❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 2, 2010

Sungguh IN LOVE.

Hey hey aku tak percaya cinta, aku tak percaya, cintaa saya sedang tulis blog. Okeh. Tak perlu bagitau kan. Tak penting. Fine. Sambung.

Hey, saya di kampung ku syurga ku. Owh. Sangat gembira sekali dan berkali-kali.

Seperti yang di jangka. Balik saja mesti kena mendetim dengan Che Sayang. Baru je sampai rumah jam subuh hari, tub-tub bila sesudah Zohor saja, terus dapat ajakan manja oleh Che Sayang. "Mak ingat nak pi cari bekaih isi ayaq la untuk raya nie...." "Jom kita pi kedai perabot.. tengok-tengok.. " Oh Puan Emak... Saya sangatlah mengsukai aktiviti seumpama itu. Esok kita tengok kedai perabot yang kat tepi sungai tu plak yer. Lusa kita try usha-usha kat Aloq Staq. Tulat SP pulak. =)

Lagi? Apa yang INLOVE sangat? Inlove la weh... kalau tetiba perut engkau terasa macam gedik sikit nak makan benda yang tak dak, boleh la konon-konon pergi kat bunda dan tanya "Mak mak, macam mana nak buat bubur kacang ha?" Lepas tu pergi masuk tidur tengah hari sebab nak kena kumpul tenaga untuk buat bubur kacang petang nanti. Kemudia bila bangun tidur je, tub-tub Bubur Kacang yang baru je nak buat tadi dah ada, siap terhidang kat atas meja. Sapa yang buat? Kompem-kompem la Puan Emak kan. Tak kan adik laki yang form 2 yang tau mengkedarah meggi aku jee yang buat kot. Kan kan. Sapa tak INLOVE weh kalau di layan macam nie sokmo-sokmo.


Dan bila rasa seperti, eh macam nak makan TRIFLE laa. Eh, dah lama tak buat Puding roti laa. Dengan mudahnya dan easy, terus boleh memasak. Tak payah nak fikir, Hurmm... duit cukup ke tak nie nak beli bahan. Gas boleh habis nie kalau sokmo masak [alasan dowh]. Semua-semua ini dah tak menjadi masalah kalau berada di rumah. =)


Lepas tu yang paling-paling bestnyer. Macam malam nie Menu Dinner: Nasik goreng PETAI. Kemudian sarapan esok : Jemput-jemput PETAI. Lunch esok : Sambal udang PETAI. Minum petang pulak : Puding PETAI...... Hey, tolong la INLOVE jugak lepas baca semua-semua nie. Haha.


Okeh. Dah. Dah. Bunda sudah panggil untuk menonton ASMARA besama dengan beliau sekarang. Tata. Saya rindu awak!!!








PdanS : Eh, bila nak update cerita mendetim besama perempuan-perempuan kegemaran nie. 3 hari di Kota Lumpur dan 3-3 hari itu sangat tidak mengeciwa kan... Dah-dah tak nak tulis panjang-panjang. Nanti jadi entry baru pulak. Abang Eng. Roh!!! Sila email gambar. Kalau entry mendetim di Kota Lumpur tak ada, semua nie salah kamu dan gara-gara kamu sebab tak email gambar. Haha. Keji tak?



2 comments:

f.a.r.a.h said...

hehe. sebab tuh la kena selalu balik rumah muna oiiii. :D

mOOn said...

kalau la kedah dah johor tu sekangkang semut je.. kompem teptiap ari i balik tau..