❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 20, 2011

Hari nie dan Semalam.



HAL SEMALAM

Semalam melelapkan diri dengan sangat-sangat sengsara. Menahan sakit gigi yang tak tertahan sambil memujuk diri bawak bersabar dan dalam masa yang sama jugak memaksa mata untuk pejam dan sila tidur!! Ya Allah, sangat-sangat lah sukar.

Bila dah boleh tidur tuh, kenapa mesti kena mimpi sedang sakit gigi, mimpi update blog cerita gigi yang mengsakit. Mimpi yang bukan-bukan sungguh. Lepas tu tejaga balik. Owh aku mimpi rupanya. Baru nak bangun dan edit blog sebab dalam mimpi tuh aku ada silap tulis entry. Hadoi.

Bila dah terjaga tu pulak, tepaksa la berhadapan sekali lagi dengan fasa-fasa kesukaran untuk tidur kerna gigi begedil tak mo stop sakit. Hurm, terasa nak makan begedil la pulak. Kehkeh.

Tadi pagi dah call klinik gigi, dah tanya pasal jadual gigi buruk di cabul. So, hari Rabu nie aku dah bertekad dalam hati nak pergi cabut gigi. Mesti dan mesti. Sakit nie boleh buat mood aku down yang sangat-sangat. Hurm. Takpa, bersabarlah hati untuk masa yang sedikt lagi yer. Shutttt, diam diam. Jangan nangis-nangis.





HAL HARI INI

Jadual macam sangat full, nak pergi jumpa SV, nak pergi bank, nak pergin library untuk cari buku kualitatif sebab Incik google pagi nie belagak dengan saya. Dia tak nak cari sikit pun information pasal Kualitatif. Menci tauuu. Lepas tu kena siapkan assignment yang perlu di submit esok. Tapi rasanya aku nak mentiru je kot. hehe.

Bila kerja dah banyak, nafas seakan dah sesak kembali. Hidup yang penuh keserunukkan dah berlalu. Tak mengapa, adat resam kehidupan. Normal la kan. Just enjoy everything yang kita buat, biarpun mensesakkan nafas kita. Enjoy the show. Errrr. Tiba-tiba. Kehkeh.

Tata.





No comments: