❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 24, 2011

Melayan hobi baru [Part 2]



Punya hobi craft-mengcraft nie memang makan belanja yang besar sikit pada awal-awal nya, tapi apa boleh buat, dalam hati ada suka, layan saja labu kan. Semalam, di malam khamis yang indah, setelah bertarung dengan sakit gigi yang baru di cabut, setelah letih menelan darah yang tak henti-henti mengalir dalam mulut, saya bersama housemate pergi menerjah ke BP Mall dengan alasan, nak mancari mendalah yang boleh membuat hati menjadi lebih suka dan suka lagi.

On daway pergi tuh memang aku sangat-sangat tak selesa sebab kesan cabut gigi pada pagi hari buat gusi aku tak berhenti-henti mengeluarkan darah. Dan SAMPAI SEKARANG PUN tak stop lagi!!! Bila dah letih nak ulang alik ke toilte untuk buang darah-darah tuh, terpaksa la di telan mati mak, di ludah toilet jauh. Minum darah sendiri dah rasa macam perkara biasa dah. Tunggu la tengah malam skit, kompem muka aku perubah jadi vampire cun melecun. Muahaha. Lepas tu boleh kapel dengan Edward Cullen. Ouch. I loikee!! Okeh. Dah melintang arus dah nie. Mana cerita melayan hobi baru tadi tuh?? Mana? Mana? Sila kembali ke jalan yang lurus ya.


Malam semalam aku keluar cari kertas-kertas yang menawan kalbu. Hajat di hati nak cari kertas je, KERTAS SAHAJA yer. Tapi bila dah sampai sana, masuk-masuk je Popular, benda lain yang dok pi kelebek dulu. Hadoi. Sampai kaunter nak bayar je, tengok-tengok, errrr.. apa aku ambik nie. Hadoi..






Nie la benda pertama yang aku terpandang bila masuk, letak depan-depan pulak tuh. Tak nyorok-nyorok langsung, dah la aku pantang jumpa benda yang comel di hati, di tangan lagi la menawan. So, apa tunggu lagi, rembat laaa...




Nampak macam, errrr.. apa la yang Munawwarah Ismail nie dok perabih duit beli menda-menda merapu nie kan, gunting cam bebudak jajah satu pun bekenan. Hellow kawan-kawan, jika anda nak tahu, gunting nie sangat la special function dia. Tak sama dengan gunting yang lain. Bila kita kerat kertas, ketas tak akan jadi sama or lurus la dalam bahasa yang senang faham, tapi bentuk kertas akan mengikut corak yang di lakarkan di atas gunting itu. Menarik bukan??? Kalau tak menarik pi men jejauh, engkau bukan peminat seni macam aku dan Zahiril. Errr. Tetiba nama Zahiril kena masuk skali. Hadoi. Begitukan Cinta??




Lepas tu tahu i beli apa?? Ini adalah rubber stamp yang mempunyai corak yang sangat cute miut. Hati sangat tegoda dengan benda-benda ini. Adussssss. Dah la pelbagai corak. Okeh, relax muna, cool, untuk tengah masa gawat-gawat nie, saya hanya bules mengambil corak ini saja. Yang lain-lain simpan untuk masa depan yerrr.




Sebenarnya cari paper yang untuk quilling, tapi kertas ini je yang ada. Balun je lah. Tatau akan guna ke tak lepas nie, harap-harap tak terbiar macam tu je lah.


Itu saja barang yang sempat i rembat pada malam semalam. Cari quilling tool, macam gambar kat bawah nie, tapi tak jumpa, memang tak ada la kedai-kedai buku nie, kalau nak jugak kena cari kat kedai craft. Mesti ada punya. Buat masa nie, i qulling guna, skru meja i yang tak guna, kadang-kadang rembat penyapu lidi, dan kadang-kadang, batang pen, dan kadang-kadang jugak, paku. Lepas nie i akan guna chop stick pulak. Amek yang bekas sushi king punya. Kehkeh.









Dan cerita hari ini pulak, ya ampun, saya sangat-sangatlah teruja sekali bila pulang dari kelas. Tahu kenapa? OMG!!! Mini Paper Shredder yang saya oder dah sampai. Dalam hati ada Ow-Yeay OW-Yeay sajalah. Tak sempat nak bukak tudung, tak sempat nak letak beg, terus bukak bungkusan.




Tadaaaaaa!!!! Inilah paper shredder yang di gembar-gemburkan hebat tuh. Ya, sangat hebat sebat saya dah tak payah menggigihkan diri untuk potong kertas sehelai demi sehelai dengan pisau, tangan dah takcalar balas dah lebas nie.

Sekarang, mari kita saksikan bagaimana paper shredder boleh menabur bakti kepada Munawwarah dan bagaimana mendalah nie dapat menghappy kan hari beliau!!






Owh, Paper Shredder ku, kan ku tunggu janda mu!! ouch!!




Bungkusan untuk customer. Aku rasa macam nak gelak je bila tengok word customer tuh. Kahkahkah. Mari gelak. Macam, errrr, saya meniaga menda-menda macam nie? Kahkah. Sungguh susah nak pecaya, hobi yang mula-mulanya macam main-main dan suka-suka je dah jadi sangat serius sekarang. Errrrr. Okeh, saya akan cuba buat yang terbaik.




Saya tatau la Tuan yang tempah tu suka ke tak. Errrr. Ini qulling saya yang ke2. Rasa simple sangat, tapi tah la. Saya prefer yang simple, tak suka yang crowd-crowd sangat.





Selamat bergumbira wahai Cik Miza ku sayang. hehe. Sorry dear yang nie yang i mampu buat, next time bila i dah belajar buat macam-macam bentuk, i up lagi hiasan-hiasan dia ek. Sila la melanggan lagi.












PdanS : Ujung minggu nie pun nak berHobi lagi. Nyum nyum. Nak lupakan sebentar yang diri nie adalah student pendidikan Teknik dan Vokasional di UTHM yang ada kerja sekulah bertimbun-timbun. Ya memang sangat perlu bokbuat lupa bila hujung minggu tiba!!!

3 comments:

Rossnie said...

adore nyee..wahh..wahh..nk curi gunting tu seplohh

Iera Mehat said...

wawawa.....jeles, nak juga...
Mana nak order???
Share please!!!

HANIS AFIQ said...

salm sis...boleh sy tahu sis oder kat mane paper shredder 2?tq sis..