❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 30, 2010

Rojak-rojak di malam buta.


Haip... Selamat malam/siang/pagi-pagi buta/ tengah hari rembang/ magrib. Boleh pilih yang mana sesuai dengan keadaan persekitaran engkau ya.

Malam nie bukan cerita macam mana nak buat rojak dan makan rojak yang orang belanja itu sangat sedap, tapi bila beli sendiri, hampeh, kedekut kuah laa, kacang taruk sikit laa, semua engkau nak mengomel yaa . Bukan cerita itu hokeh. Bukan. Tapi nak cerita macam-macam itu dan ini.



Kisah 1

Sekarang di rumah mak menakan or kot bahasa k'El nya ibu saudara kat SP. Datang seorang diri sebab tadi pergi mengukur mall-mall kat SP sampai ke malam, jadi macam tak molek la nak terus drive ke rumah sorang-sorang tengah malam selama sengah jam. Dah la akan lalu hutan belantara. Kot jumpa hantu jembalang, haaa, sapa nak tolong baling-baling garam. Cehhh. Macam dah tak reti nak baca Ayat Kursi saja.

Lepas tu esok besday kazen i, so akan ada breakfast ciss kek dan pasta. Ouchh. Seperti di Italy..





Kisah 2

Hari ini Khamis. Esok Jumaat. Lusa Sabtu. Kemudian tu ahad dan lepas Ahad, Selasa. Boleh? Boleh tak nak buang Isnin tu jauh-jauh sebab takmo balik Parit King itu. Nak duduk River Yan saja. Can kan?




Kisah 3

Sem baru akan masuk beberapa hari saja lagi. Sungguh tak best sebab seksyen sudah berubah-rubah. Sungguh macam nak pergi bakar orang kat fakulti tuh. Apa niii. Dah sem 2 baru mengada nak tambah jadi 3 seksyen. Lepas tu student kena rombak. Kena duduk dengan classmate baru. Saya dah malas nak kenal-kenal. Hai, saya muna, just call me mOOn. Owh. Tak mahu. Nak kelas dulu-dulu dan rakan dulu-dulu sebab bila agak bosan gila dengar pensyarah tu dok membebel boleh la ajak rakan-rakan yang dulu-dulu pergi turun bawah. Pekena pisang goreng jap. Tak sukaaa. Tak Sukaaa.




Kisah 4

Lagi? Kisah UTHM lagi. UTHM saya sangat canggeh sebab bila nak register subject kena pergi fakulti dan ambik borang. Lepas tu isi-isi. Kemudian pergi ambik sign lecture yang bakal mengajar tu, dan last pergi amek sign ketua jabatan. Lepas tu pergi fakulti, amek cop fakulti. Bila fakulti dah cop pergi ke Kampus Induk untuk hantar kat pusat akedemik. Kat sana wakil derang akan cop. Satu salinan akan kena serah kat fakulti pulak. Perrhhh. Canggeh siottt.

Nie nak rindu kat UMP nie. Semua sistem sangat user friendly. Dengan jari pon bolehhhh. Dimana-mana dan bila-bila. Sangat suka dengan networking kat sana. Hebat!!!! Kat sini. Errrr. Sangat klasik.




Kisah 5

Hand beg cantik menawan yang di oder sudah sampai. Suka tahap gaban. Like.





Itu saja rojak-rojak untuk malam nie. Okeh. Dah boleh pergi cari rojak kat kedai simpang tuh. Tata.




PdanS : i smile ^_^ u smile ^_^

No comments: