❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 29, 2010

Entry pukal. Tapi tak PUKAU tau.

Sudah lama aku tidak berblogging tentang kisah hidup sendiri, asyet-asyet nak berSharing-Sharing saja kan. Konon caring sangat la tuh, Loving sangat lah tuh. Dah-dah , stop mencaci diri sendiri. Ok, malam nie saya macam mendapat semanangat baru untuk menketuk keyboard balik. Banyak cerita-cerita dongeng yang perlu di sampaikan. Kelak tak ada lah anda-anda sibuk bertanyan, Eh, Puteri Gunung Ledang tuh ujud ke tak sebenarnya. Tapi apa kejadahnya anda nak tanya saya soalan semacam itu kan. Senget sungguh anda nie. Tapi, memang serius, rasa macam nak tau je keujudan PGL nie sebenarnya lepas baca beberapa artikel pasal salah silah keturunan Sultan Muzaffar. [A'a, ye laa. Siggatarius memang seorang yang patriotik. Sudah terbukti]


Memandangkan raya sudah nak dekat dan saya baru ada sepasang sahaja baju raya yang mana yang sepasang itu jugak, saya semacam tak berapa tak bekenan??? [Owh sungguh tidak bersyukur] Maka menjadi kemestianlah untuk saya segera mencari sepasang lagi baju raya baru [kebaya pendek yang berkain cotton banyak kerawang dan color putis or merah] untuk di pakai di hari raya nanti.

So, hari ini, SAYA DAH DI KL !! Yuhuuuuu. Esok nak pergi Jalan TAR secara alone. Kan i dah bagitau dulu. Untuk mencari barang-barang kegunaan sendiri, i prefer alone. Tak nak menyusahkan orang lain menteman ke sana kemari, kekedai yang sama 3,4 kali sebab nak kena banding harga dengan kedai lain dulu, lepas tu pusing balik ke kedai yang murah 3 KUPANG je tuh. haha. Saya memang KEDE kalau bab-bab nak membeli nie. So, sungguh kasihan mereka-mereka yang di ajak menteman itu nanti. Dah la sekarang bulan puasa. Tak mengapa, saya pergi secara Alone yer.

Dun wori, saya akan pakai baju besaq-besaq, tak nak bersolek langsung supaya jadi paling huduh sekali, tudung pun tak payah iron, jalan pun senget-senget, ayer liur pun meleleh je memanjang [melampau la kau] dan kompem-kompem lepas tu orang tak da napsu nak culik lalu rogol aku kan !! Erkkk. Tak nakk.. Semoga di jauhkan laaa benda-benda macam tu.

Ok. Dah selesai satu cerita. Dan cerita lain pulak..

Semalam pergi berbuka di Shah Alam, rumah kakak yang satu lagi yang mana dalam rumah tu akan terdapat 1 budak cumel yang bules di buli sesuka hati dan dia pun redha jeee. Cuba tekaaa!! hehe. Jawapannya adalah... Beliau ini !!!!!!


Photobucket
Hambek kau. Gambar sebesar-besar alam aku bagi. Hahaha. Malas dah nak kecikkan.



Photobucket
Ondaway nak ke Shah Alam. Budak-budak nie, sibuk dengan hal masing-masing.



Photobucket
Berkaca mata!!!



Photobucket
Syimah Jongang.



Photobucket
Selera baru. Kalau kat Parit Raja teptiap hari juadah bebuka lauk : sambal tempe,
Kuih : Tempe celop tepong goreng.
Erkkk. Hidup saya dah mula di hantui tempe laaaa..



Photobucket
Kaum ibu-ibu sibuk mendukung anak. Hik hik. Ibu la sangat.



Photobucket
Penat wooo. Jaga budak kecik nie. Sana sini semua dia nak pi.



Photobucket
Beskal.
[Busan sungguh caption nie]


Photobucket
Tatau nak tulis apa dah.


Photobucket
Dan last. Saya dan Si Altaf Zikri!!!



Cerita hari ini pulak.


Tadi masak sambal udang petai kegemaran saya!! Ya saya gemar Petai okeh. Biaq la mulut busuk, kecing bau hancing. Ada aku kesah. Janji Nikmaatt wowww. Bila dah lama tak jumpa petai, maka keterujaan mestilah seperti macam baru dapat Pakwe hensem, kaya pulak tuh, eh rupa-rupanya pakwe saya seorang yang Alim!! Haa!! Teruja bukan kalau dapat yang macam tuh. Sapa yang tak syoq. Lepas tu saya pun melantak dengan tidak hingat dunia sebab asyit ingat akhirat jeee. Ye la tuh. Tapi memang banyak weh makan petai tadi. Siap ada sesi meratah tubuh petai yang enak itu lagi. Kuk krap kuk prak dok pepak [kamus dewan sebut KUNYAH] Perhhh. Mantob habis.

Okeh. Kemudian anda tahu tak kalau melantak petai sambil tidak hingat dunia apa padahnya? Badan boles jadi panas gila sehingga mulut mampu mengeluarkan asap like naga hat orang cina tuh. Serius. Aku tengah alami nie. Sabar je la. Ramadhan yang lalu pernah sampai demam sebab bila balik kampung je terus jadi macam sawan petai. Makan gila-gila, last-last merana satu badan.

Aku ada satu kawan yang jugak mensukai petai secara sangat-sangat sama seperti aku. Tapi effect petai kat badan dia lain pulak. Dia akan terkentuk secara selalu-selalu serta ikut dan dia je bila nak tekeluaq, depan pakwe ka, dalam bas ka. haha. Dan yang lebih malang lagi tiba-tiba kentut itu di iringi dengan cirit birit. Hadoi. Kesianyaaaa kawan saya itu. Nasib baek pakwe memahami. Jadi, tak kesah la nak tercirit sikit-sikit dalam bas waktu ondaway dari kampung nak kembali ke Universiti. Hadoiii.






PdanS : Banyak nak cerita nieh. Tapi mata dah mangangtokkkkk!!!! Ok. Nite.



Thursday, August 26, 2010

Marikh sebesar Bulan 27 Ogos ini? Ohh tidak!!!!



Sekali lagi, emel yang mengatakan kisah Marikh akan menjadi SEBESAR BULAN pada 27 Ogos ini mula tersebar.

Sepertimana yang saya jangkakan, tahun ini, seperti mana tahun-tahun terdahulu, menjelang bulan Ogos, ramai di antara kita mula menerima emel yang di-forwardkan oleh rakan-rakan menyatakan tentang 'kejadian' yang amat hebat ini. Yang lebih menarik perhatian ialah ayat "NO ONE ALIVE TODAY WILL EVER SEE THIS AGAIN"

Suka saya maklumkan bahawa kesemuanya itu adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Ini adalah fakta yang sebenarnya.

Jika dikira melalui kiraan falak, pada tarikh 27 Ogos 2010 ini, Marikh berada pada jarak 318 km JUTA kilometer daripada Bumi!! Marikh sekarang sedang berada di sebelah 'sana' atau hampir di belakang matahari ketika itu.

Malah, jika anda hendak mencari Marikh sekarang dan lihat keadaanya pun boleh. Cuba, tinjau-tinjau arah Barat selepas Maghrib. Akan kelihatan sebuah 'bintang' yang bersinat amat cerah pada arah Barat. Itu ialah planet Zuhrah.

Di manakah Marikh sebenarnya?

Marikh berada di sebelah KANAN dari Zuhrah, lebih kurang 2 darjah ke kanan, atau lebih senang nak faham, jarak 2 jari ke kanan dari Zuhrah. Dan kecerahannya amat malap dan bersinar seperti sebuah bintang biasa sahaja!

Saya boleh katakan, jika saya tidak beritahu lokasi Marikh tersebut, anda pasti tidak akan perasan bahawa titik halus itu ialah Marikh!

Persoalan. Adakaha ia akan menjadi sebesar Bulan pada tarikh tersebut?

Sudah pasti tidak, kerana ia berada amat jauh. Malah jika dilihat menerusi teleskop pun ia kelihatan seperti sebutir bintang yang halus. Cuba bandingkan dengan Bulan yang sedang mengambang penuh di arah Timur pada tarikh yang sama.



Sejarahnya, kisah ini bermula pada tahun 2003. Pada ketika itu, memang Marikh berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi, iaitu pada jarak 56 JUTA kilometer! JUTA.

Dan kombinasi orbit Bumi dan Marikh pada ketika itu menyebabkan, kedudukan jarak itu merupakan yang paling hampir sejak 60,000 tahun.

Pusingan orbit Bumi dan Marikh akan membawa kedua-dua planet ini berhampiran antara satu sama lain setiap 2 tahun 2 bulan. Dan setiap kali ia dekat, jaraknnya berbez-beza. Cuba lihat kiraan di bawah



Jadual di bawah merupakan tarikh ketika Bumi dan Marikh berada hampir antara satu sama lain dari tahun 1999 hingga 2020.



24 Apr 1999 Jarak 87 juta km

13 Jun 2001 Jarak 68 juta km

28 Ogo 2003 Jarak 56 juta km

7 Nov 2005 Jarak 70 juta km

24 Dis 2007 Jarak 89 juta km

29 Jan 2010 Jarak 99 juta km

3 Mac 2012 Jarak 101 juta km

8 Apr 2014 Jarak 93 juta km

22 Mei 2016 Jarak 76 juta km

27 Jul 2018 Jarak 58 juta km

13 Oct 2020 Jarak 63 juta km





Asal usul emel

Pada tahun 2003 tersebut, Marikh memang bersinar amat terang, seperti sebuah lampu oren yang menyala. Tetapi ia tetap bukan sebesar Bulan.

Jika dibandingkan dengan Bulan, Marikh "kelihatan" 75 kali lebih kecil daripada Bulan.

Kemudian, hasil daripada perbandingan tersebut, mulalah seseorang tu menyatakan, jika Marikh 75 kali lebih kecil dari Bulan, maka jika kita besarkannya sebanyak 75 kali, mestilah nampak sebesar Bulan!"... maka dari situ mulalah muncul ayat yang mengatakan "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar"

hasil daripada kehebatan teknologi internet, maka emel tersebut mula tersebar ke seluruh dunia, dan berubah-ubah isi kandungannya. Sehinggalah ia diringkaskan menjadi "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar", tanpa mencerita kisah pembesaran 75 kali tu...

Tahun-tahun berikutnya, tarikh kejadian asal 27 Ogos 2003 itu pun berubah sehingga menjadi "27 Ogos" sahaja. Malah, ada yang rajin, siap ditambah tahun kepada tahun yang terkini.

Maka, jelas sekali maklumat yang tersebar setiap tahun berkenaan Marikh sebesar Bulan pada 27 Ogos itu adalah tidak tepat langsung dan tidak benar.


Jom belajar Falak dengan Fakta!!!







PdanS: Suka tengok bulan yang sedang mengambang itu. Hati akan rasa sangat tenang dan keinsafan pun mula berputik. Ya Allah hebatnya ciptaanMu...

Wednesday, August 25, 2010

Sharing lagi. [ Nuzul Al-Quran ]

Memandangkan malam ini adalah malam ke 17 Ramadhan dan seperti mana yang kita ketahui pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan terhadap Nuzul Al-Quran. Oleh yang demikan saya berbesar hati untuk berkongsi beberapa info yang sangat berguna untuk anda-anda semua mengenai Nuzul Al-Quran. Ok. Jemput scroll sambil BACA yer. Scroll sambil tengok gambar amat tidak di galakkan.






Photobucket



Nuzul Al-Quran



Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)






Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT


Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.



Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.




Kesimpulan



Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).



Info dari SINI






PdanS: (+ve) dan always (+ve). Okeh!!


Sahabat.

Photobucket



Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya…..


“ Imam Shafie”







Ya Allah, semoga ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya.
Jauhkan kami dari segala fitnah, hasad dengki dan perasaan buruk sangka itu.
Aminnnn...




Tuesday, August 24, 2010

Orang cakap "Sharing is caring"

Aku terbaca ini di SINI. Rasa macam sangat menarik untuk di kongsi. Selamat membaca.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baik. Aku rasa seperti mau bunuh orang.

Pernah baca posting aku tentang abang panda yg drive lexus?

Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya dengan sepasang baju
kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek kata sesimple yang mungkin.

Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya kemahiran php.

Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn. Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu.

Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.

Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan, dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak membelek portfolio aku.

Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang interviewer berkata kepada aku..

“Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n try again,” Sambil tersenyum sumbing.

Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab. Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.

Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan
perut boyot seperti anda? Atau programmer yang mengenakan mekap tebal seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai visual basic?

Maaf, jika bahasa aku biadap.

Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya. Tetapi Encik Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg sudah berhabuk itu.

Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.


and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org ni...

-------------------------------------------------------------------------

Aa'ha said,
March 11, 2009 @ 12:42 am

What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude!
Let me say this;
U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework
pasal
you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview
and we’all trackback ur blog.
we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog.
guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak
accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial
dan pakai tudung macam mak nenek!!
kalau u rasa nak keja dekat company besar u bettter jgn kolot sangat sebab
u’ll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan
zaman nabi dulu!!
and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org
yg konon2 islamik mcm u.

apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem
masjid ke?

chill……….

-------------------------------------------------------------------------

"Farshia Arissa said,

September 4, 2009 @ 3:39 am

I have no Hadith or quote from the Qur’an to support whatever I’m going to
say here, cause you see, I’m not Islamic.. but I am proud to be a Muslim.

To Miss A’ha, let me tell you something. Saya dibesarkan di US sehingga
umur saya 18 tahun, dan pulang ke Malaysia 6 tahun lepas. So as you can
expect, I have a Western upbringing. Bila balik ke Malaysia , I continue my
life here as a Muslim and a Malay as how I was taught when I was in US.

Here, I have seen so many Westerners-wanna-bes like you… and trust me,
eventhough you think you’re all hyped up with your hedonist life, you’re
nothing but a toy to your company. Do you really think you have all the
potential just because you have all the “qualifications” to entertain your
clients in clubs? Darling, you’re a just a cheap bait that allowed yourself
to be exploited in such a way. Btw, if you’re reading this, I hope you’re
able to comprehend me since I noticed most “sorority-like” chicas like you
in Malaysia just ACT like the whites, but speak funny English.

It’s crystal clear to me that you’re suffering from a major culture shock,
and you need serious help. Trust me, Malaysians, the Malays particularly,
look awful in skimpy outfits no matter how you tried to pull them off.
Nampak macam Philippine hookers. This is actually agreed by many. You can
try to bleach your skin, colour your hair etc, but in the end, you’re still
an Asian like all those people in tudung that you called mak nenek or
kampung.

You kata orang lain kolot? Hahaha that’s the funniest part, I shall say.
Judging from the way you reacted to this post, well honey, let’s admit it,
you pun sama kolot jugak. Whoever said people that wear tudung can’t make
it? Siapa still guna “becoz” lagi zaman 2009 ni? Are you still stuck in the
90’s? And ‘chill’?? You still use ‘chill’ too??

I juga bertudung and at the age of 24, I’m already an executive in a very
established insurance company in Malaysia . No one seems to have a problem
with the way I dress, and the fact that I wear baju kurung sometimes. Not
even the non-muslims. So kalau orang Islam sendiri yang menghina Islam yang
lain for carrying her duty as a Muslim, I suggest you cermin la diri tu and
do some serious deep thinking. Siapa yang kolot sebeanrnya?

I think you should come out from your own little world, open your mind a
tiny wee bit, and realized that there are other ways for people to succeed
in life rather than wearing slutty attires to entertain clients in
karaokes, clubbing, etc.. Newsflash, orang macam you memang biasa digunakan
oleh orang2 atasan company you untuk jadi umpan jaga client. They don’t see
your potential, they see what’s beneath your skirt. I’m not making this up.
I tau sebab I pun banyak client that own companies. Diorang CEO, so they
tell me stuff. I hope I gave you some insight of who you really are now.

To the blog owner, trust me, you lose nothing for not working in a company
that failed to see the potential under your tudung. In fact, you have saved
yourself from self-humiliation. There’s a bigger world waiting for you out
there, so keep your chin up ya?

i pernah alami perkara yang sama. tapi yang bezanya, HR yang menginterview
i tu seorang perempuan yang bertudung. bila dahtunggu time untuk interview,
tak selak pon my resume or application form terus buat conclusion.. “well
kami mencari candidates yang boleh serve arak untuk visitors, customers and
suppliers.. and i think you’re not suitable for this position kerana
kamu…1. pakai tudung 2. beragama Islam” position yang ditawarkan adalah HR
Executive.. aper jadah HR exec kener serve arak and entertain customer????

aku sengih jer.. belum habis dia cakap i terus “potong” ayat dia (sebab tau
sure tak dapat) “as an experienced HR Executive, you shud know and identify
your candidates before you shortlisted.. and now u have wasting my time…
anyway, you nama jer Islam and pakai tudung, sila jaga adab ketika
bercakap..tolong cermin diri u tu dulu sebelom nak nasihat orang.. kalau
sekadar nak kerja and jadik balaci orang kafir.. itu tak berkat.. awak
boleh buang application and resume saya”

nak tahu company apa??? MEWAH OIL di Pulau Indah… at the end, Allah tu Maha
Adil.. after 5 years, i terima resume this ladies to apply a job at my
place to be my assistant…subhanaAllah


-------------------------------------------------------------------------






PdanS: BZ sambil berlazy. Itulah saya!.

Sunday, August 22, 2010

BABI jugak berfalsafah ye kawan-kawan.


Status FB : Kerja sekulah, kerja sekulah, kerja sekulah, dan kerja sekulah lagi.

Cerita di blog : Jugak kerja sekulah!!!


Hey tak bosan ke? Saya, Si empunya kerja sekulah yang bertimbun-timbun itu pun dah busan. Anda? Apatah lagi kan. Macam dah takdak cerita lain yang perlu di update. Ok. OK. kali nie saya bagi cerita lain pulak.


Tadi sewaktu sibuk membuat kerja sekulah Falsafah [cerita kerja sekulah lagi.erk busan], saya terjumpa sesuatu yang bagus untuk di kongsi. Lalu saya letak di sini dengan harapan anda semua akan baca, fahami dan sila ambil ikhtibar. Tidak hanya tengok gambar babi itu dan dalam hati ada bunyi eeyucksss..









FALSAFAH BABI :

Kita jangan jadi macam babi! Sebab babi apabila pergi ke sesebuah taman, walaupun di sana ada bunga mekar indah, buah-buahan yang enak-enak dan makanan yg baik-baik, tapi babi akan tetap mencari najis dan kotoran.


Pengajaran : Jangan kita jadi macam babi, asyik mencari kekotoran dan najis. Kita janganlah suka mencari keburukan dan bercakap tentang keburukan saudara-saudara kita saja.









FALSAFAH LEBAH :

Kita kena jadi macam lebah! Sebab lebah apabila mencari manisan dia akan pergi ke setiap bunga, tidak kira bunga itu wangi atau busuk, tapi dia tetap akan mengambil manisan daripada bunga tersebut. Dan akhirnya manisan itu akan dikumpul di dalam sarang, dan terjadilah apa yang dinamakan MADU (ubat bagi segala penyakit).


Pengajaran : Jadilah seperti lebah. Kita harus mencari kebaikan setiap saudara kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.




Info dari sini


Saya dapati kita sekarang ni suka sangat SUUZZON (sangka buruk) dengan orang lain. Kadang-kadang penulis pun seperti itu jugak. Hurmm.

Sepatutnya kita semua ni kena ikut falsafah atau resmi lebah. Sentiasa mencari manisan hatta pada bunga yang busuk. Mencari manisan bukan untuk dirinya sahaja, tetapi memberi manfaat juga kepada makhluk-makhluk yang lain.

Saya sarankan agar kita semua menilai kembali semua tingkah laku, percakap dan perangai kita dengan lebih rasional. Kalau ada kawan-kawan atau orang yang kita tidak suka pun, jangalah kita hanya pandang keburukan dan kelemahan mereka saja. Jangan sekali-kali memaki hamun atau merendah-rendahkan orang lain.

Cubalah lihat yang positif berbanding yang negatifnya. Kita semua adalah manusia biasa. Ada banyak kelemahan dan dosa. Yang penting, kita kena manfaatkan yang positif, buangkan yang buruk, walaupun orang tu adalah musuh kita.

Semoga saya dan sahabat-sahabat semua dapat ambil iktibar dan amal 2 falsafah yang saya kongsikan ini, insyaAllah.

Kalau anda diberi pilihan, apakah yang anda mahu jadi? Nak jadi BABI ker?? Atau nak jadi LEBAH?? Mana satu pilihan anda?? Haaa, jawab jangan tak jawab. Tolong jangan bagi jawaban Saya nak jadi Kucing Parsi atau Rabbit comel sudah.







PdanS: Ada petua mengatakan untuk mendapatkan bibir yang cantik, sapu madu lebah sebelum tidur dan dilakukan selang 3 hari. Insyaallah bibir akan jadi cantik, halu dan mulus. Tapi, madu yang manis itu? Erkk. Kang bangun-bangun tidor, tengok-tengok bibir tinggal separuh. Lagi separuh dah arwah, lipas dah buat daging panggang cicah air asam. Haa!! Sapa nak jawab.


Friday, August 20, 2010

Tentangan Keluarga dan Darjat yang berbeza? Erk.

Rasa macam diri sangat comel je sekarang nie. Ya, lebih comel dari sebelum-sebelum. Hahaha. Normal la, orang yang ada tekanan perasaan sebab keja sekulah dah sangat betimbun-timbun dan mula tembun memang akan tiba-tiba jadi lagu nie.

Mula-mula ingatkan kerja sekulah RP[Rancangan Pengajaran] tuh mudah. Alahh, macam kacang rebus saja. Google je silibus apa-apa subject untuk 1 sem. Then, copy jer dari internet. Paste kat word. Siap!!

Akan tetapi, owh tidak seperti yang di sangkakan. Membuat Rancangan Pengajaran nie memang tersiksa. Rasa tersiksa seperti nak kawen tapi ada tentangan keluarga kerna darjat yang berbeza. Erk. Bagus sungguh persamaan. YA! Tapi lebih kurang macam tu laaa. Tak payah la aku nak huraikan lebih detail, nescaya engkau-engkau kompem tak paham dan membazir masa je baca.

Hurm, agaknya, macam nie la kot lecture-lecture aku dok bertungkus lumus nak siapkan silibus-silibus untuk mengajarkan. Tu tak termasuk lagi dengan buat slide, kuiz, test dan pelbagai kejadah-kejadah yang lain tu.

Tapi tu kalau jenis lecture yang rajin, memang dia akan buat slide sendiri. Kalau yang malas atau dalam erti kata lain sibuk dengan Research ke? Sibuk nak bergosip pasal lecture-lecture yang baru masuk ke? Sibuk nak ngumpat geng lecture skema ke. Agak-agak engkau ada ke derang buat sendiri? Noo laa. Mesti ambik note sem-sem lepas, tanpa ada apa-apa proses editing untuk Tahun dan Sem sekarang ke. Kadang-kadang bila student tengok. Aik Sem II/97? Erk. Zaman bila nie?? Tak terkecuali jugak ada lecture yang pinjam slide STUDENT untuk buat presentation !! Tak pa, student boleh halalkan ilmu-ilmu itu.

What ever laa apa-apa cara kreatif anda itu. Janji cara penyampaian anda sangat berkesan dan mampu membuat student faham. Tu yang lagi important kan!! [Nampaknya, saya seperti sangat menyokong perbuatan menciplak nota atau slide nie kan. Bagus! Bakal pendidik yang cemerlang!!]


Aku dulu? Bila dapat sekeping kertas yang tertulis silibus untuk 1 sem sewaktu masuk 1st class.Kemudian apa aku buat?? Lipat-lipat, bubuh dalam buku. Esok? Lusa? Bila nak tengok balik? Mana? Tah! Dah hilang kot! huhu. Memang sungguh tak hargai.









PdanS: Di sebabkan kerja sekulah dah mula tembun, saya memilih untuk meng-disable-kan diri kejap di arena memblogging-blogging nie. Kejap jeeee. Ye, ke? Boleh caya ke? Tiba-tiba sejam lagi ada new entry! Tahniah!!!


Wednesday, August 18, 2010

Nak Senyum panjang-paaaaaaaaanjang tuh.




Semalam, sedang bersiap-siap untuk solat Asar, tiba-tiba elektrik tak ada? Hey! Why?? Jangan la macam nie TNB. Tak cool la bergurau petang-petang Ramadhan. Saya nak kena masak nasik untuk berbuka. Air pun belum jerang. Agak-agak laa.

Ok. Tak pa, sekejap je kot derang nak repair tu. Kejap-kejap lagi ada laa. Sedapkan hati.

Eh, kenapa rumah sebelah terang benderang je. Lampu nyala!

Apa masalah rumah saya nie, kemudian turun bawah nak tengok main switch dia. Kot-kot ada yang tendang-bertendang ke, sebab tadi ada gurung kilat petir semua bagai. Mana tahu, mungkin sebab tu elektrik tiba-tiba tak ada.

Bila turun bawah je, kemudian uncle kedai bawah cakap, tadi ada TNB datang sini. Panjat-panjat grill pintu rumah kami and then cabut something dekat main plug yang kat bawah rumah.

Kemudian dalam peti surat ada NOTIS!!!! Notis yang menyatakan elektrik SUDAH DI POTONG kerana tunggakkan yang melebihi RM1000!! Apa Elektrik rumah saya SUDAH DI POTONG?? WOW! Pertama kali dalam hidup nie. Dulu selalu main-main dengan benda macam nie, "Wey, bayar bill wey, nanti kena potong. Wey, dah-dah men internet tuh, nanti api kena potong". [Hoi, Mitos apa kah ini yang menyatakan main internet banyak-banyak elektrik akan kena potong. Mentipu sungguh ]

Sungguh ciss la engkau wahai penyewa rumah sebelum ini. Oleh kerana perbuatan engkau yang tak ada tanggungjawab langsung tuh, aku dan teman-teman serumah terpaksa bergelap untuk lebih 24 jam!

Wahai manusia. Kenapa bila dah sewa rumah orang tak reti-reti nak bayar sewa sampai 5 tahun dan kemudian cabut macam tu je. Lepas tu kenapa bill elektrik jugak kenapa kena biar tertangguh sampai RM1000 something. Kamu tahu tak, saya dan kawan-kawan terpaksa menderita sebab perbuatan kamu yang sungguh keji itu!!


Nasib baik Tuhan Maha Pemberi Rahmat. Beri hujan yang lebat lalu menjadikan malam yang sangat dingin. Jadi, tak dak la panas sangat bila bermalam tanpa kipas. Kalau tak, kompem-kompem caci maki tentang engkau tak habis-habis lagi sampai sekarang!

Nasib baik jugak tuhan maha penyayang. Malam tadi, lebih kurang jam 10 malam, elektrik dah ada balik. Terima kasih tuan rumah yang sungguh baik hati menyegerakan pembayaran itu.

Lepas nie, tak perlulah kami, berpanas di siang hari, tak perlu lagi rakan saya tiba-tiba nak suka pergi library di kala siang dan malam hari hanya untuk sesuap internet, tak perlulah kami berbuka secara romantik dengan candle light dinner,







Tak perlulah lagi saya mengusung lilin untuk ke dapur, masuk bilik, nak mandi dan masuk jamban pun!!






Dan yang lagi penting tak perlulah saya membosan-bosan dalam bilik sambil dok main-main dengan lilin macam "eh bayang-bayang boleh buat kepala itik laa."





Kepala serigala pun bules jugak!! Canggehnya bayang-bayang saya!!







Tapi sebenarnya, bagus jugak tak ada elektrik nie, masa untuk beribadah pun jadi lama. Tak dak la nak teringat Facebook tu, eh, kena balas komen orang. Blog!! tak update lagi laaa. Lagha sungguh kalau elektrik ada. Macam sekarang nie la. Semalam time-time gini dah nyenyak tidor dah sebab pukul 9 sengah engkau dah bantai tidur. Tapi hari nie, bila komputer dah bules pasang, pukul 1.30 pun mata masih bulat memandang screen. Aigooo.




Jangan bilang ini cincin tunang ya sebab i masih mengsingeletkan diri. Ini my mum kasi tau. Tima kasih Che Sayang!!




Hai inai di jari telunjuk. Celah-celah karan tak ada cahaya pun kabur-kabur, sempat lagi nak berhenna. Gedik sungguh.





Walaupun macam geli saja nak letak muka yang di snap sendiri, tapi tak apa, saya tetap gagah kan diri untuk upload. Buang rasa geli itu jauh-jauh Munawwarah!! haha.







PdanS: Lain-lain alasan kenapa dah bules senyum panjang-panjanggg. Sebab hari nie duit telah turun dari langit tuhan!! Suka-suka. Terima kasih tuhan sebab mempermudahkan segala urusan itu.