❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 17, 2011

Untuk 17 Januari 2011


Hello. Hello [sambil kenyit-kenyit mata sebelah. Tegoda tak?Tegoda tak? Tak tegoda sila keluar!]

Okeh. Mari mencerita hal-hal hari nie. Hal yang mungkin sangat tak menarik untuk kamu, tapi untuk saya lagi laaa sangat-sangat tak menarik. Tapi terpaksa hadapi dengan hati yang penuh kesabaran dan redha. Tak nak stress-stress ye sayang.





Facebook dan otak

Okeh. Saya baru saya mengDeactive akaun Facebook. Alasan? Macam dah bosan. Tapi tunggu la 3 jam lagi, kompem aku activekan balik punya. Hurm. Biasa lah, bila hidup terasa serabut, terasa macam sangat down, semua macam tak beguna, semua tak penting, yang nie la benda 1st yang aku akan buat. Macam mengadakan.

Apa yang aku nak tulis nie actually. Tah. Layankan ajer. Sebab bukan di Mood nak cerita benda-benda yang menarik. Hanya nak isi kekosongan waktu sambil kepala otak terasa sangat tak best.

Ya, hari nie, kepala macam tak best. Dah puas hentuk-hentuk kat dinding, kat lantai. Tapi masih tak best. Bila nak best nie? Agaknya, kalau hentuk sampai pecah baru la boleh best kot. Tak mengapa lah. Nanti akan cuba membawa diri ke kedai runcit kat bawah. Semoga ada ubat yang boleh bantu untuk menBestkan balik otak nie dengan izin tuhan. Insyaallah.

Esok Selasa. Kemudian Rabu. Khamis cuti. Jumaat tak ada kelas. Sabtu Ahad cuti. So. Ini bermakna saya hanya perlu bangun awal untuk 2 hari je lagi. Kemudian ada cuti-cuti yang indah untuk 4 hari. Terima kasih tuhan. Sangat memerlukan cuti yang banyak. Bukan tamak, tapi nak merehatkan minda. Tapi, kalau cuti pun, minda still kena bekerja keras untuk kerja-kerja yang bertimbun-timbun itu lagi kan. Okeh. Fine!!

Kan best kalau boleh bawak diri jauh dari Parit Raja untuk 4 hari nie. Pergi Sungai Buluh ke. Rasa macam dah terindu-rindu sama anak-anak kecil saya. Kakak yang comel. Abang ipar yang best jugak la sikit-sikit. Kan. Mesti best punya.

Macam nak pergi Melaka saja weekend nie. JOM!!!

Okeh. Stop cerita-cerita yang tak beguna nie.

Next, cerita yang lebih bermakna.






Kesayangan Saya.

Esok. 18. Januari 2011, kesayangan saya Incik Roh akan berlepas ke Mukah. Bermula lah hidup baru untuk beliau. Semoga baik-baik saja ya kamu. Serius rasa macam nak beli camera untuk computer, yang kecik tuh. Boleh mengSkypeKan diri dengan kamu di kala rindu-rinduan. Kalau tak rindu pun, nak skype jugak.

Sekarang, di Facebook sangat bersepah dengan status-status yang sungguh mengTouchingkan diri dari kesayangan-kesayangan saya. Rindu kalian tau. Tapi apa boleh buat. Boleh simpan dalam hati je lah.





Air

Hari ini air tak ada, lalu menjadikan diri lebih lagi stress. Basuh kencing pun kena bekira. Inikan pulah nak memberak. Kena tahan sampai pukul 10 malam seperti di janjikan oleh JBA. Semoga janji kamu itu manis semanis saya ya. Pinggan, cawan, semua besepah kat sinki. Kemudian rasa macam lapar pulak sekarang nie, tapi air tak ada, macam mana nak masak.

Kemudian, kesian tengok housemate, bukak puasa dengan roti jer. Tak boleh masak.





Beliau.

Hye kamu, jangan comel-comel sangat like semalam boleh. Nanti saya tegoda macam mana. Sangat tak baik untuk kesihatan hati saya tau. Ouch. hahaha.









PdanS : Bila hati macam nie, jiwa sebegini, baru nak ingat tuhan, baru doa makin panjang, baru solat dah tak macam besenam. Tapi bila dah bahagia, ow-yeay ow-yeay je kamu tau kan. Biasa la Melayu kan mudah lupa. Eh, bukan melayu, diri sendiri yang selalu lalai, selalu sangat alpa. Hurmm. Moga tuhan tetapkan iman saya.


2 comments:

ayarasmin said...

ini ker entri yang dikatakan tuh?sikit je part i.

mOOn said...

a'a... hoho.. sikit je? jemput bersyukur yer..