❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 29, 2011

Rojakkkkk... rojakkkkkk... rojakkkkkk....




Kak, beli rojak saya kak, sedap nieh, Rojak 1Malaysia, kelas gitu kak, ada stawberi, langsat, duku, Durian, peach, dan blueberry. [Rojak ke racun nie. Kompem mabuk seploh hari kalau telan]

Okeh. Malam nie sesi meRojak lagi sebab pendirian tidak lah sangat kukuh untuk bercerita satu perkara saja. Jadi, mahu kongsi cerita secara tamak-tamak. Can kan?

So, mari mulakan dengan isi penting yang pertama





Rumah ku, Surga ku.

Saya sedang di Kampung ku Indah permai. Perasaan? Riang gumbira sebab ada Che Sayang, Haji Ismail, dan tempat bermain masak-masak. Tapi agak mensedihkan hati bila rumah sunyi sepi sebab hanya di diami oleh mak, ayah dan seorang adik lelaki saja. Hadoi, sungguh tak biasa hidup dalam keadaan berkeluarga yang sikit-sikit nie.

Lagi, hari nie, masa banyak di habiskan atas katil jer, bangun di kala matahari dah menegak kat atas kepala. Mana taknya weh, semalam punya perjalanan sampai nak dekat 12 jam. Gila bapok lama kan. Sampai rumah dah nak dekat 3 pagi. Jadi, bila siang pun tiba, membantailah tidur sambil tidak ingat dunia, yang di ingat hanyalah Akhirat. Aminnnnn. Ceewahhh. Banyak la engkau.

Bangun tidur je, terus pergi mencari Che Sayang untuk di salam dan di peluk cium C. Semalam, sampai rumah pagi-pagi buta, Haji Ismail je yang tolong bukak kan pintu. Che Sayang sedang syoq di buai mimpi. Lepas, salam-salam dalam keadaan yang masih mamai-mamai, terus ke bilik depan, wahhh.. Cadar baru.. Cantiknyeee... kena try lending-lending nieh. Bila badan sudah merasmikan tilam tebal berspring 8 inci tuh, macam tak sampai hati untuk TAK sambung tidur. Kehkehkeh.


Bila bangun dari second round tidur, pergi menjadi suri-rumah sikit-sikit. Tolong Che Sayang di dapur untuk mana-mana yang patut. Lepas dah siap, sesi makan secara berjemaah 4 beranak kami kat rumah nie.


Lepas tu?? Lepas tu mentidur lagi.. Hadoi..


Bila petang tiba, baru ada kesedaran untuk bangun dan baru nak mandi. Satu lagi perangai comel yang tak dapat hindari bila balik rumah, mandi di jam-jam petang hari, kira merangkap mandi malam sekali laaa. Kehkeh. Terukkan. Nak-nak pulak sekarang nie cuaca sangat la lembap dan angin kuat. Wow, serius sejuk gila weh kalau nak mandi. Serius weh, tak tipu, angin sangat lah kuat sekarang nie, tak caya tengok bideo kat bawah.


See. Kan i dah cakap. Habis tudung ala-ala Hana Tajima i bertebangan. Tak mampu berblogging dengan selesa. [ceh, padahai motipnye nak suruh tengok peshen tudung baru aku. Bukan nak tunjuk sangat pun angin-angin kuat tuh. kehkeh.]




Memperkenalkan......

Fashionista untuk kurun ini......


Muna Tajima.

kehkehkeh...












Emosi.

Hadoi. Kadang-kadang saya pun tak mengerti dan paham dengan emosi diri sendiri. Walaupun dalam keadaan yang meriangkan seperti sedang menshopping jacket cantik dan shawl menawan, sometime saya boleh berubah jadi mengantuk. Sedang gumbira shopping dan kemudian mengantuk. Nampak macam tak kena dan sungguh tak sesuai kan. Itulah perumpamaan emosi saya. ^_^. Boleh berubah secara tiba-tiba. Comel kan? Tapi selalu nya sapa pun tak dapat detect sebab aku cover baik punya dan hebat dalam memujuk hati sendiri.





Kuiz Statistik

Bila soalan adalah berbentuk A, B, C dan D, bermulalah kerja saya untuk menjadi penembak negara.

Lepas jawab soalan tuh dan lepas dapat result terus, baru ada kesedaran betapa tak tahu satu habuk pun dalam hal-hal statistik ini. Tapi dalam kelas rasa dah paham. Kahkahkah. Rasa je lah. Tapi, paham apa nyer, selalu jawapan yang aku bagi secara volunteer sokmo-sokmo salah, budget tak nak la jadi pasif sangat dalam kelas, bila aktif baru best. Last-last. Kahkahkah. Hey, atleast aku berani mencuba hokeh.

Untuk kuiz yang lepas tu ada 20 tempat untuk aku tembak-tembak, dan seperti kebiasaan tuhan selalu menyebelahi aku dalam hal-hal belajar nie, kalau malas macam mana pun mesti result tak la teruk sangat. Yup. Nasib selalu je baik kan.




Gigi.

Hal-hal gigi memang tak pernah nak habis di cakapkan selagi aku tak pergi cabut. Dari tahun lepas lagi, aset berblog pasal gigi, sakit gigi, nak cabut gigi, tapi tak pergi-pergi jugak pun kan.

So, di atas kesedaran yang ada dan sakit menjadi makin kronik sampai nak kunyah nasik kena sangat berhati-hati, nak kumur air kena secara sopan dan perlahan, jadi, saya mengambil keputusan untuk terus mencabut gigi hari Isnin nie, kalau doctor tuh tak nak cabut jugak, suruh makan ubat dulu dan minggu depan datang balik ka, arhhh!!!! siap la engkau, ada jugak klinik gigi nak kena bakar malam tuh nanti.










PdanS : P untuk Pasha, S untuk Sendat. So, jadi Pasha Sendat, not Fasha Sanda yang baru clash dengan Jejai tu ya. Upss. Terbegosip pulak. Kita layan saja Melodi esok. Zassssss!!! Layannnnn!!!

No comments: