❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 31, 2011

Krisis di Mesir.


Hadoi, kenapa saya tatau nie hal-hal dunia. Bagai Katak berkulet menggerutu di bawah tempurung betul kan. Padahal internet di hujung jari jer. Munawwarahhh, munawwarahhh Okeh.okeh. Stop membebel untuk diri sendiri.

Krisis di Mesir? Eh, kenapa? Kenapa dengan mesir? Perang ke???

Tak tahu kan? Dun wori, saya pun tatau apa-apa. Dah lama tak belek surat kabar, dah lama tak tengok berita. Dan di sebabkan itu, saya dengan baik hatinya nak tolong google dan cari maklumat untuk di kongsikan bersama.






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat


Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung. Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.



3. 5000 banduan terlepas dari penjara


Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.



4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak


Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan. Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.



5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan


Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie. Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.



6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi. Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.



7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!


Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.


Artikel asal – JomPHP

Blog Nadia – Nadia-ism

Blog Rasmi – Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Facebook – Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir





Info 2 - Kosmo


Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.

Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.
Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.
Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.
Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.
Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.

Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.
“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.

Di bandar Suez, timur Mesir pula, deretan kereta kebal tiba di lokasi itu kelmarin selepas 13 orang maut dan sebuah balai polis dibakar perusuh.
Sekurang-kurangnya enam lagi turut maut di bandar Iskandariah, dengan sebuah bangunan pemerintah hangus dibakar manakala dua penunjuk perasaan terbunuh di bandar Mansoura.

Menjelang waktu malam semalam, ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Nasional di sini dibakar diikuti kumpulan perusuh menyerbu masuk ke dalam bangunan stesen televisyen pemerintah.
Gelombang kebangkitan di Mesir kali ini menyusul selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada 14 Januari lalu.

Di Mesir, bantahan besar-besaran itu diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.
Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.
Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat.

Sehingga semalam, bilangan penunjuk perasaan bertambah hingga mencecah kepada puluhan ribu orang.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Hosni, 82, muncul di kaca televisyen buat kali pertama kelmarin dalam empat hari sejak kebangkitan rakyat bermula.
Beliau bagaimanapun, mengumumkan bahawa tidak akan sesekali berundur.
Sebaliknya, Hosni menawarkan untuk melaksanakan langkah-langkah demokrasi, bermula dengan pemecatan Kabinet.

“Saya akan memberi lebih kebebasan sekiranya rakyat patuh pada undang-undang,” katanya.
Menurutnya, Kabinet baru Mesir akan dibentuk pada hari ini.
Sementara itu, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed El-Baradei, 68 dikenakan tahanan rumah oleh polis kerana menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Mesir kelmarin. – Agensi





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Bunyi macam sangat menakutkan je. Tengok video lagi la takut jadinya. Bayangkan kalau semua-semua tu terjadi kat negara kita, kampung kita la senang cerita, mesti sangat-sangat tak selamat, nak-nak lagi kes rogol tuh, Ya Allah, dah la saya nie perempuan.

Sekarang baru rasa bersyukur sangat-sangat sebab negara aku tak dak la nak merusuh besar-besar dan teruk macam nie. Sampai kes mencuri, rogol merogol, bakar Airport, Ya Tuhannnn. Apa la nak jadi dengan dunia sekarang kan.

Kemudian, tahu kenapa Internet di sekat di sana?? Sebabnya Twitter salah satu penyebab berlakunya rusuhan di sana. Untuk lebih info boleh baca di SINI.

Kadang-kadang bila yang baik itu di gunakan ke jalan yang salah, macam nie la kjadinya.

Hurmmm... Internet?? For blogging di setiap hari?? Salah tak?? Tak kann.. hehehe..







PdanS : Rasa macam perlu kurangkan berjalur lebar untuk hal-hal yang melaghakan. Hurmm. Ye ke?? Boleh caye ke?? Hahaha..

Akan Ku Jumpa...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki kita penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti

Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Hadoi. Lirik lagu ini, sangat mengena jiwa hati dan sanubari. ^_^

Saya bukan jenis yang suka menilai, memahami, menghayati setiap patah perkataan dalam sesuatu lirik lagu. Asal sedap je bunyi, aku suka. Biar la lirik dia nak tulis "Kicap jalin sedap dimakan begitu saja" ke.. Tak kesah, janji melodi dia kena dengan jiwa.

Okeh, berbalik kepada lagu di atas, hurm. Aku mula suka lepas mengikuti drama Syurgamu Ramadhan. Sumpah, sapa-sapa tengok akan menangis. Aku yang hati keras dan susah nak nagis pun boleh termasuk habuk mata lepas tengok cerita nie. Sedih. Itu saja.

So, bila cerita dah best, peratus Soundtrack dia untuk menjadi best jugak adalah 99%. Sebab tu lah aku mengsukai lagu nie. Dengar dah beriban-riban kali, konon favorite laa, tapi kalau suruh nyanyi kompem aku tak reti. Owh, itu sangat normal untuk insan yang bernama Munawwarah. Hari nie terasa macam nak tengok lirik dia balik dan nak cuba paham. Sebelum nie dok syoq dengar je, tatau pun lirik dia nie mengisahkan apa. Takdelah teruk sangatkan. Kehkeh.

Bila dah baca-baca-baca-baca setiap baris yang dia tulis. Errrrr... Alahai... Kenapa sama dengan apa yang aku sedang rasa.. Errrr.. Sama dengan situasi saya sekarang nie laaaa. Alahaii... Okeh. Dah. FullStop.

Kebanyakkan lagu yang aku suka, semuanya berunsurkan dari Soundtrack drama, filem, or video orang kawen. Aku jarang dengar radio, tu pasal tak berapa update sangat dengan lagu-lagu terbaru. Kalau nak suka pun, suka lagu yang stock lama-lama. Old school la konon. Padahai memang ilmu hiburan sangat kurang di dada. Mungkin sebab tuh aku tak sesuai jadi artis. Err. Tiba-tiba. KahkahKah.

Macam lagu Surga Cinta, aku suka sebab tengok drama Asmara.

Fly me away, sebab tengok video sapa kawen tah, lepas tu video tuh macam sweet gila vavi. Tu yang terus macammm. Alahaiii. Comelnye lagu nieee. Nak syoq lah. Nak buat ringtone lah.

Okeh. Itu saja cerita kita untuk petang yang indah ini. Nak pergi melantak Lontong dan caremel kacak pulak. Tata. Hadoi, menternak lemak je aku nie kan. Hurm. Mungkin tolong cover untuk sebulan yang lalu di Parit Raja sebab tak lalu makan kot.








PdanS : Mana kawan saya yang cantik menawan nieh. Kata nak datang. Penat tau tungguuuu.

Sunday, January 30, 2011

Great mood today ^_^


Alex Goot? Whooo???.

Tah, aku tak kenal.

Tapi sangat big big talent,

Sangat awesome,

Sangat have a great voice

Jugak berwajah pilihan.. [sambil kelip-kelip mata laju-laju tanda gatal!!!]

So, saya sebagai perempuan yang nipis imannya, haruslah menjadi melting bila dengar semua lagu Alex Root ini, serius weh[ sambil membutalkan mata].

Sekarang nie pun, dari jam 10malam tadi sampai sekarang aku dok kelebek dia punya TiubAwak, katam semua lagu dia.

Tapi dia banyak buat Cover saja. Lagu dia cuma ada 2 je kot. Kot laa. Yang lain-lain semua lagu hit orang punya yang dia nyanyi dalam version dia.

Aku rasa, aku lebih suka version dia, Yup.

Lebih rancak

Bules dengar sambil

Tangan ketuk-ketuk meja

Kadang-kadang macam tengah petik gitar

Kaki bules hentak-hentak lantai

Kepala akan goyang-goyang

Huhu

Apa-apa pun layan saja lagu-lagu beliau ini di bawah.





















PdanS : Aku merindui muuuu... Ding Donggg... Bukak pintu wehh.. Lambat sungguh...

Saturday, January 29, 2011

Rojakkkkk... rojakkkkkk... rojakkkkkk....




Kak, beli rojak saya kak, sedap nieh, Rojak 1Malaysia, kelas gitu kak, ada stawberi, langsat, duku, Durian, peach, dan blueberry. [Rojak ke racun nie. Kompem mabuk seploh hari kalau telan]

Okeh. Malam nie sesi meRojak lagi sebab pendirian tidak lah sangat kukuh untuk bercerita satu perkara saja. Jadi, mahu kongsi cerita secara tamak-tamak. Can kan?

So, mari mulakan dengan isi penting yang pertama





Rumah ku, Surga ku.

Saya sedang di Kampung ku Indah permai. Perasaan? Riang gumbira sebab ada Che Sayang, Haji Ismail, dan tempat bermain masak-masak. Tapi agak mensedihkan hati bila rumah sunyi sepi sebab hanya di diami oleh mak, ayah dan seorang adik lelaki saja. Hadoi, sungguh tak biasa hidup dalam keadaan berkeluarga yang sikit-sikit nie.

Lagi, hari nie, masa banyak di habiskan atas katil jer, bangun di kala matahari dah menegak kat atas kepala. Mana taknya weh, semalam punya perjalanan sampai nak dekat 12 jam. Gila bapok lama kan. Sampai rumah dah nak dekat 3 pagi. Jadi, bila siang pun tiba, membantailah tidur sambil tidak ingat dunia, yang di ingat hanyalah Akhirat. Aminnnnn. Ceewahhh. Banyak la engkau.

Bangun tidur je, terus pergi mencari Che Sayang untuk di salam dan di peluk cium C. Semalam, sampai rumah pagi-pagi buta, Haji Ismail je yang tolong bukak kan pintu. Che Sayang sedang syoq di buai mimpi. Lepas, salam-salam dalam keadaan yang masih mamai-mamai, terus ke bilik depan, wahhh.. Cadar baru.. Cantiknyeee... kena try lending-lending nieh. Bila badan sudah merasmikan tilam tebal berspring 8 inci tuh, macam tak sampai hati untuk TAK sambung tidur. Kehkehkeh.


Bila bangun dari second round tidur, pergi menjadi suri-rumah sikit-sikit. Tolong Che Sayang di dapur untuk mana-mana yang patut. Lepas dah siap, sesi makan secara berjemaah 4 beranak kami kat rumah nie.


Lepas tu?? Lepas tu mentidur lagi.. Hadoi..


Bila petang tiba, baru ada kesedaran untuk bangun dan baru nak mandi. Satu lagi perangai comel yang tak dapat hindari bila balik rumah, mandi di jam-jam petang hari, kira merangkap mandi malam sekali laaa. Kehkeh. Terukkan. Nak-nak pulak sekarang nie cuaca sangat la lembap dan angin kuat. Wow, serius sejuk gila weh kalau nak mandi. Serius weh, tak tipu, angin sangat lah kuat sekarang nie, tak caya tengok bideo kat bawah.


See. Kan i dah cakap. Habis tudung ala-ala Hana Tajima i bertebangan. Tak mampu berblogging dengan selesa. [ceh, padahai motipnye nak suruh tengok peshen tudung baru aku. Bukan nak tunjuk sangat pun angin-angin kuat tuh. kehkeh.]




Memperkenalkan......

Fashionista untuk kurun ini......


Muna Tajima.

kehkehkeh...












Emosi.

Hadoi. Kadang-kadang saya pun tak mengerti dan paham dengan emosi diri sendiri. Walaupun dalam keadaan yang meriangkan seperti sedang menshopping jacket cantik dan shawl menawan, sometime saya boleh berubah jadi mengantuk. Sedang gumbira shopping dan kemudian mengantuk. Nampak macam tak kena dan sungguh tak sesuai kan. Itulah perumpamaan emosi saya. ^_^. Boleh berubah secara tiba-tiba. Comel kan? Tapi selalu nya sapa pun tak dapat detect sebab aku cover baik punya dan hebat dalam memujuk hati sendiri.





Kuiz Statistik

Bila soalan adalah berbentuk A, B, C dan D, bermulalah kerja saya untuk menjadi penembak negara.

Lepas jawab soalan tuh dan lepas dapat result terus, baru ada kesedaran betapa tak tahu satu habuk pun dalam hal-hal statistik ini. Tapi dalam kelas rasa dah paham. Kahkahkah. Rasa je lah. Tapi, paham apa nyer, selalu jawapan yang aku bagi secara volunteer sokmo-sokmo salah, budget tak nak la jadi pasif sangat dalam kelas, bila aktif baru best. Last-last. Kahkahkah. Hey, atleast aku berani mencuba hokeh.

Untuk kuiz yang lepas tu ada 20 tempat untuk aku tembak-tembak, dan seperti kebiasaan tuhan selalu menyebelahi aku dalam hal-hal belajar nie, kalau malas macam mana pun mesti result tak la teruk sangat. Yup. Nasib selalu je baik kan.




Gigi.

Hal-hal gigi memang tak pernah nak habis di cakapkan selagi aku tak pergi cabut. Dari tahun lepas lagi, aset berblog pasal gigi, sakit gigi, nak cabut gigi, tapi tak pergi-pergi jugak pun kan.

So, di atas kesedaran yang ada dan sakit menjadi makin kronik sampai nak kunyah nasik kena sangat berhati-hati, nak kumur air kena secara sopan dan perlahan, jadi, saya mengambil keputusan untuk terus mencabut gigi hari Isnin nie, kalau doctor tuh tak nak cabut jugak, suruh makan ubat dulu dan minggu depan datang balik ka, arhhh!!!! siap la engkau, ada jugak klinik gigi nak kena bakar malam tuh nanti.










PdanS : P untuk Pasha, S untuk Sendat. So, jadi Pasha Sendat, not Fasha Sanda yang baru clash dengan Jejai tu ya. Upss. Terbegosip pulak. Kita layan saja Melodi esok. Zassssss!!! Layannnnn!!!

Thursday, January 27, 2011

Don't hate me cause I'm beautiful.


Kehadapan belog saya, apamacam hari nie? Rindu i tak? Mesti rindu dengan ketat-ketat kan. Ouch ouch dan eyukss sekali. Kahkah. Fine. Tak lawak pun.


Kamu tahu, Parit King sedang mendapat rahmat dari Tuhan. Hujan turun dengan sangat lebat sekali lalu menjadikan saya malas nak mandi, malas nak gerak sana sini, dan malas nak kemas barang untuk balik Yan, Kedah kejap lagi. Perasaan seperti nak main nyorok-nyorok dalam selimut sorang-sorang pun ada. Tapi apa kejadahnya, sudah mentidur secara panjang-panjang dah semalam. Tak kan nak sambung lagi kot.


Hey you, i cuti seminggu, eh bukan seminggu la, tapi lebih lagi, 10 hari!!! Wow. Banyak kan. Sila dengki, sapa yang tak dengki tuh, tahniah laaa. Mungkin anda calon-calon pekerja mithali untuk tahun nie. Bersiap sedia lah untuk masuk muka depan Berita Harian, Metro, Kosmo dan URTV. Untuk yang badan telampau sehat,dah boleh try beli Jus Mate Dr Rozmey tuh. Takut-takut tak muat news paper nak bubuh gambaq engkau pegang pingat nanti. Kang masuk tangan je, muka tak dak, haa!! Jangan cakap aku tak sound awal-awal yer.


Dah, dah. Kembali kepada cerita saya akan CUTI 10 hari tuh. Hurm. Jadi, bila cuti sudah belungguk-lungguk ini, harus ada perancangan yang sangat padat dan menghiburkan hati sendiri sebab bila bukak balik sekulah lepas nie, diri akan jadi sangat-sangat stress. Semoga hasrat untuk berhenti belajar tidak akan telintas lansung dalam kepala otak nie kan.


Okeh. Untuk cuti-cuti yang sangat indah nie kan, saya sangatlah berharap untuk :



Satu :
Apa yang dirancang besama rakan-rakan yang menawan akan terlaksana. Semoga majlis mandi manda kita tu akan jadi aktiviti yang paling gempak untuk tahun nie weh. Ceewahh. Padahai berapa kerat je yang di ajak pergi. Tak mengapalah, janji boleh jumpa dan lepak-lepak sama anda-anda semua pun dah sangat-sangat okeh.


Dua :
Bila cuti, perkara biasa yang akan di tunggu-tunggu adalah orang mengkawen. Simptom-simptom mengidam nasik minyak sudah muncul. Jadi, sapa yang rasa nak kawen cuti raya cina nie sila la jemput saya. Dun worry, tak habis punya nasik minyak engkau tuh.


Tiga :
Mahu berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak ketemu. Ramai. Tapi saya sorang je yang excited nak jumpa. Mereka-mereka tak pun kan. Hurm, tak mengapalah. Kalau ada jodoh ketemu jugak kan.


Empat :
Owh, ada temu janji besama Bini orang di cuti CNY. Semoga janji-janji itu akan manis semanis laki anda. Banyak benda yang nak di gosipkan nie. Ouch ouch.


Lima :
Kemudian, mesti la ada sesi melabur duit di Time Square, di Jalan Tar, dan last di Pasar Pagi Shah Alam. Wow. Sangat-sangat teruja weh walaupun duti yang masuk adalah sangat-sangat lah tak cukup untuk sem nie, even tak shopping langsung. Hadoi, begemana nak teruskan hidup nie? Semoga ada rezeki dari tuhan yang mencurah-curah. Insyaallah, saya percaya akan ada sebab Tuhan kan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Enam :
Masak memasak amalan mulia. Macam-macam makanan dah di listkan. Sedang sabar menunggu masa saja nie untuk mengasapkan dapur ku perut ku. Ow-Yeay!!


Tujuh :
Hurm..hurm... lagi?? Tak dah kot. Nanti kita pikir lagi. Nak lunch sat.










PdanS : Tajuk entry yang tiada perkaitan dengan jalan cerita dan isi karangan. Maap yer. Kalau nak perkaitan jugak, boleh ketik di SINI. Nie, lagu minggu ini ya. Tatau la, kalau ada tungau dalam telinga aku nie, kompem-kompem dah mati mengejut sebab stress telampau, asyik dok ulang lagu nie jer beriba-riban kali untuk sehari. Hoho. Best-best!!

Wednesday, January 26, 2011

Jadual belajar saya.

Esok ada kuiz statistik dan menurut senior yang lepas-lepas kuiz nie agak kental jugak la. Eeerrr, kental? apakah tuh? Kental bermakna soalan bepuluh-puluh, tapi masa bagi 15 minit ja. Wow .Mana aci gini .




8.00 malam : Sesudah mandi, Makan malam besama housemate tecinta.


8.30 : Masuk ke bilik, dengan harapan nak mula setadi. Lalu nampak henpon atas katil. Hurm. Macam nak call rakan baik dulu la. Borak-borak kejap. Pastu mesti boleh datang mood setadi.


8.15 : Sembang hal komputer. Mari membuat loan. Post kereta ke Mukah sangat mahal.


8.20 : Cerita beg balik kampung di Mukah sangat murah. Stategi mengumpul duit untuk kawen di 11.11.11.


8.40 : Mensembang hal driver bas Mukah bawak 40km/jam dan driver bas di BP bawak supa haremmm.


8.50 : Cerita termengorat laki orang.


9.06 : Bercakap hal-hal masa depan. Menjadi lecture. Nasib. Rezeki.


9.18 : Eh, tiba-tiba line putus. Check kredit. Ada banyak lagi. Pastu call balik. Sambung mensembang lagi.


9.32 : Kesedaran tiba-tiba datang bila mensembang di talian hamper sejam lebih. Lalu, "Weh, aku dah takmo cakap dah ngan ang, nak letak nie". "Okeh, Fine". Tetttttttt.


9.45 : Boleh mula study nie, bukak beg, bawak keluar buku. Owh. Nak tengok slide kat komputer sat. Okeh. Bila di on komputer, eh, nak check FB jap, blogging sat, FB, Blogging, FB blogging. Study begemana????


10.10 : Okeh. Nak study betul-betul tak nak main-main dah. Bukak buku, eh, hiburan tak ada laa. Tak best la study nanti. Nak dengar lagu lah, Bukak henpon. Hurm. Lagu tak menarik. Okeh jom transfer lagu baru jap dari komputer. Pergi depan meja komputer, duduk, cari lam file itu ini. Semua lagu tak menarik laa. Okeh, jom download lagu jap. Eh, kena bukak Fly FM dulu tengok lagu mana yang tengah hit. Godek godek google, download lagu itu ini. Okeh. Lagu sedap dah dapat. "Pretty Girl"


10.30 : Boleh mula setadi dengan tenang sebab hiburan dah ada. Pegang pen, mula selak sehelai demi sehelai buku teks Statistik. Eh, baru teringat Assignment Statistik tak salin comel-comel lagi. Esok kena hantar. Okeh-okeh. Salin dulu.


