❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 21, 2010

Bukan kisah SEDIH.


Saya ada seorang kawan yang paling rapat, paling dekat di hati, paling saya sayang dan apa-apa pun "She's my number one girl" Namanya Rohaya Binti Rasmin. Saya panggil Cik Roh, tapi tu kalau nak gedik-gedik. Kalau panggilan biasa-biasa "Aya" jer. Dan kalau lagi biasa-biasa saya panggi "Hang" saja. Ya, saya lebih selesa ber"Hang, Aku" dengan teman-teman yang saya rapat, even dia dari Kelantan, N9, KL, or Pahang. Ada aku kesah?...


Semalam Aya beriya-iya menyuruh saya mengcalling beliau. Katanya ada banyak benda yang nak di story morikan. Saya ingat ada gosip-gosip like "tiba-tiba ada orang masuk meminang dia" ke. Sangat excited nak tahu cerita terkini. Lagi pun dah lama saya tidak bergayut-gayut di pohon yang rendang dengan beliau sejak-sejak saya pulang ke rumah. Sangat-sangat bizi dengan majlis perkahwinan my sister's yang berlansung kemarin. Sekarang baru free sikit.


Lepas tu bila dah free, saya pun mengcalling beliau, lalu she told me cerita yang bom bastik itu.

Dia cakap, dia dah dapat surat posting untuk pergi mengajar. Dia cakap lagi , dia akan di hantar ke MUKAH SERAWAK tahun depan.

YA. MUKAH!! yang terletak kat SERAWAK tuh!!!

Macam jauh kan. Eh, bukan macam, memang SANGAT jauh dari saya. KL - Batu Pahat pun saya rasa sangat la jauh. Inikan pula MUKAH yang kena naik flight beberapa kali baru sampai. Hurmm.

Waktu saya praktikal kat KL dulu, nak lepak tiap-tiap hari pun takpa. Alaa. Sungai Buluh - Setiawangsa, apa laa sangat kan. Selalu saja, time balik kerja dan tengah menderive, mesti tangan akan gatal untuk memulas stereng kereta untuk ke Setiawangsa.

Sekarang pulak saya dah berpindah ke Batu Pahat dan beliau masih di KL. Tapi tak rasa jauh sangat pun. Kalau rasa macam dah lama tak jumpa, saya turun la KL. Nak balik Kedah pun, saya still akan singgah KL.

Tahun depan? Selepas 18 Junuari 2010?? Hurmm... Kalau rindu boleh call je la. Kalau teringat mampu guna status ini je la "sedang merindui Rohaya Rasmin". Nak jumpa?? Nak datim-datim macam selalu-selalu.. Mungkin susah dan lambat lagi kan...

Eh, kan saya cakap tadi INI BUKAN KISAH SEDIH. Tak payah sedih-sedih laa. Saya pun tak sedih. Mungkin nampak ini macam berita yang sedih , tak nak guna word itu, apa lagi yang boleh di tulis selain "sedih"?.. berita yang menyayat hati? err.. Tak sesuai. Mungkin nampak ini macam berita yang SEDIH. Fine! saya akui. Tiada word yang lebih sesuai dari SEDIH.

Mungkin nampak ini macam berita yang sedih sebab akan di tinggal jauh oleh rakan tersayang, tapi cerita sedih nie 1/10 jer. Lagi 9/10 adalah kisah-kisah gembira yang kita tak nampak sebab kita nampak. SERAWAK. Okeh. Jauh. Susah jumpa. So kena Sedih.

Saya tak sedih. Sebab saya tahu, Incik Roh mendapat posting di Sarawak bermakna Incik Roh mendapat pekerjaan yang Incik Roh tunggu-tunggu selama ini untuk bergelar seorang pendidik. Dan pekerjaan ini sudah tentu sangat stable, dan boleh jamin masa depan Incik Roh. So, kenapa perlu sedihkan?

Saya jugak tak sedih sebab sudah ada sorang kawang yang akan menjadi warga Serawak. So, lepas nie boleh la plan apa-apa rancangan untuk ke Serawak dengan senang lenang. Tak gitu.. Yuuuuuuhuuuu..

Incik Roh jangan sedih-sedih yer jauh dari family ke hapa ke, nanti bila dah bekerja, dan gaji sudah betimbun-timbun plus alaun yang ada di sana, kompem boleh balik semenanjung 5 kali setahun. Setiap bulan pun tah-tah mampu apa. Kalau nak balik teptiap bulan, bawak aku sama.



Dah la. Saya tidak mahu bermerapu dengan lebih lanjut. Hanya ada beberepa pesanan saya yang ingin saya sampaikan.


1 ) Jaga diri anda. Sembahyang jangan tinggal. Berdoa lah selalu semoga tuhan sentiasa melindungi kamu.

2 ) Jangan makan makanan yang pelik-pelik. Kalau orang Mukah makan ulat, tak payah mengada nak cuba-cuba. Kalau tak dak sangat makanan let me know. Nanti i postkan beras Siam, 2, 3 kampit.

3 ) Jaga diri. Sangat kena jaga. Tapi saya pecaya, anda, boleh buat pesanan ini.

4 ) Kalau ada lecturer yang ensem-ensem di Poly Mukah, jangan lupa, suruh dia add Facebook saya. Bagi no tepon saya la senang cita. Lebih privacy. Keh keh keh..

5 ) Kalau lepas nie, student mengorat-mengorat, jangan layan. Tapi kalau student tu anak kepada Naza Group. Hurmm. Boleh la layan sikit-sikit. Kasi ke saya je lah, saya tau la macam mana nak ajar.. =)

6 ) Lagi.. Before mengajar, better check dulu umur student. Sangat penting. Dan better rasiakan umur kita. Mungkin dia akan lebih respect kita klo dia tatau yang umur kita dengan dia beza sikit je. Anda kan masih muda remaja. Nie nasihat dari Lecturer Poly JB yang saya pi melawat sem lepas.

7 ) Saya jugak ingin menasihatkan Incik Roh, mencarilah jodoh dengan orang yang bekerja di sana bukan orang yang berasal dari sana. Tapi kalau memang tertulis jodoh dengan orang Mukah, apa boleh buat kan. Duk sana dengan husband 7, 8 tahun, kumpul duit banyak-banyak baru pindah balik sini.

8 ) Duduk sana, jangan lupa belajar buat kek lapis. Balik semenanjung nanti boleh ajar aku plak. Tapi kalau tak mau belajar pun tak pa. Pos je Kek lapis 10,20 jenis. Dah okeh dah tu. Serius weh, selain suka mcd secara sangat-sangat, aku jugak dah mula suka kek lapis. lalalala. SILA AMBIL SERIUS DENGAN PESANAN INI YA.

9 ) Last sekali. Jangan lupa kepada MUNAWWARAH BINTI ISMAIL. Harus calling di setiap waktu. Buat la yang bayar 2 hengget bleh gayut sehari tuh. Buat laa.. Buat laa.. hohoho..

10 ) JAGA DIRI. Dah 3 kali ulang nie. Bermakna pesanan ini sangat PENTING. Sekian.









PdanS: Kawan saya dah di posting kan ke MUKAH? Saya nanti?? err...



1 comment:

ayarasmin said...

wo wo wo.
terharu..nak menangis sambil ketawa guling2.
kawan saya paling sayang nih akan selalu saya hubungi.
jemput la datang sana yer.jangan la berlagak sombong.

Tengs utk setiap pesanan anda.kalau ada jodoh2 lebih saya kasik sama kamoo yer.