❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 24, 2010

Raya situ sana sini. [ Part 2 ]



1 SYAWAL



Seperti syawal-syawal yang lalu, semua orang akan bangun seawal yang boleh untuk solat subuh, takbir raya seround, terus mandi sunat aidilfitri dan kemudian siap. Tapi taun nie macam sedikit ajaib jugak laaa sebab aku baru sudah sembahyang subuh tengok-tengok, anak-anak buah dah siap berbaju raya, bertudung, bersamping, bersongkok. Erkk. Nie dah terlebih awal niee.





Photobucket
Lepas balik sembahyang raya, semua akan berkumpul di ruang tamu untuk sesi bermaaf-maafan tulus ikhlas dari hati sambil jantungberdetup kencang "Brapa laaa duit raya mak nak bagi niee, hadoii"



Photobucket
Kalau dulu, sesi salam-salam nie mesti macam wajib touching-touching punya, mata tiba-tiba nak kena masuk habuk laaa, tapi yang aku persaan, semenjak dua menjak nie, lepas-lepas di perkenalkan sesi ambik-ambik gambar lepas salam, semua orang macam gembira gila. Salam sambil gelak-gelak. Senyum-senyum. Mana boleh nangis weh, tadi dah makeup sampai sengah jam. Punya la lama. Tak blehhh. Nanti rosak la make up. Buruk la gambar....




Photobucket
Ok. Nie la keluarga saya yang full. Semua ada. Cuma husband i jer yang tak de, terpaksa bejuang di medan perangggg. Tetiba rasa nak nyanyi lagi P Ramlee dulu-dulu "Kakanda di medan peranggg, adindaa di medan seni.. sama-sama berjuang, sama-sama berbakti, sehidup sematiii." Erk. Plesss. Hidang mood korunk nak baca nanti kan. Dah.



Photobucket
Ini keluarga kakak yang sulung, yang tinggal di Sungai Buluh yang ada 3 orang anak yang buaih nak mampus, yang mana salah 2 orang anak dia nie yang selalu kena paksa rela untuk jadi bahan eksperimen make up aku atau jadi model untuk nak photo shoot. hehehe.




Photobucket
Nie pulak family abang iaitu anak yang ke 2 dari 7 adik beradik. Ada 2 orang anak. Abang nie yang tinggal kat Alor Gajah [sebelum nie Johor], yang selalu bagi aku pinjam Kancil di untuk di lenjan ke sana ke mari kat Parit Raja nie. Abang adalah Sang suami yang agak kejam, aku rasa sejak dia kawen, Kak Ana[bini dia] cuma berkesempatan berhari raya kat Kampung dia di Johor 2, 3 kali jerr. Tu pun sebab abang aku tak dapat cuti raya, dan dia hantaq anak bini dia balik kampung mentua. Kalau tak jangan harap laa. Raya haji, raya posa semua nya kat KEDAH!! Tapi ok jugak laa. Aku sukaa, bila raya semua adik beradik ada. hik hik..



Photobucket
Nie family kakak iaitu anak ke 4. Kakak Bihah yang tinggal kat TUDM Subang[Shah Alam], yang ada anak kecik yang boleh di buli-buli, lenyek-lenyek sampai nangis. Sekarang anak kecik tuh dah belagak sikit sebab dah pandai jalan. Tapi suka nak manja-manja dengan orang. Pantang kalau amek dukung bawak keluar jalan-jalan, lepas tuh, dia dah tak nak kat orang lain dah, nak ngan kita jerr. Senang sungguh nak bagi rasuah!! huhu



Photobucket
Nie mereka-mereka yang masih membujangkan diri, ada Kak Cah [3rd], me[5th], Syitah[6th] dan Taufiq[7th]. Tahun depan mungkin dah tinggal 3 je kot.. hurmm.




Photobucket
Sedang dok best-best amek gambar, tiba-tiba ada orang bagi salam. Hadoiii. Awalnya datang berayaaa. Tebantut aktiviti nak gedik santai di pagi raya saya. Kena la menggedik di ruang dapur dengan mencelur bihun, memotong ketupat, lemang, dodoi, membancuh sirap sirap bandung, mencincang cincau... hurmmm...




Photobucket
Nie untung bila gegurl yang ramai dalam family. Semua dah tahu tugas masing-masing. Kalau tak tahu, takpa, aku akan bagi arahkan. Hik hik..



Photobucket
"Kak-kak tolong basuh pinggan sat".. sambil bokbuat kalut.



Photobucket
"Kak, kak, celoq bihun sat"... sambil bokbuat kalut jugak.



Photobucket
Wah. Inikah yang dinamakan kalaut itu? Ya kalut berposing sana-sini. Hik hik.




Photobucket
Sang Teruna dan 3 dara.




Photobucket
Anak kecil saya.




Photobucket
Tetamu yang datang pagi tu memang tak putus-putus, semuanya datang secara bertubi-tubi. Sampaikan kami satu family tak sempat nak keluar beraya. Lepas dah habis segala rombongan tuh, baru la freee. Yeay!! Dah boleh keluar kutep duit raya!!!



Photobucket
Okeh. Mula-mula pergi rumah Tok dengan semua family. Selang sebuah je ngan rumah aku, jalan 5, 6 langkah sampai. Kat rumah, tingkap, pintu semua kunci. Nanti tetiba orang datang raya cam naa?



Photobucket
Nie kat rumah Mak Long. Ada soto. Tu memang menu wajib la.




Kemudian, bila dah petang, pergi beraya dengan kawan-kawan sekampung pulak.



Photobucket
Mak-mak dara, anak-anak dara semua ada.




Photobucket
Kemudian, bila malam sambung beraya lagi.



Photobucket
Orang pergi beraya nak makan kuih, lemang segala bagai, sembang itu ini, tapi kakak, abang aku dok kalut tangkap burung yang tersesat masuk dalam rumah tok ngah. Kecoh sungguh time nie. Penyapu laaa jadi mangsa. Lampu rumah habis tutup. Konon tak nak bagi burung tu lari sana sini. Haishh.



Photobucket
Last-last sekali dapat jugak. Ingatkan abang aku nak bawak balik bela. Tiba-tiba time nak balik, dengan baik hatinya dia lepas macam tu jerr.. hurm. Berbaloinya dok berlari-lari satu rumah tadi, ketuk sana sini.



Photobucket
Kemudian pergi rumah Lang Sarit merangkap abang kepada ayahnda. Budak kat atas nie cucu Lang aku. Memang gila kamra. Tak padan ngan laki. Pantang nampak sapa-sapa bawak handset terus suruh On kan kamra. wowww. Dasat-dasat.







2 SYAWAL



Photobucket
Untuk 2 Syawal, tak beraya kemana-mana sebab Tok Cik A.K.A bini no2 Tok wan buat kenduri.



Photobucket
With cousin. Adibah



Photobucket
Nie sepupu-sepapat. Ada lauk kambing!! ouchh! i likeee! Aku macam sangat suka kambing la sekarang nie. Haishh. Tak baik untuk kesihatan la sayangg.



Photobucket
Sebab pergi kenduri tuh untuk makan saja, tak payah nak susah-susah besiang bawang ka basuh pinggan ka apa, so lepas sudah kerjakan Kambing masak Korma, lepak-lepak je la sambil posing-posing.







[ BERSAMBUNG ]



Thursday, September 23, 2010

Raya situ sana sini. [Part 1]


Seperti di janjikan, bila kueh raya dah tinggal habuk, baru boleh update blog. Walaupun keje sekulah sangat bertimbun-timbun dan sedang tunggu giliran je tuh untuk saya kerjakan, tapi tak mengapa, saya gagahkan jugak diri untuk update. Macam tak best pulak kalau tak ada entry raya-raya nie. Apa tak sambut raya ka?

Okeh. Kita mulakan dengan cerita




30 RAMADHAN 1431



Photobucket
One day sebelum raya. Bangun seawal yang awal dari kebiasaan. Tenaga cuba di kumpulkan sebab nak berkawad satu pekan Alor Setar cari barang itu ini.




Photobucket
Ok. Tempat pertama yang di tuju, market la weh. Mencari daging segar untuk Bihun Sup Gear Box Gear Lori Gear Reverse dan segala keturunan gear laaa. Menu nie memang wajib untuk 1 Syawal.

Time nie aku dengan ayahnda serta Izzat je yang pergi cari daging sebab bunda dengan kakak sibuk nak p buat muka. Facial lah!. Bukan buat muka bagi idung tiba-tiba boleh sangkut baju tuh. No noo noo.



Photobucket
Okeh, dah selesai berMarket terus ke bazar-bazar yang jual baju raya chantik sebab my sis belum ada baju raya.



Photobucket
Tiga pat kali dok ulang keluaq masuk First Lady sebab.. sebab.. sebab yang malas nak cerita. Sampaikan Izzat dah busan dan aku pun jadi tension. Lalu benda-benda yang pelik seperti di atas pun terjadi.




Photobucket
Lepas dah habis borong apa yang patut di Alor Setar, pulang la kerumah sebab banyak lagi kerja yang bersusun-susun. Tunggu turn je tu nak buat. Kalau bab ketupat nie, aku tak ambik port sangat. Tak pandai la. Ada ketupat jantan ketupat betina. Ishk. Tatau laaa. Kalau suruh makan terre laa.




Photobucket
Seperti kebiasaan, bila esok nak raya, barulah tukang jait akan dok pulun jait baju raya sendiri. Sebelum nie dok kalut jait baju orang je.



Photobucket
Anak-anak kecik di dapur pun tetiba jadi rajin. Nak tolong itu ini.



Photobucket
Last day puasa, Che Sayang masak special. Gulai Peranakkan yang di meriahkan oleh daging ITIK. Tapi aku tak try pun. Rasa macam takot-takot apa tah.



Photobucket
Lepas tu ada Cisss kek yang di buat oleh saya! Ya saya punya Mak Su. Hehe. Sedapppppp sangat like Secret Recipe. Recipe dah ada. Macam kacang kuda je cara buat dia. Lepas nie boleh la try buat.




Photobucket
Seluruh ahli keluarga. Memang cukup lengkap laaaa.



Photobucket
Macam biasa la, bila esok nak raya, akan ada takbir raya beramai-ramai lepas solat Magrib. Ikut turn. Dari yang tua sampai ke cucu-cucu. Yang umur 5 tahun pun kena takbir jugak. Yang menantu laki, menantu pompuan pun tak terkecuali, lepas nie boleh la tambah satu lagi ciri-ciri suami pilihan. BOLEH BETAKBIR RAYA DENGAN LANCAR. hihi.



Photobucket
Aik. Bershawl sahaja??



Photobucket
Sesi salam mensalam.



Photobucket
Lepas dah selesai solat semua, apa lagi. Terus terjun ke dafur. Kuih belum di isi lagi dalam bekas. Kuah kacang tak buat lagi. Popia tak goreng lagi. Nasik himpit tak masak lagi. Aigoooo...



Photobucket
Tapi.. tapi.. bila nak isi kueh. hik. hik. Tinggal habuk jerrr. Perempuan chantek mana nie yang tak posa di siang hari lepas tu melantak kueh raya macam makan nasik. Ishk. ishk...



Photobucket
Nie la kueh tart nenas yang paling lazat pada abad ini. Saya order dengan my cousin yang duduk di N9. Tapiiiii. Bila bukak bungkusan yang dia post, tengok-tengok. Hadoi. Kenapa tak kacak macam yang di iklankan di Facebook. Uwaaaaa. Sadisnyaaaa.



Photobucket
Tengok la rupa diaaa. Hancus bekecai. Dah tak dak rupa kuih tart dah. Jadi ketoi-ketoi bulat bersama habuk-habuk sebab sangat gebu-geban. Don't judge book by it's cover hokeh. Oder 2 balang. Tapi, tak sempat nak raya lagi dah habih sebalang.. Hik hik..



Photobucket
Nie aktiviti wajib sebelum tidur. MengHenna kan diri. Kalau dulu-dulu lagi best, 2 hari lagi nak raya kakak dah siap giling. Cuma tunggu announce raya ja kat tibi. Lepas tu nak tidur baru pakai, pakai pulak bawak sampai ke lenaaa. Bila bangun esok tuh, habeh satu kelambu, tilam, bantai pun skali merah. Kadang-kadang tu kat muka pun tiba-tiba ada merah sebab tidor boih sangat, habis calit sana sini inai tuh.



Photobucket
Tapi sekarang nie, semua dah canggeh. Tak payah nak susah payah guna tulang pat kerat, ada duit je semua dapat. Inai pun tak payah giling lagi. P kedai bawak duit jee.



Photobucket
Anak-anak kecik yang besusun-susun tunggu turn. Sabaq yerrrr. Budak-budak nie kan, kecik-kecik lagi dah gatai, orang bubuh kat kuku jer, dia siap suruh tulis nama awek laaa. Pakwe laa. Eeeeee. Plesssss laaa. Suruh lukis Atromen pon ada. Begemana tuhhh???









1 SYAWAL???? [ BERSAMBUNG ]




Thursday, September 9, 2010

Yey! Esok Raya !!


Wah. Lama tak update blog. Lama tak ketuk papan kekunci nie. Dan yang paling penting dah lama tak tengok wajah Laptup. Nasib baik tahu lagi Laptup tu menatang apa. Laptup adalah alat canggeh yang boleh berFB dan tidak boleh memarut kelapa ya Tuan-tuan.


Alasan yang paling kukuh untuk ketidak sempatan bagi semua-semua di atas adalah Bizi dan Sibuk. Serius weh. Sekarang baru sempat, walau pun sepatutnya malam nie la kemuncak bagi segala kebizian. Tapi saya gagah kan jugak diri sebab dengki gila tengok adek beradik dok main FB update status raya-raya. Saya? Dok menilau sana sini sambil usung senduk belangan. Wow. Sungguh tak aci.


Lepas tu kaki pun dah tak boleh nak berfungsi sebaiknya. Memang kena rest, jadi ini lah masa terbaik untuk menjenguk seketika belog ini.

Mula-mula macam nak jadi wanita terunggul dan hebat. Mampu berinternet sambil memasak di dapur. Tapi apakan daya, bila popia yang di goreng bertukar wajah ke warna sebegini.





dan bukan warna ini.







Ok. Fine. Saya redha.





Dah tak nak Berjalur lebar lagi, eh, bukan-bukan. Dah tak nak memasak. Nak berjalur lebar saja. Kakak kesayangan. Sila sambung tugas beta. I nak berblogging nie.


Okeh. Rasa macam malas untuk bercerita itu ini. Sebab cerita itu ini len kali la yer. Bila masa dah lapang. Bila Kuih raya pun dah tinggal habuk. Nanti, i cerita. Huhu.


Ini antara gambar yang sempat di snap tadi.




Perosak rumah tangga.




Kek Kain Batik. Sedapppppp!!!!!


Sekarang dah kena kembali ke dafur. Periuk dah panggil. Belanga dah rindu. Haishh. Susah sungguh.





PdanS : Kaki dah nak tecabut dah nak putusssssssss. Tolonggggggggg.

PdanSlagi : Eh, pesal lupa nak buat ucapan selamat hari raya nie?? Hadoi. Okeh okeh.




ASSALAMUALAIKUM. SAYA MUNAWWARAH BINTI ISMAIL, PEMENGANG KAD PENGENALAN 861220-00-0000 INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA KESEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG MEMBACA BLOG INI. MOHON AMPUN DAN MAAF DARI SAYA SEANDAINYA ADA KATA ATAU TULISAN YANG MENGGURIS HATI KALIAN-KALIAN SEMUA . SEMOGA KITA DI PANJANGKAN UMUR DAN DAPAT BERTEMU DENGAN RAMADAHAN YANG BERIKUTNYA.....