10.45 : Dah siap salin comel-comel. Tiba-tibaaa... "Munaaaaaa, makannnnnn... ada mee goreng nie".. "Okeh jap-jap".. ingat nak study dulu sikit-sikit, tapi tak sampai hati tak join makan secara ramai-ramai besama seluruh ahli rumah. Hurmm. Takpa lah. Pergi makan jap. Makan, Gelak, Makan, Gelak, Makan, Gelak. Siap.


11.30 : Ishk, dah lewat nie, memang kena study jugak la sikit-sikit. Duduk depan meja study, bukak buku, eh, tak menarik la buku teks nie, tak paham, nak tengok Slide dia lah. So, kemas-kemas buku bawak pergi duduk depan meja komputer pulak. Bukak file slide. Eh, save ke tak nie sebenarnya. Hurmm. Tiba-tiba, dahaga laaaa. Dah lama tak makan biskut hupseng cicah teh O panas. Hurm. Masak air jup. Buat teh O sat. Bawak air kat depan. Minum teh O sambil cicah Hupseng sambil tengok tivi. Wah, cerita apa nie? macam menarik jerrr. ^_^


12.15 : Kali memang kena serius. Bukak file slide. Okeh. Dah jumpa, wow banyak nya slide. Yang mana satu nieh. Sambil belek-belek slide, tiba-tiba terdengar perbualan housemate bercerita mengenai sabun muka yang sangat mujarab untuk muka jerawat dan beminyak. Eh, macam menarik jer sabun tuh, nak google jap la. Nak tengok rupa dia. Bila dah gooleh, banyak pulak cerita menarik yang orang tulis kat blog pasal sabun tuh. Okeh. Nak baca sat. Satttt ja. Bila baca blog orang terasa nak menulis blog pulak. Hehe. Blogging seround!!!!


12.55 : Wow. Sudah pagi? Macam mengantuk laaaaa. Takpa lah, esok la try bangun awal untuk study. Try laa kot-kot ada keajaiban di situ. huhu.









PdanS : Padat sungguh jadual belajar saya malam nie kan. Kehkehkeh...

Mana Si Pendek saya?


Okeh. Entry yang pendek saja untuk petang nie sebab katil dah menseru-seru nama i. Eh, jangan laa kau seru betul-betul, pengsan jugak aku jap lagi. Haha.


Hey kamu, nak bagi tau nie, saya dah bules tidur dengan nyenyak dah sekarang nie tanpa ada limit masa. Tidor malam pun tak perlu mimpi-mimpi pakai jaket baru pegi buat set induksi dalam kelas. Ngeri sungguh tidur aku, sampai lena pun kena mimpi hal-hal belajar kan. Errr.


Lagi, saya jugak boleh Berjalur lebar sesuka hati dengan rasa tak besalah lepas nie. Boleh merayau-rayau di belog-belog orang, boleh menyebok kat wall orang, boleh membalas komen laju-laju. Owh sungguh mensuka laaaaa.


Okeh. Ini saja. Sekarang mau memanjakan diri dalam selimut pink. Ow-Yeay!!! Niteeeee !!!!










PdanS : Sungguh tak sia-sia menabur wang saku yang sekangkang kera untuk jaket manawan di Peace semalam. Walaupun PTPTN tak masuk lagi. Berbaloi jugak la walaupun macam sungguh hampeh je present tadi.

Monday, January 24, 2011

Letih untuk yang SANGAT-SANGAT



Minggu nie bakal menjadi minggu yang sangat meletihkan. Bermula dengan hari nie.


Tepaksa bangun pagi-pagi sebab kelas jam 8. Kelas pulak 3 jam untuk subject yang mendengar lecturer saja. Owh. Sangat lah mengantuk gila babun. Nasib baik ada hiburan yang berupa bunyi dengkuran technician yang tengah tidor kat bilik sebelah kelas. Kuat gila weh bunyi. Sampai ganggu pembelajaran dalam kelas. Sampai tepaksa ketuk-ketuk bilik dia supaya dia sedar dari tidur dan bangun. Lalu bunyi bising bedengkur tuh pun hilang dan tak dengar. Tapi ketuk pun tak jalan weh. Lagi tinggi kuat ada. Sakan sungguh noooo.


Lepas habis kelas, jumpa lecturer pulak untuk perbetulkan kertas kerja yang di buat dan direject. Dengan kata lain "KERTAS KERJA INI TIDAK MENCAPAI TAHAP SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL" - Komen dari Si Lecturer. Ow-Yeay. i LOIKE!! Discuss ngan dia nie pun kat sejam lebih. Hadoi.


Kemudian balik rumah, ingat nak baring kejap sebab sangat-sangat letih, semalam macam tak boleh tidur. Tub-tub bila letak kepala je, mata macam, eh, eh, nak tepejam laa. Begemana nieh.


Sedar-sedar dari tidor, wow, pukul 2 lebih dah. Tengok kat luar bilik, rakan-rakan yang jauh dah datang untuk buat discussion. Dah start dah pon. Aiyoooo.


Discuss, sembang hal kawen, discuss, minum, discuss, cicah biskut tiger ngan ayer teh, discuss, makan kopok leko sammmmpaiiiii la ke pukul 6 petang.


Bila dah petang-petang sikit, otak dah tegang sampai tak boleh nak befikir dengan waras lagi, so, apa lagi. merayau-rayau pulak la ke Keluang Mall.


Sambil merayau, my housemate pergi jumpa kawan dia yang sangat kaya di Kluang Mall. So, bila dah jadi orang kaya, kena la belanja student-student yang tak kaya-kaya lagi nie. Pekena Chicken Rice Shop. Sedap tak terkata, tambah-tambah bila free. Memang kena sedap la kan. Lepas tu bila balik semua dah macam ular sawa yang baru telan sekor kambing bunting. Aku sampai kena minum eno sebab macam nak tekeluar balik dah yang makan tadi. Sumbat takmau-mau.


Bila balik rumah jam 10malam, owh, baru teringat ada kerja sekulah untuk esok yang tak di siapkan lagi. Tapi still mengada nak update blog. Hadoi letihnyaaaaaa.....


Esok pun akan letih lagi. Kelas dari jam 8 sampai 10. Kemudian sambung 11 sampai 1. Pukul 2 ada lagiiiiii... Uwaaaaaa...


Bila dah balik dari kelas yang penuh itu kena buat preparation untuk mengajar pada hari Rabu nie pulak. Saya kena mengajar depan kawan-kawan untuk kelas Micro Teaching. Hadoi. Sungguh mencuakkan. Apa aku nak mencarut di depan tu nanti?????


Tak habis lagi letih hari rabu, kena mensetadi pulak untuk kuiz pada hari Khamis. Hadoi. Bila dah habis jawab kuiz di hari kamis, kena siapkan assignment untuk di hantar pada hari Jumaat pulak. Awokkkkk.. Bila saya buleh rehat niee...


Mencabar sunggu hari-hari saya untuk ke 28 Januari. Takpa-takpa. After 28 nie dah boleh angkat kaki dan cabut dari bumi Parit King nie. Boleh Ow-Yeay ow-Yeay dah!! Selamat tinggai Parit King!!!


Lagi? LETIH untuk menunggu duti yang tak masuk-masuk. Kawan-kawan yang lain dah masuk. Saya??? Uwaaaa... Nak Shooping... Eh, tak masuk pun engkau mengShooping dengan secara memvavi buta jugak kan tadi. Kan?











PdanS : Kalau rindu simpan dalam hati saja ya. Tak payah bagitau.

Sunday, January 23, 2011

Dik Cerdas.


Walaupun sudah membawak diri ke Parit Raja, tapi hidup masih bermalas-malasan. Hadoi. Kerja owh kerja, bila kamu tak hilang. Semakin saya pergi jauh-jauh semakin kuat dan semakin bertambah-tambah rindu kamu pada saya kan. Hurmm.


Busan. Dah tengok Jimy Neutron pun masih busan. Tapi semalam tengok dengan Aus dan Amirah tak busan pun. Siap boleh gelak-gelak dengan begitu excited lagi. Hurm.


Petang yang busan. Nak masak. Hurm. Dah lama tak membuat puding pelangi. Wah. Ideal yang bagus. Okeh. Mahu turun ke bawah untuk ke kedai Osman Kabila itu. Nak borong susu segar lalu boleh la menceriakan hidup kejap. Kejap je la. Lepas tu nak buat apa lagi??? Errrrr. Saya nak YAN BIN KEDAH. Pelisssss.


Owh. Baru teringat, Dik Cergas belum yang baru di beli semalam belum di sentuh. Jadi boleh la menjadi ulat buku malam ini. Lalalalala.














PdanS : Hobi baru : Mengumpul koleksi Dik Cerdas!!!! Ya. Sungguh tak mencerminkan remaja 25 tahun. Sekian.

Saturday, January 22, 2011

Sesi Karok-Mengkarok dengan Bakal-bakal Cikgu. ^_^



Menjadi tanda-tanya kepada saya, setiap tempat yang saya pergi, yang saya diami mesti akan di kurniakan rakan-rakan yang gila Karok. Hurm. Menarik bukan? Ke semua orang memang minat karok? Atau aku sebenarnya yang membawa kepada gejala itu? Hurm? Boleh di buat persoalan kajian nie. Kalau buat tajuk untuk PS pun macam menarik jugak . "Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar MBV gemar melepak di karaokay Jamban" Wow.


Okeh. Dah terlanjur bercakap hal karok mengkarok nie, saya nak cakap la minggu lapas i pergi karok? kau ade nyah? Tak de kan. Haa! Hebatkan mak. Untuk sem nie, dah lepas gian kat karaokay jamban itu. Bagus-bagus. Dah beberapa kali dah hajat aset tergendala dek kerana kerja sekulah yang bertimbun itu. Last-last pergi jugak.


Mula-mula i masuk sekulah baru nie, i thought kawan-kawan yang i baru kenal nie, bahek-bahek, sopan-sopan, tak layan karok, tak masuk panggung, tak lepak mapple. Rupa-rupanyaa.. haaa! Hambek kau. Ye la, mana boleh jangka weh, semua-semua nie bakal-bakal pendidik, ingatkan akan sopan santun saja orangnya. Kehkeh.




Ini hari rabu punya aktiviti. Malam sebelum pulang datang ke Alor Gajah, jugak malam yang bercita-cita nak tengok Kurafat. Tapi nasib baik cita-cita itu tinggal kenangan saja. Kalau tak mesti aku akan mula kencing tilam sebab takut nak bangun malam-malam pi tiolet. huhu. Malam tu tengok cerita Faster. Not bad la. Dan aku mula menyedari aku dah macam ada perasaan untuk tengok movie sekarang nie. Selalu aku lah orang pertama yang akan tidur or rasa buang masa gila bila tengok wayang. But malam tuh, aku pulak yang terlebih excited. Time tengok cerita, toleh kiri, member sebelah dok aset sms, sebelah kanan dah menguap 4, 5 kali dah, yang ujung sodaqallah dah. Aku? Mata bulat dengan perasaan yang sangat teruja. Hurm. aneh bukan.



Okeh. Lagu wajib saya bila berkarok dah tahu ya. "My Love-Westlife" "Hati Kama-Siti" "Semakin rindu semakin asyik- Amalina"





























Suara cik adik nie paling sedap laa kalau nak di banding kan dengan kami-kami yang tah apa-apa je nyanyi. Macam bapuk pun ada jugak kadang-kadang tu. Menyanyi ngan baca lirik lebih kurang je. Takde beza pun. Kahkah. Tapi serius sedap jugak laa suara makcik nie. Kagum saya, atleast kurang la sikit malu i kalau bawak beliau nie pergi karok, ada la jugak wakil yang bersuara sedap. Kot-kot la jiran jamban sebelah intai-intai. "Owh... sedap jugak suara awek-awek cun nie yer". Kan. Dah. dah. Malas nak puji lebih-lebih kang kembang pulak.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Okeh. Kemudian, bawah-bawah nie, kejadian yang berlangsung pada sem lepas, sesudah beraya rumah classmate secara ramai-ramai, lalu membawak diri ke Carefour untuk mengkarok pulak. Tapi yang nie masuk bilik siap. Dah la dapat bilik yang gedabak besar dan bayaran 10 hingget kot sejam. Kot la, sebab tak bayar, tak hingat.














Artis undangan malam tuh, ada Nora ya.




















Time nie, aircond tetiba rosak lalu menjadikan udara tak cukup untuk disedut. So, melepak la kat luar jap sementara tunggu turn sendiri nak nyanyi.













PdanS : Tiba-tiba rindu sama kesayangan saya yang jugak gila mengKarok nie. Bukti-bukti ada di entry INI, dan INI jugak.

Bersama hati yang gembira.


Helo. Hai. Haip. Hey. Uit. Yuhuuu.

Dah. Cukup.

Okeh. Sekarang di mood yang SANGAT-SANGAT BAIK. SANGAT-SANGAT HAPPY dengan keadaan sekarang. Segala masalah belajar telah di tinggal jauh-jauh di Parit Raja sana. Ow-Yeayyyyy!!!

Tapi.. Bila tiba hari esok dah kena balik dan kena kutip balik segala masalah-masalah itu. Uwaaaaa. Takmoooo.


Okeh.Okeh. Dikesempatan berMOOD sangat baik ini, mari kita menulis sesuatu yang indah-indah saja. Nanti bila mood dalam keadaan sangat huduh, buruk dan langsung tak segak, mesti akan menjadikan setiap ayat lebih caca merba. Hidup? Apatah lagi.


Bercerita tentang hal-hal hari nie, ada satu perkara yang perlu di bangga dan di riak kan. Hey kamu-kamu, SAYA DAH PANDAI BUAT ROTI JALA. Lalalalala.. Eh, ada lagi DENGAN BEGITU SEDAP SEKALI. Sampaikan tak sempat nak cedok masuk dalam pinggan dah kena sambar dek kanak-kanak riang. Lalu, terpaksalah mensorokkan setiap roti yang dah masak kat atas almari. Buat satu. Mensorok. Buat satu. Mensorok. Bila dah siap masak semua baru boleh bawak keluar semua dan makan sama-sama. Kalau tak, mengadap kerak je laaaa.


Tapi bila dah makan sama-sama, kanak-kanak riang yang bersifat "Kawai"[tamat la] telah amek sorang 5 gulung. Mana haci wehhh.


Tak kesah la apa-apa pun yang berlaku, tapi sangat ingin berterima kasih kepada Tuhan sebab memberi rezeki yang sangat-sangat best untuk petang nie. Dah mengidam banyak hari dah nak makan Roti Jala nie. Tapi hari nie punya kekuatan yang lebih untuk mendrive kereta ke Pekan Alor Gajah, masuk 3, 4 buah kedai cari acuan nak buat roti jala. Terima kasih jugaklah kerana memudahkan segala pekerjaan saya. ^_^


Sekarang mari ucap tahniah kepada diri sendiri kerana sudah berjaya membuat Roti Jala yang pertama setelah hidup selama 24 tahun satu bulan. Syabas!!!!! Lepas nie boleh la dibuat selalu-selalu. Boleh la di idangkan untuk suami bila penat pulang dari kerja. Mesti suami makan dengan begitu pelahap sekali. Owh, suami siapakan itu. Sungguh comel kan. Kahkahkah. Berangan itu sangat bagus untuk kesihatan hati ya kawan-kawan.


