❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 27, 2010

Jangan GODA saya okeh.




Hey kamu..




Photobucket

Kenapa perlu sangat comel ha!




Photobucket

Kamu tahu tak, kecomelan kamu mampu menggoda saya.





Photobucket


Dah la saya tak kawen lagi.







Photobucket

Kang saya angau ke kamu begemana??






Photobucket

owh.. TIDAKKKKK....





Photobucket



Kamu yang comel..

Lepas nie,

Jangan buat muka comel-comel macam nie lagi yer..








PdanS : SUMPAH sedap weh. Cepat pergi try kat BIG APPLE. Kalau la kesedapan nie boleh di samakan dengan peperiksaan SPM, saya bagi 17 "A1".... Kalau sama dengan CGPA saya bagi 4 flat dan berflat-flat !!!... Lagi, kalau sama dengan lelaki paling kacak saya bagi ZAHIRIL ADZIM!! Ya ZAHIRIL ADZIM, memang kacak gila, cool plak tuh... hik hik.. Cepat pergi google !!



Tanda tanya ?


Hidup sekarang macam timbul banyak persoalan.

Eh, kenapa ek dia.....

Eh, hari-hari plak dia.....

Macam lain jer cara dia....

Perlu ke aku yang perasan sorang-sorang.

Ke semua orang dah perasan.

Hahahaha..

Haish.


Tak mengapa.

Anggaplah itu perkara-perkara comel dalam hidup anda.

Ya, beliau memang comel kalau selalu-selalu buat aku tertanya-tanya.





ok.STOP.JanganTanyaApa-ApaLagi.





Tuesday, October 26, 2010

Kesimpulan untuk SEM ini.


Sem 1 semakin hampir ke penghujung. Alhamdulillah...Tinggal beberapa hari lagi untuk habiskan sisa-sisanya.

Aku? Ya Allah, tersangat lah suka. Boleh rest. Boleh balik kampung. Boleh layan blogging setiap hari. Boleh masak puding febret gua. Boleh masak itik peranakkan. Boleh duduk bawak ketiak mak. Boleh kawen! Erkk. Ya boleh boleh. Boleh pergi orang MengKawen saja. Kawen belum boleh lagi. Hik hik. Eeee.. Gatey noo.


Okeh, dan sekarang mau kongsi tentang perubahan diri yang sangat ketara setelah bergelar Pelajar Fakulti Pendidikan nie........



Photobucket
Hey, i blajar 5 subject jer sem nie. Lima okeh lima. Sikit kan. Sila la jelus. Tapi serabut dia macam orang ambik limapuloh subject dan repid 3subject. Erkkk. No more last minute punya kerja lagi yer sayang.



Photobucket
Nie note yang mula-mula masuk sem nie. Sangat lah bangga gila. Wah, saya dah berubah! Suka salin note. Note pulak kelihatan sangat chantek. Wah. Saya kah ini.




Photobucket
Serius. Sangat lain perilaku saya kalau nak di bandingkan waktu degree dulu. Pemalas nak mampos. Dan kalo di biarkan boleh jadi mampos. Kalau bukak buku note cuma ada chit chat yang macam YM tapi di alih bahasakan ke dalam bentuk buku. Macam biasa, chatting dengan orang sebelah, kalau lecture agak sangat busan boleh menjangkau sampai orang sebelah punya sebelah lagi hingga ke baris depan. Ayat plak, seperti biasa, akan menggambarkan pelajar yang kena lapaq 24 jam... "Wey. Perut lafarrr" "Eh, makan mana?" "Kape executive nak?".. tak pun "McD jom"... Hurmmm.




Photobucket
Ya Allah.. saya kah ini? Ada pelangi-pelangi dan awan bekepul-kepul lagi. Fine.




Photobucket






TAPI....TAPI...

JANGAN LAH KAU SANGKA CERAH ITU SAMPAI KE PETANG....

KUTIPLAH KAIN BAJU DI LUAR RUMAH ITU...

JANGAN PEMALAS.

BARANGKALI ADA SNOW SIKIT-SIKIT.

TAK PUN ANGIN AUTHUM AKAN BERTIUP DENGAN DERAS.

Tiba-tiba sungguhhh........





Photobucket
Eh, kenapa? Mana bunga-bunga tadi. Dah gugur ke? Eh, lupa dah authum kan. huhu. Pelangi pun dah hilang. Haishh...




Photobucket
Nie la ciri-ciri Engineering student. Tulis pun short form saja. Tulisan serabut serabai. Malaih la aku nak pedo-pedo. Salin note nie pun dah kira bagus gila dah nie. Ada chance dapat Anugerah Naib Canselor. Busuk-busuk pun mungkin dapat kawan dengan student yang dapat Anugerag Naib Canselor. Kan...




Photobucket
Okeh. Bau-bau kemalasan sudah ada. Note seround dan lukis-lukis 4 round.




Photobucket
3HOUR. Erk. Otak boleh kena sawan dan badan akan kejang secara tiba-tiba kalau tak berpoya-poya dengan aktiviti sendiri. Serius. Kalau 3 jam itu adalah untuk subject calculation. Okeh. Saya tak kesah. Tak bosan. Tapi 3 jam tu fully dengan taklimat bagaimana nak mengahalau tikus keluar dari rumah dan siri ulangan cerita anak jiran sebelah suka bukak peti ais rumah saya sesuka hati. Erkk. Please laa... Perlu ke saya angkat tangan dan cakap "Prof cerita nie dah 3 kali ulang"... "Prof, kita sambung topic kita yer"...




Photobucket
Dan bila setan mula menanamkan tanduknya. No more lagi salin-salin note di depan. Tajuk pun aku tak tulis. Pergi ke kelas untuk siapkan lukisan-lukisan yang terbengkalai pada kelas-kelas lepas. Comel kan saya. Jangan tiru tau. Nie bukan petua untuk comel dan tampil menawan.



Photobucket
Saya berbakat rupanya. hak hak




Photobucket
Bukan ke nie Kelas Pedagogi? ke Psykologi?. A'a... Kelas Psykologi. Belajar bagaimana nak tangkap ikan Paus. Dan pergi bekelah tepi laut. Jugak naek bot yang bebentuk Pencil !! Wow.. Gila besh..




Photobucket
Tak sempat habiskan conteng menyonteng nie. Sem dah habis. Kalau i repid subject nie boleh la sambung lagi. huhu. Hoi. Gila. Jangan weh. Tak mooo. Diam. Aku cabai kot mulut tuh.




Photobucket
Suka lukis bunga. Dalam hati sudah ada taman kah? Hurm. Perlu di fikirkan tuh. Mungkin kena buat kes kajian nie. Cari persoalan. Apa hipotesis? Skop lagi? [Pengaruh Projek Sarjana]



Photobucket
Eh, bunga lagi... Bunga-bungan chinta sungguh la u nie. Erk. Chinta? Chinta Chanduri? Osman Kabila? Osman Kabila lagi... Kenapa Osman Kabila dah mati.. Nak Osman Kabila jugakkkk!!!... Uwaaaa.... [ Sila tonton Chinta jam 6.30 petang di TV3]




Photobucket
Okeh ini pulak dari hasil pembelajaran dari subject Falsafah. i Loike sangat dengan lecture nya. Ayat-ayatnya. Boleh lawati laman sesawang ini kalau nak try mengukur ayat beliau yang sungguh berfalsafah. Mesti menangis dia kalau baca blog aku. Mintak-mintak la dia tak jumpa dok. hik hik



Photobucket
Yups. Kelas nie memang saya concentrate habis sebab suka dengan cerita-cerita yang beliau sampaikan. BEST. Macam kena dengan jiwa. Tapi, hehehe, still malas nak salin note jugak. Cuma di simpulkan melalui lukisan-lukisan hodoh nie jer.. okeh la tu kan.. Note dia boleh amek dari slide nanti. Tapi kisah-kisah agama, kisah-kisah teladan, kata-kata nasihat.. Tak dak siri ulangan. Sekali tu jer dapat...









PdanS : Sekarang sangat mudah gelak. Sangat mudah tersenyum. Otak macam dah kurang stabil lepas-lepas keja sekulah dah habis buat. Stress gamaknya kot. Tambah-tambah kalau tengok Spongebob, lagi menjadi gelak aku.. Haish.. Gembira sangat nie.. Risau aku..

Sunday, October 24, 2010

My Love.

Diam. Jangan cakap apa-apa. Fikir yang bukan-bukan pun jangan.

Boleh baca jer.

Okeh. Sila tekan punat PLAY dan teruskan pembacaan anda.










Saya suka dan sangat suka dan terus akan suka lagu nie.

Bila dengar lagu nie.

Saya mampu senyum secara panjang-panjang.

Stress pun boleh hilang.

Dan hati sangat berbunga-bunga.

Ada taman mungkin.

Tapi saya tak IN LOVE pun.

Ajaib bukan.


Please

Nak karok lagu nie.

Erkk..






Untuk 7 Wonders saya.

I try to read
I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop to keep myself from thinking









PdanS : Tekanan membuat keja sekulah dari pagi sampai ke tengah hari berlarutan ke petang dan sambung ke magrib nampaknya makin hilang sedikit. Good!!

Wednesday, October 20, 2010

20102010


20102010. Hurm. Macam sungguh cun kan tarikh tuh. Plan macam mau menikah 201202010 tuh. Tapi, Erk.. Menikah? Adakah menikah itu macam main kawen-kawen waktu jajah satu. Apakah menikah itu sama macam dengan jerang air? goreng telor? dan menonton Spongebob? atau pun bermain zeropoint? Mari kita cuba fikirkan.....

Dah hentikan cerita menikah itu. Tak dak sapa-sapa pun yang akan menikah dalam masa terdekat atau tahun terdekat nie. Mungkin abad yang terdekat baru boleh bukak cerita menikah lagi. ABAD okeh. ABAD!! Tahun depan pun bukan Abad baru lagi. So jangan engkau mengsibuk tanya pasal hal menikah. PAHAM ! [Bila menulis dalam berkeadaan separuh khayal atau mengantuk tahap gaban, emosi akan jadi tak tentu hala. Sekian.]

So.. Ada apa dengan 20102010?

Ada saya yang sangat bahagia bersama kerja sekulah yang sungguh membestkan. Lepas tu, di iringi pulak, wajah-wajah tetelan cuka, terminum cloroc sepanjang proses menjelangnya tarikh berkenaan.

Serius weh. Otak serabut gila. Rumah macam tongkang pecah. Bilik tunggang langgang. Dapur macam wad besalin tikus. Dah la makan nasik berlaukan telor goreng serta kicap kipas udang jee sepanjang seminggu nie. Lepas tu semalam pulak, termakan nasik basi. Sedar pun bila dah tinggal 3, 4 mulut je lagi untuk ke sisa-sisa terahir. Tu pun malas nak sedar awal-awal. Lapar punya hal, tak basi kot... Last-last bila dah macam semakin pelik je bau die, baru admit. Okeh. Nasik dah basi!! Akibatnya, kehidupan hari nie di landa penyakit cirit birit.. Erk.. Sungguh tak sukaa..


Lepas tu lagi beberapa 5 jam untuk ke hari esok. Tiba-tiba elektrik tak ada ?? Ya tuhan.. Ujian apakah ini. Video yang aku kena edit baru 50% siap. Okeh. Baheklah. Mungkin tuhan nak suruh aku pergi mandi and makan-makan dulu kot. Asyik mengadap komputer jer dari petang sampai ke malam. Kemudian terus pergi mandi, makan dan siap-siap untuk ke kedai jait. Nak pergi ambik baju koprat yang di hantaq oter.


Bila sampai kedai jait,



Kak, nak ambik baju koprat, tadi janji nak ambik malam. Dah siap ke belum?


Dik, akak mintak maaf banyak-banyakkkkk sangat. Akak sempat jait sebelah jer. Sebelah lagi tak sempat, elektrik tak ada waktu magrib tadi.

" ....... " Diam seribu bicara.



Okeh. Sabar muna. Relax. Tenang. Cool. Okeh. Aku tak stress. Tak. Langsung tak. Yeay. Sukaaa!!!

Lepas satu, satu lagi masalah yang tak jemu-jemu menimpa. Kalau dia tak otter lagi tak pe, nie sebelah dah di jait. Sebelah dok tenganga tebukak. Kalau pakai kompem nampak ketiak dan jiran-jiran ketiak yang lain.


Lepas tu pergi plak mencari kedai jait kat area-area lain. Nasib baik ada lagi yang bukak dan yang berELEKTRIK. Dan lagi bernasib baik dia boleh terima baju tuh untuk di jait. Hurmm. Tak kesahlah harga cekit darah skali pun. 1st dan last la pergi kedai tuh.


Bila dah settle semua hal-hal baju terus balik rumah jam 10 lebih-lebih kot. Nasib baik, tuhan Maha Pengasih. Elektrik dah ada. Terus metungkus lumus siapkan video. Pukul 3 lebih baru tidur. Bangun jam 6 sengah pagi. 3 jam jer tidur!! Hurm. Kehidupan memang sangat terumbang ambing sejak ahir-ahir niee.


Okeh. Sekarang mari layang gambar-gambar yang di snap pada 20102010.




Photobucket
Mula-mula sampai, baru nak setup meja.




Photobucket
Hias menghias booth. Booth biasa-biasa saja. Tak terfikir pun nak bawak tirai dan segala bagai yang group lain buat tuh. Sebab buat keja last minit. Fikir apa yang wajib jer nak kena bawak.




Photobucket
Sambutan sangat lah meriah sekali dan di luar jangkaan. Soalan survey yang di print pun laku bak pisang panas. Habis sekelip mata je bebudak sekolah nie jawab. Siap berebut-berebut lagi. Mana taknya. Bila jawab soalan survey baru bleh dapat penanda buku and Roka.. hik hik..




Photobucket
Itu saya. [Menulis caption gaya malas ]



Photobucket
Saya sibuk. Jangan kacau.



Photobucket
Lecturer tengah menilai. Erk. Lantak la nak dapat ape pun. Janji dah lepas..




Photobucket
Besama ahli group. Tapi sorang lagi tak dak.




Photobucket
Nie housemate. Pun 2 orang lagi tak cukup.




Photobucket
Ondaway nak balik, pekena cendol dengan putu bamboo dulu kat Ayer Hitam. Walaupun letih gila, otak ingat tilam batai yer, tapi takpe, layan kan jer. Sedap putu bamboo diaa







PdanS : PENAT. PENAT. Dan PENAT. Saya sangat penat la. Sudah-sudah la keja sekulah. Stop la buli saya.


Sunday, October 17, 2010

Apa kejadahnya?

Kelas jam 11 pagi. Tapi apakejadahnya saya bangun awal-awal nie? Walopun ada kuiz kejap lagi. Tak kuasa aku nak study. Muahaha. Belagak gila. Tau la dah dapat soalan spot. Lepas tu dengar kabar open book kuiz pulak. Tuh yang kena eksyen sikit tuh.

Ups. Sudah tersasar jalan penceritaan. Sambung dengan tajuk di atas. Kenapa saya tepaksa pangun awal ek? untuk apa? Untuk?

Jawapannya adalah untuk sesuap nasik!!! Serius lapar gila weh. Lapar sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Lapar sampai sanggup korbankan tidor yang sebenarnya boleh lajak lagi 2, 3 jam sebab kelas kan pukul 11. Dah la tidur tadi gila syahdu di buai kipas Cap KhiNd. Kalau tak kerana perut saya yang rancak menyanyikan lagu Ghazal untuk Rabiah, tak dak maknanya nak bangun awal-awal camgini.

Okeh. Saya merasakan nasik yang di tanak sudah masak. Jadi isteri mithali perlu ke dapur dulu ye kawan-kawan. Nak goreng telur. Uish. Sedap gila. Bubuh pulak kicap kipas udang. Wow. Nikmat dunia tuh. Boleh jadi tambah sampai 3 kali. Muahaha. Macam mana la bandan tak bulat. Macam mana laa tak sihat semacam jer. Makan nasik plus telur plus kicap pun berselera macam jumpa Nasik beriani Kambing golek. Haishhh..






PdanS : Sungguh tidak sabar untuk menghabiskan sisa-sisa sem yang tinggal 2 minggu je lagi nie.. Yuuuhuuuuu..


Surat untuk Kesayangan saya.

Nur Suriati Binti Sulaiman
Hospital Selayang,
Tingkat 6,
Pergi ke 6A,
Masuk belakang sekali
Katil no 25.





Assalamualaikum, saudari Nur Suriati Sulaiman. Di harap saudari sedang berada dalam keadaan sihat hendaknya di samping jururawat serta nurse yang baik lagi comel.


Untuk pengetahuan Saudari Nur Suriati, tujuan sebenar saya menulis [walopon pada dasarnya saya type saja, tak tulis pakai pen pun] surat ini adalah untuk memberi beberapa pesanan sebelum Nur Suriati menjalani pembedahan di esok hari.


Nur Suriati Binti Sulaiman, ketahuilah, sesungguh saya amat mengambil berat tentang diri Nur Suriati selain duit untung Moon Burst dan jait manik. Oleh itu saya berharap sangat-sangat agar Nur Suriati akan menjaga diri Nur Suriati sebaik mungkin. Terutamanya selepas pembedahan siap di jalankan kelak. Dan berpantang mengikut cakap orang tua. Makan lah ubat mengikut nasihat Doktor. Saya akan berdoa kepada tuhan supaya operation ini berjalan dengan lancar dan Nur Suriati akan sihat seperti sediakala dengan segera.


Nur Suriati yang di ingati, di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf di atas segala keterlajuran yang pernah saya lakukan terhadap saudari. Saya berharap saudari dapat menghalalkan segala makan dan minun saya sepanjang perkenalan kita. BTW saya suka la makaroni yang mak saudari buat tuh. Ada cendawan butang, isi ayam, free pulak tuh. Lagi la sedap jadinya. Lagi 2 minggu saya akan berkunjung ke teratak Nur Suriati, jadi, saya rasa, Nur Suriati boleh la mula membeli barang-barang keperluan untuk memasak makaroni itu. Tapi bukan sekarang, selepas Nur Suriati keluar dari wad laa. =)


Kemudian, usahlah lah Nur Suriati bimbang akan kesihatan Kekasih Nur Suriati yang berada di Gambang itu, mungkin saudari risau, takut-takut beliau di sambar orang atau di kebas gay-gay yang kurang iman. Sesungguhnya saya akan menjaganya sepanjang Nur Suriati menjalani pembedahan. Saya akan cuba menalipon beliau di setiap jam, kalau boleh minit la, untuk bertanyakan sudah makan ke? Lauk ape? Kenyang tak? Dah mandi belum? Rindu saya tak [Erk. Tak over kan]. Ya, saya akan cuba menghubungi beliau walaupon peratus untuk beliau angkat call itu adalah sangat tipis. Tapi lagi tipis lagi kot peratus untuk saya call dia. =)


Dan pesanan saya yang terahir, jika doktor yang akan membedah tonsil Nur Suriati itu adalah dari golongan yang kacak serta hensem, sampaikan lah salam saya pada nya. Jika tidak keberatan, berikan lah sekali no fon saya kepada beliau. Katakan pada nya saya sudah lama memerhati beliau. =) Eh, Jugak tidak di lupa, mensuruh lah beliau mengADD Facebook saya. Sesungguhnya saya sedikit pun tidak keberatan untuk mengApprovenya. =)


Saya rasa cukuplah sampai di sini dahulu, jika ada masa yang terluang, akan saya coretkan lagi buat Nur Suriati yang saya rindui di sana. Ahir kata, sambutlah salam sayang, rindu, dendam, chenta dari saya yang biasa-biasa ini, tapi slalu orang puji comel. Tak mengapalah, saya tahu, orang jujur memang begitu. Sekian.




Pecah kaca pecah gelas,

suda baca, boleh blanja shawl yang classs..




Yang e-class

Munawwarah Ismail














PdanS: Owhh. Shit. Saya sungguh tak boleh dengar lagu Kenangan Terindah. Kalau dengar mata mesti masuk habuk. Shit. Shit..


Saturday, October 16, 2010

S.A.K.I.T

Tak suka.

Kenapa?

Sakit gigi

Bila sakit gigi, kepala pun jadi sakit.

Bila kepala pun sakit, mata kena lena.

Bila kena lena, keja pun tak boleh buat

Bila keja tak boleh buat, akan jadi tetangguh

Bila tetangguh, lama-lama akan jadi banyak.

Tak suka. Tak suka.



Nak gigi yang sihat.

Gigi yang kuat.








PdanS : Aik. Tadi tak time tak sakit gigi, tak de pun engkau sibuk buat keja ! Hurmmmm..

Cerita KONVO saya. [dah macam basi ke]

Ehem.. Hai hai. Saya kembali. Suka tak? Suka la tuh. Relax. Jangan gembira sangat. Amboiiii... senyum sampai telinga nampak. Cover la sikit. Nampak gigi rongok lagi kuning kamu tuh. Erkk.. Eh, jangan lompat-lompat. Patah kerusi nanti. Dok diam-diam. Macam mana nak baca kalau badan dok gerak sana sini nieh. Haishh..

Noting to share kali nie sebab kalau nak share pun akan ulang benda yang sama. Cerita keja sekulah yang tak habis-habis. Lepas 2 minggu lagi mungkin tak dak cerita keja sekulah dah sebab sekulah dah mau tamat. Saya dah bules bercuti. Yuuhuuu...

Eh, ada lagi cerita best. Cerita konvo yang sangat-sangat mengketerujakan Tapi ada sedikit terkilan di situ sebab Baju konvo beta. Owhh. Sedih. Menyebutnya pun rasa macam nak menangis. Uwwwaaaaa. Dah. Dah. tak payah gedix. Sambung cerita.


Okeh, cerita nya begini, 3 hari sebelum tibanya hari konvo iaitu hari Rabu, saya dengan penuh excited telah pergi menterjah Jalan TAR lalu memborong dengan rakusnya baju-baju konvo yang sangat Gougers la pada pandangan saya. Tapi borong kain pasang. Bukan beli baju yang dah siap. Lepas balik rumah terus ajak kakak pergi hantar kat tailor kegemaran kami. Lalu berAKUJANJIlah dengan Si Tailor itu untuk mengambil baju berkenaan pada hari Jumaat. 3 hari. Sempat punya dia nak jait.

Kemudian, bila hari Khamis tiba, saya pun ke UMP dengan sedikit awal bersama kawan-kawan techinta untuk mensettlekan segala bagai kerja itu ini. Jubah, Photo Shoot, Ronggeng, Photo Shoot, Makan di Mokde, Photo Shoot, Tidur, Photo Shoot.. Hurm. Nampak macam sangat bizi kan.

Lepas tu, dun wori, baju yang di tempah akan di ambil oleh Kakak kesayangan sebab derang nak bertolak ke Kuantan hari Jumaat petang. Tak mengapa. Saya percaya. Ya, saya sangat percayakan beliau. Mesti dia ingat. Mesti.

Lalu. bila tibanya hari Jumaat, family saya pun bertolak la dari Sungai Buluh after selesai solat Jumaat... Dan saya yang sangat prihatin ini pun menalipon la mereka-mereka di setiap jam..

Helo, haa. Dah sampai mana nie?

Kat Lancang dah.

Owh. Ok. Ok..

"Muna, kak nak habaq nie.. hang jangan sedih tauu" erkk.. Pelik sungguh.Buang tebiat ke hapa.

Apa?


Nie, Kak lupa bawak baju konvo hang

Hahaha.. elehh. Tipu..

Laaa.. Betoi la nie, bukan main-main.

Elehh.. Tak caya..

Ishk. Kak lupa bawak betoi laa. Serius nie.


"................." Diam seribu bicara.


Lalu paggilan terus di matikan.

Badan terasa longlai. Hidup jadi tak bermakna. Konvo nie memang tak bererti.. Mata seakan sudah berbutir. Nak menangiss. T______________T

Nasib baik kat Kedai Mee Kari sedap dan orang begitu banyak sekali di sana sini.. Tak jadi la nak menangis. Tapi derita dalam hati sapa yang tahu kan. Remuk. Hancus sehancusnyaa...

Terus otak berlegar-legar memikirkan, "Nak pakai baju apa nie? Tudung? Sempat ke nak g shoping malam nie? Esok dah nak konvo!!"

Kawan-kawan kesayangan pun sibuk mengoffer baju kurung mereka. Hurm. Takpa la. Macam mana pun saya akan ushakan sendiri. Dun wori untuk esok. Mesti berbaju jugak macam mana skali pun.

Lepas my family sampai, saya pun selongkar la beg-beg my sister. Usha-usha kot kot ada baju yang bekenan di jiwa. Tapi. Erkkk. Tak menariknya. Kemudian selongkar beg kertas yang ada kasut konvo dan barang-barang konvo yang lain yang baru di bawak oleh Family ku. Eh, ada baju chantek. Ya Allah. Baru teringat, saya ada letak baju kurung dalam beg kertas tuh. Ya tuhan, nasib baik hati tergerak nak masukkan baju tuh walaupun tatau kenapa kena bawak baju kurung lebih. Nak buat apa? Bukan nak pergi dinner pun. Bukan ada majlis orang mengkawen pun. Rupa-rupanya ada yang di sebaliknya. Trima kasih Tuhan...

Lepas tu apa lagi. Selesai je solat magrib, terus keluar ke Kuantan. Misi mencari tudung pulak untuk di match dengan baju tadi. Nasib baik tuhan Maha Pengasih. Semuanya macam mudah jer walupun pada awalnya macam sangat serabut fikir itu ini. Hurm.






WATAK-WATAK DALAM CERITA DI ATAS



Photobucket
Che Sayang dan Haji Ismail.



Photobucket
Family ku. Sayang kamu semua.



Photobucket
Saya suka expression itu.


Photobucket
Cehh cehh...



Photobucket
Perempuan yang betanggung jawab di atas ke tiadaan Baju Konvo saya. Uwaaa.



Photobucket
Pergi ke UMP bersama kesayangan saya yang dua ini. Yang lain-lain sibuk bekerja. Malam sikit baru derang bertolak.



Photobucket
Thank Munira Husin untuk tempat transit yang selesa. Tak payah merempat kat Masjid or surau.



Photobucket
Ambil jubah konvo lepas tu jumpa sahabat-sahabat yang lain. Kenapa semua nya dah bulat-bulat belaka.. Erkkk. Saya pun bulat jugak. Jangan lupa.



Photobucket
Tengah hari pergi makan kat kedai Mokde.. Kedai favorite yang ada ikan keli paling lazat di dunia. Best jumpa mokde. Borak itu ini. Even dia bukan lah ibu kepada sesiapa yang saya kenal, cuma pemilik kedai makan kat Gambang, tapi terasa sangat close la dengan beliau nie. Macam nak nangis je bile dapat jumpa. Siap peluk cium lagi..



Photobucket
Nie bersama 7 Wonders saya dan jugak jumpa lecture kesayangan. Sekarang dah boleh panggil i you, i you dengan beliau sebab dah bukan berstatus student. No Puan-puan lagi. Hik hik..


Photobucket
Puan Shairul yang akan mensambung study di UTM, Skudai. Nati boleh pergi melawat beliau. Yeayy!!



Photobucket
Acara berPhoto Shoot. Like tahap gaban.



Photobucket
Dalam pusat game pun kite orang hentam masuk. Ade kami kesah? Muahaha.



Photobucket
Bermotifkan ala-ala Oversea. Hurm. Boleh laa.



Photobucket
Yang nie pun sama. Rumput carpet tuh dah cun. Tapi hutan Khatulistiwa kat belakang tu mengkantoikan keadaan. Di Malaysia lagi niee.



Photobucket
Dan ahir sekali. Saya perkenalkan KESAYANGAN SAYA.
"7 Wonders".

Dari kiri.

Farah [Anugerah Yayasan Pahang] sila percaya. WAJIB
Aishah [Anugerah Sultan Brunie] ikut suka nak percaya ke tak
Me [Anugerah Yang DiPertuan Agong] ikut suka nak percaya ke tak
Aya [Anugerah Harvard University ] ikut suka nak percaya ke tak
Suria [Hadiah Emas Fakulti ] sila percaya. WAJIB
Ina [Anugerah Naib Canselor] sila percaya. WAJIB
Mc Sya [Anugerah Srikandi Matahari ] sila percaya. WAJIB

I'm proud of you sayang!!!





SEKIAN. CERITA KONVO TAMAT !!






PdanS: Hurm. Tak mahu terlalu berharap walaupun suka lagu Suaraku Berharap...