❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 21, 2011

Hai petang yang bosan.


Hep, mari menulis di petang yang bosan tatau untuk di buat apa.

Actually sangat tahu nak dibuat apa. Tapi di sebabkan oleh rakan-rakan yang perlu di ajak untuk berbuat apa itu mentidur, maka terpaksa lah mengadap lappy ku ini. Mari menulis sesuatu untuk diri sendiri dan engkau jugak. Hope suka lah jaga tepi kain aku kan. kehkeh. Tak tak. Tak tuduh macam tuh. Kamu kan comel dan kacak lagi bergaya. Teruskan membaca!!!! i loikeee!!! Muahhh!! Okeh. Dah. Cukup lah tuu.


Hari nie di Mood Westlife. Sangat-sangat. Tapi bila masa aku tak berMood Westlife? Asal bukak laptop je, Lagu ini group jugak yang aku layan kan? Huhu. Tak mengapalah. Janji dalam hati ada suka. Bila suka, semua kerja boleh jalan. Tapi bila dalam hati jugak ada FB, aku cukup-cukup menyampah. Aset nak bukak jerrr. Keja pun menjadi takat habuk je, isi tarrak. So, Deactive kan kejap. Kejap untuk 4 menet je lah. Sudahnya active balik. Hadoii.


Sepatutnya saya kena berjogging di kala petang macam nie. Kena dan sangat kena!!! Badan dah gemuk laaaaaaaaaaaaaaaaaa. Hurm. Bukan badan. Tapi di bahagian pinggan dan ke bawah. Mahu lebih sedikit kecil. Kalau pakai jeans nanti tak dak lah nampak macam cacat sangat. Err. Tak bahek tau cakap macam tu kepada ciptaan tuhan yang sangat cukup sempurna. Apa laaaa.


Kalau petang-petang cam gini, kalau kat rumah mesti aku dah tak boleh duduk. Kena jugak keluar pergi mana-mana. Serius. Kalau tak ada hala tuju sangat, aku naek la moto sorang-sorang. Tak pun aku pergi rumah jiran sebelah yang ada anak kecik, angkut naik moto sorang dua, bawak pergi menilau satu kampung.


Bila ada budak-budak membonceng dengan kita sekali, tak ada lah pelik sangat kalau kita bawak moto dengan kelajuan 10km/hour. Kan? Lepas tu maruah lebih bersih. Ceewahhh. Maruah tuh. Tak tertahan sungguh. Bukan maruah yang nak di cakap. Tapi bila dah ada budak membonceng sekali dengan kita, tak ada la jantan keparat dan sangap nak mengorat lebih-lebih. Mungkin dia ingat 'Owh, bawak anak, tak payah mengorat'.


Tapi kadang-kadang tu aku selalu paksa adik laki yang sorang tu untuk bawak aku pergi jalan-jalan nek moto. Best-best, sebab boleh bagi arahan je, 'Okeh, masuk simpang nie, okeh, pergi kampung nie, masuk jalan tuh' sambil tangan aku dok sibuk snap gambar. Yup, mengsnap keindahan kampung ku indah permai jugak salah satu hobi di kala petang. Tapi kalau lah sudah ada camera canggeh mesti lagi best kan aktiviti tuh.


Lagi aku buat ape ek petang-petang?? Owh, menyapu sampah kat luar. Bukan nak menunjuk kata diri rajin, tapi dah ketandusan aktiviti dah. Terpaksa la belakon-belakon jadi anak dara yang rajin menyapu daun-daun berguguran di halaman rumah. Ouch ouch. Sambil-sambil tuh, mengusaha anak-anak teruna yang lalu lalang depan rumah sebab rumah aku memang betul-betul tepi jalan besar. Dah lah sebelah rumah ada caltex, memang menjadi tempat lepak para remaja rempit. Sungguh meluat sekali kan. Tengah-tengah malam mesti ada pencemaran bunyi.

Lepas tu sekarang nie, kat tepi rumah ada orang buat tapak jual kerusi konkrit. Lagi la menyampah. Asal nak keluar rumah sidai baju, aset kena mengorat, aset kena bunyi-bunyi tikus dengan pekerja kat tapak tuh sebab dekat sangat ngan rumah i. Sepuluh meter pun tak sampai. I jadi segan tau. Kang aku balas bunyi tenuk padan muka.

Che Sayang pun sangat bimbang. Dah la pekerja tu semua laki dan muda-muda. Lepas tu tak ada pagar ke hapa untuk jadi had sempadan rumah dengan tapak kedai tuh. Derang pun kalau nak basuh tangan or nak guna sumber ayer bersih ke apa, mesti dengan selumber ya ya pergi terjah paip air belakang rumah i. Basuh sesuka hati. Helloooo. Kang time tu kalau saya sedang berkembang dalam rumah. Begemana ??? Tak sukaaaaaaa.

Barangkali, bila tapak jual kerosi konkrit tuh dah di masukkan sumber ayer sendiri, mungkin dah boleh settle masalah saya nak bekemban dalam rumah sesuka hati. Tapi masalah nak keluar sidai kaen tetap jugak ada. Kahkah. Saya kan pemalu orangnya. Kena lah jadikan benda yang simple ini lebih complicated kan. kahkah. Eh, lupa laa, kenapa saya mesti rungsingkan masalah sidai kaen, bukankah saya sungguh tidak mengsukai pada aktiviti mengsidai kaen?? Bukankah aktiviti ini selalu nya di lakukan oleh adik perempuan yang satu itu selepas di paksa 7 kali baru buat? Bukankahh??? Hadoi. Maap yerr. Hehehe.


Cerita aktiviti petang yang bosan sudah bertukar ke tepi rumah saya ada lelaki gatal dan saya suka bekemban sesuka hati. Sudah. Cukup lah sampai di sini. Nanti banyak lagi kisah-kisah yang tak ada kaitan dengan tajuk bacaan akan tersamsul di ceritakan seperti tiba-tiba "anak buah saya membaling kucing hidup-hidup masuk dalam lubang jamban" eh, tapi kisah nie betul laaa. Next time kalau aku ingat aku tulis. Memang sangat boih semua anak menakan saya!!!


Dah. Sekian!!!











PdanS : Perlu ke perasan sorang-sorang like "Eh, dia nie kenapa?? Pelik semacam jee. Nak mengorat aku lah tu". Perlu ke?? Perlu ke?? Kahkahkah.


No comments: