❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 23, 2011

Kisah Skype dan gigi huduh yang sudah tamat riwayat.


Hai. Si Redleber menulis untuk malam yang indah ini. Indah sangat ke??? Yeeezaaaaa!! sangat sangat. Okeh. kita ke satu demi satu perkara.


Skype dulu ya.


Sebenarnya saya dah lama ada akaun skype nie. Dari zaman-zaman diploma lagi, mean 2005 la kot. Wow. Lama tuhh. Tapi yang amat menyedihkan, skype nie di mainkan time tuh jer, bila sambung degree dah start dengan alat canggeh yang lain iaitu Ovoo sebab camne tah, Skype di sekat kot time tuh. Tiba-tiba semua kengkawan se Universiti dengan aku, beralih arah ke Ovoo pulak. Tapi Ovoo pun kejap jugak di hati aku sebab tak menarik pun. Slow, tak best macam skype, nak send file pun bejanggut tunggu. Lagi pun friend list kat situ semua budak kelas aku yang teptiap hari dok jumpa. Busan sungguh.

Dah lama hati macam tergerak nak try masuk balik Skype nie, dah lama tak bukak, since dari awal degree dulu sampai sekarang nie. Dah kat 2 or 3 tahun lebih la kot. Nak bukak tapi installer tak ada. Hari tu dah penah download, tapi dalam hati sangat tidak ada kesabaran untuk tunggu, terus kansel saja muat turun skype tuh. hehe.

Tiba-tiba malam nie, nampak budak rumah sedang download installer skype, saje lah gatal mulut pi tegur rakan tuh. "Eh, download skype kee??" Lepas tu dia pulak sibuk suruh aku bukak akaun sendiri, boleh berskype dengan beliau. Hellow, i dah lama ada skype nie hokeh. Cuma dah lama tak on jer. Jadi, kerana kawan tuh begitu excited nak berskype drngan saya, macam tak boleh nak bercakap face to face je, padahal duk satu rumah, dia pun terus bagi installer dan suruh i install.

Lepas dah install, terus jadi jakun kejap. "errrr... nak tekan apa nie? Status nak ubah macam mana? Nak tengok orang on-line kat mana??" banyak sungguh persoalan yang timbul. Ye arr dah lama tak bukak, skype pun dah berubah wajah. Lebih canggeh dari yang dulu.

Bila dah laptop aku ada camera nie, turus la bertambah jakun lagi dan lagi. Semua orang aku sibuk nak berbideo cam. Hahaha. Yang jauh no wonder la kalau aku nak berBideo call, tapi yang jalan 5 tapak dah boleh jumpa, kentut aku pun dia boleh bau, still nak mengada berBideo call jugak kan. Hahaha. Hey suka hati saya la. Dan nama pun jakun, memang haruslah mengacau dan sibuk nak add skype semua orang.

Tapi bagus laa. Laju jugak menatang skype nie. Memang sep duit la kalau nak berborak dengan kawan/marka/family yang jauh di mata dekat di hati. Lepas nie nak paksa marka saya kat Mukah nu ON kan skype dia. Tak ada la membazir sangat duit tuh aset nak talipon jee. Dah la kengkadang bila dah telipon tuh, tatau nak cakap apa, tapi bila tengok tang call duration tub-tub sejam? Begemana nie? Tu time tatau nak cakap apa. Kalau waktu dah tau isi-isi penting yang harus di cakap kan tuh, wow, kompem meletup jugak henpon cap ayam aku nieh.

Okeh, sesapa yang rasa dia kawan dengan saya and kenai saya buleh la add akaun skype saya yer di nombor "Munaaa2" tapi kalau yang i tak approve and tetiba pi block tuh, mean saya tak kenai kamu la. Ce cite sket sapa kamu. Baru la boleh approve. Tak pun bubuh gambar yang lebih senonoh sikit, ce bubuh gambar muka ke, nie tak anggota badan yang lain jugak la yang engkau gemar nak tayang kan. Sorry yer, i tak layan manusia sangap-sangap nie. Menjijik kan ada.

Itu saja hal-hal menskype saya. TAMAT.






Kisah GIGI ku.



Ini entry yang last pasal gigi menggigi nie. Lepas nie dah tak ada lagi. Kompem. Memang tak akan ada, aku berani potong kuku laa, kalau tetiba tersasul lagi keluar entry hal menggigi nie.

Hari nie saya dah selamat mencabut gigi buruk yang selalu buat tidur saya tak lena, mood saya berubah-rubah, dan membuatkan anda jugak muak sebab aset cerita pasal gigi sakit jah. Busan kan. Tak mengapalah, saya pun tak paksa suruh baca. Kalau dah busan, mungkin boleh try bukak Wikipedia pulak.

Lepas siap cabut gigi tadi terus pulang ke rumah, sepatutnya saya kena menjumpa dengan kawan saya yang 7 tahun tak bersua muka. Sangat lama kan. Kawan saya nie datang sini, UTHM nie, sebab ada interview untuk jadi lecture sini, tapi yang sayangnya saya pulak tak boleh nak jumpa dia. Bukan tak nak, lepas cabut gigi tu je, terus rasa sakit, rasa tak selesa gila nak cakap, plus rasa nak muntah sangat-sangat sebab aset tertelan ayer liur yang dicampur dengan darah yang tak stop-stop keluar. Sampai aku siap kena pergi kedai beli tisu satu kotak lagi, yang ada dah licin dok buat lap mulut di setiap 1 menet.

Sampai sekarang pun aku still rasa darah tu tak stop-stop lagi sebab bila telan je ayer liur memang rasa pelik. Eyuksss. Takmengapa lah, semoga hari esok akan lebih baik kan. Lagi pun dentist tadi pun dah pesan, aku punya luka nie besar, darah memang banyak akan keluar. Memang betul sangat la tuh. Baju aku pun abis terkena darah. Haishh.

Lagi? Bila nak makan mulut jadi sakit laaaaaaa. Nak kunyah tu macam satu penyiksaan je bila lepas cabut gigi nie. Apasal time cabut gigi dulu tak macam nie. Hadoi yaiii. Nak taknak kena la jugak masak bubur untuk di sumbat ke dalam perut malam nie, kalau tak memang boleh pecah rekod la tak makan nasik untuk sehari. Terus boleh kurus, kalau macam nie, kena cabut gigi teptiap hari la, boleh cepat kurus sebab tak boleh makan nasik! hikhik.

Nasib baik ada kawan rumah yang comel dah baik, dengan murah hati nya membantu saya buatkan bubuh, serius tak reti buat bubur weh. Tapi dengan bantuan chef yang yang handal dan cantik itu, terus bubur saya yang mula-mula macam nak jadi nasik mentah tu berubah wajah jadi bubur yang paling lazat di dunia!! Lebih lazat dari bubur McD tau.

Yeayyy!! Dah pandai buat bubur, lepas nie boleh la masak bubur untuk anak-anak saya di nanti hari, "alalala.. bucuk-bucuk mummy nak makan bubur yee.. alalalala.. daddy die pun nak makan bubur jugak, boleh sayangggg." eeee. eyukss... apasal dengan perempuan nie ha? Kahkahkah.



Okeh itu saja untuk malam ini.

Tata. Selamat merindu dan di rindu.












PdanS : Tidak sabar untuk melayan hobi baru, malam tadi berborong dengan sakan sekali untuk kertas-kertas yang cantik menawan serta untuk benda-benda yang comel di hati saya. Ouch.Ouch. Nanti kita kongsi lagi yerr...

No comments: