❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 1, 2010

Tampil menawan di pagi raya dengan LILITAN MUNAWWARAH. hik hik..

Memandangkan raya sudah mau tiba. Eh, relax-relax, jangan gabra-gabra, lagi seminggu lagi. Bukan esok dah nak raya. Hokeh. Mari habiskan ayat tadi. Memandangkan raya sudah mau tiba, mesti dalam kepala otak engkau dok serabut dengan banyak masalah yang berbaur tentang persiapan-persiapan aidilfitri yang tak settle-settle lagi kan. Macammm...


Eh, perabut jati tak beli lagi. Mana boleh, rumah sebelah tuh, lori Jati Bagus dok masuk keluaq dah 3,4 kali. Rumah aku? Lori sampah ada la dok ulang alik 2 hari sekali. Mana boleh macam nie....

Lepas tu, Eh, Swift pun tak oder lagi. Macam mana nak pi sembahyang raya nanti. Tak begaya laaa....


Kan. Kan. Mesti kepala otak duk serabut dengan masalah-masalah tak beguna tuh. Hahaha.


Dan memandangkan saya sungguh baek hati, dan bila menjadi insan yang baek hati nie, haruslah membantu menselesaikan masalah engkau-engkau itu bukan? Tapi masalah perabut jati dan swift yang tak oder tuh sendiri selesai lah okeh. Sebab sekarang nie i nak bantu untuk golongan-golongan adik-adik manis, kakak-kakak cantik dan makcik-makcik begetah SAHAJA. erk. Makcik BERGETAH?? Ya. Golongan ini saja. Golongan lelaki buaya tembaga 2 alam adalah tak di galakkan. Tapi kalau galak jugak nak tengok sebab galak nak bagi ke awek boleh jer. Jemput jemput. =)

Okeh. Tips yang berguna malam ini adalah


CARA-CARA MELILIT SHAWL


Dan nama lilitan yang akan diperkenalkan adalah lilitan Amina!! hik hik. Eh, takmo-takmo. Aku penat-penat dok melilit sana-sini smpai tebelit orat-orat tengkok nie, dia pulak yang dapat nama. Lilitan MUNAWWARAH la. Okey apa kan?

Okeh. Mari kita teruskan tutorial free yang tak berbayar ini.




Photobucket
Cehhh.. Selalu nak kena bagi gambar sebesar-besar alam. Hahaha. Dah jangan bising. Kan bagus untuk lebih kefahaman.




Photobucket
1) Sarungkan inner di kepala. Spek tuh sarung la jugak kalau nak galak sikit.





Photobucket
2) Amil bucu shawl(Selendang) dan letakkan di atak kepala seperti ini. Untuk lebih kemas pin kan dengan peniti.





Photobucket
3) Kemudian, bahagian yang panjang tadi, dililitkan di kepala dengan satu pusingan sahaja. Lilit dengan ketat di muka supaya kelihatan lebih kemas.




Photobucket
4) Bahagian yang lebih tadi di belit sekali lagi dan di letakkan di atas kepala. Diingatkan, lilitan tidak lah perlu ketat hingga ke bawah dagu, sebaliknya tinggalkan sedikit ruang di antara dagu dan selendang itu seperti gambar di atas.




Photobucket
5) Ahir sekali, pastikan selendang yang di belit jadi macam nie. Kalau bahagian yang berjuntai (ujung shawl yang lebih seperti dalam gambar) itu sangat pendek, pandai-pandai la adjust balik kedudukan bucu shawl waktu mula-mula pakai. Macam tak payah letak betul-betul atas kepala. Letak dekat dengan telingan ke. Hal ini berlaku di sebabkan shawl itu terlalu pendek atau mungkin muka si pemakai besaq pelik sangat aihh.

Dan jangan lupa pin dengan peniti yer di atas kepala, di kuatiri tudung akan terbang sekali bila di tiup angin.



Photobucket
Kemudian boleh la bergaya macam engkau lah perempuan yang paling cantik sekali waktu hari raya tuh.




Photobucket
Entah. Tak tahu apa motif sebenar.




Photobucket
Sambil mentunggu isyak pun boleh dapat satu pekerjaan kan...





[IKLAN TAK BERBAYAR]






Photobucket





Photobucket





Photobucket




Photobucket






SEKIAN! SELAMAT MENCUBA









No comments: