❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 29, 2010

Sungguh tergoda. Ouch.


Cerita 1 :


Play la. Sangat-sangat kena play dulu sebelum baca!!






WOW. Saya sungguh suka this video. SANGAT weh. Paham "SANGAT" tuh macam mana? Owh. Bagus kalau paham.

Apa yang engkau paham yer?

Ana Raffali best? Owh nooooo..

Lagu nie best? Hurm. Tak lah. Biasa-biasa aja.

Jalan cerita dia video klip nie? Hurm.. Boleh la 1/10 bintang la aku bagi.

Boy friend Ana Raffali? YAAAAA!! Nyum nyum..





Ini sesi untuk menggedik. Kalau tak nak muntah darah, di nasihatkan sila tak payah baca.





Aku suka video nie mesti la sebab ada Zahiril Adzim yang sungguh cool dan kacak itu. Lalalala.

I loike dia ketat-ketat [Eyuks. kenapa aku kena guna word ketat-ketat yang macam Eeee. Sumpah geli. Tak mau guna dah. Abaikan word ketat-ketat di atas tu. Mungkin boleh tukar jadi ketaK-ketaK. Dah. wat ever. ]

Suka laa. Macam comel gila video nie kan. =)

Kompem la comel sebab ada Zahiril Adzim. Kalau ada Abu Bakar Elah? Erk. Tah la nak cakap. Mungkin aku jadi seram kot nak tengok. huhu

Eh, apasal Ana Raffali kena macam manja-manja dengan Zahiril nie. Derang kapel ke weh kat luar? Haishh. Nie aku rasa nak buat group kat Facebook "Kami Tak Sokong Ana Raffali" nie.

TQ banyak-banyak la kepada Puan Wannabe Kurap Sontot sebab dengan jasa baik dia dan penat lelah dia mengshare video nie kat wall facebook aku. Rasa macam nak bagi hadiah Peti Ais LG je time ang kawen 2.1.2011 nanti weh. Apa macam? Suka?






Cerita 2 :


Saya sungguh suka paper Pedagogi tadi. Walaupun setadi secara bermalas-malas gila dan bermain lagi sangat gila-gila. Tapi Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan saya. Allah menolong saya. Semuan soalan yang naik memang sebijik past year. Ayat langsung tak ubah, susunan pun sangat mengikut turutan past year yang lalu.

Terima kasih jugak penggubal soalan sebab malas membuat soalan baru. Kesannya saya dapat menjawab dengan mudah dan tak payah nak paksa otak supaya berfikiran kreatif, dan kritis. Terus boleh siap awal. Yeay!!



Cerita 3 :


Cerita tak best. Esok ada lagi paper Falsafah. Tapi 1 apa pun masih belum melekat di kapala. Bagus.





Cerita 4 :


Saya sangat letih sekarang nie. Letih bukan sebab menjawab soalan pedagogi. Tapi letih pekena nasik beriani Shah yang di gembar gemburkan oleh semua orang sedap gila di Batu Pahat itu. Apaa weeeh... Biasa-biasa jer. Tak dak la sedap mana pun. Nasib baik ada daging kambing penghibur hati nan mengantuk. Rasa berbaloi la jugak. hehe.

Bila dah letih, harus tidur. Tata.








PdanS : Kebuntuan idea untuk PdanS. Maaf. Kita jumpa PdanS di episod yang berikutnyaaa. Tata.

No comments: