❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 11, 2010

Facebook sungguh tak kacak kan sekarang nie.

Kesian jari manis saya, dah la letis mengecat di pagi-pagi buta. Nie nak paksa suruh mentaip pulak. Hadoi.


Terasa nak penampar Facebook kalau di alam nyata sebab comment dah keluar kat profile. Ke...aku yang baru perasan? Damn.(Farah Aliaa, 2010)


Ya, wahai Cik Farah, tolong la penampar sekali bagi pihak saya. Kalau kaki terasa macam ringan semacam je nak naik tinggi-tinggi ke, tak mengapa, saya sangat lah mengalu-alu kan.

Aku sungguh tak suka la dengan pembaharuan yang di bawak oleh Facebook. Ini sungguh-sungguh dan tak main-main hokeh. Dah la segala komen yang kita tulis kat wall orang akan terpampang di wall kita jugak. Semua benda yang kita buat semua dia nak report. Apa masalah kau? Nak report-report pi balai polis ar weh.

Dah la saya nie, jenis kaki menempek kat wall orang, semua status orang, aku nak menyibok. Huk huk. Suka hati la wey. Tu terapi diri tau. Boleh hilang semua stress . Masalah kelimumur jugak mampu berkurangan!! Ya, stress akan timbul bila di paksa mengecat rumah. Sungguh tak soka.

Lepas nie, kalau nak mencomment-comment dengan rakan sebaya di status secara mentaksenonoh dah tah boleh. Nanti satu dunia boleh tengok. Satu dunia akan tau yang kamu nie eeeee. Macam nie kah. haha. Terima kasih la Facebook kerana membantu orang lain untuk lebih mengenali saya. Tima kaseh daun keladi, esok lusa upgrade lah macam-macam lagi. ; p


Eh, ada lagi. Saya macam tak gemar la dengan profile baru di FB tuh. Serius tak mo tukar. Nak pakai yang lama. Dah la tak kacak. Bila nak post something kat wall orang pun jadi, errr. Gimanakah ini. Butang mana yang harus gue tekan-tekan. Itu maknanya FB suruh engkau duduk diam-diam, tak payah mengsibuk kat wall orang. huhu.


Konklusion dari segala kecelaruan emosi ini,

"Walopon saya macam mensampah gila, tapi saya masih belum terfikir untuk mendelete account FB saya. Itu-itu semua Small matter laaaa. Baik aku fikir bagaimana cara untuk tampil menawan ke kenduri kawen sekejap lagi. Lagi bagus kan. Hik hik. Engkau niee, suka sangat nak mengcomplicated kan keadaan."









PdanS : Bila orang nak stop kawen nie. Aku dah letih la nak bertandang.

1 comment:

clonian sANTIAGO said...

sama laaa... i pun sugguh tidak cuka... myampah lagi tgok adalah...!! dah laa kita ni... suka diok ngaga.. kt wall olang.. adoiii... tekanan perasaanj leh nek gila ooo... mai gila meroyannn bru dia tau....