Next?? Malam nie, ada tetamu datang bekunjung secara tiba-tiba. Dan secara tiba-tiba jugak i telah mengofferkan diri untuk masak sempena makan malam. Nyum nyum. Suka la memasak sekarang nie. Nak-nak lagi bila tengok orang yang makan lauk hasil ayer tangan kita. Alahaiii.. Tu yang indah kalau duduk rumah, even bukan rumah sendiri, boleh masak sesuka hati ikut napsu yang menebal ini.









PdanS : Hati sangat-sangat berkobar untuk pulang ke YAN, Kedah. Hadoiiiii.. Cepat la masa berlalu. Mau pulanggggg!!!


Friday, January 21, 2011

Cerita memburu Gajah di Alor.

Memburu la sangat. Gajah la sangat. Semua-semua itu sangat tidak ada perkaitan dengan hidup saya sekarang ini ya. Yang ada hanya, sedang berada di Alor Gajah yang tak dak gajah, tapi patong gajah yang hindu dok sembah tu bersepah. Boleh jumpa sepanjang jalan, cakap ja nak yang jenih mana, kaki 8, belalai tegak, bepusing, eh, semacam je ayat aku nie. Stop! Kahkahkah.


Mencerita untuk hal-hal malam ini, owh sangat menterujakan. Saya pun tatau nak start macam mana, tapi pepun mari melayan saja gambar-gambar di bawah. Boleh? Kalau tak boleh, boleh blah sekarang!




Photobucket

Okeh. 1st tempat yang di tuju Tescco, tescco apa tah nama dia, yang sebelah Jusco tu. Macam tak menarik sangat la barang-barang dia. Ye ke? Ke duit aku yang tak menarik sebenarnya. Fine. Memang duit tak dak. So, kalau jumpa baju yang ada kedut-kedut kat bahu boleh jeling-jeling manja je laa. Uwaaaaa.





Photobucket

Untuk gambar di atas, sila abaikan bontot yang tak best itu. Budak-budak yang snap. Apa la dia tau sangat kan. Time nie si pemilik bontot tu tengah usha-usha nak beli henpon baru. Kat sengah jam dia duk situ, aku dah 2,3 kali masuk First Lady dia tak abeh-abeh lagi dok membeli. Demand itu ini, nak casing kulit la, software canggeh-canggeh, tapi harga mintak sama ngan telipon polyphonic tuh. Mana boleh brooo.







Photobucket

Ini dua orang budak yang sering terencat kalau nak amek gambar. Waktu-waktu lain tak la terencat sangat. Kahkah. Eh, ada jugak waktu-waktu lain yang mereng. Contoh tedekat bila bangun pagi. Selalu nak menyibuk kalau aku nak bangun lewat-lewat. Suka hati la weh.

Dah la siap amek bantal balun-balun kat badan aku, selimut aku skali la kena tarik. Lepas tu memekit macam rumah tebakaq. Wow!!. Hangin weh. Siap bagi kata-kata peransang lagi. "Maktehhhhhhh.. bangunnnnnnn.. Kalau kat kampung mesti makteh dah kena marah kan bangun lambat-lambat cam nie". Hey suka hati aku laa. Engkau mana tau, aku teptiap malam tidoq lambat dok buat keja sekulah. Engkau mana ada keja sekulah yang betimbun macam aku nie. Shadap you!! Pi men jejauh!!!



Photobucket

Budak ini memang selalu senget. Dulu saya ada post pasal Si Aus nie kat SINI.






Photobucket

Next destination, pergi ke tampat apa tah nama kat sini. Ada ayer pancut yang ikut muzik. Tapi macam tak ikut sangat pun aku rasa. Biasa-biasa jer.





Photobucket

Boleh tahan laaa lampu kat situ. Cantik jugak.





Sekarang dah mula berjinak-jinak dengan video pulak. huhu. Tapi segam la nak mebideokan muka sendiri, rasa macam, mesti tak muat camera nanti, sebab pipi kembung sangat. Wow. Huduh-huduh.





Photobucket

Dan tempat nie jugak bersebelahan dengan sungai yang ada cruise lalu lalang. Nak naik menatang bot tuh mahai tak dak dah. Mampu tengok je laa.



Photobucket

Rasanya tepi sungai nie akan lebih cantik kalau berposing di siang hari.





Photobucket

Sambil lepak-lepak bermain alat canggeh yang boleh terbang dan keluar lampu. Tapi kena guna getah macam lastik dulu, baru boleh melambung naik atas. So? Canggeh tak? Hurm. Macam tak ponnn.





Photobucket

Anak beranak sedang menikmati permainan canggeh.





Lepas jalan-jalan sini, pergi kat pantai pulak. Pun tak sure jugak nama pantai tuh. Tapi sangat ramai kaum adam dok merempit sana sini. Bising weh, aku nak begayut pun tak senang duduk. Gambar sebagai bahan bukti tak sempat nak snap sebab sibuk beburak dengan perempuan kesayangan di Mukah sana. Start begayut dari tempat ayer terjun tuh, masuk dalam kereta, turun kat pantai, masuk dalam kereta bilik pun belum habis lagi becerita itu ini. Kalah dari orang becintan cintun. Hadoiyaiii.













PdanS : Saya suka, bila diri sudah memberanikan untuk mengPost setiap entry baru di wall FB. Rasa saya yang dulu sudah kembali. Bukan saya yang serabut-serabut itu. Huhu.