❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 29, 2010

Sungguh tergoda. Ouch.


Cerita 1 :


Play la. Sangat-sangat kena play dulu sebelum baca!!






WOW. Saya sungguh suka this video. SANGAT weh. Paham "SANGAT" tuh macam mana? Owh. Bagus kalau paham.

Apa yang engkau paham yer?

Ana Raffali best? Owh nooooo..

Lagu nie best? Hurm. Tak lah. Biasa-biasa aja.

Jalan cerita dia video klip nie? Hurm.. Boleh la 1/10 bintang la aku bagi.

Boy friend Ana Raffali? YAAAAA!! Nyum nyum..





Ini sesi untuk menggedik. Kalau tak nak muntah darah, di nasihatkan sila tak payah baca.





Aku suka video nie mesti la sebab ada Zahiril Adzim yang sungguh cool dan kacak itu. Lalalala.

I loike dia ketat-ketat [Eyuks. kenapa aku kena guna word ketat-ketat yang macam Eeee. Sumpah geli. Tak mau guna dah. Abaikan word ketat-ketat di atas tu. Mungkin boleh tukar jadi ketaK-ketaK. Dah. wat ever. ]

Suka laa. Macam comel gila video nie kan. =)

Kompem la comel sebab ada Zahiril Adzim. Kalau ada Abu Bakar Elah? Erk. Tah la nak cakap. Mungkin aku jadi seram kot nak tengok. huhu

Eh, apasal Ana Raffali kena macam manja-manja dengan Zahiril nie. Derang kapel ke weh kat luar? Haishh. Nie aku rasa nak buat group kat Facebook "Kami Tak Sokong Ana Raffali" nie.

TQ banyak-banyak la kepada Puan Wannabe Kurap Sontot sebab dengan jasa baik dia dan penat lelah dia mengshare video nie kat wall facebook aku. Rasa macam nak bagi hadiah Peti Ais LG je time ang kawen 2.1.2011 nanti weh. Apa macam? Suka?






Cerita 2 :


Saya sungguh suka paper Pedagogi tadi. Walaupun setadi secara bermalas-malas gila dan bermain lagi sangat gila-gila. Tapi Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan saya. Allah menolong saya. Semuan soalan yang naik memang sebijik past year. Ayat langsung tak ubah, susunan pun sangat mengikut turutan past year yang lalu.

Terima kasih jugak penggubal soalan sebab malas membuat soalan baru. Kesannya saya dapat menjawab dengan mudah dan tak payah nak paksa otak supaya berfikiran kreatif, dan kritis. Terus boleh siap awal. Yeay!!



Cerita 3 :


Cerita tak best. Esok ada lagi paper Falsafah. Tapi 1 apa pun masih belum melekat di kapala. Bagus.





Cerita 4 :


Saya sangat letih sekarang nie. Letih bukan sebab menjawab soalan pedagogi. Tapi letih pekena nasik beriani Shah yang di gembar gemburkan oleh semua orang sedap gila di Batu Pahat itu. Apaa weeeh... Biasa-biasa jer. Tak dak la sedap mana pun. Nasib baik ada daging kambing penghibur hati nan mengantuk. Rasa berbaloi la jugak. hehe.

Bila dah letih, harus tidur. Tata.








PdanS : Kebuntuan idea untuk PdanS. Maaf. Kita jumpa PdanS di episod yang berikutnyaaa. Tata.

Kaki ku cantik dengan kamu...


[Untuk kaum pompuan SAHAJA]


Kadang-kadang rasa macam gila jugak. Esok ada paper. Malam nie masih rinag gumbira mengupdate blog. Ya. Saya memang sudah macam menggila hapal Pedagogi yang tak best itu. Cepat la hari Jumaat. Cepat laa habiss.



Baheklah. Sebelum melihat benda-benda yang HOUWT [HOT. Serius tak reti eja macam budak-budak sekolah dok spelling bunyi "Kew?" "Iyew" sebab macam Eyuks. Ples la. Perlu ke eja macam tuh]

Sambung balik.


Apa ayat tadi. Haha. Lupa. Okeh kita mulakan balik.


Sebelum melihat benda-benda yang HOUWT, apa kata kamu tekan dulu butang PLAY di bawah nie.


Malam nie mau kongsi kasut-kasut yang menarik tertarik kau memang debom laa.

Nyum nyum..



Owh. Sungguh suka.Kenapa la tak jumpa sebelum konvo hari tuh. Kalau tak boleh melaram besama yang Hitam manis nie.




3 color. Hurm. Menarik.




Ouch. I loike. Sesuai bawak pergi dinner. Pakai dengan dress labuh.
Nyum nyum..




Yang nie pun i suka sebab color MERAH. Tapi macam lebih sesuai di pakai dengan skirt pendek jer. Hurm. Klo pakai ngan baju kurung macam tak nampak pulak ribin-ribin comel tuh.




Yang nie i loikeee. Kalau ada, nak pakai dengan skinny. Wow. Mesti lebih hot dari hotdog.




Hurm. Color dia. Klasik-klasik gitu. Suka suka suka!!





Cukup!! Sudah-sudah. Jangan goda saya lagi. Saya dah letih di goda.





Ya tuhan kuuu. Kenapa kamu mesti sangat gorgeous.





Alahai... Kenapa mesti cantik.




Hey, kamu yang kacak.




Ini yang PALING-PALING saya like!!




Dah. Ayer liur dah mula mengalir. STOP!!






So.

Mahu?

Ingin memiliki?

Ingin di hadiahkan kepada saya?

Owh mudah saja.

Pergi ke sini

dan terus oder.

Size 39 tau.

Yuhuuuuu.

Sekali lagi

39 YA!!









PdanS : "Sayang kamu ketat-ketat" Di jumpai dalam handphone inbox adik lelaki saya yang berumur form 2. Erk. Perlu ke ketat-ketat wahai budak perempuan yang gedik. Mengaji bagi habis dulu. Lepas tu baru mengorat adik laki saya.

Mesti kamu cakap " Eeee. Tak senonoh selongkar henphone orang." Tapi ia lebih tak senonoh lagi kalau membiarkan adik kita yang baru berumur 14 tahun berSMS seperti orang dewasa yang berumur 44 tahun tapi tak kawen lagi. Faham!

Sunday, November 28, 2010

Hari-hari indah bersama Incik Pedagogi ku sayang.

Mensetadi secara membaca, memahami dan menghafal, kemudian membaca, memahami dan menghafal, lepas tu membaca, memahami dan menghafal lagi, membuatkan saya menjadi Uweckkkkk. Mau jugak aku muntah kejap lagi. Serius weh.

Jadi untuk tidak mengakibatkan saya muntah tapi dalam perut tak dak baby 2 bulan 9 hari tanpa ada lelaki yang mahu bertanggungjawab, mari kita bersuka ria sekejap dengan mengupdate blog. Oww-Yeay!!

Esok saya exam PEDAGOGI. Bukan subject cara membedahan gigi ya. "Peda" bermaksud kanak-kanak. Dan "Gogi" mengajar. Jadi Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran. [Yeay! dapat 2 markah!]

Esok jugak paper untuk kali ke2. Jadi, hari ini kena tingkatkan lagi semangat setadi. Tapi setiap kali cuba untuk tingkatkan mesti sintem-sintem stim mata layu dan kuyu akan mengsibuk. Busy body betoi la.

Bila dah mengantuk, kita harus tidur. Tapi bila badan sudah di golek-golek di atas katil, selimut sudah si selubung satu badan, mata mesti gedik tak nak lena. Cisss. Konspirasi apakah ini.

Jadi, sebagai langkah yang lebih berkesan untuk menghilangkan bau-bau mengantuk itu, mari kita mengsnap gambar-gambar yang cumel. Yeay!!!





Hai. Nama saya stapler. Kamu boleh panggil saya STEP. Saya tinggal di Taman Parit Raja.




Ya ya. Saya tahu saya comel. Walaupun saya comel, tapi saya single. Tuan saya tak bagi saya becinta. Dia cakap kalau saya becinta saya jadi lalai. Tak buat kerja dia. Tak tolong dia stapler kertas dah.Hurm.




Tapi, Tuan saja cakap jugak, kalau saya buat kerja besungguh-sungguh dia akan bagi pakwe kacak kat saye. Yeay! Mulai hari nie saye nak buat keje betul-betul. Saya sayang Tuan saye. Kamu pun mesti sayang tuan saya jugak tau.


[BERSAMBUNG]




Pen? Okeh. Untuk tulis
Cekelat? Okeh. Untuk ilangkan mengantuk
Stepler? Okeh. Untuk kepit kertas
Ubat? Hurm. Untuk gugurkan kandungan 2 bulan 9 hari.




Pemandangan indah di sisi kiri saya. Sangat sayang kepada tuan-tuan pemberi barang-barang comel ini. TQ. Kamu-kamu.




Rocky sungguh lazat. Saya cinta sama Rocky.




Stress? I loike!!




Hey, nak tahu tak. Langit kat sini semakin gelap walaupun jam di dinding dengan riak menunjukkan pukul 2.40 Petang. Kemudian tiba-tiba jugak hujan turun dari langit. Lalu iIklim menjadi sejuk. Errr..


Hidup jadi lagi kusut. Semakin konflik diri. Tidur atau belajar. Lena atau study. Kawen atau membujang. Erk. Tiba-tiba.


Wow wow. Hujan lagi lebat wow. Bunyi jadi semakin bising. Erk. Mesti konsentrasi pembelajaran akan lebih terganggu jika saya terus belajar. Ya, saya yakin dengan hipotesis ini.


Okeh. Rumusan sudah di buat. Tata dan GUD NITE.










PdanS: Saya nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk kampungggg... SANGAT SANGAT

Saturday, November 27, 2010

25 Perkara yang kamu tak perlu tahu


Okeh. Sekali lagi di ulangi. SERIUS SANGAT TAK PERLU. Pergi tidur lagi baik. Tak pun pi google cerita 2 Alam dah kutip berapa juta pun bagus jugak.

Okeh. Ini hal-hal diTAG oleh rakan sebaya yang bernama uya. "25 PERKARA TENTANG SAYA". Jadi dengan penuh kerajinan dan kegigihan mensiapkan jugak sebab konon bila dah update blog hati akan tenang dan boleh study secara tekun dan terus Stress sekali. Ya Semoga.

Dulu pun pernah di TAG macam nie jugak. Setahun 10 bulan yang lalu. Perh. Gila dah tua belog ini kan. Tapi masih tak maju.

Dah. Mari mulakan.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



1. Suka internet. Sebab suka berlaman sosial. Internet dapat jumpa kawan-kawan lama. Lagi penting kawan-kawan yang jauh terasa sangat dekat. Kan kan.Tapi masih boleh hidup tanpa internet. Hidup tak kucar kacir. Tak seObses dulu.



2. Suka snap gambar. Sukaaaaa laaaaaa. Bila nak dapat alat canggeh yang boleh snap dengan sangat nice sekali. Bila? Bila???




3. Sangat sayang friend. Ya. Sangat-sangat. So jangan ada kerisauwan kot-kot terfikir "Eh, muna tak suka aku ke?". No noo. Saya sayang semua kawan-kawan. Tak pernah ada yang di benci. Kalau nak menyampah tu ada laaa. Tapi kejap-kejap jer. Dun wori sayang.



4. Sangat suka gelak. Gelek pun suka gak. Tapi bila di bilik karok je la, bila otak dah mereng akan gelek la bersama perempuan-perempuan kegemaran. Gelak boleh hilang stress. Buat mood sentiasa ceria. Buat hidup lebih bermakna. Tapi kalau selalu gelak sorang-sorang pun bahaya jugak untuk penampilan. Nanti orang cakap "Eeeee. Muka dah cun. Tapi sayang gila"...



5. Sangat peramah. Kadang-kadang dan jugak selalu-selalu. Erk. Apa nie. Yang mana satu. Tapi dun wori, lempar saja kat mana-mana, saya boleh hidup. Sebab saya akan jadi peramah dengan tak bleh blah. Even kat kandang kambing skali pun. Kompem aku sembelih buat kambing golek. Memang boleh hidup SANGAT. haha. Tapi kalau saya diam. Owh. Ada something wrong. Sila buat biasa-biasa dah jangan banyak tanya konon macam caring sangat. Buat je lawak bodoh. Nanti i akan ceria balik. =)



6. Suka jemjalan. Tambah-tambah kalau boleh jalan-jalan ngan My 7 Wonders. Pergi pasar malam dengan mereka-mereka pun dah tak mengapa. Tak payah pergi jejauh. Dah cukup enjoy. Tapi kalau duduk dalam bilik sambil tutup lampu dan borak sampai 3,4 pagi lagi indah kan. Serius miss this moment. Tak pergi mana-mana pun takpa.





7. Suka memasak. Sejak ahir-ahir nie sebab macam sedar umur dah ke arah bini orang. Nanti nak jamu laki makan apa bila dah mengkawen. Tak kan nak makan kedai Senah Janda Begetah tu teptiap malam. Owh noooo. Tapi suka memasak di rumah saja sebab ada Che Sayang cikgu memasak yang hebat.



8. Suka fashion. Obses terhadap fashion-fashion tudung. Suka jalan TAR dan mungkin akan jadi salah satu destinansi berbulan madu nanti. =). Suka hand beg jugak. Suka kasut. Suka baju menawan.



9. Suka melihat mereka yang chantik-chantik. Ups. Im NOT LESS hokeh. Suka untuk jadi sumber inspirasi ke arah menjadi lebih chantek jugak kerana saya kan suka berchantik-chantik. Nyum nyum. Sebab tu suka melawat blog-blog wanita wanita cute ini , ini , ini , ini, ini, dan banyak lagi. Cari sendiri.



10. Suka makan McD. Kambing golek. Puding memuding. Ciss kek. Sambal petai. Gulai rebung dengan daging. Gulai batang pisang. Ayer asam cicah kerang cicah perut rebus cicah ikan pari. Roti boom. Pendek dan panjang kata. Sumua i loikeeee. Tolak babi ngan anjing ja. Kayu pun klo dok lam hutan dan tak dak makanan selama 10 hari, mungkin akan balun jugak kot. Mungkin =)



11. Suka window suping sebab nak tulis suka bersuping macam sedang bergelar student yang tak mempunyai gaji banyak-banyak. So. Sabar. Lagi 2 tahun dah boleh ubah kegemaran yang ini.



12. Suka lagu More than word. Secara sangat-sangat. Suka lagu Bintang Hati. Suka lagu Suara ku berharap. Suka lagu-lagu kumpulan Ungu. Dan suka Pasha sikit-sikit. Suka banyak-banyak nanti kawan yang comel marah. Hoho.



13. Suka Nombor. Suka study calculation. Tapi sangat dan selalu careless bila mengira. Lalu macam membenci calculation dan mula suka study membaca. Bila dah dapat subject fully kena baca dan hapal. Jadi erk. Aku suka calculation balik. Begitu lah manusia yang bernama Munawwarah. Tak pernah nak bersyukur. So, mari menjadi peti ais pulak. =)




14. Tak suka movie. SANGAT. Boleh tidur. Atau boleh, cakap kat rakan yang masuk tengok movie bersama-sama tadi tuh "Weh, keluar dulu". Keluar sebab tak sampai separuh dah jadi bosan dan lagi bagus saya pergi bersuping. Sekian. Tapi movie yang katon-katon i like. Sungguh kanak-kanak riangkan beliau nie. Hurm.




15. Susah hapal. Sangat pelupa dan selalu lupa. Macam semalam, nak tengok movie. Kemudian on da way nak pergi "Eh, cerita nie yang nak tengok nie kat MBO Square One or Kat Cineplax BP Mall" dan last skali salah pergi panggung. Aku sorang jer tau kat mana cerita tu di wayangkan sebab aku je yang excited check tengok kat internet. Orang lain bagi tajuk cerita jer. Last-last tengok ke movie semalam? haha. Biar lah itu menjadi rasia kami-kami. Kenangan Terindah wehh.. haha..




16. Zero pasal bola. Jangan tanya. Tapi sangat perasan orang yang men bola semua kacak-kacak. Nyum nyum. =)




17. Sangat nak pakai Inspira merah. Sangat. Dan selalu berdoa, supaya bakal suami menjadikan Inspira Merah sebagai salah satu dari barang hantaran. =)



18. Sangat nak kawen pada 2012. Sebab bila 2012 saya dah habis belajar. Dan dah boleh jadi cikgu cikgi dan dah ada gaji. Bila ada gaji ada duit. Bila ada duit, segala angan-angan untuk buat kenduri 7 hari 7 malam, Kek, 7 tingkat, Baju, 7 persalinan boleh di laksanakan. =)




19. Sangat cool dan tenang. Mari menjadi saya.




20. Sangat nak pergi umrah. SANGAT. Semoga tuhan memurah kan rezeki saya dan menjemput saya dengan lebih awal. Nak pergi di usia muda. Di usia sebelum kawen. Di usia tak sampai setahun berkerja dah boleh kumpul duit. Semogakan.




21. Suka edit mengedit. Ya. Tapi ilmu mengedit masih tak penuh didada.




22. Suka Zahiril Adzim. Suka dan suka. Dan akan terus mensuka. Nyum nyum.



Waktu tengok Teater Tanda lakonan beliau. Nyum nyum. Tapi sungguh tak suka sebab 1-1nya gambar dengan beliau di snap dengan tangan perlu gegar. Menciiii.



23. Suka kepada diri sendiri. Sebab macam kesian tak dak orang suka. Jadi mari suka diri sendiri.



24. Suka DIA secara diam-diam. Macam lagu Ramlah Ram tuh. "Diam-diam.. berpandangan.. Mata bertentang mata.. Malu-malu.. Aku malu.. Kau buat begitu.." nyum nyum. Jugak macam lagu Dina tu "Mahu tapi malu". Aumm.. Haha. Dah. Tak payah gedik. Nanti kena angin ahmar. Full Stop



25. Sangat tak suka kenapa kena tulis 25 jerr. Kenapa tak buat 250 keeee. Tak habis lagi nak cerita nie.











PdanS : Erk. Jantung tetiba kena berdetup dengan lebih kencang. Serius. Sangat merasa. Debaran apakah ini. Ya Allah...


Study + stress + Gila = Memori Indah.


Next exam? Selasa. Rabu dan Jumaat.

Study? Erk. Masih di Mood bermalas-malasan.

Serius sangat malas.

Rasa macam nak stress je.

Nak stress ada tanda-tanda ke weh?

Nak deman tau la, badan jadi panas.

Nak stress???

Gila. Belum start study dah stress.

Kalau study mesti boleh jadi gila.

So, moral of the story.

JANGAN STUDY. NANTI GILA.







Bila musim-musim final nie, aku terindu-rindu zaman study kat UMP. Uwaaaaa... Rindunya port best aku. Rindunya dinding yang luas boleh tampal-tampal note segala bagai. Konon membantu laaaa. Tak mengapa. Usaha itu penting. Walopun tengok sekadar jeling-jeling ayam. =)



Meja study tak guna sebab sibuk nak susun almari yang 3 tingkat tuh. So, bila nak exam baru nak gelabah cari meja. Nasib baik Maydin belilah dengan harga borong ada jual meja jepun.

Inilah port aku tidur. Makan. Tonton Movie. Berinternet. Karok dengan rakan-rakan. Jugak port lepak dengan wanita-wanita kegemaran. Sungguh privacy tempat nie. Langsung tak ada gangguan.




Ceywahh. Dulu ada jadual. Sekarang? Jadual dalam kepala maaaa. Sehari 1 kelas. Kena buat jadual kah?





Hey, engkau nie. MenTOYOL jer tahu kan.





Rindunya rakan study. Rakan study???





Owh. Rindu Incik Roh saya. Setiap kali final mesti study dengan beliau. Best. Mensembang je lebih. Main-main lagi berlebih-lebih.

Hey Incik Roh ku sayang, ingat tak, bila nak study ngan aku je mesti mengada nak kena tutup kepala. Study kat bilik sendiri tak dak pun kan.

Jadi saya rakan yang baik mestilah membantu rakan yang mengada itu dengan memberi pinjam shawl. Tapi, bila nak pakai shawl... "Alaaaa... Macam mana nak pakai shawl?".

Tak mengapa, mari sini saya tunjukkan... Ini cara yang pertama... Ini cara yang ke2... Ia jugak boleh di gayakan dengan cara ini... Kalau ingankan stail bersantai begini...

Tiba-tiba saja sesi pembelajaran Structure bertukar kepada sesi cara-cara memakai selendang. Sangat bagus!!

Kemudian, bila study di malam hari, badan akan menjadi sejuk dan haruslah pakai jaket. So, menselongkar la locker aku untuk cari baju kalis udara sejuk. Tapi lepas tu, tak jadi study sebab jumpa baju lain. Baju baru yang belum di pakai lagi. Baju cantik. Baju Inspector Sahab.

Yaa! Mari bermain pesyen-pesyen. Posing sana sini. Owh, jangan dilupa, buku harus di tutup. Nanti ilmu lari. =)

Bila mood study dah sampai, memang kami akan study secara bersungguh-sungguh. Tapi sungguh-sungguh itu akan bertahan untuk beberapa menet. Baru buat 2 soalan dah stress. Kita kena release tension nie. Hurmm.. Apa lagi sahabat. McD jom !!! =)



Rindu PESTA AIR.

Ya, UMP akan membuat pesta air setiap kali musim final exam. Dari mula-mula study tahun 2005 lagi sampai la menjadi final year student pada tahun 2009. Gila lama.

Kadang-kadang pesta nie lebih stress dari study RC. Mau taknya. Mandi sehari sekali je. Tu pun puas mengankut air dari blok sebelah. Kalau malas sangat angkut boleh mandi beramai-ramai secara berkemban kat tepi tangki air. Tapi kalau nak berak tak daknye secara beramai-ramai. Memang kau kena usung dengan menyeberang 2 blok. Lepas sampai blok sendiri, tinggal separuh air. Mana nak cukup baii. Aku nak berakk. Bukan nak gosok gigi..

Sangat terseksa zahir dan batin.

Kalau paper pagi pulak tuh, mesti kena bangun 3, 4 pagi. Kena berebut air weh. Kang bangun lewat-lewat nanti tak bermandi pulak pergi jawab final. Tapi sengah-sengah saim-saim saya. Apa kesah. Bukan orang tau pun. Busuk-busuk pun roomate je dapat detect. haha. Kurang senonoh betul la kamu.

Ada yang lagi rajin, pergi mandi kat luar, kat toilet toll gambang laa. Kat kawasan rehat laaa. Siap bawak baju-baju busuk lagi untuk di sental. Good!!

Yang ajaibnye tiap kali musim final exam KOMPEM air akan tak ada. Indahkan UPM saya. Terima kasih atas pemberian pengalaman yang sukar di lupakan itu. Saya SANGAT SANGAT SUKA.





Dah laa. Cukup la 3 benda yang aku carutkan kan malam nie. Kang tulis Rindu kat Abang yang jaga periksa, tak ke muntah keluar darah, daki, cacing kerawit dan lintah debab pulak engkau. Kan. Okeh la. Tata. Selamat berindu-rinduan!!










PdanS: Bila Gigi mula sakit. Serius! aku kena pergi GIG!!!

Friday, November 26, 2010

Shades contest aka kaca mata hitam






1. kena foloww ini blog
a) mis genit (gf)
b) cik mok (BF)

2. mesti ade blog dan berstatus warganegara MALAYSIA.

3. kaum bebas. agama bebas. jantina pun bebas.

4. story sedikit itu gambar , gmbr sorang or ghamai2.

5. maximum only two picture korang bagi. but only 1 picture akan di pilih.

6. letak amik banner kat atas nie. letak kat sidebar korang and link kat banner ke blog ni ok!

7. tag kan kepada blogger aktif ok! min korang kena tag 4 blogger. tapi lagi ramai. lagi bgus kan. tag banyak2.

8. leave ur komen with ur link skali di blog ini.

9. tarikh tutup contest ni pada 15 dec 2010

10. hadiah? mystery gift from me and cik mok.






Photobucket

Ini time kenduri kawen rakan sekelas. Sangat-sangat best. Melepak dalam rumah sambil mensembang dengan makcik-makcik. Lepas tu ambil gambar sambil posing bengong-bengong. Owh. Memang best. Sangat miss this moment!!!




Photobucket

Gambar nie di ambil time ondaway nak pergi Pahang untuk konvokasyen kami-kami. Yeay. Love this moment!!










Kepada pemilik nama-nama di atas, i tau u olss tengah syoq becuti. Jadi free-free kan hari anda untuk join contest ini. Hehe








PdanS : Fuhh.. Berpeluh habeh ketiak-ketiak dok godek file-file lama cari gambar berkaca mata. Ahernya... Jumpa jugak. hak hak... Sekarang boleh update dengan cerita sendiri plak. Yuuhuuuu...

Thursday, November 25, 2010

CONTEST MANISNYA SENYUMAN



Contest ini datangnya dari AEFA AERISYA

dan saya tahu dari Cik Roshan menawan sebab dia dengan rajinnya mengeTAG saya.




1. Buat entry bertajuk CONTEST MANISNYA SENYUMAN

2. Letak BANNER contest di dalam entry dan link kan ke blog ini.

3. Letak satu gambar yang penuh dengan senyuman.[gambar beramai-ramai. min 3 orang]

4. Bina satu ayat kreatif tentang gambar berkenaan.

5. Tag 2 blog yang lain.

6. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen.

[tak perlu follow dan letakbanner di sidebar]




Tarikh tutup : 1 Januari 2011
[penganjur boleh mengubah tarikh tutup tanpa notis awal.. tak boleh blah ayat aku ni LOL]






Dengan bangganya, saya akan mempersembahkan 2 keping gambar yang akan di pertaruhkan.
Hey. I nak bubuh 10 boleh tak. Banyak sangat gambar senyum yang best.




Photobucket


Photobucket

Ini my 7wonders saya. Tapi ampun ya. Tinggak nam saja. 1 lagi. Sedang syoq mandi-manda di Bukit Gambang Resort besama family tercinta. Tak mengapa boleh di maafkan.




"Today i am wearing the smile that you left me with..."




saya telah tagged:




.: selamat mencuba :.











PdanS : Eh.. bila view balik gambar terkeluar laaa.. haha.. tak kesah kan, Cik Pembuat contest..

Entry tak berisi.

Wah. Gila bapak segala awal saya bangun hari nie yer. Ye ke. Bukan ke kunci jam pukul 6.00pagi dan bangun 6.45 pagi. Ya. Sungguh tak awal. Owh. Tak mengapa boleh abaikan.

Mari kita berbangga ke pencapaian yang lain. =)

Sekarang jam 7.10 Pagi. Aik saya TAK TIDOQ? Saya tak tidur selepas subuh? Hey, hari tak ada paper hokeh. Kamu sedang mamai kah Cik Munawwarah. =)

Hey, kamu sedar tak yang kamu baru saja sidai kain di jam 6.50 pagi !!

Wah. Apakah saya sudah berubah? Serius. Macam nak talipon Che Sayang dan cakap anak perempuan dia yang comel gila dah tak suka tidur after Subuh. =)

Hebat kan saya hari nie. =). Menjadi saya pada hari ini adalah satu yang perlu di banggakan. Lagi? Jugak perlu di suka dengan sepenuh hati. Haha. Ayat pun sungguh caca merba. Normal la kan bila menulis, eh, mentaip di pagi hari.

Nothing to story pagi ini, sebab cerita-cerita lain seperti di smartTAG oleh rakan comel perlu di tulis di muka surat yang lain. Tak perlu menjadi rojak-rojak. Walaupun saya suka rojak. OMG. YA saya memang suka rojak. Sedap sehhh.

Eh, bila cakap hal makan memakan nie, ada isi penting yang lain yang harus di sampaikan. [Ceh, tadi konon no rojak. Pooraaah]

Napsu makan saya HILANG !! Saya sangat tak suka kalau datang Parit Raja lepas berHuuhaa-huuhaa di kampung dengan begitu lama. Kompem, semua masak kan sini saya jadi tak selera. Bagi la apa pun. Ikan pari masak pedas ke? Beriani gam ke? Owh noo. Boleh masuk 4,5 mulut saja.

Uwaa.. Saya merindui Sambal petai. Jugak sama masak lemak cili api. Saya rindu Itik peranakkan jugak [walaupun makan kuah saja and itik macam takut nak makan masih ada hati nak tulis rindu-rindu]. Kerabu pelam. Kerang rebus cicah ayer asam. Ulam ulaman. Dan Sumua-sumua yang berperisa kekampungan YAN...

Puding lazat. Ciss kek menawan. Bubur kacang. Kuih sagu di petang hari. Kuih melaka. Cucur Shara. Owh tidakkkkk.

Kalau la Yan itu boleh di angkut ke sana ke mari. Kan indah. =)

Entry yang awalnya macam tak ada isi sekarang dah jadi berisi-isi. Dan daripada saya terus merojak lagi, lebih baik kita terus beralih ke perenggan yang terahir.

Baheklah.

Sebagai penutup = Pukul menunjukkan jam 7.45 pagi. Hari hujan dan menjadikan pagi yang sejuk. Kedengaran seperti katil memanggil saya. Hurm. Rindu la tuh. Fine. Tak perlu hipokrit Munawwarah. Kamu pun RINDU sama katil jugak kan. Mari sambung tidur. Sekian =)







PdanS: Owh. Ada 2 TAG yang harus di selesaikan dari sini dan sini. Mesti lagi BZ lepas nie. haha. 3 lagi paper apa cer kamu???

Wednesday, November 24, 2010

Untuk hari Esok.



Esok 1st paper. Semoga baik-baik saja.

Esok jugak paper yang pertama setelah bergelar pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Esok Paper yang mula-mula. Jadi apa kejadah saya di sini. Bukan di depan meja sedang blakon-blakon sibuk mebukak buku TECHNO.




Erk.

Tah la nak cakap.

Rasa macam nak suka.

Tapi rasa macam nak sedih jugak.

Macam tiba-tiba nak suruh habuk masuk mata.

Plesss habuk.

Masuklaaaaaaa.



Owh rasa.

Kenapa la kau macam nie.

Kenapa la kau tak Rasa macam nak makan di Rasa Mas ke.

Hadoi.



Baheklah.

Rasa nak dengar lagu Surga Cinta.

Mungkin boleh kurangkan rasa-rasa pelik ini.

Sekian dari saya.

Pembekal rasa-rasa sedunia.









PdanS: Kenapa perlu macam nie.


Monday, November 22, 2010

Kami suka MBEKKKK...

Kenapa saya suka kampung saya? Kenapa saya suka kampung saya? Kenapa saya suka kampung saya? Kenapa saya suka kampung saya? Kenapa saya suka kampung saya? Kenapa saya suka kampung saya? Kenapa saya suka kampung saya? Kenapa saya suka kampung saya? Kenapa saya suka kampung saya?
[ulang sampai pengsan]



[okeh. dah sedar dari pengsan? mari sambung baca. =)]


Saya suka kampung saya kerana :

Orang kampung saya sangat lah mengsuka buat majlis berbentuk bakar-bakar mbekkk atau orang puteh selalu sebut BBQ [Bukan babi beratur. Tak comel hokeh]. Balik kampung hari tuh, cuti 3 minggu, 2 kali kami memBBQ. OMG. Gila suka. Dah la yang diBBQ itu adalah kambing. Nyumy nyumy. Maka, dengan itu, semakin riang gumbira la Incik Kolestral melompat-lompat dalam badan saya ya.

Membebel panjang saja buat apa bai. Baik engkau bubuh gambar. Apa daaa...

Bakehlah Puan Bai.




Photobucket
eeee. Muka saya macam ada gelembung-gelembung udara di kedua-dua belah pipi. eeee.



Photobucket
Suku sakat sedang menikmati ayam bakar. Kambing bakar? Owh, kambing bakar orang dewasa jer bules makan. Hurm. Pandai orang dewasa nie kan.



Photobucket
Puan Nurul Huda. Atau nama glemer dia NAT. dan Laki dia Incik Skru.



Photobucket
Suku sakat yang tak terkecuali dari membalun 4,5 ketoi peha ayam yang debab. Ya sangat debab weh. =)



Photobucket
Ini sumbangan ikelas dari saya. Jemput rasa yerr. Kompem tak tidur malam lepas tuh, asyit terbayang-banyang "Owh puding pelangi Cik Moon. Datang lah kepada ku.."




Photobucket
Menu istimewa malam tuh, KEK BUKU!!! Mula-mula di buat oleh my kazen sempena adik dia dapat 5A UPSR. Alih-alih dapat berita nak buat BBQ malam tuh, terus bawak ke malam. Tak jadik nak potong siang tuh. Semua rakyat jelata macam jakun gila tengok kek bentuk buku yang besaq. Termasuk jugaklah pompuan yang pakai shawl color pink itu. Lebih excited dari orang yang dapat 5A. =)




Photobucket
Owh. Gadis bershawl pink itu. Macam sangat kasihan saja. Malang sungguh suaminya. Haha.



Photobucket
Cewahh. Tak sia-sia aku menjadi penyibuk sedunia. Boleh jugak jadi tukang potong kek. "Dengan ini saya merasmikan sukan Kampung Kita 2010. Sila tepuk tangan bila saya dah potong ya. Cameraman tolong focus betoi-betoi!!"





DAN MAJLIS YANG KE2, BERLANGSUNG PADA MALAM AIDILADHA.



Tapi tak berapa meriah seperti makan-makan yang mula walaupun sedara mara lebih ramai. Mungkin semua dah kenyang pekena Bihun Sup buatan saya di siang Aidiladha. Dan jugak, daging lembu tak best. Liattttt. Lagi pun tak dak mbekk dan peha ayam debab.




Photobucket
Ceh, possing je lebih. Yang dok pulun makan 2 orang jer.



Photobucket
Yang nie pun sama kes seperti di atas. Tapi nasib baek penyibuk tuh telah menyerikan lagi panorama di atas tangga ini. Eeeee. Makan atas tangga. Dapat laki tua.





Photobucket
Ini Ciss kek. Membuat ciss kek amatlah mudah dan lebih mudah dari makan kacang. Sebab makan kacang kena buang kulit dulu. Tapi buat ciss kek, tak kena bukak kulit. Erk. Apa beliau merepek nie. Okeh. Nanti saya buat entry tutorial ciss kek yer.



Photobucket
Di sebab kan semangat jati diri kurang untuk cuba menghancurkan daging liat, Jadi, aktiviti malam itu lebih tertumpu kepada mensembang besama warga tua. Yeay! Dah boleh join orang tua-tua sembang!! Maturednya saya!! haha. [padahai dah tua]








PdanS: Exam Khamis. Tapi masih bermalas-malasan. Blogspot, tolong block account saya sampai 3.12 nie bules.. Aset memblogging saja.

Konon-konon macam Wish List laaa...

Photobucket

Ya ya. Saya setuju apa yang Incik FB kacak katakan. Owh Facebook, i luff u sangat-sangat. Macam susah-susah je buat application nie untuk i. Dah la i pemalu orangnye. Terus segan nak tulis kat situ. Tak mengapalah. Tulis kat blog pun okeh jugak. Huhu.

Atas nasihat yang begitu berguna dari Incik FB yang kacak, to make easier for ur friends to buy you are gift for ur brithday, maka, saya berperasaan memang sangat perlulah dan sangat menjadi kewajaran agar saya tulis "My Wish List". Selain itu saya sangat tidak suka menyusahkan kawan-kawan memikirkan hadiah apa yang perlu di beli di hari ulangtahun saya. Gila macam bagus kan saya ini. =)


Okeh. Mari kita mulakan. Ehem-ehem.


1) Tadi bejalan-jalan di Facebook, tiba-tiba nampak orang TAG ini barang. Cun wow.

Photobucket
Yang nie memang betul-betul nak!! Serius.


2) Haha. Sebenarnya tak nak apa-apa pun. Tapi nak gedik jugak macam ada Wish List. sendiri. Macam tak aci jer tengok orang lain ada. Okeh Muna. Fikir-fikir!! Keluarkan!!


3) Owh. Okeh. Baru teringat. Nak Perfume. Escada. Pacific Paradise or Moon Sparkle or Desire Me.


4) Lagi. Owh. Mahu wang tunia RM1400 untuk bayar yuran pembelajaran sem depan. Jadi duit PTPTN boleh la buat belanja beli shawl cantik menawan kalbu. =)


5) Next. Saya nak... saya nak.... saya macam nak kawen. Huhu. Bleh jadi hadiah besday kah?? haha


6) Hurm. Lagi. Saya memerlukan sebijik Laptup Apple. Tak pun I-Pad pun okeh jugak =). Ya sangat perlu. Sebab sem depan kena ada latihan mengajar. Boleh rujuk entry ini bukti-bukti betapa perlunya Sebijik mendalah canggeh ini.


7) Saya jugak kepingin DSLR. [Sapa la yang gila punya mulia dan jugak baik hati nak bagi kan]


8) Saya mahu trip pergi makan-makan ke Tempat pilihan yang di tanggung pecuma. Restoren Saba di Cyberjaya. Mokde, Kemira, Sara Thai, di Pahang. Popia enak di Pasar Kabut.. Ayob di Damansara. Dan banyak lagi.


9) Saya mahu...hurm.. saya mahu... saya mahu Inspira color merah. Sangat mahu!!!


10) Saya mahu stop. Saya dah tak dapat fikir apa lagi yang saya mahu. Yang paling penting kawan-kawan tak pernah lupa saya dah cukup okeh. Biarla tak bagi hadiah ke, LUPA BESDAY ke. Tak mengapa. Janji still KEEP IN TOUCH.










PdanS: Bila nak study nie. Aset melagha di pelusuk FB dan Blogspot saja. Haish...



Sunday, November 21, 2010

Kawen-kawen.


Sedikit update mengenai cerita pergi melihat kawan-kawan mengkawen. Mungkin ini 1st kenduri yang saya pergi yang melibatkan kawan-kawan sekolah kawen. Lain-lain jemputan semuanya tak berkesempatan sebab berada di luar negeri[ceh macam dok obesi ja] ataupun mungkin juga saya tak di undang. Sedehnya. Tengok dalam FB jer tau, lepas tu buat muka terkejut, ya ampun dia nie dah kawen, pasaipa tak tau.

Lepas tu bila jumpa kawan-kawan sekolah yang lain mula la nak bergosip, Eh, tahu dak, dia nie dah kawen dengan budak nie. Si kawan-Kawan pun mula la nak menyampuk, "Laaa.. baru tau kaa? Dah mengandung pun, 4 bulan.. Bunting pelamin"

Bijak kawan-kawan saya nie. Boleh tau wow bunting pelamin ka? Bunting luar rahim ka? Pulai Bunting ka... Hebat mereka nie. =)

Okeh.




Photobucket


Ini Kak Ina. Nama glemer dalam blog iman. Kadang-kadang aku tengok orang panggil Kak Ain. Hurm. Ajaib. Pasaipa saya tau 1 nama ja. Sungguh tak aci.

Beliau adalah Kakak Senior jugak merangkap geng di asrama SMKYan. Jugak selaku pencetus kepada idea-idea nakal waktu dok hostel dulu. Jarak umur di waktu awal perkenalan sangat la berbeda, beliau form 5 dan aku budak kecik form 1 yang comel gila. Kan kak ina kan. Mungkin sebab tu kot kak ina tertarik untuk lebih mendekati aku. Hak hak hak.

Hey kak Ina yang cun melucun di hari persandingan, pasaipa u maken pendek. Hak hak. Dulu punya la susuh nak sembang ngan u. Kena langut sampai boleh patah tengkot. La nie, duduk sama tinggi, berdiri u tinggi siiiikiittt ja. hik hik. Itu tandanya i dah besaq dan dah 24 tahun. Sila jangan layan saya macam kanak-kanak comel form 1 hokeh. Owh, sungguh tak best.






Photobucket

Hey kak ina Si Raja Farah Sehari, cepat la update blog dengan cerita seorang BINI ORANG. Mesti topik setiap hari tak lari dari tajuk "Memicit badan suami yang letih balik kerja", "Mensental baju kerja suami dengan tangan dua kerat", "Hari nie memasak nasik dan telor goreng kesukaan suami"... Wow. Sangat teruja tau.


Ini gambar-gambar yang sempat di petik di Facebook beliau. Sangat cun. Saya suka pokok-pokok kering itu. Nanti i kawen kena wajib buat time padi tengah menghijau. Baru bules ambik gambar secara cantik-cantik macam nie. =)


Photobucket
cheeeewah.. u tolak i, i tolok u.. Lalu kita sama-sama jatuh.. Owh indahnya dunia..




Photobucket
Jangan lupa jugak, payung klasik ini. Walaupun banyak di gunakan sewaktu mengusung mayat ke kubur, tapi untuk photo shoot jugak sangat-sangat menarik. Klasik-klasik gitu. Jadi, jangan lupa masukkan sekali dalam senarai barang-barang yang harus di beli selain bunga teloq 400 tangkai.



Photobucket
Sekali lagi. Pokok kering itu menggoda saya. Serius, balik nanti nak pi cari kat mana pokok lagu nie, nak cup awai-awai untuk mengkawen saya. Nak tulis note kat pokok tuh. Sila jangan tebang pokok ini sebelum " cuti sekolah bulan nam tahun 201*"





SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MEREKA-MEREKA YANG AKAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN PADA CUTI SEKOLAH INI.

Kalau hujan tidak henti-henti di hari berbahagia anda, anggaplah itu satu rahmat dari Tuhan kepada anda... Jangan komplen-komlen tauuu...








PdanS: Sungguh excited nak berkenduri 20122010 ini. hehe.