❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 16, 2010

Kisah Si Anak yang Comel dan Ayah yang segak..

Pada suatu hari, Si Anak sedang kusyuk menyidai kain di ampaian luar rumah. Sedang menyidai kain di kala tengah hari rembang, Si anak melihat ayahnda nya membonceng motosikal lengkap berpakaian seperti hendak ke masjid. Tapi jam di dinding baru menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Owh. Mungkin ada bacaan yasin barangkali, sebab tu pergi awal, mengumil hati kecil Si Anak.


5 menet kemudian sedang Si anak sedang enak bergusip hal-hal jiran sebelah bersama Puan Emak, Puan Kakak, serta sedara mara yang lain, tiba-tiba, beliau terpandang kelibat Incik Ayah masuk ke dalam rumah bersama kain serban yang kemas di selubung ke badan.



"aik.. pasai apa balik pulak" Tanya seorang penghuni rumah yang sedang enak bergusip tadi.

" Baru pukul 12 suku. Lohoq(Zohor) apanya." jawab Incik ayah dengan nada tak puas hati sebab salah tengok jam. Eh, bukan salah tengok jam sebenarnya. Tapi sangat konfident yang jam dah pukul 1 lebih tanpa melihatnya.Hak hak..


Lepas tu apa lagi. Mengekek-ngekek la kami-kami ketawa melihat gelagat Incik ayah tadi. Apa lagi. Episod perli memerli pun bermula.

"Tak pa la tuu, tuh tandanya hati dekat dengan tuhan.. aset ingat mesjid jaaa"

"Laaa.. pasai apa balik. Pi la sapu sawang dulu kaa, hampaq sejadah dulu"

Kah kah kah..






Beberapa puluh menet kemudian......






Hari nie Si Anak semacam sedikit insaf dan sudah tidak gemar Zohor gajah. Jadi, terasa macam mahu bersolat dengan lebih awal. Air sembahyang sudah di ambil.



"Makkk... Lohoq dah masuk kan??"

"Dah-dah. Dah boleh semayang dah"

"Okeh"



Dengan yakin Si Anak pun menyarung kain Telekung yang tersidai di tempat sembahyang lantas memunaikan solat.


Rakaat pertama...

Rakaat kedua...

Tahiyat pertamaa...

shhadu alla ilaha illallah waa...

Tiba-tiba...

"Hang semayang apa muna.. Mana masuk lohoq lagi" suara Incik Ayah menegoq sambil terus berlalu untuk ke masjid.



Errrrrrrr... Macam mana nie. Nak stop atau nak teruskan sembahyang, nampak sangat la tak kusyuk kalau stop. Hak hak.. Tapi apa kejadahnya nak belakon konon-konon kusyuk.

Lalu, terus saja Si Anak itu bangun dengan penuh senyuman sambil bergelak secara kuat-kuat.

Rupa-rupanya teguran Incik Ayah tadi sudah di dengar oleh kaum-kaum yang tak habis-habis bergusip tadi. Dan sekarang giliran Si Anak pulak di tertawakan..








Moral Of The Story.


Kalau tiba-tiba engkau semayang dengan tanpa di sedari belum masuk waktu lagi, kemudian ada manusia lain tegoq. Jangan stop semayang engkau. Teruskan semayang dan teruskan belakon. Lepaih tu bila orang tanya, hang samayang apa weh, lohoq tak masuk lagi, jawab ja, semayang sunat. Awat la i tak tepikiaq nak buat lagu tuh kan. Dah kantoi semayang tak khusuk.









PdanS : Dah lima suku. Asar dah masuk dah kan???? Boleh semayang dah kan???

4 comments:

S.U.R.I.A. said...

muna.muna..
hang ngn ayah hang..sama noooo

mOOn said...

tu la.. air yang di cincang tak kan terputus.. errr.. tiba2.. ada kaitan ke?

aidillah HAIMI said...

Dila penah buat macam dalam story nie. malu ^_^

mOOn said...

ada geng!!! yeay!! haha