❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 12, 2010

Gigi dan Lubang.

Dalam mulut ada gigi. Dalam gigi ada lubang. Dalam lubang???? ADA CACING?? Erk... Takmooooo. Eyuckss...

Tapi dulu-dulu time kecik-kecik mak selalu cakap. Kalau gigi rosak maknanya ada cacing tengah makan gigi tuh. Lepas tu aku yang agak bodo dan lurus berbendul nie, selalu laa duduk depan cermin, belek-belek cari cacing. Hai cacing jahat dan hodoh.. Mana kamu nie.. Tapi tak pernah jumpak pun. Mentipu laaaa...






Tapi kalau la aku cari-cari lepas tu jumpak cacing macam kat atas nie, tengah koik koik.. Eeeeeee.. Boleh mati tekejut tanpa sempat mengucap rasanya.. Eeeeeeee.. Ada ke cacing macam dalam gambar nie???


Sekarang tengah sakit gigi. Sangat-sangat. Sakit sampai mencengkam ke kepala.

Dulu waktu mak sakit gigi, selalu bagi nasihat..

Sabaq mak.. sabaq.. pi tidoq nuu.. nanti bangun hilang laa..

Sekarang bila dah kena tang batang hidung sendiri. Haa! Ambik kau, tak payah la sibuk nak tidoq, menipu ja. Kompem tak lena punya.

Bila sakit dah macam nak gila nie kan. Mesti muka kena macam nak telan orang. Lepas tu hati kena berkobar-kobar.

Okeh. Hari Isnin nak pergi Klinik Gigi. MESTI. Takpa, saya sanggup tak pergi Pekan Nanyan[Nama pesar pagi hari isnin kat sini] untuk beli Putu Manyam sedap. Ya saya rela bekorban.

Baheklah, sekarang kita wait and see saja sebab nie adalah janji-janji manis untuk ke 14 kalinya setelah bergelar pesakit gigi tegar. Selalu, sampai ja hari Isnin dan gigi pun sihat walafiat.

Hurm. Tak mengapalah. Tak payah pergi lah. Dah baik dah. Tak sakit dah kot.... =)



Nak tahu tak? Mesti nak kan. Cepat la cakap nak!!! Cakap laa. Okeh. Fine. Tak nak sudah. Tapi aku nak cerita jugak.

Saya ada gigi ajaib!!!!



Sila teka di mana kedudukan gigi ajaib saya yang tumbuh dengan sihatnya???

Pemenang yang bertuah akan di beri hadiah berupa Pelekat gigi Palsu POLIDENT!!
"Bukan saja tak macam gigi palsu, belakon pun macam tak palsu"

Cepat-cepat.

Peraduan tak dak tarikh tamat.

Tapi peraduan tidak terbukak kepada rakan-rakan terdekat yang tau di mana gigi ajaib saya.









PdanS: Dah nak raya haji... Maknanya dah nak dekat dengan exam jugak. Mensampah sungguh.


No comments: