❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 26, 2011

Saya suka melongkang. Anda? Memparit??



Hep kamu di sana! Rindu i tak? Cepat cakap rindu!! kalau tak, i tak mo cerita apa-apa, nak stop di sini saja. Cepat cakap!!! Hok alohhh, degil betul kan mulut you, padahal, dalam hati, rindu yang dah tak tertahan dah tu kan? kan? Cepat ngaku!!! ^_^

Dah lama tak update kan. Walaupun baru 2 hari tak tulis apa-apa dalam blog huduh nie, tapi rasa macam dah lama mentinggal arena blog memblog ini. Bukannya sibuk sangat pun. Kerja sekulah yang tembun itu sungguh malas untuk di sentuh, tiap kali ada masa senggang-senggang saja, mesti akan berHobi. Hari nie pun, dari tengah hari sampai ke petang aset berHobi saja. Mata kusyuk tengok panggung sabtu, tapi tangan dok sibuk quilling. Hadoi. Indah sungguh dunia, kalau boleh buat benda yang kita suka. Kan? Semalam pun sama jugak, sibuk berhobi dari jam 11 malam sampai ke 4 pagi. Wow. Saya pun sungguh wonder dengan diri sendiri. Hebat! selalu pukul 1, jasad je yang begerak, tapi roh dah sampai atas katil dah. Hadoii...

Okeh. Anda tahu? saya sedang bermood gembira sangat-sangat hari nie. Sebab?? Sebabnya baru je balik bersuka ria di luar Parit Raja.






Tadi pergi membowlingkan diri. Sungguh bestt!!!!!!!!!!!!! Sangat-sangat!!!!! Walaupun seperti biasa aset melongkang saja, tapi anda tahu tak, melongkan tuh lagi menjadikan diri saya lebih gembira. Perasaan suka sangat melebihi dari gembira bila bowling yang di lontar adalah strike! Ya!! sila percaya!!!





Next aktiviti, macam biasa, kalau keluar mesti ada sesi karok mengkarok nie. Yang nie pun lagi menTerujakan. Mula-mula masuk pun dah silap enter lagu. Teruja sangat nak nyanyi, last-last lagu bujang lapuk yang tubik. Nasib baek macam boleh taram dengan cemerlang jugak. Sampai balik rumah pun terbawak-bawak lagi dok nyanyi lagu tuh, tak habis-habis lagi dok suka. Hahaha. Status facebook pun turut terkena tempiasnya, "Ooooo.... Menceceh.. mencecehh.. menceceh.." Sila nyanyi dalam nada Lagu bujang lapuk ya kawan-kawan, bukannya kisah saya sedang mengicah pelam, or kaki sedang melecek. Tak. Hahahaha.

Ingat malam nie boleh la melalak lagu Drowning ke, My Love ke, sebab dok practice make perfect beriban-riban kali dah nie kat bilik, tengah masak, dalam toilet. Tapi memandangkan kami semua di mood telebih riang gumbira, jadi, lagu-lagu yang bersifat slow and steady dan tak memerlukan banyak pergerakkan gua tak layan yer kali nie.

Lagu yang di perdendangkan malam nie banyak ke arah dangdut mendangdut sebab dengan lagu-lagu cam gini akan buat hati jadi lebih riang. Nyanyi nya tak pun, gelak ngan gelek-gelek je lebih. Hadoi. Sabar je rakan-rakan saya nie. Malu eden tau. Dah la dapat bilik karok no 1. Tepi sekali dan ada cermin di pintu dan diding sampai boleh menampakkan kepada manusia yang lalu lalang. Makcik yang dok lepak kerosi urut Ogawa pun boleh mengusha kami-kami sambil tenganga mulut. Mungkin dia tegejut kot tengok ada jugak manusia cam gini yer.






Ini video cepat-cepat yang di buat dalam masa yang terlalu cepat-cepat sebab mengantuk dah. Mau mentidor daaa. Apa-apa pun sila la klik dengan bangganya kalau pakai streamyx. Kalau pakai broadband, mungkin boleh cuba untuk berzikir sementara tunggu dia nak loading. Nak sembahyang hajat dulu pun boleh. ^_^




Ini pengalaman ke 2 saya bemain bowling. Sila jangan kutut lebih-lebih mengenai cara lontoran bola yang di persembahkan, mungkin bila dah kali ke 3, lotaran saya nanti akan jadi lebih smooth dan kaki ada silang-silang sket di hujung lontaran. Alah, macam Shalin Zulkifli tuh. Mungkin la, tadi pun dah mencuba untuk kaki ada selang-selang macam orang pro yang dah lama main, tapi hasilnya bola akan melongkang saja. So, tepaksalah bawakkan gaya huduh dan buruk ini jugak sewaktu melontar bola-bola itu. hehe.


Okeh, sekarang saya dah tersangat-sangat penat nye. Jadi, saya rasa ini saja lah cerita dongeng yang dapat saya sampaikan untuk kamu-kamu semua sebelum tidur. Ahir kata, marilah kita pakat-pakat ke Muar ye esok. Ada keluarga angkat yang perlu di ziarahi. Mesti ada makanan yang lazat-lazat dan enak jugak!!! Sila sebut hip hip Ow-Yeayyyy!!!












PdanS : Saya tahu, saya perasan, dan saya sedar semua-semua tindak tanduk yang memelikkan ituh, tapi boleh tak nak bokbuat macam tak ada apa yang berlaku, tak ada apa-apa rasa yang perlu di layan . Can?? Wait and see je lah kan. ^_^

Thursday, February 24, 2011

Melayan hobi baru [Part 2]



Punya hobi craft-mengcraft nie memang makan belanja yang besar sikit pada awal-awal nya, tapi apa boleh buat, dalam hati ada suka, layan saja labu kan. Semalam, di malam khamis yang indah, setelah bertarung dengan sakit gigi yang baru di cabut, setelah letih menelan darah yang tak henti-henti mengalir dalam mulut, saya bersama housemate pergi menerjah ke BP Mall dengan alasan, nak mancari mendalah yang boleh membuat hati menjadi lebih suka dan suka lagi.

On daway pergi tuh memang aku sangat-sangat tak selesa sebab kesan cabut gigi pada pagi hari buat gusi aku tak berhenti-henti mengeluarkan darah. Dan SAMPAI SEKARANG PUN tak stop lagi!!! Bila dah letih nak ulang alik ke toilte untuk buang darah-darah tuh, terpaksa la di telan mati mak, di ludah toilet jauh. Minum darah sendiri dah rasa macam perkara biasa dah. Tunggu la tengah malam skit, kompem muka aku perubah jadi vampire cun melecun. Muahaha. Lepas tu boleh kapel dengan Edward Cullen. Ouch. I loikee!! Okeh. Dah melintang arus dah nie. Mana cerita melayan hobi baru tadi tuh?? Mana? Mana? Sila kembali ke jalan yang lurus ya.


Malam semalam aku keluar cari kertas-kertas yang menawan kalbu. Hajat di hati nak cari kertas je, KERTAS SAHAJA yer. Tapi bila dah sampai sana, masuk-masuk je Popular, benda lain yang dok pi kelebek dulu. Hadoi. Sampai kaunter nak bayar je, tengok-tengok, errrr.. apa aku ambik nie. Hadoi..






Nie la benda pertama yang aku terpandang bila masuk, letak depan-depan pulak tuh. Tak nyorok-nyorok langsung, dah la aku pantang jumpa benda yang comel di hati, di tangan lagi la menawan. So, apa tunggu lagi, rembat laaa...




Nampak macam, errrr.. apa la yang Munawwarah Ismail nie dok perabih duit beli menda-menda merapu nie kan, gunting cam bebudak jajah satu pun bekenan. Hellow kawan-kawan, jika anda nak tahu, gunting nie sangat la special function dia. Tak sama dengan gunting yang lain. Bila kita kerat kertas, ketas tak akan jadi sama or lurus la dalam bahasa yang senang faham, tapi bentuk kertas akan mengikut corak yang di lakarkan di atas gunting itu. Menarik bukan??? Kalau tak menarik pi men jejauh, engkau bukan peminat seni macam aku dan Zahiril. Errr. Tetiba nama Zahiril kena masuk skali. Hadoi. Begitukan Cinta??




Lepas tu tahu i beli apa?? Ini adalah rubber stamp yang mempunyai corak yang sangat cute miut. Hati sangat tegoda dengan benda-benda ini. Adussssss. Dah la pelbagai corak. Okeh, relax muna, cool, untuk tengah masa gawat-gawat nie, saya hanya bules mengambil corak ini saja. Yang lain-lain simpan untuk masa depan yerrr.




Sebenarnya cari paper yang untuk quilling, tapi kertas ini je yang ada. Balun je lah. Tatau akan guna ke tak lepas nie, harap-harap tak terbiar macam tu je lah.


Itu saja barang yang sempat i rembat pada malam semalam. Cari quilling tool, macam gambar kat bawah nie, tapi tak jumpa, memang tak ada la kedai-kedai buku nie, kalau nak jugak kena cari kat kedai craft. Mesti ada punya. Buat masa nie, i qulling guna, skru meja i yang tak guna, kadang-kadang rembat penyapu lidi, dan kadang-kadang, batang pen, dan kadang-kadang jugak, paku. Lepas nie i akan guna chop stick pulak. Amek yang bekas sushi king punya. Kehkeh.









Dan cerita hari ini pulak, ya ampun, saya sangat-sangatlah teruja sekali bila pulang dari kelas. Tahu kenapa? OMG!!! Mini Paper Shredder yang saya oder dah sampai. Dalam hati ada Ow-Yeay OW-Yeay sajalah. Tak sempat nak bukak tudung, tak sempat nak letak beg, terus bukak bungkusan.




Tadaaaaaa!!!! Inilah paper shredder yang di gembar-gemburkan hebat tuh. Ya, sangat hebat sebat saya dah tak payah menggigihkan diri untuk potong kertas sehelai demi sehelai dengan pisau, tangan dah takcalar balas dah lebas nie.

Sekarang, mari kita saksikan bagaimana paper shredder boleh menabur bakti kepada Munawwarah dan bagaimana mendalah nie dapat menghappy kan hari beliau!!






Owh, Paper Shredder ku, kan ku tunggu janda mu!! ouch!!




Bungkusan untuk customer. Aku rasa macam nak gelak je bila tengok word customer tuh. Kahkahkah. Mari gelak. Macam, errrr, saya meniaga menda-menda macam nie? Kahkah. Sungguh susah nak pecaya, hobi yang mula-mulanya macam main-main dan suka-suka je dah jadi sangat serius sekarang. Errrrr. Okeh, saya akan cuba buat yang terbaik.




Saya tatau la Tuan yang tempah tu suka ke tak. Errrr. Ini qulling saya yang ke2. Rasa simple sangat, tapi tah la. Saya prefer yang simple, tak suka yang crowd-crowd sangat.





Selamat bergumbira wahai Cik Miza ku sayang. hehe. Sorry dear yang nie yang i mampu buat, next time bila i dah belajar buat macam-macam bentuk, i up lagi hiasan-hiasan dia ek. Sila la melanggan lagi.












PdanS : Ujung minggu nie pun nak berHobi lagi. Nyum nyum. Nak lupakan sebentar yang diri nie adalah student pendidikan Teknik dan Vokasional di UTHM yang ada kerja sekulah bertimbun-timbun. Ya memang sangat perlu bokbuat lupa bila hujung minggu tiba!!!

Wednesday, February 23, 2011

Kisah Skype dan gigi huduh yang sudah tamat riwayat.


Hai. Si Redleber menulis untuk malam yang indah ini. Indah sangat ke??? Yeeezaaaaa!! sangat sangat. Okeh. kita ke satu demi satu perkara.


Skype dulu ya.


Sebenarnya saya dah lama ada akaun skype nie. Dari zaman-zaman diploma lagi, mean 2005 la kot. Wow. Lama tuhh. Tapi yang amat menyedihkan, skype nie di mainkan time tuh jer, bila sambung degree dah start dengan alat canggeh yang lain iaitu Ovoo sebab camne tah, Skype di sekat kot time tuh. Tiba-tiba semua kengkawan se Universiti dengan aku, beralih arah ke Ovoo pulak. Tapi Ovoo pun kejap jugak di hati aku sebab tak menarik pun. Slow, tak best macam skype, nak send file pun bejanggut tunggu. Lagi pun friend list kat situ semua budak kelas aku yang teptiap hari dok jumpa. Busan sungguh.

Dah lama hati macam tergerak nak try masuk balik Skype nie, dah lama tak bukak, since dari awal degree dulu sampai sekarang nie. Dah kat 2 or 3 tahun lebih la kot. Nak bukak tapi installer tak ada. Hari tu dah penah download, tapi dalam hati sangat tidak ada kesabaran untuk tunggu, terus kansel saja muat turun skype tuh. hehe.

Tiba-tiba malam nie, nampak budak rumah sedang download installer skype, saje lah gatal mulut pi tegur rakan tuh. "Eh, download skype kee??" Lepas tu dia pulak sibuk suruh aku bukak akaun sendiri, boleh berskype dengan beliau. Hellow, i dah lama ada skype nie hokeh. Cuma dah lama tak on jer. Jadi, kerana kawan tuh begitu excited nak berskype drngan saya, macam tak boleh nak bercakap face to face je, padahal duk satu rumah, dia pun terus bagi installer dan suruh i install.

Lepas dah install, terus jadi jakun kejap. "errrr... nak tekan apa nie? Status nak ubah macam mana? Nak tengok orang on-line kat mana??" banyak sungguh persoalan yang timbul. Ye arr dah lama tak bukak, skype pun dah berubah wajah. Lebih canggeh dari yang dulu.

Bila dah laptop aku ada camera nie, turus la bertambah jakun lagi dan lagi. Semua orang aku sibuk nak berbideo cam. Hahaha. Yang jauh no wonder la kalau aku nak berBideo call, tapi yang jalan 5 tapak dah boleh jumpa, kentut aku pun dia boleh bau, still nak mengada berBideo call jugak kan. Hahaha. Hey suka hati saya la. Dan nama pun jakun, memang haruslah mengacau dan sibuk nak add skype semua orang.

Tapi bagus laa. Laju jugak menatang skype nie. Memang sep duit la kalau nak berborak dengan kawan/marka/family yang jauh di mata dekat di hati. Lepas nie nak paksa marka saya kat Mukah nu ON kan skype dia. Tak ada la membazir sangat duit tuh aset nak talipon jee. Dah la kengkadang bila dah telipon tuh, tatau nak cakap apa, tapi bila tengok tang call duration tub-tub sejam? Begemana nie? Tu time tatau nak cakap apa. Kalau waktu dah tau isi-isi penting yang harus di cakap kan tuh, wow, kompem meletup jugak henpon cap ayam aku nieh.

Okeh, sesapa yang rasa dia kawan dengan saya and kenai saya buleh la add akaun skype saya yer di nombor "Munaaa2" tapi kalau yang i tak approve and tetiba pi block tuh, mean saya tak kenai kamu la. Ce cite sket sapa kamu. Baru la boleh approve. Tak pun bubuh gambar yang lebih senonoh sikit, ce bubuh gambar muka ke, nie tak anggota badan yang lain jugak la yang engkau gemar nak tayang kan. Sorry yer, i tak layan manusia sangap-sangap nie. Menjijik kan ada.

Itu saja hal-hal menskype saya. TAMAT.






Kisah GIGI ku.



Ini entry yang last pasal gigi menggigi nie. Lepas nie dah tak ada lagi. Kompem. Memang tak akan ada, aku berani potong kuku laa, kalau tetiba tersasul lagi keluar entry hal menggigi nie.

Hari nie saya dah selamat mencabut gigi buruk yang selalu buat tidur saya tak lena, mood saya berubah-rubah, dan membuatkan anda jugak muak sebab aset cerita pasal gigi sakit jah. Busan kan. Tak mengapalah, saya pun tak paksa suruh baca. Kalau dah busan, mungkin boleh try bukak Wikipedia pulak.

Lepas siap cabut gigi tadi terus pulang ke rumah, sepatutnya saya kena menjumpa dengan kawan saya yang 7 tahun tak bersua muka. Sangat lama kan. Kawan saya nie datang sini, UTHM nie, sebab ada interview untuk jadi lecture sini, tapi yang sayangnya saya pulak tak boleh nak jumpa dia. Bukan tak nak, lepas cabut gigi tu je, terus rasa sakit, rasa tak selesa gila nak cakap, plus rasa nak muntah sangat-sangat sebab aset tertelan ayer liur yang dicampur dengan darah yang tak stop-stop keluar. Sampai aku siap kena pergi kedai beli tisu satu kotak lagi, yang ada dah licin dok buat lap mulut di setiap 1 menet.

Sampai sekarang pun aku still rasa darah tu tak stop-stop lagi sebab bila telan je ayer liur memang rasa pelik. Eyuksss. Takmengapa lah, semoga hari esok akan lebih baik kan. Lagi pun dentist tadi pun dah pesan, aku punya luka nie besar, darah memang banyak akan keluar. Memang betul sangat la tuh. Baju aku pun abis terkena darah. Haishh.

Lagi? Bila nak makan mulut jadi sakit laaaaaaa. Nak kunyah tu macam satu penyiksaan je bila lepas cabut gigi nie. Apasal time cabut gigi dulu tak macam nie. Hadoi yaiii. Nak taknak kena la jugak masak bubur untuk di sumbat ke dalam perut malam nie, kalau tak memang boleh pecah rekod la tak makan nasik untuk sehari. Terus boleh kurus, kalau macam nie, kena cabut gigi teptiap hari la, boleh cepat kurus sebab tak boleh makan nasik! hikhik.

Nasib baik ada kawan rumah yang comel dah baik, dengan murah hati nya membantu saya buatkan bubuh, serius tak reti buat bubur weh. Tapi dengan bantuan chef yang yang handal dan cantik itu, terus bubur saya yang mula-mula macam nak jadi nasik mentah tu berubah wajah jadi bubur yang paling lazat di dunia!! Lebih lazat dari bubur McD tau.

Yeayyy!! Dah pandai buat bubur, lepas nie boleh la masak bubur untuk anak-anak saya di nanti hari, "alalala.. bucuk-bucuk mummy nak makan bubur yee.. alalalala.. daddy die pun nak makan bubur jugak, boleh sayangggg." eeee. eyukss... apasal dengan perempuan nie ha? Kahkahkah.



Okeh itu saja untuk malam ini.

Tata. Selamat merindu dan di rindu.












PdanS : Tidak sabar untuk melayan hobi baru, malam tadi berborong dengan sakan sekali untuk kertas-kertas yang cantik menawan serta untuk benda-benda yang comel di hati saya. Ouch.Ouch. Nanti kita kongsi lagi yerr...

Tuesday, February 22, 2011

Pusat pelupusan Ubat!


Malam nie badan saya telah menjadi pusat pelupusan ubat-ubatan. Dalam satu masa menelah 2 bijik VCO, 2 Bijik antibiotik, 2 bijik ubat sakit gigi. Ingat nak tambah telan 2 bijik actifast tadi, kemudian baca kat bekas ubat sakit gigi tuh, dia tulis "Sediaan ini mengandungi PARACETAMOL, jangan mengambil sediaan lain yang juga mengandungi Paracetamol".

Actifast kan berParacetamol yang tinggil, jadi terus kensel lah nak tambah lagi jumlah ubat dalam badan aku. Cukup la setakat ini. Sumbat itu ini, kang pengsan secara memvavi buta, tak ke glabah budak rumah aku nak kena usung antar pi spital pulak. Dah la sudah gumukkk. Kesian meraka-mereka nanti. Hehe.

Walaupun dalam gigi ada sakit yang tersangat-sangat, tapi ketahuilah dalam hati sungguh ada bunga berkembang mekar. Ouch. Langsung tak ada sakit, tak ada duri yang menyucuk, dan tak ada bau stokin yang sebulan tak basuh. Tak ada. Kenapa?? Sebab... Sebab.. Layan lagu More Than Words. Terus rasa sakit gigi hilang macam tu sajaa. Eh, bukang hilang, still ada, tapi telupa kata tengah sakit gigi sebab dok suku melayan lagu yang best. Kahkah.

Dah. Sebanarnya sedang buat kerja nie, tapi bila lagu kegemaran keudara di corang laptop terus muka jadi manis. Tiada kerut wanita monopaus. Hati jadi suka. Mood terus berbunga-bunga. Ouchh.

Tata. Nak sambung buat kerja sekulah sementara mata masih cerah. Kang effect ubat tiba, kena la berserah pada katil yang satu. ^_^





Monday, February 21, 2011

Comel sungguh la saya malam nie. Hadoi.



Kenapa?? Kehkeh. Nak gelak untuk diri sendiri dulu.

Okeh. Macam nie cerita diaaa.....

Saya ada assignment yang harus di siapkan malam nie sebab esok kena antar. So, konon-konon perlu menjadi rajin gila la malam nie. Kena tumpukan sepenuh perhatian pada kerja sekulah. Dah tak boleh main-main, tak boleh berlagha di Facebook. Facebook pun tetiba deactivekan supaya tangan tak tesasul pi ketik itu ini bila baru 3 menet buat kerja sekulah. Baru lah perjalanan menyiapkan kerja sekulah boleh berjalan dengan lancar.

Okeh. Kemudian dengan rajinnya membukak buku teks statistik, buka excercise yang kena buat tuh. Dengan tekun salin lah soalan dulu, nak terus buat tak reti. Dah siap salin 3 soalan, tetiba.. "Eh, apesal macam senang je soalan dia nie, bukan ke penah buat dulu". Lantas terus bertanya ke rakan sekelas yang berada di luar bilik.

"Kak Wiyah, kena buat excercise 6 kan??"

"Bukan laa, excercise 4!"

Dengan perasaan tak puas hati terus bangun ke beliau bagi mengkompem kan betul-betul kerja sekulah yang sebetul-betulnya.

"Eh, page barapa yang kena buat??"

" 84 laaa"

"Bukan yang nie ke?

"Bukan, yang nie kan dah penah buat dulu"

"owhhh, Kak Wiyah dah siap ke?"

"Belum, lagi satu soalan"

"Okey, nanti dah siap nak tengok"



kehkeh.. Tahniah atas sikap rajin dengan memvavi buta tanpa menanya kerja mana yang perlu di buat. Bagus!!


So, mula la mensalin kerja sekulah yang dah tahu di page mana tuh. Nak terus buat, kompem-kompem la tak retiii.

Soalan 1 [Done salen mensalin]

Soalan 2 [Done salen mensalin]

Soalan 3, baru separuh je salen, tiba-tiba rakan sekelas itu datang menghantar keja sekulahnya dah siap tu untuk aku salin dan belajar la sikit-sikit. Konon laaaa akan belajar. Kehkeh.

Bila belek-belek,


"eh, no 1 dan 2 tak payah buat ke"

"Tak payah laa, kan dah buat dalam kelas hari tuh"



Blup. Blup. Okeh. Fine!! Lenkali sila ponteng kelas lagi ya. Boleh membazir masa salin yang bukan-bukan. Boleh buang 3 lai kertas sebab salin yang bukan-bukan itu. Kahkahkah.

Dah. Sekian. Nak COPY assignment orang pulak. Study tunggu test lah.











PdanS : Asal malam je sakit gigi, bila sakit gigi je mesti time malam. Hadoiiiii..

Hai petang yang bosan.


Hep, mari menulis di petang yang bosan tatau untuk di buat apa.

Actually sangat tahu nak dibuat apa. Tapi di sebabkan oleh rakan-rakan yang perlu di ajak untuk berbuat apa itu mentidur, maka terpaksa lah mengadap lappy ku ini. Mari menulis sesuatu untuk diri sendiri dan engkau jugak. Hope suka lah jaga tepi kain aku kan. kehkeh. Tak tak. Tak tuduh macam tuh. Kamu kan comel dan kacak lagi bergaya. Teruskan membaca!!!! i loikeee!!! Muahhh!! Okeh. Dah. Cukup lah tuu.


Hari nie di Mood Westlife. Sangat-sangat. Tapi bila masa aku tak berMood Westlife? Asal bukak laptop je, Lagu ini group jugak yang aku layan kan? Huhu. Tak mengapalah. Janji dalam hati ada suka. Bila suka, semua kerja boleh jalan. Tapi bila dalam hati jugak ada FB, aku cukup-cukup menyampah. Aset nak bukak jerrr. Keja pun menjadi takat habuk je, isi tarrak. So, Deactive kan kejap. Kejap untuk 4 menet je lah. Sudahnya active balik. Hadoii.


Sepatutnya saya kena berjogging di kala petang macam nie. Kena dan sangat kena!!! Badan dah gemuk laaaaaaaaaaaaaaaaaa. Hurm. Bukan badan. Tapi di bahagian pinggan dan ke bawah. Mahu lebih sedikit kecil. Kalau pakai jeans nanti tak dak lah nampak macam cacat sangat. Err. Tak bahek tau cakap macam tu kepada ciptaan tuhan yang sangat cukup sempurna. Apa laaaa.


Kalau petang-petang cam gini, kalau kat rumah mesti aku dah tak boleh duduk. Kena jugak keluar pergi mana-mana. Serius. Kalau tak ada hala tuju sangat, aku naek la moto sorang-sorang. Tak pun aku pergi rumah jiran sebelah yang ada anak kecik, angkut naik moto sorang dua, bawak pergi menilau satu kampung.


Bila ada budak-budak membonceng dengan kita sekali, tak ada lah pelik sangat kalau kita bawak moto dengan kelajuan 10km/hour. Kan? Lepas tu maruah lebih bersih. Ceewahhh. Maruah tuh. Tak tertahan sungguh. Bukan maruah yang nak di cakap. Tapi bila dah ada budak membonceng sekali dengan kita, tak ada la jantan keparat dan sangap nak mengorat lebih-lebih. Mungkin dia ingat 'Owh, bawak anak, tak payah mengorat'.


Tapi kadang-kadang tu aku selalu paksa adik laki yang sorang tu untuk bawak aku pergi jalan-jalan nek moto. Best-best, sebab boleh bagi arahan je, 'Okeh, masuk simpang nie, okeh, pergi kampung nie, masuk jalan tuh' sambil tangan aku dok sibuk snap gambar. Yup, mengsnap keindahan kampung ku indah permai jugak salah satu hobi di kala petang. Tapi kalau lah sudah ada camera canggeh mesti lagi best kan aktiviti tuh.


Lagi aku buat ape ek petang-petang?? Owh, menyapu sampah kat luar. Bukan nak menunjuk kata diri rajin, tapi dah ketandusan aktiviti dah. Terpaksa la belakon-belakon jadi anak dara yang rajin menyapu daun-daun berguguran di halaman rumah. Ouch ouch. Sambil-sambil tuh, mengusaha anak-anak teruna yang lalu lalang depan rumah sebab rumah aku memang betul-betul tepi jalan besar. Dah lah sebelah rumah ada caltex, memang menjadi tempat lepak para remaja rempit. Sungguh meluat sekali kan. Tengah-tengah malam mesti ada pencemaran bunyi.

Lepas tu sekarang nie, kat tepi rumah ada orang buat tapak jual kerusi konkrit. Lagi la menyampah. Asal nak keluar rumah sidai baju, aset kena mengorat, aset kena bunyi-bunyi tikus dengan pekerja kat tapak tuh sebab dekat sangat ngan rumah i. Sepuluh meter pun tak sampai. I jadi segan tau. Kang aku balas bunyi tenuk padan muka.

Che Sayang pun sangat bimbang. Dah la pekerja tu semua laki dan muda-muda. Lepas tu tak ada pagar ke hapa untuk jadi had sempadan rumah dengan tapak kedai tuh. Derang pun kalau nak basuh tangan or nak guna sumber ayer bersih ke apa, mesti dengan selumber ya ya pergi terjah paip air belakang rumah i. Basuh sesuka hati. Helloooo. Kang time tu kalau saya sedang berkembang dalam rumah. Begemana ??? Tak sukaaaaaaa.

Barangkali, bila tapak jual kerosi konkrit tuh dah di masukkan sumber ayer sendiri, mungkin dah boleh settle masalah saya nak bekemban dalam rumah sesuka hati. Tapi masalah nak keluar sidai kaen tetap jugak ada. Kahkah. Saya kan pemalu orangnya. Kena lah jadikan benda yang simple ini lebih complicated kan. kahkah. Eh, lupa laa, kenapa saya mesti rungsingkan masalah sidai kaen, bukankah saya sungguh tidak mengsukai pada aktiviti mengsidai kaen?? Bukankah aktiviti ini selalu nya di lakukan oleh adik perempuan yang satu itu selepas di paksa 7 kali baru buat? Bukankahh??? Hadoi. Maap yerr. Hehehe.


Cerita aktiviti petang yang bosan sudah bertukar ke tepi rumah saya ada lelaki gatal dan saya suka bekemban sesuka hati. Sudah. Cukup lah sampai di sini. Nanti banyak lagi kisah-kisah yang tak ada kaitan dengan tajuk bacaan akan tersamsul di ceritakan seperti tiba-tiba "anak buah saya membaling kucing hidup-hidup masuk dalam lubang jamban" eh, tapi kisah nie betul laaa. Next time kalau aku ingat aku tulis. Memang sangat boih semua anak menakan saya!!!


Dah. Sekian!!!











PdanS : Perlu ke perasan sorang-sorang like "Eh, dia nie kenapa?? Pelik semacam jee. Nak mengorat aku lah tu". Perlu ke?? Perlu ke?? Kahkahkah.


Sunday, February 20, 2011

Hari nie dan Semalam.



HAL SEMALAM

Semalam melelapkan diri dengan sangat-sangat sengsara. Menahan sakit gigi yang tak tertahan sambil memujuk diri bawak bersabar dan dalam masa yang sama jugak memaksa mata untuk pejam dan sila tidur!! Ya Allah, sangat-sangat lah sukar.

Bila dah boleh tidur tuh, kenapa mesti kena mimpi sedang sakit gigi, mimpi update blog cerita gigi yang mengsakit. Mimpi yang bukan-bukan sungguh. Lepas tu tejaga balik. Owh aku mimpi rupanya. Baru nak bangun dan edit blog sebab dalam mimpi tuh aku ada silap tulis entry. Hadoi.

Bila dah terjaga tu pulak, tepaksa la berhadapan sekali lagi dengan fasa-fasa kesukaran untuk tidur kerna gigi begedil tak mo stop sakit. Hurm, terasa nak makan begedil la pulak. Kehkeh.

Tadi pagi dah call klinik gigi, dah tanya pasal jadual gigi buruk di cabul. So, hari Rabu nie aku dah bertekad dalam hati nak pergi cabut gigi. Mesti dan mesti. Sakit nie boleh buat mood aku down yang sangat-sangat. Hurm. Takpa, bersabarlah hati untuk masa yang sedikt lagi yer. Shutttt, diam diam. Jangan nangis-nangis.





HAL HARI INI

Jadual macam sangat full, nak pergi jumpa SV, nak pergi bank, nak pergin library untuk cari buku kualitatif sebab Incik google pagi nie belagak dengan saya. Dia tak nak cari sikit pun information pasal Kualitatif. Menci tauuu. Lepas tu kena siapkan assignment yang perlu di submit esok. Tapi rasanya aku nak mentiru je kot. hehe.

Bila kerja dah banyak, nafas seakan dah sesak kembali. Hidup yang penuh keserunukkan dah berlalu. Tak mengapa, adat resam kehidupan. Normal la kan. Just enjoy everything yang kita buat, biarpun mensesakkan nafas kita. Enjoy the show. Errrr. Tiba-tiba. Kehkeh.

Tata.





Ow-Yeay-Ow-Yeay


Amboi engkau Senah, ber-Ow-Yeay-Ow-Yeay sungguh nooo. Tau la sedang bergood mood. Kejap lagi bila dah bukak kerja sekulah yang tembun lagi bersawang itu. Haa!! Mesti Status FB pun terus jadi "Munawwarah want to die". Kan? Kan?


Walaupun sedang bergood mood, tapi gigi sedang bersakit-sakit dengan sungguh menggila sekali. Sedang menahan jer nie. Hadoi. Tak mengapa, hidup perlu di teruskan, mengupdate blog pun harus di segerakan.

Bila gigi sakit, emosi tak boleh cepat down sangat. Kena bagi banyak motivasi. Positif kan diri macam "Alaa, mana ada saket laa, tu cuma rasa cacing tengah grudi gusi jer, biase la tuh". Kena kuat jugak. Kalau tak kompem aku jadi stress, ye ar, nak tidur pun tak boleh, rasa dia menyucuk-nyucuk, kena la buat aktiviti yang kalau boleh dapat lupa kejap yang aku tengah sakit gigi. Tapi ada ke aktiviti camgitu?


Okeh. Tak mengapa, kita kembali ke isi yang seterusnyaaa... Apa yang nak di tulis yer? Nak kabarkan apa yer? Kehkeh.. Apu pun tatau sebenaqnye nak tulis apa, nak cerita kisah bersuka-suka di KL macam bukan di landalasan itu lagi. Next time lah sebab sebab sebab aku malas nak cerita lagi. Nanti bila kemalasan itu pergi jahoh-jahoh saya tulis la yer.

Tapi.. Nak cerita apa kalau tak mo cerita hal-hal di KL?? hohoho.. Tatau laa.. Kahkah..

Eh, dah tahu. I nak cakap pasal hal-hal kereta yang suka sangat menyucuk bontot kereta lain bila di tengah Highway. Shit sungguh!! Tau la engkau bawak kereta canggeh, besar macam transformer, tak payah ar nak cucuk-cucuk bontot kereta aku, sabar arr, bagi high beam dah r, lepas tu sila bawak bersabar, nanti bila dah lane sebelah kiri clear aku bagi ar laluan. Macam tu pun susah sangat nak tunggu.

Nie kalau lambat ketepi 2 second pun dok bagi high beam lima nam belas kali. Hey, engkau tak nampak ke yang sebelah kiri ada kereta berjela-jela panjangnye, buta ke? Gila ke hapa nak suruh aku masuk jugak. Bawak-bawak la bersabar kejapp. Harap kereta je besaq, Otak? Kecik??Kalau besaq pun mesti letak kat kepala lutut. Tu pasai tak boleh nak pikiaq kan. haishhh.

Dah la tengah-tengah drive di kawasan yang sunyi dan kereta sungguh kurang, tiba-tiba boleh ternampak van mayat kat depan. Perhhhh!!! Menegak bulu roma mak nyah oiii. Terus pecut dengan kelajuan yang tak terjangka-jangka. Nasib baek tak accident. Sambey-sambey tu ada hati jugak nak pandang belakang. Sibuk dok cari hanti. Mana? Mana? Tak dak pun!! Mengada sungguh laaa. Kang tejengoi wajah-wajah yang tak di gemari padan muka kau. Terus hidup jadi tak tenteran 30 hari 30 malam.

Menggila sungguh bila drive sorang-sorang, tambah-tambah di waktu malam macam tadi nieh. Lepas nie memang kena sediakan koleksi siri bacaan ayat al-quran dalam kereta. Sangat-sangat berguna di kala tetiba diri terasa penakut pait macam tadi.


Okeh. tata.









Friday, February 18, 2011

KL Skarang!! KL Skarang!! KL Skarang!!



Hep. Saya sedang keudara dari Sungai Buluh bandar nan permai. Jugak bandar nan pengkikis wang saku saya. How dare you kan!

Okeh. Mahu berterima kasih kepada Tuhan yang satu sebab telah mempermudahkan segala perjalanan hidup saya semalam. Banyak je kejadian-kejadian yang sangat menyenangkan hati berlaku. Jugak untuk perkara-perkara yang mengenyangkan perut seperti di belanja makan oleh lecturer menarik kau memang the best lah. Ya! Terima kasih Incik Md Noor yang kembung di perut. kehkeh. Mati aku kalau dia tau, aku dok perati perut dia.

Semalam, diri terasa sungguh di sayangi oleh tuhan, mudah jee perjalanan saya dari Parit King ke KL. Sangat-sangat. Okeh. Mula-mula, berbekalkan wang saku RM10 jer, saya mampu pulang dengan selamat ke Sungai Buluh. 10 hengget tuh?? Dalam hati sungguh ada kerisauan. Nak beli tiket pegi BP lagi, nak beli tiket naik LRT, Komuter, hadoi. Cukup ke? Kalau perut meragam nak itu ini, begemana?

Mula-mula dalam purse hanya ada wang kertas RM10, ishk, tak boleh jadi nie, kena pecahkan jugak, nanti nak bagi ke driver bas, dah la kat BP nie bas dia kebanyakkan pakai machine untuk collect tiket. Kalau harga tiket 2 hengget 5 kupang dan engkau bagi seploh hengget, memang driver tuh keep the change je laa. Jangan harap dia nak kasi ballance. Jadi, atas kesedaran diri cuma ada sekeping tu je duit dalam purse terus pergi cari kedai berdekatan untuk pecahkan duit. Nasib baik kedai tu bagi. Mudah kerja saya.

Bila belek-belek dalam purse lagi, eh, saya tak dak syiling lima poh seng. Jap lagi tambang ke BP RM 2.50, takkan nak bagi tiga hengget kot. Nanti burn macam tu laa 5 kupang akuu. Alaaaaa. Time-time gini, 5 kupang pun mesti sangat-sangat berkira hokeh.

Kemudian, saya hanya perlu membuang masa sebanyak 5 menet sahaja bagi mendapatkan bas untuk ke Terminal Bas Batu Pahat. Bagus. 5 menet pun rasa macam tak lah lama dan tak la terbuang sangat sebab masa di isikan sepenuhnya dengan menyuci mata mengusha foreigner kacak berjubah dan kepala berlilit serban untuk pergi semayang jumaat. Dalam hati terus ada suka. Ouch. Ouch. Owh Tuhan, itukan Incik jodoh saya??? Ouch!! Dah dah. Stop la berangan wahai saya.

Bila dah naik bas, eh, bas nie, ada tukang bagi tiket laaa. Bas nie tak guna machine canggeh yang selalu suruh orang bersedekan dengan hati sumpah tak iklas kalau dia tak ada duit kecik. Hurm. Good!! Selamat 5 kupang saya.

Dah sampai Terminal, hurm. Awal lagi nie, baru jam 1. 24 petang. Bas saya pukul 2 sengah. Tengah jalan-jalan nak cari tempat duduk, tiba-tiba hidung terhidu sesuatu yang cukup manessss sangat-sangat. Dan seperti di pukau, tetiba jugak kaki tanpa di suruh-suruh pergi membawa badan tembun nie ke kedai joi kaya ball. "Dik, kaya ball satu!". Hadoi, bila nak bayar baru ada kesedaran yang duit harus di jimat cermat. Hadoi. Hadoi.

Sebelum nie, kalau nak naik bas, memang aku selalu memborong macam-macam. Komek Sin Chan la, Minggunan Wanita la, Ayer la, jajan lagi, semua kau nak melantak dalam bas. Padahal naik bas kejap lagi sure-sure tidur punya. Bila masa nak baca buku and nak makan pun tatau la. Haishhh.

Okeh, sambil mengunyah kaya ball, mencarilah tempat duduk dan kemudian nampak ada satu kerusi kosong tepi mak cik nie. Pergi la menduduk di situ sambil di temu ramah oleh makcik di sebelah. Beborak 5 minit kemudian hati seakan tergerak untuk pergi ke kaunter tiket bas.

"Akak, bas saya pukul 2 sengah, boleh tak, nak tukar nak naik sekarang, yang bas 1 sengah?" Dengan pantas akak tu mintak tiket, dia conteng apatah atas tuh, kemudian "Dik, naik bas no plate nie ek, ada kat ujung sana nuh" Wah!! semudah itu. Bagussss. Masa sejam saya dah dapat di selamatkan. Good-good!!

Dalam bas pulak, seperti yang di duga, yang di jangka, letak kepala jer, sodaqallah hul azimmm.. ^_^. Sampai kat tol Sungai Besi baru sedar, tu pun puas paksa diri, bangun-bangun, dah nak sampaii.

Berbekalkan lima hengget dalam purse, berjalan la saya membawak diri ke station LRT Bukit Jalil. Beratur dengan harapan bayaran untuk ke Bandar Tasik Selatan biarlah kurang dari seringgit. Semoga! Dan Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang sudah tentu akan mempermudahkan urusan hamba-hambanya. 7 kupang je kena bayar?? Ow-Yeayy!! Cukup kot duit aku untuk sampai ke Sungai Buluh nie. ^_^

Sedang berjalan nak tukar dari Rapid KL ke Komuter tiba-tiba di sapa oleh sorang budak lelaki yang mungkin adik kot. Sebab tak kacak, so aku assume dia adik lah. Kahkah. Eh, sebernarnye dia tak menyapa pun, tapi dia bagi kertas iklan yang selalu orang buat kat supermarket tuh. Sebab macam kesian amek je lah.

Nak tahu tak ikelan apa dalam ketas tuh??? Okeh. Sila kelebek sendiri gambar kat bawah nie....






Wow?? Saya di offer belakon weh!!! cehh, padahal offer untuk pergi ujibakat je pun..

Saya akan jadi artis tak lama lagi wehhh!!! Lepas nie akan setaraf dengan ZA arrr.. Dah bules kapel ngan ZA arr.. Gilee la kauu..

Eh, cup-cup, apesal kena belakon untuk filem seram??? Apa, muka aku nie ada macam sedara-sedara hantu kak limah balik rumah ke?? Tak kan muka aku sesuai untuk pegang watak hantu-hantu je??? Cisssss.. Penat-penat aku dok sapu krim pati halia sampai tak boleh tidur malam semata-mata nak selim, nak segak, dia nak bagi watak tuh??? How dare you..

Dah, apa-apa pun tak payah berangan lebih. Orang macam aku nie memang tak ada bakat semula jadi untuk belakon. Bagi skrip sedang jual sayur, jap lagi aku pi bantai meniaga tudung. Ye arr, dah penyakit sejati Short term memori, mana boleh jangka kan. Tu tak masuk bab-bab suruh menangis ke, marah ke, muka dan wajah tak dak perasaan macam aku sangat-sangat tak sesuai. Kalau suruh belakon gelak 36 jam boleh.

Eh, lupa pulak nak cerita lagi, dalam-dalam i dok kutut diri sendiri tak pandai belakon la, bakat tarrak laa.. Nak tau dak? kehkeh. Excited nie, ari jumaat ari tuh, sedang lepak-lepak depan fakulti sebab tunggu kawan jumpa penyelia PS dia. Lepas tu ada la sorang kakak yang mambawak gaya macam staf fakulti aku, datang menyapa kami-kami ini.

"Free tak sekarang??"

"Free"

"Boleh tolong tak? Nak ambil gambar?"

Wow?? Ambik gambar?? aku pantang orang offer ambik-ambik gambar nie, terus laju jer tanpa diseledik untuk apa. Kang orang tu nak bomoh ke, hape ke. Bahaya sungguh. Haishhh.

Tapi dalam hati macam boleh agak. Mesti dia nak suruh belakon jadi apa-apa nie. Last-last sekali, memang betul lah. Kena jadi model untuk video koprat Universiti. Wau!! Pemes i nyah. Jangan jeles yer kalau mak meletop dulu dari kau nyah. Kahkah.

Masuk dalam studio apa tah, tapi macam bilik yang nak record-record artis menyanyi nieh. Memang hebat lah. Belakon-belakon sedang ketik komputer, sambil kepala sarung head phone besar gedabak. Hadoi. Gambar pulak tak dak untuk nak dijadikan bukti pembelian. Rugi sungguh. Tak pe, pepun, nanti jangan lupa, saksikan saya dalam Video koprat UTHM. Cehh. Apa kejadahnya nak layan video koprat UTHM nie. Tak kuasa i nyah. Kahkah..

Dah. Dah. Cukup la melalut sampai ke perenggan ini. Dah letih menaip. Anda pun sudah tentu tak sabar nak tunggu penutup cerita. Itu saja dari saya. Selamat menanti kisah-kisah best pulak sepanjang di KL Skarang KL Skarang nie. Hidup memang tersangat BEST bila jauh dari Parit King!! SERIUS SHITTT!!












PdanS : Tapi, sebenarnya, dalam diam-diam jugak saya rindu bilik kecik saya di Parit King sana. Rindu tauuuu.



Wednesday, February 16, 2011

Ada apa dengan Blogspot?



Saya tak suka menjadi saya yang sekarang nie, banyak sungguh idea untuk berblogging, banyak sungguh perkara yang nak cerita, walaupun tak nak cerita apa-apa, tapi bila klik new post boleh jadi 10 perenggan aku hentam tulis. Sindrome apakah ini???

Kemudian asal buat kerja sekulah saja, hati akan teringat ke blog. Kalau buka word pun, konon nak mentaip kerja sekulah la, last-last engkau akan mentaip entry baru kan. Bukak word 3 menet jah untuk buat syarat, yang selebihnya lepak blog kan? Owh, blog, kamu dah bomohkan saya ke? Saya dah termakan nasik kangkang kamu ke?? Shit la perasaan ini.


Sekarang, di waktu-waktu sekarang saya seharusnya membuat kerja sekulah. Tapi kenapa mesti melepak-lepak di blogspot ini? Hadoi.


Selalu, kalau menyampah aset dok melayan FB teptiap masa, aku akan deactive kan account kejap. Tapi sekarang bila dah dok betenggek kat blog je memanjang, camne nak buat nie??? Blog tak boleh deactive. Kalau delete dah tak dop. Kehkeh. Takpa lah. Abaikan kisah saya suka tulis blog sekarang nie. Biarlah. Selagi penulisan saya bukan menunjukkan hati sedang tak best dah cukup bagus. Okeh. Next cerita pelisssss.


Tadi ingat nak tidur sebab macam malas gila vavi, nak buat kerja sekulah tak ada mood. Jadi cuba lah paksa untuk tidur. Tengah-tengah paksa diri sendiri tidur tetiba peha dengan betis or beteih or anggota bawah lutut tu la, tatau orang panggil apa, tapi betis kan? betul dak? yang kompem bukan betik laaa. Haa!! Anggota badan tu tetiba rasa panas yang membahang-bahang. Kemudian baru teringat, semalam sebelum tidur, tah angin apa tah malam semalam, gatai nak sapu krim pati halia tuh. Kesannya siang nie baru terasa.


Lepas belek-belek balik botol pati halia tuh, kat sticker dia ada tulis "Kekal berfungsi 12 jam". Aiyoooooo. Patut laa aku menjadi sungguh tak keruan menempuh panas yang membahang nie.


Apa lagi, terus kensel niat nak tidur tadi tuh, bangun, ambik towel, pergi mandi. Kasi sental-sental sikit part yang di tonyoh krim tuh. Bila dah hilang, tak dak la nak rasa panas lagi. Mungkin laa. Semoga!












PdanS : Kamu tahu, walaupun dah mandi, dah sental badan dengan berjenis-jenis sabun, dah lepak dalam shower kat sengah jam, tapi.... panas krim pati halia still tak ilang lagiii. Menciiiii. Inilah padahnya bila perasan diri dah gemok. Baru nek 2 kilo dah mengelabah. Kena jogging la konon untuk bakar lemak. Jongging tak sampai sejam, tapi tepaksa menempuh penyakit sengal-sengal badan sampai 3 hari. Bagus. Sangat bagus.


Melayan hobi baru.


Keja sekulah, sila pergi maen jejauh. Jangan kaco. Jap lagi, lagi 3,4 jam datang balik. Saya nak melayan hobi baru sabantar.

Hobi baru? Hikhik. Macam kanak-kanak berumur jajah 3 je bila diri pandai berhobi-hobi nie. Dulu hobi memancing ikan, membaca novel, tapi kalau engkau ada hobi mengumpul stem, kira kau la paling canggeh pada abad tuh. Nak nak, bila ada stem dari London, Jepun, segala bagai negara obesi tu, Perhh!! Macam hebat giler. Banyak nye kawan dia, dari serata dunia. Tapi bila dah besar sikit baru tahu yang semua stem-stem made in obesi tuh, kalau nak, beli jer kat kedai buku. Tak yah susah-susah nak bekenalan dengan orang asing-asing nie. Tu la, kecik-kecik jahil sikit bab-bab benda yang hebat. Hobi setakat maen masak-masak dengan bekubang dalam bendang je yang mampu. ^_^


Bila dah besar? Hey, tak kuasa aku nak berhobi-hobi seperti kejadah-kejadah itu. Baik tidur lagi bagus. Eh, hobi jugak kan. ^_^


Dulu, suatu masa dulu, waktu muda remaja, waktu masa masih banyak, waktu bila pergi prep tatau nak buat apa, waktu ponteng prep dah letih tidur dan buntu nak buat apa, aku selalu buat hobi yang satu ini. Alaaa.. Hobi nie tak la glemer sangat macam mengumpul stem tadi tuh. Buat kad je pun.


Yup. Dulu-dulu saya suka buat kad. Kad besday, kad tak besday pun selalu gak buat, sebab nak tunggu besday baru bagi, macam lamat lagi, tapi tangan dah tegedik-gedik nak berseni. Begemana nieh????


Beberapa malam yang lalu, hobi nie datang balik. Di kala kaki tangan tak cukup nak buat kerja, ade je hobi baru nak muncul kan. Shit sungguh. Tapi layan je laaa. Atleast dapat mengubat hati nan serabut dek kerna kerja sekulah yang di cintai. Tak mengapa.


So, bila nak buat kad, kena la mencari ilham bersama Incik Google. Dan Incik Google sangatlah berhati mulia dengan saya. Bagi macam-macam jenis kad yang baru untuk saya berseni.


Incik Google bagi saya semua yang bawah ini. Owh. Dalam hati ada suka. Ouch. Ouch. Sebab saya tak penah jumpa pun mendalah-mendalah macam nie, terus jadiii. WOW. Hebatnyaaa. Nak cubalah.






Semua kejadah-kejadah di bawah ini di buat dengan menggunakan kertas yang di potong kecik-kecik je, kemudian gulung dan gam dan penyek-penyek sikit kat hujung dia. Maka, jadilah macam-macam bentuk yang cantik menawan dan sangat mengKAGUMkan saya!!! Serius shit!!!








Yang nie sangat-sangat la rumit nak buat. Errr. Kagum. Kagum dengan tangan seni wanita ini.














Dah boleh jadi lukisan pulak. Kagum lagi niehh. Tapi tak berminat yang crowd-crowd sangat. Suka yang simple.







Aset tunjuk yang orang buat je, yang tangan konon berseni mana??? Okeh. Fine.









Nie hasil titik peluh saya, walaupun tak nampak setitik pun peluh yang turun, tetap nak cakap ada peluh bertitik-titik mengalir. ^_^ Tahu la tak sehebat dan secantik yang atas nie buat. Tak payah r nak kutuk-kutuk. Dah la 1st time buat nie. Kira ok apa.

Dah la dengan gigihnya pi potong kertas dari A4 ke size 3mm, lepas tu gulung-gulung lagi, cari gam tak jumpa, tepaksa la pinjam dengan housemate. Gam pulak kena tunggang sengah jam baru boleh pakai. Memang menguji kesabaran sungguh.

Lepas nie, dah tak payah susuh-susah lagi nak potong kertas bagi jadi kecik-kecik sebab sepatutnya kena pergi beli yang kat kedai, yang dah di potong siap-siap. Size dia akan sama je sume. Lagi kemas nampak. Yang aku buat nie kejap kembung kejap kempis. Alah, first timeee. Memang la kena banyak salah.



Tapi saya jugak dah survey-survey nak beli alat pemotong kertas yang lebih canggeh. Macam guna untuk destroy kan kertas kat office tuh. Yang boleh potong kertas jadi macam mee tuh. Macam sangat membazir tak? kehkeh. Hobi owh hobi. Nasib baik pukan hobi mengumpul moto besar ke hape, Kalau tak... hadoi...




Sapa-sapa macam hati dah di goda dengan berjaya boleh la try-try usha kat link-link bawah nie.

Tak pun Tanya Incik Google "Quilling craft". Kalau nak belajar buat boleh jengok kat TiubAwak. Ada video yang boleh memudahkan pemahaman engkau.










Okeh. Itu saja perkongsian malam nie. Tata.











PdanS : Errrr. Sedang dok pulun-pulun update blog tetiba ada gosip baru dari rakan sekelas yang merangkap rakan sebilik. Eh, statistik ada keje ke yang kena buat?? Eh, ada 3 culculation kena settlekan?? Blup!


Tuesday, February 15, 2011

Kelebtisan yang terlampau.



Letih. Badan sangat letih. Tapi nasib baik bukan otak yang letih, kalau otak letih akan menjadikan badan bergabung dengan otak membentuk letih kuasa punca ganda 90000000k. Ya.

Letih hari nie jugak mungkin di sebabkan hal-hal membakar lemak semalam. Berjogging 3 round padang sekolah dan berjalan-jalan anak di sekitar taman dah menampakkan kesannya. Bukan kesan yang badan dah slim macam Awan Dania tuh, sungguh tak laa. tapi kesan yang badan dah sengal-sengal. Dah terasa sangat lengoh badan dan pinggan. Bejalan pun dah tehencot-hencot macam baru lepas kena rogol jer. Upss. Macam biasa kena rogol jer kann.

Alhamdulillah untuk kelas Micro teaching tadi. Semua berjalan lancar. Banyak kesilapan dan teguran telah di perbetulkan. Okeh. Saya akan suba aplikasiii. Tapi yang lebih OW-YEAYY nya i dah habisssss. Nanti dah tak kena mengajar depan lagi. Cuma tengok orang lain mengajar je di samping membantu menceriakan kelas. Ow-YEAYYYYY!!!! Nanti kalau video yang di recordkan tadi dah di beri ke kami-kami, saya akan cuba uploadkan kat sini. Jom la kita dengar carutan-carutan saya sebentar tadi. Kehkeh.

Kemudian, sekarang dah sedikit free. Sedikit je laaa. Nanti malam kena start buat keja sekulah lain dan lain dan yang lain lagi. Lepas tu, i ada hobi baruuuu. Macam menarik jer hobi sekarang nie. Nanti i kongsikan jugak. Kalau hasil hobi nie memberangsangkan laaa. Tapi kalau nampak macam berhobi dengan tak berapa nak ikelas. Tak mengapalah. Abaikan je la cerita saya ada hobi baru. Huhuhu.

Lagi??? Tak mo lagi-lagi dah. Mengantuk tahap gila vavi dah nie. Harus mentidur dulu. Tata.











PdanS : Minggu nie saya berhujung minggu di luar Parit Raja lagiii. Sila OW-YEAYYY untuk saya!!!!


Penangan Alex Root!!!



Malam nie tangan jadi gatal, kaki jadi nak tegedik-gedik pelik semacam jer.

Hadoi. Terasa nak pergi jamming. Cehh. Rasa yang sungguh tak boleh belah. Cepat gelak Kahkahkah. Ada hati Nyah nie nak pergi jamming. Kahkahkah lagi.


Nak petik gitar konon??? Lupakah kamu yang kamu pernah memutuskan tali gitar kak ekeng pada kali pertama cuba untuk belajar memetik gitar dengan beliau?? Konon nak pulas skru dia bagi tegang sikit laa tali tuh?? Last-last, kelepukkkkk. Putus!! Lepas tu cuma say sorry jer, langsung tak ganti balik. Yer laaa. Dah kak ikeng cakap tali gitar dia memang dah lama. Memang patut putus. Kehkehkeh.


Nak main drum konon?? Kelas koko kompang pun tak lepas. Dapat jadi pemain yang tepuk nada latar, yang basic la senang cita. Tu pun aset salah. Cikgu suruh tepuk 8 kali, pi balun sampai 9. Buat malu ahli kumpulan jer. Dah la group sekali dengan pelajar cemerlang yang dapat anugerah di raja. Perhhh!!!! Memang rugi laa. Kenapa la aku tak kenyit-kenyit mata kat dia waktu satu group kompang dulu. Kalau tak mesti dah buleh bangga. Ada marka yang bijok gilerr dowhhh!!! Kehkeh. Dah! penceritaan yang dah menyimpang dah nie.



Kenapa mesti jadi lagu nie Muna??

Nie semua kerana melayan lagu-lagu version Alex Root ini.

Memang best la dengar music dia.




Tapi memang dah lama teringin nak belajar men gitar.

Serius.

Serius.

dan SUNGGUH SERIUS.

Kalau Mydin ada kat BP nie mesti aku dah beli gitar sebijik.

Ye arr. Kat situ je mampu.

"Membeli dengan harga borong!!!"

Kat kedai alat music mahal nak mapuh. Ratus-ratus. Haa! hambek kau.

Tapi nanti lahhh. Bila dah kaya sikit akan cuba beli satu gitar untuk di goreng-goreng di kala mood macam nie.

Tapiiiiiii...

Kalau ada duit lebih sikit-sikit kompemnye akan beli kasut baru, baju baru, shawl baru dan handbeg baru dulu.

Lepas tu duit jadi sangat sedikit.

Lalu cita-cita membeli gitar pun tak akan tercapai sampai bila-bila.

Sekian.










Redah jerrrr...


Hep. Saya menulis lagi. Eh, menaip lah. Okeh okeh. Ya, menaip. Saya sedang menaip sesuatu untuk saya sendiri baca di masa depan dan di masa saya busan-busan. Membaca kisah lalu tentang diri kita, kadang-kadang akan buat kita tersenyum. Nak nak lagi kisah tu dah berlalu betahun yang lepas.

Macam saya sendiri, kalau ada masa lebih akan belek-belek entry lama di tahun 2009, waktu mula-mula berjinak dengan dunia blog. Bila baca balik, macam nak tegelak pun ada. Macam nak euwwww pun ada jugak kadang-kadang tuh. Ye lah, bahasa macam tak ada identiti sendiri, bila baca blog femes macam Si A, penulisan pun akan terikut-ikut beliau, bila baca kisah Si B pulak, bahasa akan jadi sesimple Si B. Sungguh bayi lagi time tuh. Masih mencari identiti diri yang sebenar.

Sekarang??? Saya rasa saya dah jumpa kot. Tak ada nak terikut sapa-sapa. Rasanye laaa. Kalau ada orang cakap penulisan aku mirip Zahiril Adzim, hurmm.. hurmm.. mungkin dia kena ambik paper Julai balik kot. Eh, Memang kena ambik balik. Tak dak kot-kotnya. Ayat saya lebih keling dari biasa. Tapi SPM saya dapat A tau BM. So, jangan kutuk lebih-lebih sangat. Nie kira macam ada udang di sebalik mee yang nampak hodoh dan tak sedap. Memang sengaja mempamerkan yang huduh itu agar orang tertarik bukan dengan kecantikkan sebab kecantikkan itu tak akan kekal. Tapi bila dah terbiasa dengan kehuduhan itu, yang huduh pun tak akan rasa huduh gila-gila, mungkin akan nampak macam WOW uniknya beliau ini. Kahkahkah. Takmo jadi Si Unik. Macam spesis-spesis serangga unik jerr. Errrrr. Apa yang aku melalut sampai ke jenis serangga nie. Fine!!

Bila menulis tentang mee?? Udang??? wow. wow. Lazatnyaaa. Tapiiiiii. Saya macam nak On diet la sekarang. Macam laaaa. Tak sure sangat sebab boleh jadi malam nie saya tersasul makan nasik tambah 2 pinggan. Boleh jadi jugak pagi esok saya breakfast Nasik tomato. Macam-macam boleh jadi tanpa di duga kan. Jadi, saya tak nak On Diet lah. Tak. Saya kena On Diet jugak. Semua gambar yang di ambil menampakkan betembunan saya. Serius. Pipi dah melimpah. Peha dah gelebeh. Bontot dan segalabagai tak payah cerita laa. Macam perempuan beranak 7 pun ada. Hurmmm. So?? Tak jadi lah nak On Diet. Cuma nak kurangkan kuantiti makanan yang di ambil. Boleh???

Hey, baru petang tadi saya berJogging. Setelah hampir setahun kot meninggalkan aktiviti ini. Eh, lebih dari setahun laaa. Serius dah lama tak jog. Se-ingat aku, last jog bila yer, tapi yang pastinya zaman semester yang terahir di Bumi UMP iaitu pada?? pada?? pada Ujung tahun 2009?? Tapi ada ke aktiviti jogging-jogging nie pada ujung tahun tuh? Macam tak je sebab tu adalah sem yang paling kalut. Rasanya tak dak kot. So, Boleh di catitkan di sini "Setelah 2 tahun saya tak berjongging, akhirnya saya kembali bergiat cergas ke arena itu kembali" Cewahhh. "Atlik pecut negara kini turun padang" Macam tajuk berita bahagian sukan pulak. Kehkeh.

Wah, macam bagus je kepala aku sekarang nie, layannnn jer tangan ini menaip benda-benda yang tak dak hala tuju. Hanya ikut perasaan, rasa nak melencong ke kanan, kekananlah aku. Dan kemudian beralih pulak ke selatan. Ya, sangat tak ada hala tuju malam nie. Tapi akan layan dan layann saja tangan ini nak menaip apa-apa pun. Dikala-kala magrib ini, macam-macam cerita pulak yang keluar ek.

Dari tak tau nak cerita apa, dah jadi perenggan yang ke 7 yer. Good!!!

Tapi kan yang aku perasan, kalau sapa-sapa yang close dengan aku, mesti derang perasan yang aku jarang bercerita mengenai apa-apa pun walaupun aku nampak macam banyak bercakap. Ya, memang banyak bercakap tapi cakap benda yang merapu macam menokok tambah cerita orang. Menyampuk kisah orang. Saja, macam best je rasa kalau boleh buat orang seronok dengan expresi kita yang sungguh excited nak dengar cerita mereka. Lepas tu bagi respond yang mereka sendiri tak duga. Best dapat menceriakan hidup orang.

Sebenarnya aku lebih suka jadi pendengar sambil menokot nambah cerita yang Si Pencerita itu sampaikan. Sebab tu, banyak kisah-kisah hidup aku, kisah berkaseh sayang aku tak sapa yang tahu. Memang aku sangat perasia orangnya. ^_^

Tapi bila menulis macam-macam pulak yang keluar. Sebab tu aku suka menulis. Dengan menulis, aku dapat cerita sesuatu yang mulut aku tak dapat luahkan. Kadang-kadang kalau luahkan akan buat hati si pendengar terasa. Lebih baik tulis sebab bila tulis aku akan guna otak, jadi ayat yang keluar akan lebih bersifat tersirat. Semua hati dapat di selamatkan. =)

Kalau cakap, kita selalu akan guna napsu jer, jadi timbul laa kata-kata yang boleh mengguris hati tisu manusia lain. Maka, timbulah gusip-gusip "Muna Si Mulut lezerr". kahkah. Tak tak. Mulut lezer itu hanya suka-suka. Setiap percakapakan aku di kala lezer melezer memang sangat tak membawak makna apa-apa pun. Just untuk menghiburkan hati orang yang mendengar. Tapi, bila berlawak jenaka dengan orang yang tak sekepala, dengan orang yang berhati senipis kulit bawang, mesti la terasanya akan lebih bukan.

So, sapa yang baca semua entry di sini, memang gain advantage sebab kebanyakkan cerita di sini aku memang tak cerita kat orang. Tak cerita by mulut wangi saya. Gain advantage tuh, tak la gain sangat. Buang masa banyak la Gain. Kahkah. Semua cerita tak berilmiah. Tak ada cerita ugama ke hapa. Semua cerita aktiviti berserunuk-serunuk aku yang tak ingat dunia. Tak pun kisah hati nan lara tiak siapa yang tahu.

Jadi. Apa lagi. Dah. Syoh-syoh. Stop baca. Pi bukak Wikipedia nuh. Lagi banyak ilmu dapat. Aku pun dah nak stop. Boleh start menulis kerja sekulah pulak.










PdanS : "Saya suka awak" salah satu contoh ayat yang saya tak mampu cakap. Tapi boleh tulis saja. Sebab tu saya suka menulis. Saya suka awak?? Yang tersurat saya sudah mula suka kepada orang. Yang tersirat siapa orang itu?? Dan apa jantina orang itu? Adakah perempuan, adakah lelaki, tapi kebarangkalian untuk lelaki adalah lebih tinggi sebab Munawwarah Ismail tak gay. Cuma bergay dengan 7 Wonders saya jah. Kahkah. Jadi, tak payahlah buang masa untuk renung-renungkan siapa orang itu sebab saya pun tatau saya suka sapa. Tapi dalam hati dah mula ada bunga dan pasu bunga jugak. Owh. baru teringat nak ke pekan Ayer Hitam laa. Nak beli pasu bunga. Nak transform bilik jadi English style pulak. Sila tak sabar menunggu entry itu!!!