❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 27, 2010

Yang saya suka!!



SENYUMMM....










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita


Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir


Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia







PdanS: Lagu ini tiada kena mengena dengan hidup sesiapa, cuma pengaruh menonton ILUSI. Tolong jangan mentabur fitnah yang bukan-bukan yer. Eh, tapi ada sedikit kena mengena jugak dengan Ashraf Muslim. Huhuhu.

Saturday, July 24, 2010

Hujan emas 916 di negara orang.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya ada snow tengah hari. Yeay!! Boleh main snow! Buat ABC pon sodap jugak! Nyum nyum!


Ingatkan hari nie, diri akan menjadi busan dan sungguh tidak tentu arah sekali sebab duduk di rumah saja sambil masuk bilik layan internet, keluar bilik tengok tb, makan kerepek, masuk bilik balik, tengok tb, makan kerepek, tidur, bangun, makan kerepek. [Glemer sungguh Cik Kerepek di page aku sejak ahir-ahir nie. huhu]

Tapi.. Rupa-rupanya sangkaan ku meleset. Ada tengah hari yang best laa. hehe. Tima kasih tuhan.

Bercakap tentang tengah hari yang best, hurm best ke? Best jugak la sebab boleh keluar rumah dan pergi melawat rumah baru yang akan berpindah ESOK!! Yeay!! Suka-suka. Kenapa suka? Suka la sebab di rumah baru ada bilik yang luas dan ada katil [janji-janji tuan rumah la], ada rakan yang ramai boleh teman bersembang pasal "Bagaimana cara memarketkan kerepek di peringkat Global", lagi, ada ruang tamu yang besar dan boleh main aci ligan serta polis tantri, nak bukak gelanggang futsal pun boleh, ada 2 bilik air yang luas dan boleh menari-menari bila mandi, dan yang paling penting harga sewa rumah yang sungguh rendah dari sekarang. GEMBIRA BUKAN?


Kemudian. Bila petang tiba, hurm buat apa tah, owh. Seperti biasa mendodoikan diri sendiri di toto Narita kaler Hijau dan selimut kaler pink yang ada cop Asrama SMK batu Lima. INI LAGI BEST KAN?


Lagi. Usai bersolat Magrib, bersiap cantik-cantik untuk kenduri tuan rumah yang di sewa sekarang. Tadi 1st time jumpa dengan beliau, rasa baik sungguh suami isteri itu. Hurm, tuan rumah yang bagus. Tapi sayang, esok aku dah nak keluar dari rumah nie. Takpa. Ada jodoh jumpa lagi kan.

Beliau baru saja berpindah masuk ke rumah baru, jadi, buat lah sedikit majlis kesyukuran.

Rumah baru beliau? Hurm. Not bad. Material adalah kayu-kayan yang di ukir. Cantik. Mari tengok gambar rumah cantik bersama perempuan cantik!!





Pagi-pagi, bila bukak tingkap boleh nyanyi lagu "Adaaabiiii, menyeleraakan"





Percaya tak kalau aku cakap, kayu diding yang digunakan adalah tiang elektrik dari TNB, yang lama-lama dulu, dah tak di pakai. So, di belah nipis-nipis dan di jadikan dinding. SILA PERCAYA!




Rindu tak dengan yang pink itu?






Makanan? WOW. Sangat dan begitu menterujakan dengan budaya orang Jawa. Kami di hidangkan dengan nasik Ambang? Tahu nasik Ambang? Nie kat bawah nie gambar nasik ambang.





Hambek kau, setalam makan 3 orang. Dah la betimbun-timbun nasik dengan lauk dia. Tembun jugak la aku lepas nieh. Haish. Tapi lauk dia sungguh aneh, kenapa kena ada bihun goreng. Bihun goreng bukan lauk. Tolonggggg. Tak paham. Lepas tu ayam dia bapak besar. Memang dia sembelih bapak ayam kot. Gedabak semacam jer.





Dah la housemate orang Kuantan, Sabah dan aku Kedah, mana la penah jumpa nasik semacam nie. Memang jakun la mula-mula tuh. Semua pakat tak reti nak makan, nak kena gaul ke, or cuit sikit-sikit ke. Siap makcik-makcik kat situ ajar lagi. Sungguh memalukan. Haha.

Tengah makan cuak gila. Macam mana nie weh, dah berusaha telan pun tak habis-habis lagi. Satu perEmpat je yang terusik. Lain-lain tuh elok lagi. Sib baik makcik kat sebelah tuh cakap "Takpe kalau tak habis, boleh bungkus bawak balik" Ingatkan makcik tuh lawak-lawak jer, lepas dia bagi surat kabar dengan plastik untuk bungkus, eh rupa-rupanya betul laaa. Haha. Lepas tu siap bungkus kuih muih lagi.

Rupa-rupanya kat kawasan Parit-parit yang banyak orang Jawa nie, kalau kenduri memang akan buat nasik ambang nie. Satu talam akan di kongsi 4 orang. Lepas terhidang je makanan, nasik tu terus akan di bahagi 4 bahagian. Kemudian, sapa yang tak nak makan, mungkin nak bawak balik kat bini ngan anak-anak kat rumah boleh terus bungkus sebab setiap kumpulan tuh memang dah di sediakan dah plastik untuk bungkus nasik.

Hurm. Menarikan bukan. Nasib baik la secara tiba-tiba aku belajar kat sini. Boleh jugak merasa benda-benda yang baru. Dulu jadi orang Pahang 6 tahun. Sekarang jadi orang Parit Raja pulak untuk setahun setengah. Lepas nie? Labuan? Kota Kinabalu? haha. Walaupun banyak ura-ura yang mengatakan Poli dan Kolej Komuniti sedang rancak di bangunkan di area-area sana, dan mungkin banyak jugak yang akan di postingkan ke sana, aku tetap akan senyum. Takpa. Tak kesah. Bila lagi nak jalan-jalan tempat orang kan. Hehe.





Budak-budak di sana. Suka bebenar ambik gambar. Rindu sama anak-anak aku ;-(




SO, BEST BUKAN HARI SAYA?





PdanS: eh, tapi aku macam ada sedikit kemuskilan, kenapa ek, aku nampak gambar-gambar kat atas macam lebar kan? Dah try rotate, tapi macam sama jer. Hurm. Tak tak, aku tak lebar okeh, kembang pun tak. May be skrin pc aku yang lebar nie kot menjadikan gambar nampak macam besar. [Mari sedapkan hati.kah kah.]

berILUSIkah saya?

Soalan : Pernah tak korunk pergi mana-mana la, kelas ke, jalan-jalan dengan kawan-kawan ke, kemudian korunk rasa semua kejadian yang korunk baru lalui tuh, macam dah pernah terjadi, sama! sebijik! pernah tak? pernah tak?.

Kalau pernah, normal tak benda-benda macam nie ek?


Jawapan aku : SERIUS weh, aku pernah dan sangat selalu rasa. SUMPAH!! eh, nie bukan pengaruh cerita ILUSI okeh. Hahaha. Bukan nak cakap yang aku tiba-tiba ada kuasa macam si Liza dalam cerita ILUSI tu yang boleh tahu apa akan terjadi dan apa yang pernah terjadi. Tak. Tak.

Aku cuma akan rasa, macam, naik kereta pergi satu tempat baru sambil bergurau senda dengan kawan-kawan, kemudian rasa macam benda yang aku sedang lalui nie pernah terjadi. Sebijik! Tapi aku 1st time keluar dengan kawan-kawan itu dan jugak baru 1st time sampai di kawasan tuh. Hurm. Begemana tuh. Sapa boleh jawab permasalahan saya itu??




Jawapan PENSYARAH FALSAFAH PENDIDIKAN. [ceh, siap caps lock dan jugak bold tuh. Tau la suka kelas itu dan pensyarah yang mengajar tuh. haha]

Ok. Waktu dalam kelas hari tuh, pensyarah aku pernah tanya "Kamu terfikir tak yang kamu akan masuk UTHM nie, mula-mula hari pendaftaran tuh rasa macam pernah sampai tak, bila tengok kawan-kawan ada rasa macam pernah jumpa tak? " Lebih kurang macam tuh la soalan dia.


Lepas tu, semua terdiam sebab jawab dalam hati masing-masing la kot. PENSYARAH FALSAFAH PENDIDIKAN saya pun cakap, sebenarnya mungkin sebelum kamu semua sampai sini, roh kamu dah datang sini dulu. Survey-survey. Sebab tu, bila kamu betul-betul dah sampai Parit Raja nie kamu rasa macam pernah lalui semua ini. Dia cakap macam tu la. Tapi dia cakap sambil senyum-senyum. Tak pasti la dia tengah buat bergurau sambil buat andaian sendiri atau yang dia cakap tu dari sumber yang betul.


Hurm. Tak kesah la jawapannya apa pun. Tapi saya sungguh kagum dengan kuasa tuhan ini. Dapat rasa sesuatu seperti nie. =)





PdanS: Excited mahu mengupdate blog! Next entry plesss!!

Friday, July 23, 2010

Mencari weekend yang halal !!

Hoi hoi. Buat apa? Busan tak? Busan kan. Esok weekend, sepatutnya kena la suka dan riang gumbira. Tapi macam mana nak suka bila weekend tatau nak buat apa and p mana. Batu Pahat? Hurm. Kalau ada duit best la kot.

Eh, bukan kah keja sekolah sedang bertimbun-timbun untuk di kerjakan? huhu. Buat la kerja sekolah itu Munawwarah!! Kalau kerja sekolah siap nanti saya hadiahkan GCB yang lazat!! Serius. Cepat pergi buat!!







Esok. 24 July 2010. Kenapa? Esok sorang lagi rakan baik merangkap sedara yang rapat la kat kampung akan bertunang. Gembira-gembira, sebab dia ambil keputusan dan jalan yang betul untuk hidup dia. Umur pun dah meningkat dangan banyak [TUA] Good-good!! Bagus bertunang nie. Kalau boleh cepat-cepat la kawen. Boleh elakkan maksiat berlaku kan.






Tapi ada jugak la sedeh sikit-sikit, sebab lepas sorang, sorang sedara yang baik akan mengkawen. Dulu kalau pergi beraya bertiga. Taun lepas berdua sebab sorang dah kawen. Tahun nie? Beraya sorang-sorang apa. Huhu.

Hurm. Macam nie la kehidupan kan. Bila usia dah meningkat kena la terima perubahan. Dari anak dara ke bini orang, kemudian jadi mak orang. Mana boleh berseorang-seorang saja kan.


Kepada kamu-kamu yang dah ada calon tuh, cepat-cepat la bawak-bawak pergi mengkawen yer. Jangan tunggu lama-lama. Kan bagus kalau yang sentiasa bersama kita kesana kemari berpimpin tangan, yang rindu kita, yang selalu call kita, yang ambil berat pasal kita itu adalah yang HALAL. Mak ayah pun suka, TUHAN lagi sayang.





Gambar-gambar kawen yang di petik dari Saiful Nang punya Muka Buku
Kagum siot dengan kerja tangan dia.
Photographer yang hebat tapi sangat humble!!
























Banyak lagi gambar-gambar yang cantik menawan kat FB dia.

Pergi la melawat

Serius!! Rasa macam nak suruh SN jadi photographer time aku kawen nanti.

Boleh tak Incik Jodoh?








PdanS: Jom mencari yang halal.

Wednesday, July 21, 2010

Dia buah hati Saya.

Dipetik dari status Facebook

MOOD : Rindu macam-macam benda dan orang.





Serius. Sangat serius.


Nak budak kecik kat bawah nie jer. Tak nak budak lain. Kalau bagi adik Mia yang belakon Adam Maya tu pun tak nak. Tak mooooo. Tapi kalau bagi wang ringgit, NAK NAK!! =)




Muka excited nak belajar merangkak. Tapi sekarang dah hebat. Kesana-sini pergi. Dok kalut nak bangun bejalan pulak.





Photobucket
Baru 6 bulan dah pandai tengok Wonder Pet. Good-good anak ku!!
Tengok sambil tenganga-nganga. Serupa la paham. Haish.





Photobucket
No caption dah. Sabab nanti akan tulis benda yang sama seperti.
"Rindunya budak nie". "Haish Rindu sama budak kecil ini". "Hey, hey i rindu U".



Photobucket




Photobucket




Photobucket
Rindu Si Kecik dan Pemegang si Kecik.
=(



Photobucket





Photobucket





PdanS: Hari nie jalan-jalan ke sana sini. Penat sungguh. Balik terus tidur, dari magrib sampai ke jam 11 malam. Lepas tu bangun dan bejaga tatau sampai bila. Entah laa, nak tidur pukul berapa pulak malam nie. Student sungguh.

Tuesday, July 20, 2010

Saya suka ke?


Sekarang tengah mood tengok ILUSI. Alaa cerita kat TV3 tuh. Yang jam 6.30 petang. Best best. Tapi menjadi sangat tak best bila beruk saya buat hal lagi. Asal malam je, mesti kena slow. Hey, hey, kenapa malam-malam mesti slow. Aigoo. Tolong la aktif sikit. Apa kena bagi minum kopi Jantan atau kopi Janda dulu baru nak laju ka? Hadoiii.

Takpa-takpa. Kita abaikan cerita beruk saya itu. Ada yang lagi ajaib nak ditulis.

Nieh, apasal tiba-tiba saya sedang google Ashraf Muslim nie. Lepas tu cari Ashraf Muslim dalam Facebook. Like-like gambar di situ. Mentulis komen di TV3 Online ILUSI sepeti "Rizal best!!". Kemudian baca semua pasal Ashraf Muslim. Bloh beliau. Gosip beliau. Hey. Are you ok Munawwarah?

Haaa!!!! Apa??? Serius la Munawwarah!! Betul ke? Ok.Ok. Dun wori saya pandai simpan rasia. Huhu.


Alang-alang entry sedang berbaur cerita Ashfar Muslim, nak la bagi sekeping gambar beliau untuk tatapan sapa-sapa yang tak kenal. Bila google saja, alih-alih gambar ini yang keluar.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Memang kompem ini Ashraf Muslim. Aku cam hidung dia.
Hahahaha.

Tak pa nyah. Mak tak kisah kau macam nie nyah.
Janji kau kacak begaya bila dalam ILUSI.
Huhu.





PdanS: Hey. Berita ajaib lagi ! Kenapa esok saya, langsung tidak perlu ke kelas? Lalala. Jom teman pergi Ayer Hitam, nak beli pasu bunga dan Kerepek laa. Eh dengan Bunga telur skali, serta barang-barang hantaran!! Wow, tiba-tiba sunggu. Lalala

Monday, July 19, 2010

Beruk sapa la nieee?






Ya, Berukband memang beruk. Lagi satu berukband memang bodoh. Kalau dia pandai mesti dia dah belajar tinggi-tinggi sampai masuk Universiti, silap-silap boleh jadi classmate aku. Sebab dia tak mengaji sekolah la dia bodoh. Hadoi. Hangin sungguh malam ini.


Hey berukband, u tatau ka i banyak kerja nie. Dah la Dunia Baru reunion yang episod hari nie tak tengok lagi. U punya pasai tau. Nak masuk google pun slow. Inikan nak tonton Dunia Baru Online. haishh.


Lagi satu. U punya pasai jugak laa, i dah macam ketinggalan sangat dah nie. Nak tengok Ilusi Online kat TV3 pun tak boleh. Dah la i tatau jalan cerita macam mana. Tiba-tiba tengok episod yang dah tengah-tengah dah. Yang hari nie punya. I tak suka jadi orang yang tertanya-tanya okeh. Tolong la laju siket, boleh la i tengok episod yang before-before nie. Kang, i sumpah u jadi Streamyx padan muka. Haishh.


Hey, kamu yang bernama berukband. Tima kaseh la buat i begitu busan malam nie. Satu habuk pun tak buleh tengok. Semuanya nak kena slow. Okeh. U menang! Fine!


Hey beruk, kau sakit ek. Jangan la macam nie. Takpa esok aku bagi kau rest lama-lama. Kelas aku pun agak pad esok. Tapi kalau malam tu kau tak sihat-sihat jugak. Siap. Aku cari berok baru.


Lepas nie tolong la jangan lembap-lembap lagi okeh. I bayar apa, sebulan RM50. Bukan 5kupang. So, buat kerja dengan iklas dan bersungguh-sungguh okeh.





PdanS: Esok kelas jam 8 pagi. Belum tidur lagi? Bagus.

Rasa aku lagi.

Ehem.

Jemput senyum.

Ok. Sila bagi ucapan.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Aku pejamkan mata, wajahnya yang terlukis.

Aku diamkan mulut, hatiku yang menyebut namanya.

Aku senyapkan segalanya, mindaku memikul dia.

Dimana - mana beb!

Esok, angin tiup, aku harap hilang.

Kalau tak, aku akan kejar. Kalau aku kejar, dunia putar - putar.

Maka aku ciptakan kata - kata ini.

"Apabila mata kita terkunci, pemandangan dari aku lebih hebat. Kerana kamu hanya nampak aku, tetapi.."


"AKU NAMPAK KAMU"


View aku lebih indah, sebab aku nampak kamu, tapi kamu hanya nampak aku.



~dicuri dari sini~





PdanS : Sesuatu seperti ini pernah aku tulis hampir setahun yang lalu. Di sini. Tapi hari ini nak tulis lagi. Kenapa? Sebab suka hati aku la kan. Blog aku. lalalala. Sebab, sebab, sebab aku suka. Dan aku rasa lagi !!

Sunday, July 18, 2010

Nama cikgu "Munawwarah"


Pagi tadi, secara tiba-tiba di kejutkan oleh satu Friend Request. Tapi kali nie bukan friend, tapi TEACHER request!! Ya, Teacher atau bila di melayukan menjadi Guru. Malu pulak rasanya bila cikgu yang ADD kan. Zaman sekarang cikgu pulak yang sibuk cari anak murid. Tapi anak murid ? Hehe. Sedang bersuka ria bersama rakan-rakan yang lain. Malu sungguh.


Kemudian, aku mencoret sesuatu di wall beliau. Bertanyakan kabar berita dan kemudian berborak-borak pulak di wall itu. Rindu pulak dekat cikgu aku sorang nie. =). Mana taknya, Aku ada sorang saja cikgu yang mengajar BM dari Form 4 sampai lah ke Form 5. Jadi semua nama, semua perangai bebudak dalam kelas KA1 memang beliau akan ingat. Mungkin sebab tu la kot, beliau masih ingat nama aku lagi. =). Bila la boleh jumpa lagi kan Cikgu.


~~~~~~~~~~


Engineer VS Guru.

Hurm. Satu masa yang lalu aku mungkin agak kabur untuk membuat pilihan antara 2 itu. Tapi sekarang aku dah ada keputusan dan sedang berharap semoga keputusan yang aku ambil akan memberikan jawapan yang aku ingin kan. Insyaallah.

Dulu bila di tanya "Belajar kos apa?" Kemudian aku dengan bangga nya akan jawab "Engineering", kemudian orang "wahhhh, hebatnya". Aku suka dengan "Wahh" itu. Tapi aku pun tatau apa yang hebatnya Engineering tuh. Bukan ke biasa-biasa saja. Selekeh. Banyak main. Tak serius. Tu la aku waktu belajar engineering dulu. Tapi tetap nak bangga.


Sekarang pulak bila ditanya "Belajr kos apa?".... Dengan penuh sopan dan tatasusila aku menjawab "Pendidikan". Sambil tu buat gaya-gaya ramah sikit, kan cikgu-cikgu kena ramah-tamah dengan kaum ibu bapak. Tapi serius aku tak tahu nak rasa apa bila jawab "Pendidikan" . Cuma mampu tersenyum =).


Walaupun nampak macam jawapan untuk Engineering, lebih Gah, Hebat, tapi aku tak kesah. Aku sedikit pun tak menyesal untuk mejadi pemegang title Pendidik nie sebab mendidik kan pekerjaan yang paling mulia bukan.



Serius. Aku sekarang sangat dan begitu teruja dengan perjalanan hidup aku sekarang. Tambah-tambah lagi untuk menjadi seorang pendidik. Rasa macam tak sabar nak memborong kasut bertutup dan bertumit 2inchi untuk pergi mengajar. Rasa tak sabar untuk pergi kedai dan buat Tag nama yang macam cikgu-cigu pakai "Munawwarah". Tak sabar, nak ketuk-ketuk meja dan jerit Diammmm!! dan kalau agak tertekan sangat belah dari kelas begitu saja seperti yang selalu dibuat oleh lecture saya , merajuk sebab student tak bawak buku. [Tapi kami semua akan suka sangat sebab kelas terus tamat dan kami bules balik bilik tidur atau pergi lunch awal!! yeay!!!] Kemudian tak sabar jugak nak pergi beli kain pasang, nak tempah baju fesyen-fesyen dan boleh melaram bila pergi mengajar nanti. Tak sabar nak pergi kedai kayu nak beli rotan panjang yang tebal!! haha. Ya, ya aku memang sangat teruja. SERIUS!!!!! untuk kali kedua dan guna Caps Lock yang di bold serta ada banyak tanda seru. So aku sangat dan memang serius kali ini okeh.


Lepas tu aku teruja untuk belajar Falsafah Pendidikan sebab kelas Falsafah sangat BESTT macam niee . Sekali lagi sambil mengangkat ibu jari anda, sebut "Falsafah Pendidikan sangat BESTT macam nieeee". Goooood. Bijak sungguh anak murid saya hari nie!! haha.


Aku ingat lagi 1st kelas Falsafah minggu lepas, mula-mula Encik Yusof masuk ke kelas aku, kemudian ayat pertama yang terkeluar dari mulut beliau


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Ya, beliau bersajak dengan penuh gaya dan intonasi. Sungguh berjaya buat bulu roma aku tegak mencacak.


Aku sangat mensukai cara beliau mengajar. Ada nasihat, cerita nabi, hadis, dan semua yang di ajar di kaitkan dengan kehidupan dan agama. Bagus bukan. Banyak benda-benda yang sangat bermanfaat beliau kongsikan. Dan paling penting bahasa yang langsung tak tercemar. Rasanya boleh menangis kot kalau dia baca blog aku yang ayat macam keling kacuk melayu nie. Haish. Lepas tu kelas beliau langgung tidak bosan 3 jam di rasakan macam baru 30 minit ! Eh, beliau jugak turut berblog.

[Sedikit ilmu dari beliau yang perlu di kongsi]

1 ) Zakat bermaksud Bertambah. Langsung tidak mengurakan apa yang kita ada, malah akan bertambah-tambah lagi harta kita jika mengeluarkan Zakat. Insyaallah.

2 ) 123SM. Kenapa ada SM? SM bermaksud sebelum Masihi. Bila sebelum masihi tuh? Tahun Masihi di kira sebelum Nabi Isa A.S di lahirkan.

3) Orang islam mengira setiap bulan dan tahun itu berpandukan peredaran bulan, manakalah orang Kristian A.K.A kalender orang putis itu berpandukan pergerakkan matahari.

4) Imam hambali dan Imam Syafie adalah kawan baik.

5) Ph.D = Philosophy Doctor [Doktor Falsafah}


[Yang nie saja yang ingat. Yang lain-lain tu kisah-kisah nabi yang terlalu panjang berjela untuk di tulis =) ]





Untuk kamu-kamu yang bergelar guru, ini untuk kamu. Dan bagi yang bukan guru, mungkin pelajar, Engineer, Doctor atau apa-apa pun pekerjaan kamu, ini jugak untuk dikongksikan dah dihayati bersama.



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979




PdanS : Wow. wow. Mentang-mentang esok kelas pukul 11, suka-suka hati yer tak tidor lagi walaupun sekarang jam 2.13 minit pagi !! Good!!





????

Hey, don't know why. Setiap kali mahu mengupdate, mesti hanya separuh jalan. Draft entry sudah bersepah-sepah. Macam mana nak publish, semuanya masih separuh jalan. Masih tergantung. Haish. Kenapa nie. Why Munawwarah?

Pepun jom layan lagu ini. Faberet gue sekarang!!




Apa macam lagu nie?

videokeman mp3
The Show – Lenka Music Code


Sapa suka sila kembang idung!!!



I’m just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don’t know where to go I can’t do it alone I’ve tried
And I don’t know why

Slow it down
Make it stop
Or else my heart is going to pop
‘Cause it’s too much
Yeah, it’s a lot
To be something I’m not

I’m a fool
Out of love
‘Cause I just can’t get enough

I’m just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don’t know where to go I can’t do it alone I’ve tried
And I don’t know why

I’m just a little girl lost in the moment
I’m so scared but I don’t show it
I can’t figure it out
It’s bringing me down I know
I’ve got to let it go
And just enjoy the show

The sun is hot
In the sky
Just like a giant spotlight
The people follow the sign
And synchronize in time
It’s a joke
Nobody knows
They’ve got a ticket to that show
Yeah

I’m just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I dont know where to go I can’t do it alone I’ve tried
And I don’t know why

I’m just a little girl lost in the moment
I’m so scared but I don’t show it
I can’t figure it out
It’s bringing me down I know
I’ve got to let it go
And just enjoy the show

Just enjoy the show

I’m just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I dont know where to go I can’t do it alone I’ve tried
And I don’t know why

I’m just a little girl lost in the moment
I’m so scared but I don’t show it
I can’t figure it out
It’s bringing me down I know
I’ve got to let it go
And just enjoy the show

dum de dum
dudum de dum

Just enjoy the show

dum de dum
dudum de dum

Just enjoy the show

I want my money back
I want my money back
I want my money back
Just enjoy the show

I want my money back
I want my money back
I want my money back
Just enjoy the show


Mudahnya kita mengeluh kan?





Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)



Source : iLuvislam.com


PdanS: Bersyukur sangat dengan apa yang sedang tuhan tentukan untuk aku sekarang ini. Terima Kasih Tuhan.

Friday, July 16, 2010

Bila kera berkangkang.

Sebenarnya sudah mengantuk nie. Tapi rasa macam perlu ego dan belagak untuk diri sendiri. "Hey, esok cuti, aku bules tidor secara berlambat-lambat. lalala." Tapi apa kes nak belagak dengan diri sendiri. Tapi last-last badan tersiksa. Gila kah anda? Atau sawan kah kamu? What ever.


Ok. ok. Saya akan belakon-belakon tidak mengatuk walaupun setiap 1 ayat kena stop dan beri laluan kepada tangan nak tutup mulut yang sedang menguap tak henti-hanti. Ya, saya TIDAK MENGANTUK. [Mata sudah berayer. Tapitak sedeh. Adus apakah ini]


Esok weekend. So? hurm. Entah la apa arah tuju esok. Nak pergi BP, dah jelajah dah semalam. Biasa-biasa je. Kalau berduit boleh la jugak rasa macam, Wah hebatnya BP. Sanggeh nya!! Barang-barang pun menariknya!! Saya nak itulah!! Eh ini pun nak beli jugak lah!!.


Tapi bila baki akaun hanyalah sekangkang anak kera, so, terpaksalah tunggu anak kera tu meningkat remaja lalu menjadi dewasa. Boleh la kangkang besar-besar. Lepas tu berdoalah kepada tuhan supaya kera yang di bela tiba-tiba dengan ajiabnya bertukar menjadi king kong. Boleh kangkang lagi besar ooo. Eh, cerita king kong tadi sungguh menseram kan. ha? Tak? Tapi saya seram la. Sampai kena tutup mata dan lari ke bilik kejap. haha. Cumel bukan.


Hurm. Nak beli makanan pun kena berbelanja dengan berkira-kira sekali. Tapi its ok. Nasib baik sedang merancang untuk berdiet dan belajar untuk membiasakan diri dengan Ramadhan. Nanti tak ada la kejutan budaya sangat bila 1st day puasa. Tak dak la pukul 10 perut dah sibuk nak berkeroncong Wakaka by Shakira [belagak nya perut i, local x layan]


Eh, eh, mengantuk dah tak menghantui diri ku lagi. Good-good. Tapi malas pulak nak teruskan . Cukup la yer. Esok sambung berblog lagi. Tu pun kalau rajin dan kalau tak ke Rengit. Eh apa? Rengit? haha. Ya. Ya.







PdanS: Banyak mahu di ceritaan. Tapi malas melebihi segala-galanya. Huhu.



Tuesday, July 13, 2010

Parit Raja, Parit nan Indah suasana yang Permai.

Hey Munawwarah, apa macam? Ok ke? Best ke UTHM? Classmate? Lecture? Parit Raja? Dah pergi terjun berenang?



Ok. Sendiri soal sendiri prepare skema jawapan yer. Macam cikgu-cekgi pulak. Ya. Ya. Itulah kerjaya saya selepas nie. Insyaallah.


Okeh. UTMH? hurm. Tak jauh beza dengan UMP. Tapi eh, jauh beza jugak la. Fakulti aku dulu kalau nak berurusan kena tekan loceng Ding Dong Ding Dong kat kaunter pertanyaan, lepas tu baru la akan ada Puan Nani yang dah tak garang datang layan. Sini tak ada tau macam tu. Rindu Puan Nani. Ini serius la kawan-kawan. =)


Hurm. Haa!! 1st day nak pergi 1st kelas dah kena tegur dengan Incik Pak Guard, sila pakai kad matrik anda!! wow. Menarik-menarik. Bahek lah Incik Pak Guard, Lepas ini saya bejanji akan lebih berdisiplin lagi. Usha lah saya lagi !! Eh, ke sebenarnya Incik Pak Guard nak mengorat saya, lalu di suruh pakai kad metrik. Bules tengok nama penuh kan. Bules search kat FB. Haa!!. Arhhh!! Sudah-sudah. Tolong la cakap yang firasat saya nie adalah tidak benar sama sekali. Tak mo kawen dengan Incik Pak Guard!! hahaha.


Eh, lepas tu kan, saya sangat wonder, kenapa student Fakulti Pendidikan banyak yang pakai baju kurung yang sangat sopan santun penuh tata susila. Serius. Bila usha fakulti sebelah, fakulti apatah, student dia sempoi-sempoi jer. Dress up macam nak pergi pasar malam . Jeans + T-shirt + Cardigan. Tapi saya? pelajar dari Fakulti Pendidikan? Hurm. Berbaju Kebangsaan =). Hehe.


Rindu suasana kat UMP dulu. Pergi kelas sempoi-sempoi jer. T-Shirt + Jeans + T-Shirt + Jeans + T-shirt + Jeans + T-shirt + Jeans [dah la wey, bape kali nak ulang]. Baju kurung hanya akan pakai kalau ada apa-apa presentation jer. Serius. Rasanya kat mana-mana Universiti pun bebudak Engineering memang macam nie kot dress up nye. Paling selekeh kalau pergi kelas kan. Kan?


Baheklah Munawwarah. Untuk menjadi pendidik kepada pelajar kamu harus berketerampilan yang paling sopan supaya boleh menjadi role model kepada pelajar. Cuba kamu lihat lecture-lecture kamu dulu, ada ke derang pakai Skinny pergi mengajar? ada? ada? [ada!! Encik Muzammir!! selalu usha baju dan seluar dia yang nampak macam di oter tuh bersama rakan-rakan sekelas. Serius kagum dengan seluar dan baju dia. Haha]


Classmate? Hurm. Setakat hari nie 3 kelas saja yang baru di masuki, rasanya tak boleh di beri konklusinya lagi. Kalau secara rawak dan tidak berapa jitu mungkin boleh barangkali. Ada 2 seksyen. 1 seksyen 30 orang. Ada kaum Adam 4 orang ONLY. Salah seorangnya sudah berkahwin. Macam-macam jenis peringkat umur. Sekitar 22 - 30 tahun kot.


Lepas tu Time table? Owh sangat boleh dibangga kan. Sehari 1-2 kelas sahaja. Tapi sangat mengecewakan bila 1 kelas 3 jam. Dan semua kelas-kelas itu macam sedang mendengar ceramah atau forum perdana sahaja. No more calculation untuk hilangkan kebosanan. Haha. Tahniah. Eh, lagi sangat boleh di banggakan, saya akan lebih murah rezeki lagi selepas nie sebab lepas subuh tak akan tidur balik. Kenapa? Sebabnya semua kelas dari selasa sampai jumaat bermula pada jam 8 pagi. Owh. Sunggguh insan terpilih kan saya nie.

Lecture pulak. Hurm, semuanya banyak yang Prof Madya dan berumur like ayah saya dah. Tu yang rasa macam sangat janggal. Sebelum nie waktu belajar di UMP lecture nye semua muda-muda sampai rasa macam nak panggil Abang Syamsul dan Kakak Syikin saja. Haha. Tapi kalau Ir Adnan? Cupp!! Nak panggil Abang Nan. Eh Abang Ad la.. hahah. Gatal sungguh ko nyah malam nie yer.



Parit Raja? Tak nampak pun lagi paritnya. Sabar-sabar weekend nie tak balik, boleh la kalau nak siasat macam mana nama Kampung Parit Raja nie dapat? Sungguh kurang pekerjaan kan. Eh, tapi weekend nie rakan baik yang lama di tinggal kan nak datang menjenguk!! Ouch. Like-like. Boles jalan-jalan bersama beliau. Ehem ehem, Munawwarah, sila ingat message dari ayahnda tercinta sebentar tadi selepas beliau memBank-in kan wang saku kepada anda "Duit dah masuk RM###. Cepat-cepat la perabis".. Kata-kata peransang yang cukup terangsang!! Ya itulah Haji Ismail Bin Cha.




Konklusinya :

Hujan emas celup di negeri orang

Hujan Emas 916 dan Berlian 45 karat di negeri sendiri,

Kompem-kompen lebih baik di negeri sendiri kan.



NAK UMP!!! NAK UMP JUGAK !!!

[Senget sungguh my new classmate yang dari UMP jugak, time ice-breaking "Saya Ex-Student Universiti Malaya cawangan Pahang = UMP" ]





PdanS : Kena belajar bersungguh-sungguh lepas nie, sebab untuk master C+ dah dikira gagal. Tapi tak ada la pulak 1st class ke 2nd class ke, 3.0 dan ke atas adalah lulus dan sama saja. Hurm.

Jemput masuk. Silaaa ooo silaa..

Ehem ehem..

Macam cantik tak?

Apa bukan macam?

Memang cantik?

[Blushing jap]

hik hik

[Blushing lagi tapi lama sikit ]

Dah dah.

Tak nak godek apa-apa dah.

Letih ooo dok cari template baru yang cantik dan wajib berRED

Sangat tak ada dan tak jumpa.

Last-last nasib baik terserempak dengan background yang macam menggoda hati.

Lalu mengorat dan terus buat header baru.

Saya dan Altaf !!






PdanS : Sanggup ow tidur pukul 2 pagi walaupun esok kelas pukul 8pagi, 8 PAGI okeh. Lepas tu sanggup pulak tu tak tidur bila ada gap antara kelas. 5 jam!! bukan 50 menet.

Monday, July 12, 2010

Besama yang baru.

Eh, tak-tak.

Anda tak salah laman sesawang.

Betul.

Memang ini Laman Sesawang IM.RED.LOVER.

Ajaib kan.

Mana color merah yang sungguh memberahikan itu?

Sudah di buang jauh-jauh laa.

Tapi itu bukan bermakna saya perlu say no to RED

Tidakkk...


Saya masih lagi nak kawen sambil mengenakan songkek merah.






Masih lagi mahukan Swift Merah






Masih bercita-cita lagi nak pakai gincu merah


[Pinjam ye gambar sis. Suke sangat tengok sis makeup. Hehe]




Saya masih yang dulu.

Cuma sekarang hanya mahu berblog dengan wajah dan semangat yang baru

Tambah-tambah bila masuk alam yang baru nie.

Good Luck!!






PdanS: Untuk PdanS tidak bules lagi guna color merah dan biru tercois sebab nanti dah tak nampak. Background dah color krim. So. Hurm. Mentukar ke Hijau cun tak?

Thursday, July 8, 2010

Mahu cantik menawan di hari raya?

Memandangkan lagi beberapa bulan akan tibanya Syawal yang mulia, maka sudah pasti, ramai awek-awek di luar sana sedang sibuk mencari tudung-tundung yang cantik menawan untuk di gayakan pada hari raya nanti bukan. [sedang sibuk ganti puasa pun yer jugak. Tapi tu Munawwarah Ismail la. huhu ] Dan sudah tentu juga pilihan yang di buat mestilah yang terbaik untuk mempastikan andalah yang paling menawan sekali di pagi raya.

Bagi Incik Balak pulak, mungkin anda sedang runsing memikirkan hadiah apa yang paling sesuai di beri kepada Cik Awek untuk mepastikan Cik Awek sungguh jelita sekali bila beraya ke rumah anda sehinggakan ayah anda serta abang-abang anda pun turut tergoda sekali. Mugkin segalanya akan terjawab jika anda meneruskan bacaan ini. Hik hik.

Baiklah, bagi merungkai segala permasalahan ini, saya dengan rela hati sanggup menggabiskan sisa-sisa masa saya yang terluang ini dengan membantu rakan-rakan semua untuk menjadi perunding imej di hari lebaran. Free saja. Tapi kalau yang bermurah hati tuh boleh la belanja shawl-shawl kat bawah nie selai dua. 4 helai pun saya terima saja.

Eh, lupa pulak nak bagi tau, semua tudung-tudung kat sini jenis Selendang A.K.A Shawl. Sapa yang tak berminat nak pakai Shawl nie bawak-bawak la berminat. Mesti boleh cantik punya pada hari raya tahun ini. Kompem-kompem Si Senah kampung sebelah pun jelus gila dengan u sebab secara tiba-tiba u sangat cantik dari dia. Serius. Tak tipu.






Ok. Mari kita mulakan.
Design yang pertama ini amat saya suka.
Boleh pakai di pagi raya.
Nak menikah or bertunang pun bules.









Di sebabkan shawl ini plain, adalah menjadi kemestian untuk memakai baju yang bercorak.
Tak dak lah nampak dari kepala sampai kaki plain jeeer. Bosan ooo.




Suka color yang nie.




Black! senang nak match dengan apa-apa baju pun.
Tapi saya lagi suka kalau shawl hitam begini di pakai dengan t-shirt.
Ala-ala Yuna gitu.




Suka color nie. imREDlover!!!
Nak bertunang dengan pakai color nie bules?




Yang nie pun sweet color dia.




Kalau yang gini saya lebih prefer pakai dengan t-shirt + cardigan.
Lagi cantik kot.
Tapi kalau dengan baju kurung? hurm. Tibai sajalah labu.





Suka inner dia yang corak-corak colorful tuh.





Material kain nie adalah cotton.
Memang sangat selesa sebab menyerap peluh.





Jugak suka tudung ini.





Yang nie pun kain cotton jugak.
Mungkin jenis kain cotton yang nipis kot.





Suka!!




Suka combinasi warnanya.
Saya tengah berkira-kira untuk beli yang nie. Nak!!!




Oren!! Untuk Si Berani.
Dulu kat sekolah ada member kelas sebelah nama Thabbrani. hurm.






Yang nie pun tengah berkira-kira jugak utnuk beli.
Cukup ke tak nie duwet yang tinggal sekangkang kera ini.




Model pun cun!!




Suka-suka. Ini pun nak beli jugak.
Hadoi. Semua nak beli nieh. Mana buleh.




Kain dia jugak adalah cotton.
Pendek kata semua shawl-shawl di sini cotton lycra. Macam kain T-Shirt.
Kecuali yang kat atas sekali tu jer. Bukan cotton.




Sangat mensukai hitam ini.





Nice




Cantik. Pandai dia match kan.




Ouch! inREDlover lagi!!





Suka sangat-sangat sebab shawl dia ada 2 bahagian.
1 corak, and 1 lagi plain.




Boleh pilih nak lilit macam mana. Yang plain atau yang corok.
2-2 cantik.






Ok. Itu saja yang dapat saya kongsikan bersama.
Membantu tak??
Langsung tak kan. hahaha.
Caption di bawah gambar bukan nak tulis tip-tip pilihan.
Tapi.."Saya nak ini!!! Nak beli!! Duti tada!!!Sangat cantik!!"
Membantukah dengan cara ini?
lalalala..

Saya sudah mengshare link-link tudung menawan pun dah cukup ok kan.
Tak simpan sorang-sorang untuk nak cantik sorang-sorang.
Baik kan.

So apa lagi.
Jemputlah ke laman sesawang

ini

ini

ataupun

ini.




Harga mungkin tidak bules di runding kot.
Tapi kalau anda cakap, saya masih student la kak, PTPTN tak masuk lagi, mak bagi duit cukup-cukup nak beli buku nota, duit pakwe pinjam beli PSP,
Rasa-rasanya boleh kot kurang sikit.
Try laaa. huhu.






PdanS: Perlu menderive nie dari Batu Pahat ke Alor Gajah secara sorang-sorang. Hadoi. Tidoq dulu la seround