❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 27, 2010

Study + stress + Gila = Memori Indah.


Next exam? Selasa. Rabu dan Jumaat.

Study? Erk. Masih di Mood bermalas-malasan.

Serius sangat malas.

Rasa macam nak stress je.

Nak stress ada tanda-tanda ke weh?

Nak deman tau la, badan jadi panas.

Nak stress???

Gila. Belum start study dah stress.

Kalau study mesti boleh jadi gila.

So, moral of the story.

JANGAN STUDY. NANTI GILA.







Bila musim-musim final nie, aku terindu-rindu zaman study kat UMP. Uwaaaaa... Rindunya port best aku. Rindunya dinding yang luas boleh tampal-tampal note segala bagai. Konon membantu laaaa. Tak mengapa. Usaha itu penting. Walopun tengok sekadar jeling-jeling ayam. =)



Meja study tak guna sebab sibuk nak susun almari yang 3 tingkat tuh. So, bila nak exam baru nak gelabah cari meja. Nasib baik Maydin belilah dengan harga borong ada jual meja jepun.

Inilah port aku tidur. Makan. Tonton Movie. Berinternet. Karok dengan rakan-rakan. Jugak port lepak dengan wanita-wanita kegemaran. Sungguh privacy tempat nie. Langsung tak ada gangguan.




Ceywahh. Dulu ada jadual. Sekarang? Jadual dalam kepala maaaa. Sehari 1 kelas. Kena buat jadual kah?





Hey, engkau nie. MenTOYOL jer tahu kan.





Rindunya rakan study. Rakan study???





Owh. Rindu Incik Roh saya. Setiap kali final mesti study dengan beliau. Best. Mensembang je lebih. Main-main lagi berlebih-lebih.

Hey Incik Roh ku sayang, ingat tak, bila nak study ngan aku je mesti mengada nak kena tutup kepala. Study kat bilik sendiri tak dak pun kan.

Jadi saya rakan yang baik mestilah membantu rakan yang mengada itu dengan memberi pinjam shawl. Tapi, bila nak pakai shawl... "Alaaaa... Macam mana nak pakai shawl?".

Tak mengapa, mari sini saya tunjukkan... Ini cara yang pertama... Ini cara yang ke2... Ia jugak boleh di gayakan dengan cara ini... Kalau ingankan stail bersantai begini...

Tiba-tiba saja sesi pembelajaran Structure bertukar kepada sesi cara-cara memakai selendang. Sangat bagus!!

Kemudian, bila study di malam hari, badan akan menjadi sejuk dan haruslah pakai jaket. So, menselongkar la locker aku untuk cari baju kalis udara sejuk. Tapi lepas tu, tak jadi study sebab jumpa baju lain. Baju baru yang belum di pakai lagi. Baju cantik. Baju Inspector Sahab.

Yaa! Mari bermain pesyen-pesyen. Posing sana sini. Owh, jangan dilupa, buku harus di tutup. Nanti ilmu lari. =)

Bila mood study dah sampai, memang kami akan study secara bersungguh-sungguh. Tapi sungguh-sungguh itu akan bertahan untuk beberapa menet. Baru buat 2 soalan dah stress. Kita kena release tension nie. Hurmm.. Apa lagi sahabat. McD jom !!! =)



Rindu PESTA AIR.

Ya, UMP akan membuat pesta air setiap kali musim final exam. Dari mula-mula study tahun 2005 lagi sampai la menjadi final year student pada tahun 2009. Gila lama.

Kadang-kadang pesta nie lebih stress dari study RC. Mau taknya. Mandi sehari sekali je. Tu pun puas mengankut air dari blok sebelah. Kalau malas sangat angkut boleh mandi beramai-ramai secara berkemban kat tepi tangki air. Tapi kalau nak berak tak daknye secara beramai-ramai. Memang kau kena usung dengan menyeberang 2 blok. Lepas sampai blok sendiri, tinggal separuh air. Mana nak cukup baii. Aku nak berakk. Bukan nak gosok gigi..

Sangat terseksa zahir dan batin.

Kalau paper pagi pulak tuh, mesti kena bangun 3, 4 pagi. Kena berebut air weh. Kang bangun lewat-lewat nanti tak bermandi pulak pergi jawab final. Tapi sengah-sengah saim-saim saya. Apa kesah. Bukan orang tau pun. Busuk-busuk pun roomate je dapat detect. haha. Kurang senonoh betul la kamu.

Ada yang lagi rajin, pergi mandi kat luar, kat toilet toll gambang laa. Kat kawasan rehat laaa. Siap bawak baju-baju busuk lagi untuk di sental. Good!!

Yang ajaibnye tiap kali musim final exam KOMPEM air akan tak ada. Indahkan UPM saya. Terima kasih atas pemberian pengalaman yang sukar di lupakan itu. Saya SANGAT SANGAT SUKA.





Dah laa. Cukup la 3 benda yang aku carutkan kan malam nie. Kang tulis Rindu kat Abang yang jaga periksa, tak ke muntah keluar darah, daki, cacing kerawit dan lintah debab pulak engkau. Kan. Okeh la. Tata. Selamat berindu-rinduan!!










PdanS: Bila Gigi mula sakit. Serius! aku kena pergi GIG!!!

2 comments:

ayarasmin said...

LIKE this!

Sukanye.rindunye study ngan ang.Tapi sebenarnye xstudy pon.mensembang je lebey.

mOOn said...

aku pun sngt rindu. Bila nak study serius tingat kat ang weh. Dah la kena baca2.. Gila malas siot. Slalu kan ang tukang baca. Aku tukang dengaq cerita ang ja.. tolong la dtng sini study Falsafah n cita kat aku.. uwaa..