❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 3, 2010

Meng-Entry secara laju-laju


Hey. Saya masih hidup laaaa. Semua kekusutan dah berlalu. Terima kasih tuhan. Tapi FB nanti-nanti la saya hidupkan balik. Macam perlu merajuk-merajuk dengan FB kejap. Tapi apa kejadahnya merajuk dengan FB? Haha.


Apa salah FB tah. Okeh. Abaikan cerita FB. Sesungguhnya sangat tak menarik perhatian saya. Sekarang mahu bermanja-manja dengan Blog saja. Kan sayang kan. Alaaaa.. bucuk bucuk macam sayee nie.. Okeh. Stop.


Eh, tahu tak. Exam dah jadi mendiang dah tadi. Sekarang boleh hidup dengan suka ria. Segala pembacaan bahan-bahan yang ilmiah dapat di hindarkan buat masa sebulan. Ow-Yeay!! Boleh duduk rumah sambil main masak-masak. Ow-Yeay lagi !!


Lepas tu, tahu tak yang paper Pedagogi tadi sungguh tak cool. Macam bodoh. Ya, paper tuh sungguh bodo. Bukan saya yang bodo hokeh. Walopon saya setadi dengan macam tak setadi langsung. Hapal satu satu Teori sahaja dan berharap akan naik soalan KBKK so boleh saya jawab yang tu jer. Tapi, tub-tub KBKK yang naik pun macam bodoh jugak. Hadoi.


Selalu nak menyumpah seranah benda lain. Mesti tak nak salahkan diri sendiri sebab pemalas tahap gila nak setadi. Lepas tu sibuk la nak keluarkan ayat "Eh, soalan tak logik langsung" "Eh, patut ke dia tanya macam nie"


Munawwarah, kalau kamu setadi dengan beranggapan bahawa kamu akan mati esok[erk apa kaitan] mesti akan boleh menjawap bukan. Mesti tak payah nak mentuduh soalan bodo la, padahal kamu sendiri yang bertidak BODOH kan. Tak mengapalah. Tak nak tulis hal-hal exam dengan panjang bejela. Nanti kepala akan gelong. Serius weh. Nasib baik paper Psikologi di letak kat ahir sekali. Kalau letak awal-awal kompem aku dah rasa down sangat-sangat. Down macam, "Dah laa, nak stop belajar, nak KAWEN. "


Sekarang hanya perlu berdoa agak lulus dengan jayanye sahaja. Semoga. Kamu berdoa la sekali yer.


Tahu tak? Aset tanye tahu tak, tahu tak. Macam sungguh menyampah kan. Kompem la engkau tak tahu. Kalau engkau stalker lain laa. Tapi i ada stalker kah? Hak hak. Macam nak banggakan secara gila-gila jer kalau ada stalker. Okeh. Sambung.


Tahu tak kabar gembira yang ingin dikongsikan? Saya sedang di Alor Gajah, Melaka. Lagi beberapa menet akan berangkat ke YAN! Sekarang hanya menunggu kepulangan abang kesayangan pulang dari kerja lepas tu, Lets go bebeh. Ow-yeayy!!


Lebih menggembirakan lagi, nanti, sampai di Shah Alam akan mensinggah sekejap di TUDM Subang untuk mengambil Altaf si budak pendek tapi gemuk itu. Baby pendek dan gumuk itu akan di angkut balik ke YAN jugak. Sungguh Ow-yeay kan!. hahaha.


Eh, abang kandung sudah tiba di rumah. Mesti akan betolak sekejap lagi. Okeh. Tata anda-anda. Nanti i mentulis lagi.


Doakan semoga perjalanan saya baik-baik saja yaa.


Tata. Lebiu!!









PdanS: Tahu tak lagi... kak rumah nanti akan ada semua anak-anak buah yang tersayang. SEMUA okeh. SEMUA!! Dan akan bersama mereka sampai abih cuti sekolah. Ow-Yeay!!


No comments: