❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 18, 2011

KL Skarang!! KL Skarang!! KL Skarang!!



Hep. Saya sedang keudara dari Sungai Buluh bandar nan permai. Jugak bandar nan pengkikis wang saku saya. How dare you kan!

Okeh. Mahu berterima kasih kepada Tuhan yang satu sebab telah mempermudahkan segala perjalanan hidup saya semalam. Banyak je kejadian-kejadian yang sangat menyenangkan hati berlaku. Jugak untuk perkara-perkara yang mengenyangkan perut seperti di belanja makan oleh lecturer menarik kau memang the best lah. Ya! Terima kasih Incik Md Noor yang kembung di perut. kehkeh. Mati aku kalau dia tau, aku dok perati perut dia.

Semalam, diri terasa sungguh di sayangi oleh tuhan, mudah jee perjalanan saya dari Parit King ke KL. Sangat-sangat. Okeh. Mula-mula, berbekalkan wang saku RM10 jer, saya mampu pulang dengan selamat ke Sungai Buluh. 10 hengget tuh?? Dalam hati sungguh ada kerisauan. Nak beli tiket pegi BP lagi, nak beli tiket naik LRT, Komuter, hadoi. Cukup ke? Kalau perut meragam nak itu ini, begemana?

Mula-mula dalam purse hanya ada wang kertas RM10, ishk, tak boleh jadi nie, kena pecahkan jugak, nanti nak bagi ke driver bas, dah la kat BP nie bas dia kebanyakkan pakai machine untuk collect tiket. Kalau harga tiket 2 hengget 5 kupang dan engkau bagi seploh hengget, memang driver tuh keep the change je laa. Jangan harap dia nak kasi ballance. Jadi, atas kesedaran diri cuma ada sekeping tu je duit dalam purse terus pergi cari kedai berdekatan untuk pecahkan duit. Nasib baik kedai tu bagi. Mudah kerja saya.

Bila belek-belek dalam purse lagi, eh, saya tak dak syiling lima poh seng. Jap lagi tambang ke BP RM 2.50, takkan nak bagi tiga hengget kot. Nanti burn macam tu laa 5 kupang akuu. Alaaaaa. Time-time gini, 5 kupang pun mesti sangat-sangat berkira hokeh.

Kemudian, saya hanya perlu membuang masa sebanyak 5 menet sahaja bagi mendapatkan bas untuk ke Terminal Bas Batu Pahat. Bagus. 5 menet pun rasa macam tak lah lama dan tak la terbuang sangat sebab masa di isikan sepenuhnya dengan menyuci mata mengusha foreigner kacak berjubah dan kepala berlilit serban untuk pergi semayang jumaat. Dalam hati terus ada suka. Ouch. Ouch. Owh Tuhan, itukan Incik jodoh saya??? Ouch!! Dah dah. Stop la berangan wahai saya.

Bila dah naik bas, eh, bas nie, ada tukang bagi tiket laaa. Bas nie tak guna machine canggeh yang selalu suruh orang bersedekan dengan hati sumpah tak iklas kalau dia tak ada duit kecik. Hurm. Good!! Selamat 5 kupang saya.

Dah sampai Terminal, hurm. Awal lagi nie, baru jam 1. 24 petang. Bas saya pukul 2 sengah. Tengah jalan-jalan nak cari tempat duduk, tiba-tiba hidung terhidu sesuatu yang cukup manessss sangat-sangat. Dan seperti di pukau, tetiba jugak kaki tanpa di suruh-suruh pergi membawa badan tembun nie ke kedai joi kaya ball. "Dik, kaya ball satu!". Hadoi, bila nak bayar baru ada kesedaran yang duit harus di jimat cermat. Hadoi. Hadoi.

Sebelum nie, kalau nak naik bas, memang aku selalu memborong macam-macam. Komek Sin Chan la, Minggunan Wanita la, Ayer la, jajan lagi, semua kau nak melantak dalam bas. Padahal naik bas kejap lagi sure-sure tidur punya. Bila masa nak baca buku and nak makan pun tatau la. Haishhh.

Okeh, sambil mengunyah kaya ball, mencarilah tempat duduk dan kemudian nampak ada satu kerusi kosong tepi mak cik nie. Pergi la menduduk di situ sambil di temu ramah oleh makcik di sebelah. Beborak 5 minit kemudian hati seakan tergerak untuk pergi ke kaunter tiket bas.

"Akak, bas saya pukul 2 sengah, boleh tak, nak tukar nak naik sekarang, yang bas 1 sengah?" Dengan pantas akak tu mintak tiket, dia conteng apatah atas tuh, kemudian "Dik, naik bas no plate nie ek, ada kat ujung sana nuh" Wah!! semudah itu. Bagussss. Masa sejam saya dah dapat di selamatkan. Good-good!!

Dalam bas pulak, seperti yang di duga, yang di jangka, letak kepala jer, sodaqallah hul azimmm.. ^_^. Sampai kat tol Sungai Besi baru sedar, tu pun puas paksa diri, bangun-bangun, dah nak sampaii.

Berbekalkan lima hengget dalam purse, berjalan la saya membawak diri ke station LRT Bukit Jalil. Beratur dengan harapan bayaran untuk ke Bandar Tasik Selatan biarlah kurang dari seringgit. Semoga! Dan Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang sudah tentu akan mempermudahkan urusan hamba-hambanya. 7 kupang je kena bayar?? Ow-Yeayy!! Cukup kot duit aku untuk sampai ke Sungai Buluh nie. ^_^

Sedang berjalan nak tukar dari Rapid KL ke Komuter tiba-tiba di sapa oleh sorang budak lelaki yang mungkin adik kot. Sebab tak kacak, so aku assume dia adik lah. Kahkah. Eh, sebernarnye dia tak menyapa pun, tapi dia bagi kertas iklan yang selalu orang buat kat supermarket tuh. Sebab macam kesian amek je lah.

Nak tahu tak ikelan apa dalam ketas tuh??? Okeh. Sila kelebek sendiri gambar kat bawah nie....






Wow?? Saya di offer belakon weh!!! cehh, padahal offer untuk pergi ujibakat je pun..

Saya akan jadi artis tak lama lagi wehhh!!! Lepas nie akan setaraf dengan ZA arrr.. Dah bules kapel ngan ZA arr.. Gilee la kauu..

Eh, cup-cup, apesal kena belakon untuk filem seram??? Apa, muka aku nie ada macam sedara-sedara hantu kak limah balik rumah ke?? Tak kan muka aku sesuai untuk pegang watak hantu-hantu je??? Cisssss.. Penat-penat aku dok sapu krim pati halia sampai tak boleh tidur malam semata-mata nak selim, nak segak, dia nak bagi watak tuh??? How dare you..

Dah, apa-apa pun tak payah berangan lebih. Orang macam aku nie memang tak ada bakat semula jadi untuk belakon. Bagi skrip sedang jual sayur, jap lagi aku pi bantai meniaga tudung. Ye arr, dah penyakit sejati Short term memori, mana boleh jangka kan. Tu tak masuk bab-bab suruh menangis ke, marah ke, muka dan wajah tak dak perasaan macam aku sangat-sangat tak sesuai. Kalau suruh belakon gelak 36 jam boleh.

Eh, lupa pulak nak cerita lagi, dalam-dalam i dok kutut diri sendiri tak pandai belakon la, bakat tarrak laa.. Nak tau dak? kehkeh. Excited nie, ari jumaat ari tuh, sedang lepak-lepak depan fakulti sebab tunggu kawan jumpa penyelia PS dia. Lepas tu ada la sorang kakak yang mambawak gaya macam staf fakulti aku, datang menyapa kami-kami ini.

"Free tak sekarang??"

"Free"

"Boleh tolong tak? Nak ambil gambar?"

Wow?? Ambik gambar?? aku pantang orang offer ambik-ambik gambar nie, terus laju jer tanpa diseledik untuk apa. Kang orang tu nak bomoh ke, hape ke. Bahaya sungguh. Haishhh.

Tapi dalam hati macam boleh agak. Mesti dia nak suruh belakon jadi apa-apa nie. Last-last sekali, memang betul lah. Kena jadi model untuk video koprat Universiti. Wau!! Pemes i nyah. Jangan jeles yer kalau mak meletop dulu dari kau nyah. Kahkah.

Masuk dalam studio apa tah, tapi macam bilik yang nak record-record artis menyanyi nieh. Memang hebat lah. Belakon-belakon sedang ketik komputer, sambil kepala sarung head phone besar gedabak. Hadoi. Gambar pulak tak dak untuk nak dijadikan bukti pembelian. Rugi sungguh. Tak pe, pepun, nanti jangan lupa, saksikan saya dalam Video koprat UTHM. Cehh. Apa kejadahnya nak layan video koprat UTHM nie. Tak kuasa i nyah. Kahkah..

Dah. Dah. Cukup la melalut sampai ke perenggan ini. Dah letih menaip. Anda pun sudah tentu tak sabar nak tunggu penutup cerita. Itu saja dari saya. Selamat menanti kisah-kisah best pulak sepanjang di KL Skarang KL Skarang nie. Hidup memang tersangat BEST bila jauh dari Parit King!! SERIUS SHITTT!!












PdanS : Tapi, sebenarnya, dalam diam-diam jugak saya rindu bilik kecik saya di Parit King sana. Rindu tauuuu.



No comments: