❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 26, 2011

Saya suka melongkang. Anda? Memparit??



Hep kamu di sana! Rindu i tak? Cepat cakap rindu!! kalau tak, i tak mo cerita apa-apa, nak stop di sini saja. Cepat cakap!!! Hok alohhh, degil betul kan mulut you, padahal, dalam hati, rindu yang dah tak tertahan dah tu kan? kan? Cepat ngaku!!! ^_^

Dah lama tak update kan. Walaupun baru 2 hari tak tulis apa-apa dalam blog huduh nie, tapi rasa macam dah lama mentinggal arena blog memblog ini. Bukannya sibuk sangat pun. Kerja sekulah yang tembun itu sungguh malas untuk di sentuh, tiap kali ada masa senggang-senggang saja, mesti akan berHobi. Hari nie pun, dari tengah hari sampai ke petang aset berHobi saja. Mata kusyuk tengok panggung sabtu, tapi tangan dok sibuk quilling. Hadoi. Indah sungguh dunia, kalau boleh buat benda yang kita suka. Kan? Semalam pun sama jugak, sibuk berhobi dari jam 11 malam sampai ke 4 pagi. Wow. Saya pun sungguh wonder dengan diri sendiri. Hebat! selalu pukul 1, jasad je yang begerak, tapi roh dah sampai atas katil dah. Hadoii...

Okeh. Anda tahu? saya sedang bermood gembira sangat-sangat hari nie. Sebab?? Sebabnya baru je balik bersuka ria di luar Parit Raja.






Tadi pergi membowlingkan diri. Sungguh bestt!!!!!!!!!!!!! Sangat-sangat!!!!! Walaupun seperti biasa aset melongkang saja, tapi anda tahu tak, melongkan tuh lagi menjadikan diri saya lebih gembira. Perasaan suka sangat melebihi dari gembira bila bowling yang di lontar adalah strike! Ya!! sila percaya!!!





Next aktiviti, macam biasa, kalau keluar mesti ada sesi karok mengkarok nie. Yang nie pun lagi menTerujakan. Mula-mula masuk pun dah silap enter lagu. Teruja sangat nak nyanyi, last-last lagu bujang lapuk yang tubik. Nasib baek macam boleh taram dengan cemerlang jugak. Sampai balik rumah pun terbawak-bawak lagi dok nyanyi lagu tuh, tak habis-habis lagi dok suka. Hahaha. Status facebook pun turut terkena tempiasnya, "Ooooo.... Menceceh.. mencecehh.. menceceh.." Sila nyanyi dalam nada Lagu bujang lapuk ya kawan-kawan, bukannya kisah saya sedang mengicah pelam, or kaki sedang melecek. Tak. Hahahaha.

Ingat malam nie boleh la melalak lagu Drowning ke, My Love ke, sebab dok practice make perfect beriban-riban kali dah nie kat bilik, tengah masak, dalam toilet. Tapi memandangkan kami semua di mood telebih riang gumbira, jadi, lagu-lagu yang bersifat slow and steady dan tak memerlukan banyak pergerakkan gua tak layan yer kali nie.

Lagu yang di perdendangkan malam nie banyak ke arah dangdut mendangdut sebab dengan lagu-lagu cam gini akan buat hati jadi lebih riang. Nyanyi nya tak pun, gelak ngan gelek-gelek je lebih. Hadoi. Sabar je rakan-rakan saya nie. Malu eden tau. Dah la dapat bilik karok no 1. Tepi sekali dan ada cermin di pintu dan diding sampai boleh menampakkan kepada manusia yang lalu lalang. Makcik yang dok lepak kerosi urut Ogawa pun boleh mengusha kami-kami sambil tenganga mulut. Mungkin dia tegejut kot tengok ada jugak manusia cam gini yer.






Ini video cepat-cepat yang di buat dalam masa yang terlalu cepat-cepat sebab mengantuk dah. Mau mentidor daaa. Apa-apa pun sila la klik dengan bangganya kalau pakai streamyx. Kalau pakai broadband, mungkin boleh cuba untuk berzikir sementara tunggu dia nak loading. Nak sembahyang hajat dulu pun boleh. ^_^




Ini pengalaman ke 2 saya bemain bowling. Sila jangan kutut lebih-lebih mengenai cara lontoran bola yang di persembahkan, mungkin bila dah kali ke 3, lotaran saya nanti akan jadi lebih smooth dan kaki ada silang-silang sket di hujung lontaran. Alah, macam Shalin Zulkifli tuh. Mungkin la, tadi pun dah mencuba untuk kaki ada selang-selang macam orang pro yang dah lama main, tapi hasilnya bola akan melongkang saja. So, tepaksalah bawakkan gaya huduh dan buruk ini jugak sewaktu melontar bola-bola itu. hehe.


Okeh, sekarang saya dah tersangat-sangat penat nye. Jadi, saya rasa ini saja lah cerita dongeng yang dapat saya sampaikan untuk kamu-kamu semua sebelum tidur. Ahir kata, marilah kita pakat-pakat ke Muar ye esok. Ada keluarga angkat yang perlu di ziarahi. Mesti ada makanan yang lazat-lazat dan enak jugak!!! Sila sebut hip hip Ow-Yeayyyy!!!












PdanS : Saya tahu, saya perasan, dan saya sedar semua-semua tindak tanduk yang memelikkan ituh, tapi boleh tak nak bokbuat macam tak ada apa yang berlaku, tak ada apa-apa rasa yang perlu di layan . Can?? Wait and see je lah kan. ^_^

No comments: