❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 26, 2010

Ahad yang mengLETISkan.

Justify Full
Macam biasa, bila konon-konon sudah menjadi anak sulung dalam keluarga, haruslah bangun di pagi hari dengan agak kekalutan. OMG!!! breakfast untuk keluarga tak buat lagi, Baju belum basuh!! RUmah?? tak kemas lagi. Errrr.. Bibik!!! tolonggggg!!!

Tapi semua-semua tu konon-konon je la. Sebab, selalunya bila bangun pagi jer, akan 7,8 kali berfikir benda yang sama berulang-ulang. Nak terus kan tidur, or bangun. Nak sambung tarik kain selimut or mula celik mata.


Dan bila keputusan yang di pilih adalah terus membongkang untuk beberapa jam lagi, mesti sungguh kaciwa jejaka-jejaka tampan dan cool penuh gaya di luar sana tuh yang baru bercadang nak buat i bini kan. Keh keh. Mesti ada sedikit hampa di situ.

Tapi ade aku kesahh??


Okeh. Bercerita untuk hal hari nie. Mula-mula macam sedikir gusar di awal pagi. Ceewah. Gusar tuh. Engkau tahu ke gusar tu apa kebenda. Tak tahu chekguu. errrrr. Chekgu pun kurang pasti. Tak mengapalah. Kita ke ayat seterusnya..


Di awal pagi dah macam terfikir, apa la nak buat hari nie selain, mengkemas rumah, masak dan bantai tidoq sampai ke petang. Apa lagi ek?? Mesti sangat busan perjalanan hidup untuk hari nie.


Akan tatapi, bila sudah selesai kemas-mengkemas dan mensantap di tengah hari, tiba-tiba Che Sayang datang ke tepi katil i sambil cuba menggoda anak perempuannya yang agak keletisan setelah menjadi suri rumah sepenuh masa bermula hari nie.


"Jom pi Aloq Setaq"


Wow. Godaan apakah ini di kala setan mula begayut di ujung mata. Errrr. Boleh-boleh. Walaupun sangat mengantuk macam tahek. Tak mengapa. No hal laaa. Janji akan berbuat sesuatu selain duduk di rumah. =)


Terusa saja bangun dan mula bersaip-siap.


Pergi ke A.S untuk bersuping baju sekulah. Kasot sekulah. Buku sekulah. Errrrr. Tak menarik langsung. Langsung tidak ada chance untuk saya merembat selai dua shawl-shawl menawan kalbu. Aset masuk kedai buku dengan kedai kasut jaa. Hadoiii..

Tak apa lah. Janji boleh buat Che Sayang tersenyum, dah cukup kan. Kalau saya menolak ajakkan beliau tadi, sapa lagi nak tolong che sayang drive pergi A.S. Incik Ayah sibuk dengan hal-hal beliau. Kakak pun sudah berkahwin. Mesti akan mengikut ketiak laki dia saja. Jadi yang Puan Emak bergantung harap untuk bawak dia ke sana kemari, saya je lah. Hurmmm.


Okeh. Lepas semua-semua yang di cari dah di beli, balik ar apa lagi.


Sampai rumah jam 7 malam dan 7.45 menet malam keluar pulak lagi. Tak sempat nak rehat apa bagai, kena ke sungai petani pulak sebab perlu menghantar sedara ke station bus SP.


Menderive ke sana sini. Last-last jam 10.15 baru sampai rumah. Baru boleh rest sikit. Baru boleh jengok FB and blog. Dan sekarang nak jengok katey. Eh, bukan jengok jer, tapi nak golek-golek sampai ke pagi besok. Tata..







PdanS : Comel sungguh kawan-kawan saya sekarang nie kan. Lalala. Eh, bukan comel yang sama dengan cute itu. Jangan persaan. Comel yang bermakna "comel" lah. Saya dan mereka-mereka yang paham je akan memahami penggunaan kata sifat itu. Sekian.

3 comments:

Oong-ong said...

wah..driver berjaya..hehe

Oong-ong said...
This comment has been removed by the author.
mOOn said...

ya. berjaya hingga ke keringat terahir.. hehe..