❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 14, 2010

Gigi ku cukup sakit [lagu baru kumpulan lelabah]

Benci. Pengorbanan untuk hari nie sangat tak berbaloi.

Dah la lepas Subuh tak tidur balik. Eh, tidur jugak. 10 minit. Lepas kena bising dengan Puan Emak supaya suruh bangun dan saip awal-awal pergi Klinik.

Lepas tu dah la kena mandi awal, siap berebut bilik air dengan adik yang nak pergi sekolah.

Dah la sampai kat klinik awal. Tak pukul lapan pun lagi.

Dah la silap parking, pi parking tempat ambulan. Senget sungguh.

Dah la dapat no 7 walaupun sampai Klinik jam 7.45 pagi.

Dah la kena tunggu sejam lebih sebab nurse start panggil patient jam 9 pagi.

Dah la mengantuk tahap gaban sampai kepala 3,4 kali kena tesengguk-sengguk tanda paham.

Dah la pukul 9 suku baru nurse panggil.

Dah la bila masuk bilik tuh.


"Ada sakit-sakit tak sebelum nie?"

"Malam-malam sakit laa, tapi kalau siang tak."

"Kalau ada rasa sakit kita tak boleh cabut lagi, kena makan ubat dulu"

"Tapi sakit sikit-sikit jer, tak de menyucuk sangat" cuba meyakinkan Doctor, yang sakit tak berapa serius. Nak cabut hari jugak!!

"Tak boleh cabut, kalau gigi still rasa sakit, nanti bila kita inject ubat bius, dia tak masuk sampai akar dia, bila cabut nanti dia akan rasa sakit sangat-sangat"

"Tapi sakit nie tak la kritikal sangat" plesssss laaaaa. Nak cabut. Time nie memang macam tak puas hati gila.

"Macam nie la, doctor bagi ubat dulu, makann, lepas seminggu datang balik, bagi sakit tuh hilang, bagi dia mati dulu, baru kita cabut"

"Tapi minggu depan saya tak dak kat sini" masih cuba menaruh harapan supaya dapat cabut gigi hari nie..

"Tak pa laa.. kat mana-mana Klinik pun boleh cabut"



Fine doctor!!! Fine!!! Tak payah datang beraya rumah saya nanti.

Semua pengorbanan yang di buat hari nie sangat tak berbaloi kan.

Dah. Saya nak pergi membawak hati luka yang lara ke pasar pagi. Nak beli putu bambu. Nak beli makan yang enak-enak. Nak makan puas-puas. Padam muka. Biaq la nanti gemuk pun. Biaq la pipi jadi melondeh-londeh ka. Lantak la.

Che Sayang yang cumel jugak sedang bersaip-siap. Ajak i pergi Alor Star. Tatata..





Hey engkau. Dah besar gedabak pun kena dapat coklat ke kalau cabut gigi?? Hadoi.




PdanS : Baheklah. Ini last entry pasal gigi ku cukup buruk. Lepas nie tak nak cerita dah. Nak ambik mood raya. Mood rumah nak kenduri. Sekian.

2 comments:

Roy Roches said...

makan je byk2...bf(klu ade) anda tentu x kesah...hehe
tp kt aloq staq ktne sedap mkn eh?
xjumpe lg

mOOn said...

eh tapi fan2 saya bekesah laaa.. hak hak..

hurm.tatau laa. macam xdak jer.. huhu