❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 13, 2010

Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?


[Sapa rasa Entry ini menjijikan. Sila tekan Ctrl dan F4. Elehh. Macam la dia tu suci gila, tak pernah kentut. Tah-tah lagi dasyat apa]






S: Dari mana datangnya gas kentut?

J: Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.


S: Apakah yang membuatkan kentut busuk?
J: Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.


S: Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
J: Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.


S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
J: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.


S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
J: Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.


S: Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
J: Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.


S: Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
J: Tidak benar selagi mereka hidup


S : Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
J : Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.


S : Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
J : Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.


S : Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
J : Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.


S : Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?
J : Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.


S : Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
J : Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya
menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.


S : Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?
J :Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.


S : Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
J : Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilanganorang yang cuba menyalakan kentut cedera
terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.


S : Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
J : Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.


S : Adalah kura-kura kentut?
J : Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai
suatu senjata.


S : Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
J : Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.


S : Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?
J : Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila: a) Pengentut menghidap cirit-birit Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir) c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.



S: Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik?
J: Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah...


S : Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?
J : Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.


S : Adakah para pemimpin masyarakat juga kentut?
J : Mereka juga manusia biasa. Ada yang menjadikannya sebagai suatu hobi. Cuma apabila dituduh mereka akan cepat- cepat mengunci topik itu. Tak kiralah berapa banyak post atau berapa besar pun kuasa mereka. Mereka tetap kentut.


S : Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?
J : Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.


S : Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?
J : Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.








Itu saja Info kentut untuk hari ini. Kita beralih ke bebelan Tuan Tanah...




Mesti lepas nie, sesapa yang hobinya di masa lapang adalah kentut mesti bangga gila kan. Sebab kentut itu kan menyihatkan. Sapa yang dok tahan kentut memang ngok laa. Kenapa mesti di simpan gas-gas yang tidak elok di dalam badan. Keluarkan je laaa.

Kentuk jugak oleh di klasifikasikan sebagai hiburan. Bukan hiburan untuk di buat bunyi muzik ka hapa. Tapi bila ada bunyi kentut, semua orang akan ketawa kan. Suasana yang suram sebentar tadi terus jadi happy. So, kalau macam sedang mengalami situasi tegang ke, suram ke, sedih ke, boleh la try-try kentut.

Kepada kamu-kamu di luar sana yang terasa seperti hendak kentuk, sila lah jangan segan silu untuk kentuk. Dan bila dah kentut tu jangan pula takut-takut untuk mengaku engkau yang kentut sebab belum ada lagi kes orang yang mengaku dia kentuk akan di saman tiga ploh ratus juta. Tak ada hokeh. Kena humban dalam ISA pun belum ada lagi.

Hey kamu, tahu tak Siti Nurhaliza kentut apa. Lisa Suriani yang cute miut itu pun kentut jugak. Yuna pun kentut. Semua orang memang akan kentut. So, mengaku jelahkan kalau engkau kentut ya. Tak payah nak malu. Elehh. Engkau bedetim sana sini, peluk cium depan orang ramai tak malu pulak kan.

Konklusinya, selamat berkentut untuk kesejahteraan tubuh badan. Kalau la bau kentut itu boleh di lepaskan dengan setanding Escada, JLo, dan minyak atar ayah saya, mesti dah lama dah orang dok berebut-rebut kat farmasi cari ubat bagi kentut sokmoo.







PdanS : Serius, semenjak dan dua menjak nie kan, banyak sungguh gas keluar dari badan beliau yang bernama Red [Bukan nama sebenar]

2 comments:

aidillah HAIMI said...

info yang sangat berguna ^_^

mOOn said...

;> tq dear... hehe