❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 23, 2010

Resepi Memikat Hati Suami/Pakwe/Mentua/LelakiYangDiminati... Ceeeywahh..


Hurm. Seperti biasa, bila sedang berada di rumah ku surga ku Entry mesti akan jadi seperti di tulis oleh bini orang yang berSuri Rumah sepenuh masa. Dan apa bila menjadi Suri Rumah sepenuh masa, isi-isi di setiap entry perlu di selitkan kan dengan kisah-kisah menyental pakaian sehingga putih dan bersih, jemuran yang tidak kering kerana musim tengkujuh sudah tiba lalu baju menjadi hapak, dan jugak tidak ketinggalan bagaimana menyediakan sajian-sajian istimewa untuk memikat hati Si Suami. =)

Jadi, saya sebagai pengarang cerita A.K.A Suri rumah sepenuh masa dalam sebulan lebih nie, ingin berkongi resepi kejayaan bagaimana menyediakan juadah istimewa bagi mengharmonikan rumah tangga tunggak kesejahteraan negara [Dah macam tajuk Forum Perdana Ehwal Islam la pulak aku tengok. =) ]


Resepi yang saya ingin kongsikan bersama anda pada petang ini adalah bagaimana menyediakan Ciss Kek lazat penuh berkrim di sukai ramai.

Okeh. Mari kita mulakan....







Untuk bahan-bahan lihat rajah dan cerita-cerita di bawah yaa.




1. Biskut marie


2. Filling - Ikut suka nak perasa apa, blueberry ke, staberry ke, kiwi ke, dan boleh di dapati di kedai kek


3. Buah kiwi - Untuk hias. Sebab i guna filling perisa kiwi, jadi i guna buah kiwi. Macam tak comel la pulak kalau guna buah petai tetiba kan. So better match kan dengan filling yang kita beli.


4. Tepung - I beli kat kedai kek Sayang kat Lagenda Height SP, dia dah mix siap-siap. Kalau u tak jumpa yang mix siap-siap boleh guna bahan-bahan macam kat blog nie. Tapi leceh sikit laa nak kena beli 1-1 . Kos pun banyak, boleh cecah 20-30. Kalau yang di mix siap-siap rm12.50 jerr. hehe.


5. Wipping cream - Sila beli di kedai kek jugak. Cari kat Popular tak kan jumpak hokeh.








Kemudian. Cara-caranya pulak. SANGAT SIMPLE.



Timbang air 300gram.





Masukkan dalam tepung chesee cake yang siap di mix tadi.




Kacau sampai sebati.




Masukkan pulak wipping cream. Kacau dan kacau lagi. Kacau kuat-kuat sampai smooth dan tak berketul-ketul. Dah siap. Letak tepi.



Biskut meri tadi, hancurkan dengan blender. Masak separuh butter sampai cair dan gaul dengan biskut meri tadi. Campur butter tadi sampai biskut tu macam lembap-lembap dan boleh di kepal-kepal serta melekat. Kalau kering sangat nanti bila nak makan dia hancur. Lagi lembap lagi bagus.




Masukkan biskut meri tadi dalam acuan. Ratakan, tekan dan pijak-pijak kuat-kuat sampai padat.




Masukkan bancuhan cheese tadi. Jugak ratakan. Tak payah tekan-tekan dan pijak-pijak sebab dia lembik. Cuma perlu ratakan dengan lemah lembut gemalai serta penuh kesopanan dan tata susila. Kalau ganas-ganas dia akan bercampur dengan serbut roti di lapisan bawah. Lepas tu dah tak segak ciss kek kamu. Jangan ya. Ikut nasihat saya.





-Iklan sebentar-



-Iklan tamat-






Ratakan sampai jadi macam nie yerrr.




Kemudian, susun buah kiwi tadi mengikut kreativiti masing-masing. Letak filling kiwi dan rata kan secara lemah lembut jugak. Kalau ganas-ganas akan membuatkan bancuhan chesee cake yang putih tu bercampur dengan filling lalu jadi tak cantik.




Bila dah di siap dengan segak dan sangat berpuas hati, boleh masuk dalam beti ais, simpan sampai dah rasa keras macam makan kat kedai tuh. Tak payah bakar pun. Serius. Kan i cakap tadi, ini resepi cis kek paling simple dan hasil sangat lah memuaskan. Lepas nie tak payah dok ulang pi beli kat Secret Recepi lagi. Buat sendiri jee.





Kalau nak try filling stawberri pun boleh. Tiada paksaan dalam islam. Lepas tu boleh susun buah stawberi pulak. Perhh. Mesti cun melecun laaa ciss kek engkau kan. Eh, lagi satu.. kalau nak tabur oreo pun bules. Jadi Cis kek oreo nanti. Kalau tabur biskut pat segi Hupseng jadi ciss kek biskut pat segi Hupseng. Senang saja kan.




Dari pandangan sisi ciss kek i nampak macam nie. Ada 3 layer.





Okeh. Ini saja tips menarik untuk petang ini. Boleh terus cuba buat. Dan malam nie boleh terus ngap. Tata.






















PdanS : Saya tau la saya nie banyak main, tak serius, selalu buat bodo dalam semua hal... Saya tauu hokeh. Saya tahu... Errr.. Tiba-tiba nak emo..

7 comments:

sYa said...

pless watkn tuk saye time g uma awok nnt!!!

Rossnie said...

wahhh..sedapnyaa..nak jugakkk

mOOn said...

sYa : kita wat sesama la dear.. baru ada memori daun pisang.. ouch.. hahaha


Rossnie : sila jemput datang ke teratak saya.. silaaa oooiii silaa..

Syazwan Nizam said...

AKAKKKK
DULU ADIK I WAT KAN, DIA GUNA BISKUT TIGER LAGI BEST.... LEPASNI GUNA TIGER YER..

ada mokhtar said...

wah lazatnye... mahu tmpt untuk rya cina nnt ye =)

mOOn said...

Syazan Nizam : owh.. ye ker.. okeh2. nnt akak tura..

ada mokhtar : bleh2.. nak perisa apa? pisang? jantung pisang? jambu air? semua ada.. hoho..

Anonymous said...

whipping cream 2 yg 250 gm ke??