❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 10, 2011

BerDUA sahaja.


Cerita 1


Eh, kenapa saya sedang di Library nie, bukan minggu exam pun. Dah la dari jam 3 sengah petang tadi dan sampai sekarang jam 8.30 malam. Tatau akan pulang jam berapa..

WOW. Keajaiban apakah yang melanda saya sekarang nie. Sungguh tak percaya kan. Memang lepas ponteng kelas diri akan jadi rajin secara tiba-tiba ek? Mungkin perasaan bersalah menyelubungi diri kot. Lepas tu, kena qado belajar selama beberapa jam. kahkah.

Tapi belajar apa nya, datang library, masuk bilik thesis, snap gambar thesis orang 3, 4 buah. Siap. Lepas tu masuk bilik majalah pulak, tengok magazine, baca surat kabar sambil usha-usha lelaki kacak kot-kot betemu jodoh ke, mana tau kan. Tapi kecewa di penghujungnya sebab lelaki semuanya foreign yang berkulet hitam. Haha.

Lepas tu pergi semayang kat surau, lepak sampai magrib.

Dah solat magrib pegi masuk library lagi. Member semua sibuk cari buku nak buat thesis, journal untuk keja sekulah.

Aku? Sibuk update blog. Sibuk main FB di komputer milik kerajaan. Good!!!

Hurmm. Macam tak dak apa-apa output sangat pun kan. So, dah. Tak payah nak bebangga-bangga. Buang karan jerr.






Cerita 2


Semalam AJL. Tapi aku tak tengok sebab aku kat Up Town Danau Kota. Dan walaupun aku kat Up Town, tapi, aku tetap gagahkan diri untuk nak tengok jugak Ana Raffali punya performance sebab aku dah tahu, ZA akan buat persembahan dalam lagu "Tolong Ingatkan Aku".

So, apa lagi, lepas dah tau Si Ana Rafalli nak buat persembahan lagi 3, 4 menet, berlari-lari anaklah aku dengan Cik Roh cari kedai makan yang ada tb. Nasib baik la di celah-celah kesibukkan Uptown tu ada jugak kedai makan. Dah jumpa, terus cari port yang baik punya. Oder Fresh oren segelas. Cukup la tu dok. Kang dok pi betempek je tak oder apa-apa kena halau pulak nanti.

Then, bila dah sampai Ana Raffali punya persembahan... Ouchh... Ouchh... Dalam hati ada tanam. Eh, eh ada sangkar. Ouchh. Ana raffali nyanyi sedap ke, tak ke, lantak kau lah. Baju dia beli kat First Lady ke, macam jait sendiri ke, biaq pi lah. Saya tak kesah. Yang saya bekesah adalah lelaki kacak yang dok syoq melincah berlari kesana kemari dalam berpakaian MERAH. Sugguh cool giler beb. Walaupun tak paham apa yang dia buat tapi nak Ouchh jugak..

Dah la ZA pakai baju warna febret gue. Lagi laa ouch wehhh.. Hahaha.. SILA MUNTAH LUAR DARI KAWASAN BLOG INI. Sekian.

Lepas tu, hari nie, try la bukak Zahiril punya FB kan, konon nak puji dia secara melambung-labung la pasal AJL semalam. Hebat laaa. Menarik laaa. Padahai, serius aku tak paham kenapa dia kena lari-lari pusing sangkar, lepas tu macam kena jadi ahli magic, last sekali ada macam setan-setan keluar. Sumpah tak paham apa wey.

Skali bila bukak dia punya FB, WOW.WOW. Komen wanita-wanita sahaja. Hurmm. Okeh. Memang sangat ramai pesaing aku ya sekarang nie. Eh, komen lelaki pun besepah jugak. Jangan tatau Gay pun minat ZA saya yerr. hahaha.

Lepas tu lagi best bila jumpa satu komen tuh, dia cakap Zahiril dan Shera Ayob berkaple. Wow. Apakah ini?? Terus la i pi google nyah oi. Lepas baca 3, 4 artikel tuh, hurmmm. Posibility mereka sedang berkaple adalah tinggi. Hurrmmm. Okeh. Fine.

Biarla mereka akan kawen ke, beranak pinak ke, tiba-tiba bercerai ke, saya tak kesah. Saya tetap akan terus jadi peminat kepada artis yang bernama ZA. Sekian.









PdanS : Cerita bersuka ria di KL akan di update selepas ini. Sila teruja dengan sangat tidak sabar menunggu. ^_^

2 comments:

S.U.R.I.A. said...

jeles kah???

mOOn said...

eh, tak lah. Dah lama bersedia utk hal2 macam nie.. dah agak akan terjadi.. ceewahh.. kahkahkah..