❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 22, 2011

Sesi Karok-Mengkarok dengan Bakal-bakal Cikgu. ^_^



Menjadi tanda-tanya kepada saya, setiap tempat yang saya pergi, yang saya diami mesti akan di kurniakan rakan-rakan yang gila Karok. Hurm. Menarik bukan? Ke semua orang memang minat karok? Atau aku sebenarnya yang membawa kepada gejala itu? Hurm? Boleh di buat persoalan kajian nie. Kalau buat tajuk untuk PS pun macam menarik jugak . "Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar MBV gemar melepak di karaokay Jamban" Wow.


Okeh. Dah terlanjur bercakap hal karok mengkarok nie, saya nak cakap la minggu lapas i pergi karok? kau ade nyah? Tak de kan. Haa! Hebatkan mak. Untuk sem nie, dah lepas gian kat karaokay jamban itu. Bagus-bagus. Dah beberapa kali dah hajat aset tergendala dek kerana kerja sekulah yang bertimbun itu. Last-last pergi jugak.


Mula-mula i masuk sekulah baru nie, i thought kawan-kawan yang i baru kenal nie, bahek-bahek, sopan-sopan, tak layan karok, tak masuk panggung, tak lepak mapple. Rupa-rupanyaa.. haaa! Hambek kau. Ye la, mana boleh jangka weh, semua-semua nie bakal-bakal pendidik, ingatkan akan sopan santun saja orangnya. Kehkeh.




Ini hari rabu punya aktiviti. Malam sebelum pulang datang ke Alor Gajah, jugak malam yang bercita-cita nak tengok Kurafat. Tapi nasib baik cita-cita itu tinggal kenangan saja. Kalau tak mesti aku akan mula kencing tilam sebab takut nak bangun malam-malam pi tiolet. huhu. Malam tu tengok cerita Faster. Not bad la. Dan aku mula menyedari aku dah macam ada perasaan untuk tengok movie sekarang nie. Selalu aku lah orang pertama yang akan tidur or rasa buang masa gila bila tengok wayang. But malam tuh, aku pulak yang terlebih excited. Time tengok cerita, toleh kiri, member sebelah dok aset sms, sebelah kanan dah menguap 4, 5 kali dah, yang ujung sodaqallah dah. Aku? Mata bulat dengan perasaan yang sangat teruja. Hurm. aneh bukan.



Okeh. Lagu wajib saya bila berkarok dah tahu ya. "My Love-Westlife" "Hati Kama-Siti" "Semakin rindu semakin asyik- Amalina"





























Suara cik adik nie paling sedap laa kalau nak di banding kan dengan kami-kami yang tah apa-apa je nyanyi. Macam bapuk pun ada jugak kadang-kadang tu. Menyanyi ngan baca lirik lebih kurang je. Takde beza pun. Kahkah. Tapi serius sedap jugak laa suara makcik nie. Kagum saya, atleast kurang la sikit malu i kalau bawak beliau nie pergi karok, ada la jugak wakil yang bersuara sedap. Kot-kot la jiran jamban sebelah intai-intai. "Owh... sedap jugak suara awek-awek cun nie yer". Kan. Dah. dah. Malas nak puji lebih-lebih kang kembang pulak.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Okeh. Kemudian, bawah-bawah nie, kejadian yang berlangsung pada sem lepas, sesudah beraya rumah classmate secara ramai-ramai, lalu membawak diri ke Carefour untuk mengkarok pulak. Tapi yang nie masuk bilik siap. Dah la dapat bilik yang gedabak besar dan bayaran 10 hingget kot sejam. Kot la, sebab tak bayar, tak hingat.














Artis undangan malam tuh, ada Nora ya.




















Time nie, aircond tetiba rosak lalu menjadikan udara tak cukup untuk disedut. So, melepak la kat luar jap sementara tunggu turn sendiri nak nyanyi.













PdanS : Tiba-tiba rindu sama kesayangan saya yang jugak gila mengKarok nie. Bukti-bukti ada di entry INI, dan INI jugak.

2 comments:

ayarasmin said...

lindu mahu karok bersama-sama anda!

mOOn said...

tu laa.. mahu jugopss.. cpt2 la pasang internet, bules berkarok di Skype.. hehe