❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 17, 2010

Semakin hari semakin bertambah..


Apa yang bertambah tu kak?

Berat??

Salah!!! Potong 10 markah!!!!




Semakin hari semakin banyak kereta mengpakir di rumah saya. Dan itu jugak bermakna semakin ramai lah orang menghuni di sini. Kepadatan isi rumah jugak bertambah. Hadoi.


Suka. Sangat suka. Lebih suka bila kaki tak berhenti jalan sana sini. Tangan tak sempat nak rehat buat itu ini. Mulut tak diam dok jerit kat budak-budak yang sangat boih berlari ke sana ke mari.


Walaupun nak kenduri lagi 3 hari, tetapi jumlah penghuni di rumah sudah mencecah ke tahap macam esok ja yang nak kenduri. Sungguh mengujakan.


Malam ini saja sudah ada 7 bijik kerata mempakir di halaman rumah, dan penghuni rumah pulak mencecah ke angka.. err.. sat sat nak kira.. abang, kak, anak buah, cik an, supupu, mencecah ke 27 orang. Itu yang tidur di sini saja. Tak temasuk lagi sedara-sedara yang syoq dok melepak-lepak kat sini sambil bokbuat lupa ada rumah sendiri. Ramai tuh. Dalam belum ditambah dengan jumlah sedara yang sedang ondaway datang malam nie. Malam esok. Errrrrr..


Lagi? Ada apa yang perlu di report kan lagi. Owh. Masa menjadi semakin tak cukup. Sapa ada masa yang lebih-lebih jemput beri pinjam ya. Tak payah nak kedekut sangat.


Lepas tu. Busy. Akan semakin busy. Dan jugak sangat busy body. Serius weh. Sakan sungguh saya ber-busy body sekarang nie yer. Tambah-tambah sepupu sepapat balik. Tiap masa nak bergosip. Baru bangun pagi, celik-celik mata , tak sempat nak turun dari katil dah bergosip. Sumpah. Sungguh menggila. Bertambah la dosa-dosa aku lepas nie. Hahaha.



Sekian saja berita untuk malam ini, saya Nurul Munawwarah Nurul Ain melaporkan dari Perkarangan Istana Haji Ismail...










PdanS : Kalau lah beliau tahu apa yang aku rasa. Kan indah dunia. Hurmmm. Tak mengapalah.

2 comments:

aidillah HAIMI said...

asam garam kehidupan. ^_^

mOOn said...

hehe.. kan.. takpa la.. bukan selalu..