❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 27, 2010

25 Perkara yang kamu tak perlu tahu


Okeh. Sekali lagi di ulangi. SERIUS SANGAT TAK PERLU. Pergi tidur lagi baik. Tak pun pi google cerita 2 Alam dah kutip berapa juta pun bagus jugak.

Okeh. Ini hal-hal diTAG oleh rakan sebaya yang bernama uya. "25 PERKARA TENTANG SAYA". Jadi dengan penuh kerajinan dan kegigihan mensiapkan jugak sebab konon bila dah update blog hati akan tenang dan boleh study secara tekun dan terus Stress sekali. Ya Semoga.

Dulu pun pernah di TAG macam nie jugak. Setahun 10 bulan yang lalu. Perh. Gila dah tua belog ini kan. Tapi masih tak maju.

Dah. Mari mulakan.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



1. Suka internet. Sebab suka berlaman sosial. Internet dapat jumpa kawan-kawan lama. Lagi penting kawan-kawan yang jauh terasa sangat dekat. Kan kan.Tapi masih boleh hidup tanpa internet. Hidup tak kucar kacir. Tak seObses dulu.



2. Suka snap gambar. Sukaaaaa laaaaaa. Bila nak dapat alat canggeh yang boleh snap dengan sangat nice sekali. Bila? Bila???




3. Sangat sayang friend. Ya. Sangat-sangat. So jangan ada kerisauwan kot-kot terfikir "Eh, muna tak suka aku ke?". No noo. Saya sayang semua kawan-kawan. Tak pernah ada yang di benci. Kalau nak menyampah tu ada laaa. Tapi kejap-kejap jer. Dun wori sayang.



4. Sangat suka gelak. Gelek pun suka gak. Tapi bila di bilik karok je la, bila otak dah mereng akan gelek la bersama perempuan-perempuan kegemaran. Gelak boleh hilang stress. Buat mood sentiasa ceria. Buat hidup lebih bermakna. Tapi kalau selalu gelak sorang-sorang pun bahaya jugak untuk penampilan. Nanti orang cakap "Eeeee. Muka dah cun. Tapi sayang gila"...



5. Sangat peramah. Kadang-kadang dan jugak selalu-selalu. Erk. Apa nie. Yang mana satu. Tapi dun wori, lempar saja kat mana-mana, saya boleh hidup. Sebab saya akan jadi peramah dengan tak bleh blah. Even kat kandang kambing skali pun. Kompem aku sembelih buat kambing golek. Memang boleh hidup SANGAT. haha. Tapi kalau saya diam. Owh. Ada something wrong. Sila buat biasa-biasa dah jangan banyak tanya konon macam caring sangat. Buat je lawak bodoh. Nanti i akan ceria balik. =)



6. Suka jemjalan. Tambah-tambah kalau boleh jalan-jalan ngan My 7 Wonders. Pergi pasar malam dengan mereka-mereka pun dah tak mengapa. Tak payah pergi jejauh. Dah cukup enjoy. Tapi kalau duduk dalam bilik sambil tutup lampu dan borak sampai 3,4 pagi lagi indah kan. Serius miss this moment. Tak pergi mana-mana pun takpa.





7. Suka memasak. Sejak ahir-ahir nie sebab macam sedar umur dah ke arah bini orang. Nanti nak jamu laki makan apa bila dah mengkawen. Tak kan nak makan kedai Senah Janda Begetah tu teptiap malam. Owh noooo. Tapi suka memasak di rumah saja sebab ada Che Sayang cikgu memasak yang hebat.



8. Suka fashion. Obses terhadap fashion-fashion tudung. Suka jalan TAR dan mungkin akan jadi salah satu destinansi berbulan madu nanti. =). Suka hand beg jugak. Suka kasut. Suka baju menawan.



9. Suka melihat mereka yang chantik-chantik. Ups. Im NOT LESS hokeh. Suka untuk jadi sumber inspirasi ke arah menjadi lebih chantek jugak kerana saya kan suka berchantik-chantik. Nyum nyum. Sebab tu suka melawat blog-blog wanita wanita cute ini , ini , ini , ini, ini, dan banyak lagi. Cari sendiri.



10. Suka makan McD. Kambing golek. Puding memuding. Ciss kek. Sambal petai. Gulai rebung dengan daging. Gulai batang pisang. Ayer asam cicah kerang cicah perut rebus cicah ikan pari. Roti boom. Pendek dan panjang kata. Sumua i loikeeee. Tolak babi ngan anjing ja. Kayu pun klo dok lam hutan dan tak dak makanan selama 10 hari, mungkin akan balun jugak kot. Mungkin =)



11. Suka window suping sebab nak tulis suka bersuping macam sedang bergelar student yang tak mempunyai gaji banyak-banyak. So. Sabar. Lagi 2 tahun dah boleh ubah kegemaran yang ini.



12. Suka lagu More than word. Secara sangat-sangat. Suka lagu Bintang Hati. Suka lagu Suara ku berharap. Suka lagu-lagu kumpulan Ungu. Dan suka Pasha sikit-sikit. Suka banyak-banyak nanti kawan yang comel marah. Hoho.



13. Suka Nombor. Suka study calculation. Tapi sangat dan selalu careless bila mengira. Lalu macam membenci calculation dan mula suka study membaca. Bila dah dapat subject fully kena baca dan hapal. Jadi erk. Aku suka calculation balik. Begitu lah manusia yang bernama Munawwarah. Tak pernah nak bersyukur. So, mari menjadi peti ais pulak. =)




14. Tak suka movie. SANGAT. Boleh tidur. Atau boleh, cakap kat rakan yang masuk tengok movie bersama-sama tadi tuh "Weh, keluar dulu". Keluar sebab tak sampai separuh dah jadi bosan dan lagi bagus saya pergi bersuping. Sekian. Tapi movie yang katon-katon i like. Sungguh kanak-kanak riangkan beliau nie. Hurm.




15. Susah hapal. Sangat pelupa dan selalu lupa. Macam semalam, nak tengok movie. Kemudian on da way nak pergi "Eh, cerita nie yang nak tengok nie kat MBO Square One or Kat Cineplax BP Mall" dan last skali salah pergi panggung. Aku sorang jer tau kat mana cerita tu di wayangkan sebab aku je yang excited check tengok kat internet. Orang lain bagi tajuk cerita jer. Last-last tengok ke movie semalam? haha. Biar lah itu menjadi rasia kami-kami. Kenangan Terindah wehh.. haha..




16. Zero pasal bola. Jangan tanya. Tapi sangat perasan orang yang men bola semua kacak-kacak. Nyum nyum. =)




17. Sangat nak pakai Inspira merah. Sangat. Dan selalu berdoa, supaya bakal suami menjadikan Inspira Merah sebagai salah satu dari barang hantaran. =)



18. Sangat nak kawen pada 2012. Sebab bila 2012 saya dah habis belajar. Dan dah boleh jadi cikgu cikgi dan dah ada gaji. Bila ada gaji ada duit. Bila ada duit, segala angan-angan untuk buat kenduri 7 hari 7 malam, Kek, 7 tingkat, Baju, 7 persalinan boleh di laksanakan. =)




19. Sangat cool dan tenang. Mari menjadi saya.




20. Sangat nak pergi umrah. SANGAT. Semoga tuhan memurah kan rezeki saya dan menjemput saya dengan lebih awal. Nak pergi di usia muda. Di usia sebelum kawen. Di usia tak sampai setahun berkerja dah boleh kumpul duit. Semogakan.




21. Suka edit mengedit. Ya. Tapi ilmu mengedit masih tak penuh didada.




22. Suka Zahiril Adzim. Suka dan suka. Dan akan terus mensuka. Nyum nyum.



Waktu tengok Teater Tanda lakonan beliau. Nyum nyum. Tapi sungguh tak suka sebab 1-1nya gambar dengan beliau di snap dengan tangan perlu gegar. Menciiii.



23. Suka kepada diri sendiri. Sebab macam kesian tak dak orang suka. Jadi mari suka diri sendiri.



24. Suka DIA secara diam-diam. Macam lagu Ramlah Ram tuh. "Diam-diam.. berpandangan.. Mata bertentang mata.. Malu-malu.. Aku malu.. Kau buat begitu.." nyum nyum. Jugak macam lagu Dina tu "Mahu tapi malu". Aumm.. Haha. Dah. Tak payah gedik. Nanti kena angin ahmar. Full Stop



25. Sangat tak suka kenapa kena tulis 25 jerr. Kenapa tak buat 250 keeee. Tak habis lagi nak cerita nie.











PdanS : Erk. Jantung tetiba kena berdetup dengan lebih kencang. Serius. Sangat merasa. Debaran apakah ini. Ya Allah...


2 comments:

S.U.R.I.A. said...

walaweiii.....suka 25 anda!!

mOOn said...

haha.. suka jugak.. sila buat lagi.. tapi 2500 TENTANG SAYA!! Setahun tak abeh baca..