❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 15, 2010

Hukum PELAMIN mengikut ISLAM.




Saya punya banyak impian untuk hari bahagia saya.

Baju yang cantik. Bilik simple tapi sangat menarik. Kad kawen yang di design sendiri. Hantaran yang di gubah sendiri. Dan PELAMIN yang bertema dalam taman. Penuh dengan bunga-bungaan.

Tapi ayah dan bunda sangat tidak menyokong untuk hal itu. Alah hal pelamin itu la. Kata mereka. TIDAK BOLEH. Tak elok.

Saya yang masih kurang ilmu agama di dada nie jadi sangat pelik. Ape hal plak tak boleh. Terus saja membangkang tanpa unsur periksa. Tapi ayah dan bunda tak dapat bagi jawapan yang sangat memuaskan hati saya. Jawapan mereka senang saja. "Mak dengaq ustad cakap"..

Tapi ustaz tu cakap sebab apa makkkk???

Jadi, untuk menghilangkan tanda tanya yang setiap hari bermain dalam fikirkan [Perhh. setiap hari tuhh. Macam dah nak kawen esok lusa saja kan beliau nie]. Saya bertanyakan Ustad Google. Ustad Goolge ada jawapannya. Jawapan itu saya rasa dari sumber yang kukuh dan orang yang memperkatakan tentang hal itu juga adalah para-para ilmuan yang tersohor dan sudah pasti setiap butiran yang di perkataan adalah benar belaka.






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



INFO 1



Utusan Malaysia : Hukum bersanding

Persandingan bertujuan memperkenalkan pengantin kepada masyarakat hukumnya adalah harus tetapi ia perlu memelihara batas syariat.

SOALAN:
Berikutan penerangan ustaz di dalam akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat 28 Ogos 2009 mengenai hal-hal adat Melayu yang boleh membawa kepada syirik kepada keesaan Allah, saya amat berharap agar ustaz dapat menjelaskan tentang hukum upacara bersanding dan merenjis semasa adat majlis perkahwinan orang Melayu.

Jawapan:

Hukum Bersanding

Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.

Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.

Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.

Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.

Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.

Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.

Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Musnad Ahmad)

Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.

Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.

Wallahu ‘Alam.






INFO 2


Ada juga pendapat ulama mengatakan bahawa bersanding itu haram disebabkan terdapat beberapa perbuatan yang melanggar batas-batas syarak seperti pakaian yang mendedahkan aurat, percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan muhram, pembaziran, memakai bau-bauan dan sebagainya. Perbelanjaan untuk membuat pelamin sekurang-kurangnya ratusan ringgit, bahkan adakalanya sehingga ribuan ringgit dihabiskan. Ini merupakan pekerjaan yang membazir.

Sesetengah ulama lain pula berpendapat bersanding merupakan satu yang jelas haram kerana ia adalah warisan, ikutan dari amalan masyarakat Hindu dari zaman berzaman. Sedangkan kita umat Islam adalah dilarang untuk mengikut amalan orang kafir. Islam menyuruh umatnya menjadi satu umat yang berbeza dari lain-lain umat sama ada dalam adatnya, dalam iktiqadnya, dalam pakaiannya dan lain-lain.

Aktivitii merenjis atau tepung tawar, menabur beras ke atas telapak tangan pengantin seperti yang disebutkan juga dikategorikan haram kerana mengikut seperti yang bakawalidamar terangkan..









INFO 3


Boleh klik SINI. Sebab terlalu panjang. Tak larat nak copy dan milo.






INFO 4


Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik–bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beri’tikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra’: 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Terlalu banyak pendapat dari pelbagai ulama sampaikan dah macam keliru boleh ke tak sebenarnya. Tapi apa yang saya faham dan nampak, hukum asalnya adalah harus untuk memperkenalkan pengantin kepada orang ramai. Tapi bila sudah di campur dengan perkara-perkara yang sebaliknya ia terus menjadi haram seperti bertepung tawar, jampi serapah, percampuran bebas wanita dan lelaki, membuka aurat dan pembaziran. Dan di bolehkan untuk bersanding jika di depan mahran sahaja. Okeh. Pegang yang ini sahaja.

Tapi tak mengapa lah. Saya pun bukan nak bersanding sangat. Cuma nak ada pelamin untuk di jadiakan tempat mengambil-ngambil gambar dengan kawan-kawan dan sedara yang datang saja. At least cantik la sikit gambar kawen aku nanti. Tak dak la background belakang tangga ka, dinding penuh sawang labah ka. Tapi itu pun kenalah diatas persetujuuan Tuan Ayah dulu.














PdanS: Yang saya perasan kan. Saya nie, lebih percaya kepada setiap butiran dalam internet dari kata-kata dari individu yang di jelaskan dalam alam nyata. Serius. Sikit-sikit nak GOOGLE. Semua nak GOOGLE. Tapi info yang saya nak percaya tuh mestilah dari sumber yang boleh di percayai la..


5 comments:

iman said...

mun..mmg kdg2 orgtua sungguh tegas dlm bab pelamin ini. encik ayah saya pon mcm itu..tp, sy pujuk juga..tyujuan pelamin..utk bgmbr2 dgn fmly sja..ye dak? x mo lah ada renjis2..itu mcm mmg kna balun dgn encik ayh lah...

AngahSayang2314 said...

betul tue?? apa yg penting kalau nak naik pelamin kan?? mesti lah ukur badan sendiri....

mOOn said...

iman : kan.. hurm. nnti bila saya mahu mengkawen bleh la pinjam skrip kamu pujuk memujuk incik ayah.. sangat mahu ada pelamin laaa.

AngahSayang2314 : yupsss.. sangat setuju.. bukan saja nak buat pelamin. nak buat kenduri pun sama.

shazika said...

teringin nak naik pelamin..sob3~

mOOn said...

alaaa... same la kiteee.. hehe.. dah2.. jng sedey2..