❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 22, 2010

Mengsurunuk-mengsurunuk di Kampung. [Part 6]


Mula-mula saya rasa macam nak update hal-hal mengkenduri di rumah pada Isnin yang lalu. Lepas tu, bila di belek-belek gambar yang lepas. Eeeee. Tak menariknye gambar yang di snap. Dah la muka aku ada 5,6 keping jer. Idung merah cam badut, sesema punya pasai la nie. Tak mo lah. Nak cerita menda lain lah.


So, di sebabkan dengan hal di atas saya rasa nak mengupdate hal-hal mengserunuk di kampung lagi. Keh keh. Tak habis-habis kan engkau nie. Yer rr. Barang baik, mana boleh simpan sorang-sorang. Kena la kongsi.


Minggu lepas, berharibulan berapa tah, hurmm, haa!! 15.12.2010 saya dengan rakyat jelata dan sepupu-sepapat telah berpicnic di Salak Denai. Salak Denai nie mungkin tak lah sefamous Ayer Terjun Titi Hayun, sebab dia hanya chalet yang terpencil. Tersorok. Sapa yang pernah pergi je tau. Tapi nak booking punya la susah. Penuh memanjang. Yang aku pergi nie pun dah book dari bulan nam yang lalu. Lama tuh, kalau book sebulan dua sebelum pergi, kompem penuh punya.


Chalet nie sangat best kerana..... [boleh lebih 30 patah perkataan, nak tulis sampai ke pagi besok pun takpa.]


1) Dia sangat privacy. Orang lain tak kan kacau engkau mandi manda sebab engkau bayar. Kalau dia kacau memang nak kena pelempang laaa.


2) Di setiap chalet ada kolam sendiri. dan setiap chalet ini di bina di sebelah air terjun. So ayer terjun yang mengalir akan di alirkan ke dalam kolam kat chalet nie dan engkau boleh mandi dengan rasa seram sejuk seram sejuk. Seram tu mungkin sebab takut, kot tetiba keluar singa keharimau ke, sebab kanan kiri memang hutan.

Photobucket




3) Ada papan gelongsor untuk mengelongsorkan badan engkau yang debab tuh. Dun wori. Gemok macam mana pun saiz engkau kompem boleh muat punya kalau nak gelongsor. Kalau tak begerak tuh mungkin, boleh suruh sedara mara tolong tolakkan sampai bejalan jugak. Dan kalau tak bejalan jugak, pegi ugut je owner chalet tuh, suruh dia buat gelongsor baru yang lebih besar. Kalau dia tak buat engkau cakap la akan sebarkan fitnah yang ayer terjun dia ada virus kencing tikus. Kompem dia gerun punya. Tapi keji nya engkau kalau buat lagu tuh. Keh keh keh..

Photobucket


4) Lepas tu dah nama pun chalet kan, kompem ada sebijik bilik tidur. Kalau rasa dah letih berkuak lentang dan renang berirama tuh, boleh la masuk tidur kejap. Lepas tu bila tengah-tengah mandi tiba-tiba lihat jam di dinding , sudah 4.30 petang, "eh drama putera katak!" Terus boleh loncat masuk dalam bilik dan tengok tibi. Tapi kalau engkau pergi mandi dengan aku kompem kena sekeh 3,4 kali dah, apa nie basah-basah terus naik bilik. Jap lagi orang nak sembahyang apa bagai. Tukar la dulu baju basah tu kat toilet luar tuh. Tak pun pi salin kat toilet dalam bilik. Haa!! amek kau, ada 2 bilik air tuh. Hebat kan.

Photobucket


Photobucket


5) Kemudian, kepada yang bawak anak kecik, jangan gelabah ayam bila anak engkau menangis nak tidur tapi tak dak buaiyan. Tak payah gelabah nak tebang mana-mana batang pokok untuk buat buaiyan. Tak payah susah-susah sebab chalet yang canggeh nie memang dah siap sedia pekakas-pekakas camgini untuk baby bermasalah tak reti tidoq atas tilam. Siap ada kelambu lagi tepi buaiyan dia, takmo bagi nyamok ketik ka hapa. Maklumlaa dalam hutan. Tapi buaiyan tu pulak ada kerosi malas buat si Ibu. Sambil dok tanggok anak boleh rehat-rehat sekali atas kerusi tuh. Last-last mak yang hanyut pi tidoq dulu. keh keh..

Photobucket



5) Lagi? Kalau engkau-engkau rasa macam nak ber BabiBeratur eh sungguh tak comel la sebut macam tuh. Sebut BBQ ya adik-adik. Jika ada cita-cita seperti itu boleh la teruskan hajat dengan membawak bahan-bahan mentah sahaja. Bahan-bahan bakar dan tempat panggang-memanggang memang dah siap sedai ada di situ. Malas ngan rajin jer nak panggang-panggang nie.


6) Lepas tu kedalaman air pulak. Engkau boleh adjust nak tenggelam sampai kepala ke, sampai kepala lulut je ke semua engkau boleh set sendiri. Tak payah nak susun batu besar ke, korek pasir ke bagi dalam macam mandi kat ayer terjun biasa tu. Tak yah susah-susah. Pergi turun kat belakang kolam tu sikit. Ambik cover paip tuh, dan tutup. Dalam masa 3 menet air akan melimpah ruah, kemudian golongan-golongan yang pendek akan mensumpah seranah engkau sebab derang dah nak tenggelam dah nie. Macam mana nak mandi. Dah la berenang pun tak pandai.

Photobucket


7) Untuk kanak-kanak pulak, dun wori. Tak payah risau, derang nak mandi macam mana sebab air dalam. Tak payah bimbang. Sewa saja pelampung saiz tayar lori hat usung balak tuh dengan harga.. hurmm.. hurmm.. 3, 4 hengget ja kot. Tah. Tak pasti. Tapi kat situ memang ada service sewa pelampung. Dan kalau nak pelampung yang warna warni ada lukis gambar atromen ka, poh ka, boleh la beli di situ jugak.

Photobucket

Photobucket



8) Hokeh. Tentang bayaran dia pulak??? RM60 hingget untuk segala keserunukkan seperti yang di ceritakan di atas dan seperti keriangan gambar-gambar di bawah. Bermula dari jam 11 Pagi sampai ke jam 6 petang. Kalau nak tidur pun boleh. RM80 kot semalam. Sangat berbaloi-baloi untuk buat family day ke, sebab murah. RM 60 boleh tong-tong lagi. Bape hengget sangat la nak kena bayar kan untuk keselesaan yang sangat-sangat nie kan.

Cuba engkau buat family day kat ayer terjun biasa, nak cari port lagi, ayer cetek lagi, nak salin baju kena beratur kat toilet. kena bayar sehengget pulak tu. Padahai bukan nak berak ke hapa ka. Salin baju je pun. Nak semayang macam mana?? Kalau ada surau boleh la sembanyang kat surau yang berwajah macam seram jee. Kalau tak dak surau? kompem sembahyang di tepi-tepi sungai tu jer.







Perhh.. Pangjang bejelanya aku melalut nie, kalau tak tegoda lagi memang takdak hati napsu dan perasaan la tuh. Dah-dah. Mari kita beralih ke aktibiti saya sepanjang berendam di sana...





Photobucket
Serba hitam. Ya! Itu adalah satu kemestian di kala mandi manda nie. Kalau tak akan ada wayang-wayang free untuk kanak-kanak bawah umur. Sangat tak bahek untuk tumbesaran mereka tau.




Photobucket
Spagetti. Sayur. Sambal ikan. Ayer Asam. Ikan rebus. Gulai ikan. Ayam masak kicap. Ayer sirap.




Photobucket
Proses cubaan menggemukkan badan. Dan cubaan itu sangat berhasil.
"Lihat pipi kuu.. Temban kannn"
ilham dari iklan yang tah apa-apa suatu ketika dulu
"Lihat perut ku, ramping kannn"




Photobucket
Kanak-kanak bermandi-manDA, saya pulak melantak-lanDA




Photobucket
Errr.. Kenapa gambar saya sedang melantak begitu banyak sekali. haha. Awat la tak gemuk. Haishh. Menciiiii.





Photobucket
Perlukah gambar sedang mengkupas buah pelam ini di masukkan sekali?? Wajarkah?? errr..




Photobucket
Cobaan berani mati.



Photobucket
Membuat terjunan beramai-ramai. Jangan tiru aksi ini. Sangat akan menyebabkan ayer kolam kurang sebanyak 56 liter. Sangat membazir.




Photobucket
Wow. Cobaan tak takut mati pulak. Tapi last sekali jadi cobaan penakut pait. Tak terjun pun, sebab kecut perut tengok bawah, tinggi sangat weh..




Photobucket
Bila bermandi-mandi juga, sila jangan pedajalkan sedara yang lain. Sangat tak sopan tau. Kang sedara itu maki-maki, free-free je dia dapat dosa. Hate tauu. Menciii. Abeh ayaq masuk idung.




Photobucket
Entah. Tak paham apa beliau cuba sampaikan. Tapi macam kesian jugak laa. hahaha.




Photobucket
Dan bila mandi di kolam renang, harus lah mengsnap gambar seperti majalah mangga itu. Alaaa, muka surat yang tengah-tengah tu, yang ada artis perempuan yang baru nak naik, pakai baju sendat-sendat, tayang lurah, basah-basah, tak paham aku apa motipnya. Tak boleh ka, pi photo shoot kat play ground ka. Nak jugak ambik gambar tak senonoh gitu. Eyuksss..




Photobucket
Papan gelongsor disini jugak sangat cool. Lihatlah seperti di atas. Cool bukan. haha.



Photobucket
Sesi membuang ayer kolam lagi. Haishhh.



Photobucket
Bila di petang-petang sedikit, ada Che Sayang dan Haji Ismail serta Altaf dan ibunya datang menjenguk.




Photobucket
Budak-budak nie kan mandi sampai tak hingat dunia. Naik dari kolam untuk makan jer. Dari pukul 12 sampai la ke petang. Tak tau penat.




Photobucket
Gadis rimba.



Photobucket
Gadis rimba sedang memandikan anak kecilnya di tepi sungai.



Photobucket
Dan last skali... Mari pulang. Tudung dah basah. Lupa nak bawak tudung spare. So berkahen tola la jabapnya.









PdanS : Jika sangat berminat untuk ke sini, boleh klik di SINI. or SINI


3 comments:

ada mokhtar said...

sangat jeles... i nak ajak kerabat pi sana gak nanti.. huhu

mOOn said...

jemput laa.. ada pelbagai chalet untuk di pilih..

Anonymous said...

Lepas 4 tahun adik tulis hal kencing tikus sekali tahun ni betul betul ada orang kena daa...