❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 14, 2010

Gadis koma tercekek gigi sendiri

Hey kamu yang segak luar, segak dalam, segak dengar sini.

Hik hik. Macam comel saja intro saya malam ini. Okeh.

Nothing to share malam nie. Tapi hasrat untuk mengupdate blog sangatlah tinggi. Jadi. Mari layankan saja perasaan itu. Kesian pulak kalau buat donnoo jer. Dah la esok nak kena mencabut gigi. Takut-takut koma seminggu ke. Dah tak boleh update kan. Tapi ade engkau kesah? Tak de kan. Tah ape-ape sungguh beliau nie.

Erk. Ngeri. Sangat ngeri bila fikir mulut akan di robek-robek dengan playar besi jenis high strength alloy ASTM A514 yang mempunyai Ultimate tensile strength 3600MPa dan density 1.3 g/m [Tiba-tiba aku rindu civil engineering dan rindu kepayahan subject-subjectnyaa. Uwaa.] Tapi itu okeh lagi. Sebab bila dah nak cabut, mulut dah kebal sebab di bius dan tak akan rasa apa-apa.

I remember lagi kenangan 2,3 tahun yang lalu, pergi mencabut gigi di temani dengan Puan Emak. Sungguh bermasalah gigi kan saya nie. Hadoi. Boleh tulis dalam buku biodata nie. Hobi setiap tahun= Mencabut gigi !!! Okeh. Tak lawak. Sambung.

Lepas mulut di bius, doktor mensuruh la saya keluar dari bilik dalam 4,5 minit untuk bagi ubat bius tu merebak ke tempat-tempat lain dan bagi dia betul-betul dah beri effect baru panggil masuk balik. Bila dah lama-lama tu rasa macam tiba-tiba pipi gemuk sudah hilang. Bila tampar pun tak rasa apa. Cubit tahap gila-gila punya geram pun tak dak rasa sakit. Wow. Kebalnya isi pipi ini. Hebatnya saya!!

Kemudian terus pergi ke Che Sayang.

"Mak tengok la nie pipi muna tak sakit pun." sambil tarik-tarik dan pulas kuat-kuat isi pipi yang lebih banyak tuh. Gila belagak time tuh. Siap suruh Puan Emak tolong cubit skali. Kalau ada pisau depan mata, boleh jugak la nak try-try toreh 2, 3 line. Mesti tak sakit punya. Mak geleng kepala jer tengak anak dara dia yang separa matured nie. Mesti dalam hati "Kenapa la aku dapat anak yang comel macam nieee. Kalau la tahu akan comel gila macam nie, kecik-kecik lagi aku dah picing idung dia bagi mati. "

Lepas tu bila dah tiba time mulut nak di robek-robek, aku boleh pulak nak kena jadi peramah orangnya. Mensembang itu ini dengan Puan Doktor. Mungkin untuk hilangkan nervous patient kot sebab tuh Puan Doktor tuh macam banyak soal jer. So bila dah di soal itu ini, lupa pulak yang mulut nak kena robek kejap lagi. Bagus. Pandai dia bermain psychology yer.

Di sebabkan kedudukan gigi aku nie macam sangat ulu dan terpencil sedikit, so proses mencabut jadi macam sedikit rumit la. Lama doktor kelebek sana sini. Tukar alat itu ini. Pun macam susah jugak nak capai gigi aku. Tapi, bila dah lama sikit, dapat la jugak doktor tuh menggoyangInul-kan gigi geraham aku nie.

Lepas dah di cabut, doktor nak keluarkan la gigi tuh dari dalam mulut aku. Mungkin sebab ulu dan terpencil sangat kot kedudukan gigi tuh, tiba-tiba gigi yang di kepit dengan playar tadi tuh, jatuh balik masuk dalam mulut. Erk. Nasib baik aku tak tetelan. Kalau tak, kompem masuk Metro muka depan, berita paling panas "Gadis koma tercekek gigi sendiri'. Perh. Gila glemer aku lepas tu. Silap-silap terus di lamar ZA sebab macam bersimpati dengan nasib malang gadis itu. Sukaaaa!!!

Dah jatuh tuh satu hal. Lepas tuh, tangan aku pulak bagai di seru-seru, tiba-tiba laju je masuk dalam mulut sambil meraba-raba cari kat mana gigi yang jatuh tuh. Mulia nya hati awak wahai anak muda!! Siap membantu Doctor lagi.

Bila dah jumpa terus bagi gigi tuh ke doctor sambil berkata...

"Nie gigi buruk saya yang doktor jatuhkan tadi. Ambik la buat kenang-kenangan"

"Baiklah anak muda. Akan doctor simpan ke ahir hayat sebagai memori kita bersama" kata Puan Doctor yang baik hati itu.

Okeh. Mentipu saja. Skrip itu memang tak ujud. Hanya di tokok tambah. Tapi cerita ini sangat benar.


Hurm. Saat paling ngeri kalau nak cabut gigi nie time nak kena inject. Dah da jarum besar gedabak. Mungkin sama size dengan jarum jangka lukis untuk buat LK kot. Boleh bayang tak? Okeh, tak ambik LK. Mungkin jugak boleh imagine size penyapu lidi jenis daun yang tumbuh sihat-sihat. Besar kan? Uwaaaaaa. Tatotttttt.

Dah. Tak payah mengada. Macam tak pernah inject. Bukan ke waktu praktikal dulu tiap-tiap bulan pergi hospital jumpa Doctor kacak dan pelawak orangnye tapi sayang cina, untuk suruh dia inject telinga awak kan?. Kan. Sekarang lagi mau takut. Belah la wey.

Hahaha. Mengada tu kan separuh dari sifat manusia segak. Normal la tuh.

Okeyyyy. Tamatlah cerita kenangan mencabut gigi saya.

Tunggu episode esok pulak. Harap-harap tak dak kejutan-kejutan yang di buat oleh doctor tuh lagi. Tiba-tiba, playar pulak yang tejatuh dalam mulut aku. Erk.






PdanS: [Sambungan cerita di atas] Sebelum mencabut gigi di Klinik Kesihatan Guar Cempadak, saya ada mereffer 1 Klinik swasta kat Kuantan. Tau tak berapa dia nak charge untuk sekali cabut saja. Dia nak RM100 sumting laa. Aku pun tak ingat. Alasan dia, gigi yang nak di cabut sangat pendalaman. So jadi susah. Gila cekik darah. Apa sampai kena sewa Crane kot tarik gigi aku nie. Sebab tu mahal. Hadoi. Dah la time pergi tuh, doktor tak dak. Kena tungguh sengah jam. Maaf yer dik Doktor pergi ambik anak sekolah. Okeh Fine. Nasib baik aku tak buat keputusan terburu-buru. Last-last balik Kedah waktu cuti hujung minggu semata-mata nak cabut gigi. Owh comel sungguh saya. Tapi lagi comel Klinik Kesihatan Guar Cempedak sebab kena bayar seringgit sahaja. Harga Taufufua pun lagi mahal kan.

No comments: