❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 14, 2011

Hal Kerja sekulah yang PALING SERABUT!!!


Cuaca hari nie sungguh redup sekali. Dingin saja yang terasa. Mungkin sempena 12 Rabiulawal =)

Okeh. Hari nie, cuti. So, bangun tidur haruslah di lewat-lewatkan dengan sengaja. Perasaan membalas dendam dengan hari-hari yang tepaksa bangun awal untuk kelas adalah suatu kemestian. Barulah adil kehidupan ini bukan? ^_^

Time table untuk hari nie macam sungguh penuh. Macam la, tapi tatau akan di aplikasikan ke jalan yang betul atau tak. Tengok lah sekarang pun, masih berpoya-poya lagi, dah sejam depan laptop pun masih belum membukak sebarang keja sekulah untuk di kerjakan.

Esok kena mengajar di depan rakan-rakan untuk kelas Mikro teaching. Debaran di jiwa sudah terasa. Debaran sebab preparation belum buat. Baru ada habuk-habuk, isi dalam proses. Walaupun dalam hati ada debar, ada nebes, masih bersuka ria berpoya-poya di dunia tanpa sempadan ini jugak kan. Hurmmmm.

Lagi? Hal belajar jugak. Sekali lagi Incik yang selalu membuat otak saya menjadi ting tong telah menambahkan kerja sekulah supaya menjadi lebih tembun.

Okeh. Macam nie ceritanye, Sem ini saya di wajibkan mengambil subjek kokurikulum yang hanya memegang 2 kredit saja. So, dalam subject nie tak belajar apa pun, tak ada final pun. Kita orang kena buat program yang berunsurkan kokurikulum. Okeh. Fine.

Bila nak buat, Si Incik Kacak nie suruh buat program yang international la, yang besar-besar, tapi kami hanya ada sampai ujung sem nie je, bermakna dalam 2 bulan lebih je lagi. Kalau boleh dia nak program yang besar-besaran macam program nie semua Universiti di Malaysia terlibat, tak pun kalau buat untuk orang ramai mesti ada penyertaan yang beriban-riban. Dalam masa 2 bulan lebih-lebih sikit nie?? Sempat ke nak handle??? Macam kami tak dak kerja len dah nak buat? Padahal ada lagi 3 subject yang lebih banyak lagi kredit hour dia untuk di fikirkan. Subject yang 4 kredit pun tak da la tenat macam nie project dia. PS 1 pun dah start sem nie. Yang tu lagi nak kena fikirkan. Hadoi.

Okeh, bila dah buat kertas kerja yang bertahap sarjana la konon, nak buat besar-besaran dan gah nie!! tetiba pulak dia cakap, tak boleh mintak apa-apa peruntukkan dari universiti!! Gila kah apa? Suruh buat besar-besar, kemudian sponser tak mo kasi. Mintak RM200 pun dia cakap tak payah berharap sangat untuk dapat. Hadoiii. Kalau macam nie baik buat aktiviti lari dalam guni jaaaa. Budget pun tak pakai, cari guni yang orang buang je kat pasar pagi tuhh. Hadoi. Hadoi. Hadoi.

Okeh, bila budget macam tak di boleh dapat, kita orang cuba lah ubah strategi, bila antar ke Incik Kacak nie, aset kena reject jeeeeeee. Dah 4, 5 kali antar proposal, ada jeee yang salah, yang kena pebetul, yang kena tambah. Waktu check hari tu cakap macam laen, tapi bila dah edit dan bagi ke dia suruh check, dia nak yang macam 1st-1st buat pulak. Owhhh. WHF [What The FUN!!!] Sepatutnya semalam kena antar balik proposal yang kena edit bagi ke Dia check. Tapi sorry to say la, saya dah malas nak fikir pasal kerja Koko itu lagi. Lantak laaa. Banyak lagi kerja sekulah nak kena settlekan.

Memang serabut sungguh... Dah tengah bulan 2 dah nie, dah nak masuk separuh sem, proposal pun masih samar-samar, aset kena edit yang salah jer. Padahal bukannya nak mintak duit punn. Nak mitak kebenaran nak buat program jee. Kenapa kena cerewet macam nak antar ke Yang di Pertuan Agong je. Kang buat senyap-senyap padan muka.

Lagi???? Satu group ada 4 orang yang akan handle satu program yang GAH itu???? Cukupkah??? Mereka 4 orang itu lah yang kena perah otak untuk semua-semua hal. Hurmmm.

Kemudian, untuk kelas saya ada 4 group, so ada 4 program. Dan ini bermakna saya akan ada 4 kali tarikh di hujung minggu yang tak boleh balik kampung atau meronggeng ke mana-mana. Semua tarikh nie, saya satu kelas kena terlibat even tu bukan project saya, kena jugak tolong-tolong group lain di hari program mereka sebab nanti bila program saya mereka akan tolong balik. Dah tak cukup ahli, tepaksa la buat macam tuh.

Kemudian lagi.. Kami jugak telah di anugerahkan satu program yang lebih besar, yang nie semua satu kelas terlibat. Bukan project yang by group dah. Semua orang ada tugas masing-masing. Program nie Kem Belia Malaysia yang akan ada 500 peserta budak sekolah dari seluruh Johor. Kena buat modul apa bagai, kena pergi dengar taklimat 2 hari untuk belajar cara nak buat modul, kena habiskan sehari untuk dengar kursus bagaimana nak jadi fasi, sebab pada hari program tuh, kami-kami satu kelas kena jadi fasi.. Wow. 3 hari pulak tuh. Wow. Semakin terbuang la masa hujung minggu saja. Dah tak ada masa-masa untuk KL SKARANG KL SKARANG. Aset di Parit Raja pekan nan indah je nanti.

Lagi?? Baru 2 hari lepas ketua darjah kelas saya bitau 1 gosip panas lagi... Ada 1 lagi program yang kami kena handle. Owh My GOD!!!!!!!!!!!!!!!!!! Serabut kerja by group pun tak abih lagi. Ditambah pulak dengan Kem Belia Malaysia tuh. Sekarang ada lagi program baruuuuu!!!! Rasa macam nak drop semua subject yang lain-lain jeee. Nak amek subject nie jeeee. Boleh fokus sikit. Nak bagi 10 program per sem pun saya dah tak kisahhhh.

Program kali nie dengar cerita kena buat kem pengawas untuk budak sekolah kat BP nie kot. Hadoi-hadoi-hadoi. Penyertaan pun mesti beratus jugak nieee. Lepas tu kena buat modul untuk kem nie pulak. Satu lagi weekend saya burn macam tuh saja. Dah kurang masa untuk rehat. Kejadah apakah inieeeeeeee...

Okeh. Serabut tak bila baca. Nie baru cerita kerja sekulah untuk satu subject je. Tak masuk Techno lagi, Tak masuk statistik lagi, Tak masuk micro teaching lagi, Tak masuk kualitatif lagi, dan tak cerita hal-hal PS1 lagi. Hurmmmmmmmmmmm...

Pelisssss... Tolong positif kan sayaaaa!!!














PdanS : Menci laaa bila dalam hati ada rindu. Sekian.


No comments: