan NC. Tengah syoq-syoq tidur, tub tub member call " Muna kat mana nie? Cepat masuk dewan, group kita dapat no 1!! Nak amek gambar nie!" WOW. WHAT THE FUN kan???




Okeh, kat belakang tuh, booth saya. Sungguh simply Siti kan. Tak la semeriah orang lain. Mungkin paling simple la kot. Group lain siap ada SELAMAT DATANG laa, pelekat bunga-bunga laaaa. Ada ribeng-ribeng laaa. Biasa laa, bila dah buat setakat melepaskan batuk dan sedikit kahak dalam longkang, macam nie la hasilnyeee.




Kemudian sesi bergambar dengan Incik Azani, lecturer untuk subject niee.








Bila dalam hati ada suka, semua camera gambar orang aku nak sibuk mencelah. Dalam kamera sendiri ada bape keping jeee muka sendiri. Lantak laa kan.. haha..






SO BAGI MERAIKAN KEMENANGAN YANG TAK DI SANGKA-SANGKA TUH, APA LAGI, BP LA SEROUND!!!!!



Mula-mula sekali, aktiviti lepak king kat McD. Macam biasa laaa, kalau suruh aku buat decision memang tak dak tempat lahen dah.. hehe.




Hep rakan-rakan kegemaran, next time kita tak payah berhempas pulas mendrive ke BP lagi, semua aktiviti lepak king or discussion or kelas ganti, buat kat McD baru Parit Raje yerrr. ^_^ Owh, satu lagi, Breakfast kat McD sesama deh. Nyum nyum..




Tetiba terasa macam nak pergi apply kerja kat McD je sem depan. Can tak? ^_^








Sebenarnye ini lah tujuan utama aktiviti meronggeng semalam. Mau tonton HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.




Serius beb, SANGAT-SANGAT BEST. Macam tengok cerita Harry Potter pun ada. Errr, tak over sangat kan persamaan tuh. Huhu. Tapi serius tak rasa macam tengok cerita Melayu, feel macam tengok hollywood punya movie gua cakap luuuu. Tapi bila ada muka Jihan Meskin keluar, terus potong mood aku nak berangan tengah tengok cerita-cerita orang puteh nie. Lagi-lagi bila ada muka Pak Kesum [ di lakonkan oleh Osman Kabila dalam cerita CHENTA] terus jadi nak gelak jee. Dengan rambut serabainyeee. Hadoiyaii. Hahaha.




Untuk cerita nie aku nak bagi 9.99 bintang laaa. Tak boleh bagi full sebab Merong yang gagah mati kat ending dia, lepas tu Marcus [yang tak hensem langsung tapi i boleh tergoda mungkin muka macam salah sorang group Westlife kot] telah jatuh chenta sama Puteri Hang Li Poo. How dare you. Mula-mula kata tak suka sama Puteri Hang Li Poo. Tub tub tegoda. Hey, apa nieeee. Menci tauuu.






Okeh. Itu saja kegembiraan pada hari semalam yang dapat saya kongsikan. Effect keserunukkan semalan sudah menjalar ke tubuh badan saya. Kesihatan macam sedikit merosotttt. Begemana mau pergi KL SAKARANG untuk bersuka ria nieee. Hadoiii.. Tata














PdanS : Bilik dalam proses ditranformasikan kepada bilik bertemakan vintage. English style gitu. Menjadi atau tak?? Tunggu nanti yer i kabarakan. Dalam proses. Hehe. ^_^


Tuesday, March 15, 2011

Kisah baby dalam perut yang mengada. Tuan punya perut tak hokeh.



Hey, kamu yang selalu di hati. Malam nie macam tatau nak buat apa kan? Tengah fikirkan kerja apa yang harus di kerjain? Rasanya ada. Tapi tak nak paksa diri untuk fikir dengan lebih mendalam lagi, kerja apakah itu? Saya mau rehat sebentar. Nak menikmati keindahan malam tanpa gangguan kerja sekulah sambil menulis untuk diri sendiri. Can kan?

Okeh, right now saya sedang layan lagu kegemaran untuk minggu ini, "Just a Dream by Nelly". Tapi saya suka yang Sam Tsui & Christina Grimmie versi punya. Lagi best. Nelly nyanyi tak minat. Try la ketik punat play di bawah nie, sangat-sangat best. Tak rugi punya.





Kemudian, apa laga ya, haa!!! Perut saya macam makin mengada la sekarang nie, teptiap malam nak makan pisang goreng. Asal malam je, kena goreng pisang. Dah 2 hari berturut-turut dinner saya adalah goreng pisang. Tu tak masuk cerita minggu lepas yang hidup di petang hari je, mesti akan bertemakan pisang. Sampai dah letih aset menggoreng lalu di buat jemput-jemput pisang, bila kreatif sket, maka terhasillah apom pisang pulak.

Saya dan pisang sangat tak boleh di pisahkan sekarang nie. Sekarang pun dah tinggal 3 bijik jer kat dapur nuh, mungkin balik kelas esok akan ada sesi mensuping pisang lagi kot. Ouchh. I loikeee. Hahaha.

Sangat pelik sungguh tahap kemengidaman saya nie. Tu laaaa, saya memang macam nie, kalau suka sesuatu akan obses sangat-sangat. Tapi suka tu tak lama, nanti dah jemu abeh laaaa. Habis tu bukan terus tak minat langsung. Suka jugak, tapi tak dak la dasyat sangat.

Dulu, aku pernah suka nasik ayam, sampai tahap 2, 3 hari lunch, dinner semua nak bantai nasik ayam. Pergi kedai tak dak menda len dah nak oder. Nasik ayam! Nasik Ayam dan Nasik Ayam. Padahal, kedai tu punya la jual macam-macam makanan yang lebih canggeh lagi. Nak jugak nasik ayam dia kan. Tapi itu dulu punya cerita laaa. Sekarang dah kurang sedikit.

Kalau suruh tulis pasal makanan nie, sampai esok pun tak abeh lagi cerita dia, banyak sangat makanan kegemaran. Tapi kegemaran tuh, hanya di datangkan dari tempat tu je laa. Like popia lazat gila gila yang ada kat Pasar Pagi Shah Alam. Wow, wow. Paling lazat kat dunia kot. Tapi yang ajaibnya, aku bukan spisis penggemar popia, kalau kat kedai lain jual, jangan harap la aku nak pandang. Tapi kat Pasar tuh.. woww. Sampai hari nie dok terasa lagi kesedapan dia kat anak tekat nie.

Lepas tu cuba la try western food kat restoren Ayob kat Damansara. Tepi up town. Lamb Chop dia, Perhh!!!! Saya yang tak pernah, takut, dan sedikit geli nak makan kambing suatu ketika dulu, tub-tub lepas rasa lamb chop dia terus jadi penggemar tegar daging kambing. Baru sedar akan nikmat daging kambing memang sangat tak terhingga-hingga. Sapa yang tak makan sangat lah rugi gila gila. Dan engkau dah termiss salah satu nikmat dunia tau.

Lagi? Aku suka makan apa ek? Haaa!! McD. Saya sangat sangat sangat sangat lah penggemar McD. Suka sangat sangat sangat sangat sangat. See, tulis pun nak kena repeat banyak kali bagi menunjukkan betapa suka tahap gila vavi terhadap makan yang satu nie.

Dulu, ada satu ketika, time semua orang dok sibuk mengboikot McD, tetiba aku pun terhasut sekali laaa. Cehh, tak mo dah makan McD nie. Support barang islam konon. Tahan la sebulan je kot, lepas tu, bedal serupa jee. Ye arrr, nak boikot McD, tapi makanan-makanan lain yang made in israel aku still telan serupa jer, baek tak payah boikot kan.

Sekarang nie aku mengidam nak makan breakfast McD pulak. Hadoi. Dah la jauh di BP sana nuh. Sedang mencari teman yang sanggup bangun seawal pagi untuk sesuap sausage McMuffin with egg plus hotcakes pulak tuh. Perrrhh!! Tapi McD sini macam tak menarik la kalau pergi semata-mata nak breakfast. Kalau tak McD Teluk Cempedak macam kat Kuantan nuh, logik la jugak. McD dia tepi pantai, lepas breakfast boleh pergi jalan pantai. Kanan kiri ada pemandangan yang indah nak di pandang semasa breakfast. Baru la teras sangat relax jeee. Ada la kelainan sikit breakfast dia.

Hey hey, nak tau tak? Kat Parit Raja nie dah ada McD yang dalam construction. Di jangka bulan 5 nie siap ar. Wow. Sungguh sangat teruja kan. Nanti boleh la nak mengidam di setiap hari. Boleh la nak ber-breakfast Mcd sokmo-sokmo. Boleh la duit aku pun makin laju kering kan. ^_^


Rasanya cukup sampai di sini saja, biar begini saja, eh eh, tersamsul lirik lagu orang pulak. Kehkeh. Ini pun lagu kegemaran saya untuk masa sekarang nie. Sila takan butang play kat bawah nie yer. Tapi memang nak paksa jugak untuk suruh dengar. Besttt laaaaa. Okeh. Itu saja dan sampai di sini saja. Tata.














PdanS : Hep. Why? OK kan?