❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 6, 2010

Sang Laptup yang berMONOPAUS.

Ehem.. Ehem.. Hey... Hai.... Hoii... [sungguh tak berciri-ciri muslimah sejati kan]

Keinginan untuk mengupdate blog sangat membuak-buak sampai termasuk-masuk dalam syolat saya [melampau la engkau]. Banyak cerita nak di kabarkan. Banyak gosip perlu di semburkan. Tapi, saya macam kurang bekenan la bila cerita itu ini tapi gambar tak disertakan. Yups, gambar sangat penting untuk sesi penerangan.


Camera memang sentiasa disisi. Gambar setiap masa mesti di snap. Tapi, laptup saya sudah monopaus la. Dah tu penuh dengan bakteria-bakteria jahat. Jadi proses mengtransfer gambar tuh menjadi sangat sulit dan sukar.


Hurm.. Merindui PC yang berscreen flat di parit raja. Lebih pantas, lebih memberangsangkan, dan lebih mengketerujakan. Jadi, pilih la Power Root !! [Tiba-tiba sungguh]


Laptup yang lama nie guna dari 2004 lagi waktu mula-mula masuk menara gading. Kiranya dah 6 tahun dah guna. NAM tahun weh. Lama tuh. Kalau manusia tuh dah kira boleh masuk jajah satu dah tu. Punya la lama kan. Tapi masih elok. Cuma selow melos saja. Almaklumlah buatan lama. Ram pun 512MB je. Hard disk takpayah tanya la. Masuk office saja pun, free space dah tinggal 5, 6 gb. Nak guna vista dan windows 7 pun sangat bermimpi laa. Software pulak pakai basic-basic je. Sadiskan.


Di sebabkan saya macam lebih bijak, jadi saya tinggalkan je kat rumah Laptup nie and terus angkot PC yang lagi canggeh ke Parit Raja. Canggeh la weh kalau Ram pun 2gb. Hard disk 250. Hik hik.


Tapi kan... tapi kan... Sebenarnye, sangat merasakan perlu Laptup yang lebih muda remaja jugak laaa. Kan kan. Engkau pun rase jugak kan. Dah la sem depan ada Latihan mengajar. Lepas tu nanti kalau nak mengajar mesti la kena ada computer. Tak kan nak usung PC kot masuk kelas. Tak cumel la u. Lainla kalau mengusung PC menggunakan troli adalah perkara biasa-biasa dan sangat normal di Politeknik. Kalau macam tuh memang aku sangat lah tak segan. Serius, saya sanggup cat troli dengan color pink, lepas tu gantung bling-bling dan loceng-loceng pokok kismes bagi nampak cantik lagik. Hik hik. Fine. Tak lawak pun. Tapi semua nie macam tak normal jer kan.


Saya rasa, agenda-agenda yang perlu di selitkan esok adalah mengambil hati Puan Emak laaa. Kena mengkemas rumah bagi chantek-chantek nie. Rumput keliling rumah kena tebas weh. Lagi bagus kalau boleh sembur racun serangga. Tapi, erk, sejak bila saya handal menyembur racun nie. Hadoi. Takpa-takpa, demi mengambil hati bunda. Lepas tuh, ha! Rumah kena cat. Memang sangat kena. Kereta pun macam dah lama tak basuh. Ha! Jangan di lupa, plekat Tile skali kat bilik depan, besarkan dapur, tambah jamban [ erk. bukan macam dah melampau sangat ke keje-keje tuh. haha]


Jadi, bila hati Che Sayang sudah bebunga-bunga dan riang sekali sebab melihat rumah cantik menawan, senang la nak cakap "Makkkk.. nak beli laptup baru...." Hik hik...







PdanS: Mahu bermain masak-masak laaaa. Trifle owh trifel. I miss U !!!!


2 comments:

Roy Roches said...

so sad leptop monopaus...da try panadol menstrual ke ape ke kekeke

mOOn said...

sngt bekesan ke panodol tuh? okeh2. akan cuba try.. huhu