❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 26, 2011

Jadual belajar saya.

Esok ada kuiz statistik dan menurut senior yang lepas-lepas kuiz nie agak kental jugak la. Eeerrr, kental? apakah tuh? Kental bermakna soalan bepuluh-puluh, tapi masa bagi 15 minit ja. Wow .Mana aci gini .




8.00 malam : Sesudah mandi, Makan malam besama housemate tecinta.


8.30 : Masuk ke bilik, dengan harapan nak mula setadi. Lalu nampak henpon atas katil. Hurm. Macam nak call rakan baik dulu la. Borak-borak kejap. Pastu mesti boleh datang mood setadi.


8.15 : Sembang hal komputer. Mari membuat loan. Post kereta ke Mukah sangat mahal.


8.20 : Cerita beg balik kampung di Mukah sangat murah. Stategi mengumpul duit untuk kawen di 11.11.11.


8.40 : Mensembang hal driver bas Mukah bawak 40km/jam dan driver bas di BP bawak supa haremmm.


8.50 : Cerita termengorat laki orang.


9.06 : Bercakap hal-hal masa depan. Menjadi lecture. Nasib. Rezeki.


9.18 : Eh, tiba-tiba line putus. Check kredit. Ada banyak lagi. Pastu call balik. Sambung mensembang lagi.


9.32 : Kesedaran tiba-tiba datang bila mensembang di talian hamper sejam lebih. Lalu, "Weh, aku dah takmo cakap dah ngan ang, nak letak nie". "Okeh, Fine". Tetttttttt.


9.45 : Boleh mula study nie, bukak beg, bawak keluar buku. Owh. Nak tengok slide kat komputer sat. Okeh. Bila di on komputer, eh, nak check FB jap, blogging sat, FB, Blogging, FB blogging. Study begemana????


10.10 : Okeh. Nak study betul-betul tak nak main-main dah. Bukak buku, eh, hiburan tak ada laa. Tak best la study nanti. Nak dengar lagu lah, Bukak henpon. Hurm. Lagu tak menarik. Okeh jom transfer lagu baru jap dari komputer. Pergi depan meja komputer, duduk, cari lam file itu ini. Semua lagu tak menarik laa. Okeh, jom download lagu jap. Eh, kena bukak Fly FM dulu tengok lagu mana yang tengah hit. Godek godek google, download lagu itu ini. Okeh. Lagu sedap dah dapat. "Pretty Girl"


10.30 : Boleh mula setadi dengan tenang sebab hiburan dah ada. Pegang pen, mula selak sehelai demi sehelai buku teks Statistik. Eh, baru teringat Assignment Statistik tak salin comel-comel lagi. Esok kena hantar. Okeh-okeh. Salin dulu.


10.45 : Dah siap salin comel-comel. Tiba-tibaaa... "Munaaaaaa, makannnnnn... ada mee goreng nie".. "Okeh jap-jap".. ingat nak study dulu sikit-sikit, tapi tak sampai hati tak join makan secara ramai-ramai besama seluruh ahli rumah. Hurmm. Takpa lah. Pergi makan jap. Makan, Gelak, Makan, Gelak, Makan, Gelak. Siap.


11.30 : Ishk, dah lewat nie, memang kena study jugak la sikit-sikit. Duduk depan meja study, bukak buku, eh, tak menarik la buku teks nie, tak paham, nak tengok Slide dia lah. So, kemas-kemas buku bawak pergi duduk depan meja komputer pulak. Bukak file slide. Eh, save ke tak nie sebenarnya. Hurmm. Tiba-tiba, dahaga laaaa. Dah lama tak makan biskut hupseng cicah teh O panas. Hurm. Masak air jup. Buat teh O sat. Bawak air kat depan. Minum teh O sambil cicah Hupseng sambil tengok tivi. Wah, cerita apa nie? macam menarik jerrr. ^_^


12.15 : Kali memang kena serius. Bukak file slide. Okeh. Dah jumpa, wow banyak nya slide. Yang mana satu nieh. Sambil belek-belek slide, tiba-tiba terdengar perbualan housemate bercerita mengenai sabun muka yang sangat mujarab untuk muka jerawat dan beminyak. Eh, macam menarik jer sabun tuh, nak google jap la. Nak tengok rupa dia. Bila dah gooleh, banyak pulak cerita menarik yang orang tulis kat blog pasal sabun tuh. Okeh. Nak baca sat. Satttt ja. Bila baca blog orang terasa nak menulis blog pulak. Hehe. Blogging seround!!!!


12.55 : Wow. Sudah pagi? Macam mengantuk laaaaa. Takpa lah, esok la try bangun awal untuk study. Try laa kot-kot ada keajaiban di situ. huhu.









PdanS : Padat sungguh jadual belajar saya malam nie kan. Kehkehkeh...

2 comments:

i am S!L4H.. said...

mak aihhh..padat btol..berisi..ngeh3

mOOn said...

kan.. penuh dengan nilai2 murni lagi.. kehkeh..