❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 16, 2011

Melayan hobi baru.


Keja sekulah, sila pergi maen jejauh. Jangan kaco. Jap lagi, lagi 3,4 jam datang balik. Saya nak melayan hobi baru sabantar.

Hobi baru? Hikhik. Macam kanak-kanak berumur jajah 3 je bila diri pandai berhobi-hobi nie. Dulu hobi memancing ikan, membaca novel, tapi kalau engkau ada hobi mengumpul stem, kira kau la paling canggeh pada abad tuh. Nak nak, bila ada stem dari London, Jepun, segala bagai negara obesi tu, Perhh!! Macam hebat giler. Banyak nye kawan dia, dari serata dunia. Tapi bila dah besar sikit baru tahu yang semua stem-stem made in obesi tuh, kalau nak, beli jer kat kedai buku. Tak yah susah-susah nak bekenalan dengan orang asing-asing nie. Tu la, kecik-kecik jahil sikit bab-bab benda yang hebat. Hobi setakat maen masak-masak dengan bekubang dalam bendang je yang mampu. ^_^


Bila dah besar? Hey, tak kuasa aku nak berhobi-hobi seperti kejadah-kejadah itu. Baik tidur lagi bagus. Eh, hobi jugak kan. ^_^


Dulu, suatu masa dulu, waktu muda remaja, waktu masa masih banyak, waktu bila pergi prep tatau nak buat apa, waktu ponteng prep dah letih tidur dan buntu nak buat apa, aku selalu buat hobi yang satu ini. Alaaa.. Hobi nie tak la glemer sangat macam mengumpul stem tadi tuh. Buat kad je pun.


Yup. Dulu-dulu saya suka buat kad. Kad besday, kad tak besday pun selalu gak buat, sebab nak tunggu besday baru bagi, macam lamat lagi, tapi tangan dah tegedik-gedik nak berseni. Begemana nieh????


Beberapa malam yang lalu, hobi nie datang balik. Di kala kaki tangan tak cukup nak buat kerja, ade je hobi baru nak muncul kan. Shit sungguh. Tapi layan je laaa. Atleast dapat mengubat hati nan serabut dek kerna kerja sekulah yang di cintai. Tak mengapa.


So, bila nak buat kad, kena la mencari ilham bersama Incik Google. Dan Incik Google sangatlah berhati mulia dengan saya. Bagi macam-macam jenis kad yang baru untuk saya berseni.


Incik Google bagi saya semua yang bawah ini. Owh. Dalam hati ada suka. Ouch. Ouch. Sebab saya tak penah jumpa pun mendalah-mendalah macam nie, terus jadiii. WOW. Hebatnyaaa. Nak cubalah.






Semua kejadah-kejadah di bawah ini di buat dengan menggunakan kertas yang di potong kecik-kecik je, kemudian gulung dan gam dan penyek-penyek sikit kat hujung dia. Maka, jadilah macam-macam bentuk yang cantik menawan dan sangat mengKAGUMkan saya!!! Serius shit!!!








Yang nie sangat-sangat la rumit nak buat. Errr. Kagum. Kagum dengan tangan seni wanita ini.














Dah boleh jadi lukisan pulak. Kagum lagi niehh. Tapi tak berminat yang crowd-crowd sangat. Suka yang simple.







Aset tunjuk yang orang buat je, yang tangan konon berseni mana??? Okeh. Fine.









Nie hasil titik peluh saya, walaupun tak nampak setitik pun peluh yang turun, tetap nak cakap ada peluh bertitik-titik mengalir. ^_^ Tahu la tak sehebat dan secantik yang atas nie buat. Tak payah r nak kutuk-kutuk. Dah la 1st time buat nie. Kira ok apa.

Dah la dengan gigihnya pi potong kertas dari A4 ke size 3mm, lepas tu gulung-gulung lagi, cari gam tak jumpa, tepaksa la pinjam dengan housemate. Gam pulak kena tunggang sengah jam baru boleh pakai. Memang menguji kesabaran sungguh.

Lepas nie, dah tak payah susuh-susah lagi nak potong kertas bagi jadi kecik-kecik sebab sepatutnya kena pergi beli yang kat kedai, yang dah di potong siap-siap. Size dia akan sama je sume. Lagi kemas nampak. Yang aku buat nie kejap kembung kejap kempis. Alah, first timeee. Memang la kena banyak salah.



Tapi saya jugak dah survey-survey nak beli alat pemotong kertas yang lebih canggeh. Macam guna untuk destroy kan kertas kat office tuh. Yang boleh potong kertas jadi macam mee tuh. Macam sangat membazir tak? kehkeh. Hobi owh hobi. Nasib baik pukan hobi mengumpul moto besar ke hape, Kalau tak... hadoi...




Sapa-sapa macam hati dah di goda dengan berjaya boleh la try-try usha kat link-link bawah nie.

Tak pun Tanya Incik Google "Quilling craft". Kalau nak belajar buat boleh jengok kat TiubAwak. Ada video yang boleh memudahkan pemahaman engkau.










Okeh. Itu saja perkongsian malam nie. Tata.











PdanS : Errrr. Sedang dok pulun-pulun update blog tetiba ada gosip baru dari rakan sekelas yang merangkap rakan sebilik. Eh, statistik ada keje ke yang kena buat?? Eh, ada 3 culculation kena settlekan?? Blup!


8 comments:

Lyana As'ari said...

yang one of a kind, miedah kertas tu nana suke!! ~

S.U.R.I.A. said...

perhhh..kwn aku kretip..
moh wat kn kad kawin.
leh?

Rossnie said...

cntiknya yunk..nk kad bufday cam gini gakkk..bln4 ni ek..hahaha

mOOn said...

Lyana As'ari : betul2.. tangan dia sangat2 la kretif gila vavi punya.. dengki siott.. haha

S.U.R.I.A : klo takat 2,3 keping bereh jah. tp klo nk lebih tunggu saya ada tiga ploh tangan dan patploh tujuh kaki..


Rossnie : bules2. address pelissss. Sila bank in duit dulu deh.. kehkeh.

Iera Mehat said...

Mak aii...cantik sgt lah...
Iera suka benda kretif2 mcm neh..hehee.. Mana nak beli???

mOOn said...

Iera, kalau nak beli ketas boleh pegi Kedai Hardware Yap Tan Heong. kehkeh.. kat mana2 kedai buku mesti ada jual la iera ku sayang..

civil engineering corner said...

sy mau try!!!

Safinaz Safian said...

nak tanya guna paper shredder tu guna pakai kertas gsm berapa ya? saya cuba shredder tapi kertas tu berbulu sgt tak comel jadinye.