❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 24, 2011

Letih untuk yang SANGAT-SANGAT



Minggu nie bakal menjadi minggu yang sangat meletihkan. Bermula dengan hari nie.


Tepaksa bangun pagi-pagi sebab kelas jam 8. Kelas pulak 3 jam untuk subject yang mendengar lecturer saja. Owh. Sangat lah mengantuk gila babun. Nasib baik ada hiburan yang berupa bunyi dengkuran technician yang tengah tidor kat bilik sebelah kelas. Kuat gila weh bunyi. Sampai ganggu pembelajaran dalam kelas. Sampai tepaksa ketuk-ketuk bilik dia supaya dia sedar dari tidur dan bangun. Lalu bunyi bising bedengkur tuh pun hilang dan tak dengar. Tapi ketuk pun tak jalan weh. Lagi tinggi kuat ada. Sakan sungguh noooo.


Lepas habis kelas, jumpa lecturer pulak untuk perbetulkan kertas kerja yang di buat dan direject. Dengan kata lain "KERTAS KERJA INI TIDAK MENCAPAI TAHAP SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL" - Komen dari Si Lecturer. Ow-Yeay. i LOIKE!! Discuss ngan dia nie pun kat sejam lebih. Hadoi.


Kemudian balik rumah, ingat nak baring kejap sebab sangat-sangat letih, semalam macam tak boleh tidur. Tub-tub bila letak kepala je, mata macam, eh, eh, nak tepejam laa. Begemana nieh.


Sedar-sedar dari tidor, wow, pukul 2 lebih dah. Tengok kat luar bilik, rakan-rakan yang jauh dah datang untuk buat discussion. Dah start dah pon. Aiyoooo.


Discuss, sembang hal kawen, discuss, minum, discuss, cicah biskut tiger ngan ayer teh, discuss, makan kopok leko sammmmpaiiiii la ke pukul 6 petang.


Bila dah petang-petang sikit, otak dah tegang sampai tak boleh nak befikir dengan waras lagi, so, apa lagi. merayau-rayau pulak la ke Keluang Mall.


Sambil merayau, my housemate pergi jumpa kawan dia yang sangat kaya di Kluang Mall. So, bila dah jadi orang kaya, kena la belanja student-student yang tak kaya-kaya lagi nie. Pekena Chicken Rice Shop. Sedap tak terkata, tambah-tambah bila free. Memang kena sedap la kan. Lepas tu bila balik semua dah macam ular sawa yang baru telan sekor kambing bunting. Aku sampai kena minum eno sebab macam nak tekeluar balik dah yang makan tadi. Sumbat takmau-mau.


Bila balik rumah jam 10malam, owh, baru teringat ada kerja sekulah untuk esok yang tak di siapkan lagi. Tapi still mengada nak update blog. Hadoi letihnyaaaaaa.....


Esok pun akan letih lagi. Kelas dari jam 8 sampai 10. Kemudian sambung 11 sampai 1. Pukul 2 ada lagiiiiii... Uwaaaaaa...


Bila dah balik dari kelas yang penuh itu kena buat preparation untuk mengajar pada hari Rabu nie pulak. Saya kena mengajar depan kawan-kawan untuk kelas Micro Teaching. Hadoi. Sungguh mencuakkan. Apa aku nak mencarut di depan tu nanti?????


Tak habis lagi letih hari rabu, kena mensetadi pulak untuk kuiz pada hari Khamis. Hadoi. Bila dah habis jawab kuiz di hari kamis, kena siapkan assignment untuk di hantar pada hari Jumaat pulak. Awokkkkk.. Bila saya buleh rehat niee...


Mencabar sunggu hari-hari saya untuk ke 28 Januari. Takpa-takpa. After 28 nie dah boleh angkat kaki dan cabut dari bumi Parit King nie. Boleh Ow-Yeay ow-Yeay dah!! Selamat tinggai Parit King!!!


Lagi? LETIH untuk menunggu duti yang tak masuk-masuk. Kawan-kawan yang lain dah masuk. Saya??? Uwaaaa... Nak Shooping... Eh, tak masuk pun engkau mengShooping dengan secara memvavi buta jugak kan tadi. Kan?











PdanS : Kalau rindu simpan dalam hati saja ya. Tak payah bagitau.

2 comments:

ayarasmin said...

saya rindu.
kedit tinggal 81 sen.

mOOn said...

mis u more!