❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 25, 2010

Saya dah SUNYI dan SEPI....

Kanak-kanak penghibur hati nan lara dah balik beberapa menet yang lalu. So, kat rumah cuma ada Che Sayang, Haji Ismail, saya, and 2 orang adik.

Hurmm. Dah sunyi. Kalau tak, rumah tak penahnye nak aman. Kalau tak bunyi gelak, bunyi nangis, kalau bukan nangis, ada suara manusia jerit-jerit yang mana boleh di dengar sampai ke rumah jiran sebelah dan berbelah-belah lagi.


Lepas nie, petang-petang, tak de la orang nak datang kat aku, merengek-rengek, "Maktehhh.. jom pegi kedai.. jom laaaa"


Tak buleh la nak main belakon-belakon lagi sambil tengok anugerah skrin dengan kanak-kanak riang tuh.


Memang la saya selalu mengusik budak-budak tu, ada puntianak la, kliewon laa.. Tapii.. Kalau tetiba kena kutip baju kat penyidai malam-malam, sapa nak teman??


Lepas tu.. tak kan kena tidur sorang kot malam nie?? Nak Syimah teman jugakkk, biar la kebarangkalian untuk di jangkiti kutu diri dia sangat kuat dan jugak peratus untuk tiba-tiba bangun pagi "eh, awat tilam basah niee??" sangat tinggi. Tak mengapa.. Saya tak kesah laaa..


Alahaiii.. budak-budak comel nie.

Lepas nie, mesti makteh kamu dah tak boleh jerit-jerit satu rumah dahhh..

"Sapaaaa mainnnnnnnnn make up maktehhhhh nieeeeee"

"Jangannnnn lompat-lompattt atassss kerusiii "

"Syammmpoooo makteh sapa pakaiii nieeee"

Dah tak boleh. Tak kan nak jerit-jerit dengan Che Sayang kot. Macam tak comel la pulak. Kalau Che Sayang jerit ke aku boleh di terima laaa "Munaaaaaaa.... bangunnnn... dah pukul 9 dahhh nieee'.. huhu


Kemudian, mesti lepas nie, makan malam pun akan lebih tenteram. Mesti dah tak dak bunyi-bunyi pinggan pecah, ayer tumpah... Pergaduhan-pergaduhan kecil kanak-kanak yang berebut ayam, berebut cawan, mesti dah tak kan ada. Makan malam keluarga Haji Ismail akan penuh dengan adab sopan. Yang ada nanti hanya sembang-sembang orang dewasa. Kalau budak-budak tu ada dulu, mesti doa makan akan jadi bejela-jela sebab siap dengan terjemahan lagi. Baca plak mesti akan seara berjemaah, terjerit-jerit sebab nak lawan sapa baca paling kuat. Hadoii... Lepas tu, kalau terjemahan mesti semuanya sebut salah. Macam "Jauhkan lah kamui dari azab api nereka" akan jadi "Jauhkan lah kami dari azab api MELAKA"




Hurmmm... Tak mengapalah.. Nanti-nanti boleh jumpa lagi kan. Tapi berjumpa di KL or Melaka je lah. Kalau nak berjumpa sambil berkumpul ramai-ramai kat kampung mesti lambat lagi. Kena tunggu raya tahun depan la pulak. Tak pun Mak teh engkau nie kawen. Mak teh kawen?? errr.. Lambat lagi nak oiii.. Makteh hang mengaji pun tak abeh lagi.. Orang masuk minang pun tak dak.. Camna nak tawen-tawen niee.. Pi cari Pakteh yang kacak-kacak dan kaya-raya dulu.. baru boleh tawen.. hik hik..


Lepas semua dah balik nie, boleh la jadi suri rumah tanggasecara betul-betul dan serius. Kalau tak jadi suri rumah di sebalik tabir jaaa.. Biasa la bila ada kakak betimbun-timbun boleh la menggoyang kaki sedikit untuk kerja-kerja rumah. Esok?? Owh. Akan bermulah career baru saya. Eh, tak payah tunggu esok. Dah start dah pun tadi.


Toto, bantal, dah boleh masuk dalam store. Pinggan dah boleh masuk serapuh dah dalam kabinet. Al-maklum laa, nak makan 5 beranak je lepas nie.. Hadoi yaii.. Penulisan pun mesti nak kena nada sedih. Dah la muna oii.. Bukanya depa tak balik dah kan.. Nanti-nanti raya, balik lagi..


Dah laaa... Takmo lah tulis la macam nie.. Jap lagi kalau mata masuk habuk seara tiba-tiba sapa nak pujuk..








PdanS : Lepas-lepas tukar profile picture, selalu terkejut. eh, aku bukak akaun FB jantan mana niee.. Silap log in ka?? hahaha. Gilossss.



2 comments:

Syazwan Nizam said...

ANDA HILANG ANAK BUAHAN...
SAYA KEHILANGAN KAWAN KARIB...
NASIB KITA SERUPA..

mOOn said...

yaya.. jom nyanyi lagu Headwind.. kita serupa.. karok serond!!! huhu