❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 26, 2010

Kesimpulan untuk SEM ini.


Sem 1 semakin hampir ke penghujung. Alhamdulillah...Tinggal beberapa hari lagi untuk habiskan sisa-sisanya.

Aku? Ya Allah, tersangat lah suka. Boleh rest. Boleh balik kampung. Boleh layan blogging setiap hari. Boleh masak puding febret gua. Boleh masak itik peranakkan. Boleh duduk bawak ketiak mak. Boleh kawen! Erkk. Ya boleh boleh. Boleh pergi orang MengKawen saja. Kawen belum boleh lagi. Hik hik. Eeee.. Gatey noo.


Okeh, dan sekarang mau kongsi tentang perubahan diri yang sangat ketara setelah bergelar Pelajar Fakulti Pendidikan nie........



Photobucket
Hey, i blajar 5 subject jer sem nie. Lima okeh lima. Sikit kan. Sila la jelus. Tapi serabut dia macam orang ambik limapuloh subject dan repid 3subject. Erkkk. No more last minute punya kerja lagi yer sayang.



Photobucket
Nie note yang mula-mula masuk sem nie. Sangat lah bangga gila. Wah, saya dah berubah! Suka salin note. Note pulak kelihatan sangat chantek. Wah. Saya kah ini.




Photobucket
Serius. Sangat lain perilaku saya kalau nak di bandingkan waktu degree dulu. Pemalas nak mampos. Dan kalo di biarkan boleh jadi mampos. Kalau bukak buku note cuma ada chit chat yang macam YM tapi di alih bahasakan ke dalam bentuk buku. Macam biasa, chatting dengan orang sebelah, kalau lecture agak sangat busan boleh menjangkau sampai orang sebelah punya sebelah lagi hingga ke baris depan. Ayat plak, seperti biasa, akan menggambarkan pelajar yang kena lapaq 24 jam... "Wey. Perut lafarrr" "Eh, makan mana?" "Kape executive nak?".. tak pun "McD jom"... Hurmmm.




Photobucket
Ya Allah.. saya kah ini? Ada pelangi-pelangi dan awan bekepul-kepul lagi. Fine.




Photobucket






TAPI....TAPI...

JANGAN LAH KAU SANGKA CERAH ITU SAMPAI KE PETANG....

KUTIPLAH KAIN BAJU DI LUAR RUMAH ITU...

JANGAN PEMALAS.

BARANGKALI ADA SNOW SIKIT-SIKIT.

TAK PUN ANGIN AUTHUM AKAN BERTIUP DENGAN DERAS.

Tiba-tiba sungguhhh........





Photobucket
Eh, kenapa? Mana bunga-bunga tadi. Dah gugur ke? Eh, lupa dah authum kan. huhu. Pelangi pun dah hilang. Haishh...




Photobucket
Nie la ciri-ciri Engineering student. Tulis pun short form saja. Tulisan serabut serabai. Malaih la aku nak pedo-pedo. Salin note nie pun dah kira bagus gila dah nie. Ada chance dapat Anugerah Naib Canselor. Busuk-busuk pun mungkin dapat kawan dengan student yang dapat Anugerag Naib Canselor. Kan...




Photobucket
Okeh. Bau-bau kemalasan sudah ada. Note seround dan lukis-lukis 4 round.




Photobucket
3HOUR. Erk. Otak boleh kena sawan dan badan akan kejang secara tiba-tiba kalau tak berpoya-poya dengan aktiviti sendiri. Serius. Kalau 3 jam itu adalah untuk subject calculation. Okeh. Saya tak kesah. Tak bosan. Tapi 3 jam tu fully dengan taklimat bagaimana nak mengahalau tikus keluar dari rumah dan siri ulangan cerita anak jiran sebelah suka bukak peti ais rumah saya sesuka hati. Erkk. Please laa... Perlu ke saya angkat tangan dan cakap "Prof cerita nie dah 3 kali ulang"... "Prof, kita sambung topic kita yer"...




Photobucket
Dan bila setan mula menanamkan tanduknya. No more lagi salin-salin note di depan. Tajuk pun aku tak tulis. Pergi ke kelas untuk siapkan lukisan-lukisan yang terbengkalai pada kelas-kelas lepas. Comel kan saya. Jangan tiru tau. Nie bukan petua untuk comel dan tampil menawan.



Photobucket
Saya berbakat rupanya. hak hak




Photobucket
Bukan ke nie Kelas Pedagogi? ke Psykologi?. A'a... Kelas Psykologi. Belajar bagaimana nak tangkap ikan Paus. Dan pergi bekelah tepi laut. Jugak naek bot yang bebentuk Pencil !! Wow.. Gila besh..




Photobucket
Tak sempat habiskan conteng menyonteng nie. Sem dah habis. Kalau i repid subject nie boleh la sambung lagi. huhu. Hoi. Gila. Jangan weh. Tak mooo. Diam. Aku cabai kot mulut tuh.




Photobucket
Suka lukis bunga. Dalam hati sudah ada taman kah? Hurm. Perlu di fikirkan tuh. Mungkin kena buat kes kajian nie. Cari persoalan. Apa hipotesis? Skop lagi? [Pengaruh Projek Sarjana]



Photobucket
Eh, bunga lagi... Bunga-bungan chinta sungguh la u nie. Erk. Chinta? Chinta Chanduri? Osman Kabila? Osman Kabila lagi... Kenapa Osman Kabila dah mati.. Nak Osman Kabila jugakkkk!!!... Uwaaaa.... [ Sila tonton Chinta jam 6.30 petang di TV3]




Photobucket
Okeh ini pulak dari hasil pembelajaran dari subject Falsafah. i Loike sangat dengan lecture nya. Ayat-ayatnya. Boleh lawati laman sesawang ini kalau nak try mengukur ayat beliau yang sungguh berfalsafah. Mesti menangis dia kalau baca blog aku. Mintak-mintak la dia tak jumpa dok. hik hik



Photobucket
Yups. Kelas nie memang saya concentrate habis sebab suka dengan cerita-cerita yang beliau sampaikan. BEST. Macam kena dengan jiwa. Tapi, hehehe, still malas nak salin note jugak. Cuma di simpulkan melalui lukisan-lukisan hodoh nie jer.. okeh la tu kan.. Note dia boleh amek dari slide nanti. Tapi kisah-kisah agama, kisah-kisah teladan, kata-kata nasihat.. Tak dak siri ulangan. Sekali tu jer dapat...









PdanS : Sekarang sangat mudah gelak. Sangat mudah tersenyum. Otak macam dah kurang stabil lepas-lepas keja sekulah dah habis buat. Stress gamaknya kot. Tambah-tambah kalau tengok Spongebob, lagi menjadi gelak aku.. Haish.. Gembira sangat nie.. Risau aku..

No comments: