❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 25, 2010

Entry tak berisi.

Wah. Gila bapak segala awal saya bangun hari nie yer. Ye ke. Bukan ke kunci jam pukul 6.00pagi dan bangun 6.45 pagi. Ya. Sungguh tak awal. Owh. Tak mengapa boleh abaikan.

Mari kita berbangga ke pencapaian yang lain. =)

Sekarang jam 7.10 Pagi. Aik saya TAK TIDOQ? Saya tak tidur selepas subuh? Hey, hari tak ada paper hokeh. Kamu sedang mamai kah Cik Munawwarah. =)

Hey, kamu sedar tak yang kamu baru saja sidai kain di jam 6.50 pagi !!

Wah. Apakah saya sudah berubah? Serius. Macam nak talipon Che Sayang dan cakap anak perempuan dia yang comel gila dah tak suka tidur after Subuh. =)

Hebat kan saya hari nie. =). Menjadi saya pada hari ini adalah satu yang perlu di banggakan. Lagi? Jugak perlu di suka dengan sepenuh hati. Haha. Ayat pun sungguh caca merba. Normal la kan bila menulis, eh, mentaip di pagi hari.

Nothing to story pagi ini, sebab cerita-cerita lain seperti di smartTAG oleh rakan comel perlu di tulis di muka surat yang lain. Tak perlu menjadi rojak-rojak. Walaupun saya suka rojak. OMG. YA saya memang suka rojak. Sedap sehhh.

Eh, bila cakap hal makan memakan nie, ada isi penting yang lain yang harus di sampaikan. [Ceh, tadi konon no rojak. Pooraaah]

Napsu makan saya HILANG !! Saya sangat tak suka kalau datang Parit Raja lepas berHuuhaa-huuhaa di kampung dengan begitu lama. Kompem, semua masak kan sini saya jadi tak selera. Bagi la apa pun. Ikan pari masak pedas ke? Beriani gam ke? Owh noo. Boleh masuk 4,5 mulut saja.

Uwaa.. Saya merindui Sambal petai. Jugak sama masak lemak cili api. Saya rindu Itik peranakkan jugak [walaupun makan kuah saja and itik macam takut nak makan masih ada hati nak tulis rindu-rindu]. Kerabu pelam. Kerang rebus cicah ayer asam. Ulam ulaman. Dan Sumua-sumua yang berperisa kekampungan YAN...

Puding lazat. Ciss kek menawan. Bubur kacang. Kuih sagu di petang hari. Kuih melaka. Cucur Shara. Owh tidakkkkk.

Kalau la Yan itu boleh di angkut ke sana ke mari. Kan indah. =)

Entry yang awalnya macam tak ada isi sekarang dah jadi berisi-isi. Dan daripada saya terus merojak lagi, lebih baik kita terus beralih ke perenggan yang terahir.

Baheklah.

Sebagai penutup = Pukul menunjukkan jam 7.45 pagi. Hari hujan dan menjadikan pagi yang sejuk. Kedengaran seperti katil memanggil saya. Hurm. Rindu la tuh. Fine. Tak perlu hipokrit Munawwarah. Kamu pun RINDU sama katil jugak kan. Mari sambung tidur. Sekian =)







PdanS: Owh. Ada 2 TAG yang harus di selesaikan dari sini dan sini. Mesti lagi BZ lepas nie. haha. 3 lagi paper apa cer kamu???

2 comments:

Rossnie said...

hikhik..silalah join..lmbt lagi tarikh tutup :)

mOOn said...

dah join.. huhu..