❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 9, 2010

Mengsurunuk-mengsurunuk di Kampung. [Part 5]

Cerita 1


Walaupun semalam sudah berjanji dengan kamu-kamu untuk mahu berehat dari mengupdate cerita "Mengserunuk-mengsurunuk di kampung"... Tapiiiii.. Tapiiii.. hehe.

Setiap hari ada je benda yang di buat dan sangat-sangat mengserunukkan sungguh. Jadi tak sampai hati nak biarkan gambar-gambar dalam camera itu terbiar saja. Kemudian, sangat kuatir penyakit nyanyok setiap masa tak kira tempat datang kembali. Jadi, mesti segala cerita-cerita mengsurunuk itu akan hilang macam tu saja.

Apa macam? Kukuh tak alasan.? hahaha.

Yuhuuu. Jadi, apa tunggu lagi nyah, mari kita mengsambung cerita hari ini.

Hari ini lagi dan lagi akan cerita pergi kenduri. Busan tak? Kalau busan jemput keluar yer. Jangan segan-segann. Pergi je kat atas tu, kat penjuru belah kanan, and then tekan butang 'X' Di sini saya tak ada menyajikan cerita-cerita yang berunsur 18SG atau pun SX. Harga pasaran yang terkini minyak lintah pun tidak ada okeh.


Mensambung balik. Kenduri yang pergi hari ini bukan kenduri orang mengkawen. Tapi pergi kenduri Akikah anak kepada dua pupu saya. Nampak macam sedara yang jauh bukan. Tapi di sebabkan sedara nie duduk selang 3 buah rumah jer, jadi ke akraban sesama sedara tu masih kuat.


Weh, weh.. tahu dok kenduri tuh makan apa? Wow. wow. Sangat teruja nie nak cakap. Kalau dah nama pun kenduri Akikah, kompem-kompem yang di kekahkan itu adalah binatang yang suka bunyi "mbekk" kan. Ya Allah. Tak sia-sia la saya bekorban mandi SEAWAL jam 11 pagi semata-mata nak pergi makan kenduri. Eh, awal apa. Awal la untuk suri rumah sepenuh masa. Betul tak?


Terima kasih tuhan untuk rezeki siang tadi. =)





Juadah yang di sediakan memang dan sangat lazat. Ada ayam masak merah. Ikan goreng. Ulam-ulaman. Sambai belacan. Buah tembikai. Agar-agar. Jugak ada aiskrim. Nyum nyum.





Ini bayi.
Teringat lagi waktu tengok cd cetak rompak cerita omputeh yang ada subtitle bahasa melayu cap keling. Translate sebijik-sebijik. Contoh ayat si pakwe kepada si makwe " I love you baby" .. kemudian di translate "Saya cintak awak bayi". BAYI okeh BAYI. haha. Kenapa kat Malaysia nie tak ada orang panggi BAYI ke gewe dia ek. Betul apa, bukan. "BAYI..BAYI... i rindu la sama u", "Gud niet BAYI. Sweet dream BAYI. Muah!" Erk. Ples la. Tolong la ujud manusia-manusai macam nie. Hahaha.





Home made ice cream.




Tokwan dia tuuuu. Baju sama ngan kemah aih.





Rombongan Che Sayang sudah mau berangkat pulang. Tima kaseh ya untuk gulai kambing yang enak itu. Sumpah aku dah terbayang-banyang balik dah nie.





Balik oi. Balik





WOW. Haluihnya Che Sayang saya kat belakang nuu.







Cerita 2



Saya suka family saya. Dan sangat suka untuk berada di sisi mereka selalu-selalu.

Kenapa? Sebabnya kalau balik rumah, diri nie tak de la terasa sesat dan jahil sangat. Tak de la banyak sangat aktiviti yang kurang bermoral di buat.

Malam-malam akan duduk rumah saja. Tak ada aktiviti melepak di kedai mamak sampai pukul 1, 2 pagi, lepas mencaci maki kedai mamak sebab jumpa lalat dalam milo tabur.

Tak ada la tengah-tengah malam baru kalut nak pi tengok movie, and then salah panggung dan kereta rosak bila nak menuju ke panggung yang betul.

Lepas tu, duit akan lebih terpelihara dari di simpan ke akaun pasaraya-pasaraya berdekatan.

Tiada subuh gajah lagi. Tiada magrib bapak gajah.

Ya, semuanya akan jadi baik-baik belaka kalau di rumah sendiri. =)

Owh. 1 lagi. Lupa. Pakaian jugak akan sedikit sopan. Tabiat suka mempakai baju saiz anak buah mungkin akan dapat di kurangkan. =)





Lepas sembahyang jemaah akan lepak-lepak macam nie. Okeh. Mari bemanja-manja dengan Che Sayang. Mesti saya akan RINDU sangat-sangat moment nie untuk 20 tahun lagi if tuhan masih memberi saya nyawa dan masa tu hanya beberapa watak je dalam gambar nie ujud di bumi yang nyata ini. =(




Hai adik baru. Jangan nakal-nakal tau. Duk dendiam dalam tuh. Hik hik. Kalau lah... Kalau lah memang ujud adik baru dalam perut itu. Wow. Kagum siot dengan baka keturunan saya. Haha.





Nanti mesti akan rindu budak-budak nie lagi.






Cerita 3


Saya sedang blogging dengan penuh debaran. Serius weh. Tak paham kenapa sekarang selalu sangat nak berdebar secara tiba-tiba. Sebenarnya bukan berdebar, tapi rasa jantung bedetak dengan lebih kencang. Tak samakan dengan berdebar, sebab berdebar akan skali dengan tangan jadi macam Pakingsen. Nie jantung saja yang berdetak. Alaa. Macam lagu Ahmad Dhani tu.

Tapi lirik lagu tu "Setiap ada kamu, mengapa jantung ku, berdetak lebih kencang, seperti genderang mahu perang" Owh, NO, saya tak mau pergi perang. Nak pergi tengok Narnia sahaja. Dan tak perlu di setiap ada kamu, ada sapa-sapa pun, tak kira la Turki datang jual karper ke, pun nak kena berdebar jugak.

Ada sapa-sapa Incik Duktur di sini. Tolong Doc. Apa masalah saya ini??

Incik Ustad dan Ustazah. Kenapa dengan saya nie?

Hurmm.


Altaf dengar tak bunyi jantung Makteh? Laju kan. Errr.








PdanS :
Eh, kenapa jugak aku macam selalu lapar-lapar bila jam 12 dan keatas. Berlapar dengan sangat lapar.


No comments: