❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 1, 2010

1 June

Incik Roh Bin Yayayoyo,

Area Setiawangsa,

Rumah Flat Dekat Taman Mainan,

Naik tangga stop kat tingkat 3,

Rumah sebelah kiri.




Kehadapan kekasih gelap saya, Incik Roh Bin Yayayoyo yang kini berada di Kota Raya Kolumpo, di harap agar sentiasa bahagia hendaknya di samping rakan-rakan office tercinta. Tujuan saya mengarang surat ini adalah untuk memberitahu Incik Roh yang hari nie adalah 1 June 2010 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1431. Sekali lagi di ulangi 1 June Cik Roh!!! 1 June. Ha? Kenapa? Kan 1 June adalah lah hari susu sedunia. Incik Roh tatau ke? Hadoi yai. Ok lah. Saya,cuma nak ingatkan yang tu je. Sekian dari saya. Maju lah susu kepada anak-anak kita! Not suami kita okeh!”



Yang ikelas

-GadisSepi-





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Di sebabkan hari nie sangat banyak masa yang lebih dan saya pun tatau nak letak dan simpan kat mana, so saya mahu mentulis ucapan hari jadi kepada kawan rapat saya selaku suami saya [serius weh, kalau lah anda adalah lelaki kacak dan mewah, dah lama i masuk minang u. Nanti pergi kelatam suruh Meknos bawak pergi mana-mana kedai siam yang tedekat suruh ubah jantina. Hahaha]



Photobucket


Inilah wajah kacak anda yang saya harap sangat [if anda kurang iman laa]. If u nak ubah jantina ke jatam terhebat, jangan lupa bagi jadi macam nie yer, i nak ada sedikit saja kumis. [Kumis tuhhh.. sungguh tak tahan.]. Lepas tu ada 4 helai janggut yang mana 3 helai nye bercolor hitam dan sehelai lagi bercolor oren. Dye gitu. Ouch. Mak suke la nyah. Haha. Eh lagi satu, rambut mustilah seperti mee meggi kari berapi sebab I bules bangga ada cowok yang gila cool. Dan yang teraher, u tangkap la mana-mana lalat yang u jumpa dan paksa dia berak bawah bibir u. Walaupun i tak Berjaya memikat hati ZA yang bertahi lalat di bibir tuh, i boleh bersyukur sebab dapat jugak berpacaran dengan jatam pria terhebat yang ada tahek lalat di posisi yang sama. Terubat la jugak rindu i pada ZA. Ok. Ok. Kembali ke ucapan hari jadi.






[Sila seriuskan mood anda, kerana anda sedang berada di zone SERIUS]




Di kesempatan dan masa yang terluan ini, saya Munawwarah Binti Ismail pemegang kad pengenalan 861220-02-1234 dan student ID AA07140 ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun di lahirkan kepada Rohaya Binti Rasmin. Sebagai pemegang angka "24", saya berharap Cik Rohaya akan lebih di murahkan rezeki, dan selalu dirahmati Allah SWT. Saya juga berdoa agar tuhan memanjangkan usia Cik Rohaya dan gunakanlah usia itu sebaik mungkin supaya Cik Roh berbahagia bukan saja di dunia, malah di akhirat kelak nanti.


Memang sukarkan menjadi pemegang angka 24 nie. Makin bertambah usia, makin sukar kehidupan nie kan. Mungkin sebab peralihan usia barangkali dari Remaja a.k.a Student kepada Dewasa a.k.a Pekerja. Serius sangat tak suka kan. Sakit otak untuk fikir macam-macam masalah. Tapi kalau tak kerana masalah-masalah nie sapa lagi yang nak ajar kita untuk jadi matang kan. Saya berharap Cik Rohaya dapat mengharunginya dengan penuh kesabaran. Bak kata pepatah "Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian"



[Zone serius tamat]





Di kesempatan ini juga saya ingin memintak maaf yang sangat-sangat sebab kerana tak dapat nak bagi hadiah yang mewah-mewah seperti rantai berlian 7000 karat, jentolak yang besar, kapal terbang persendirian, sebuah kilang memproses pati tulen perfume ralph lauren, pasaraya sogo level 1 dan 2 [yang ada baju, hand beg dan kasut cantik] atau lain-lain kemewahan yang saya sendiri pun tak mampu nak senaraikan sebab mewah sangat. Yang mampu saya beri hanyalah sebuah persahabatan yang murni lagi ikhlas dan sukar untuk di cari di mana-mana. aii ceyh.. ceyh...


Walopon saya bejanji akan membelanja 1 slice kek secret recipe sebab yang tu jer yang termampu setelah bergelar student practikal, tetapi saya sangat lah berharap setelah habis melantak kek yang tak kenyang itu dan taik gigi pun tak sempat terhasil, Incik Roh akan segera mengeluarkan duit ringgit Incik Roh dan memberi kepada saya “Nah pegi bayar”. Saya berharap sangat. Serius. Tak tipu.


Incik Roh berdoa lah untuk saya jugak semoga, rezeki saya mencucah-curah dapat bagi hadiah swift merah + SLR canggeh + tiket percutian ke bandung + penempatan mewah di Putrajaya [eh, bukan kah semua itu kemewahan yang saya impikan! haha. Takpa-takpa saya sanggup berkongsi besama anda. Huhu]


Bagi mengakhiri entry ini, saya ingin dendang kan beberapa kenangan sewaktu hari menjadi Cik ROh yang ke 20 kot. Sewaktu di C10 aras tiga yang mana bilik Cik Roh berhadapan bilik saya.


Saya tak ingat dah macam mana kejutan yang di buat, Hadoi. Memori-memori tulum kembali. Haa! Okeh dah ingat. Meknos. Meknos yang konon bermasalah dengan ex-pacar dia memanggil anda ke bilik study and then meluahkan masalah yang di reka secara spontant. Tahniah meknos. Anda memang hebat. Dan waktu itu jugak saya berserta yang lahen-lahen terus berlari-lari anak bawak masuk kek and makanan ke bilik anda. Sungguh berdebar gila time itu. Takut-takut anda masuk secara tiba-tiba. Lepas segala masalah dah di luahkan. Anda n meknos pun pulang ke bilik dan time itu laa Surprise!!! [nak jugak surprise macam nie. Pless. Haha]


Lepas tu ingat lagi, kek makan sikit je, yang lain-lain buat main, calit sana sini. Air pun sama jugak. Aku ingat lagi meknos simbah kepala aku dengan air coke. Kejam sungguh. Lagi tak boleh belah telor bilik korang pun jadi mangsa. Di baling sana sini. Kan?Kan? Ke parti beseday orang lain sebenarnya main-main telor nie. Haha.


Tapi yang paling aku ingat lepas main-main kejar satu aras, aku dengan mek sya lari masuk bilik suria. Menyorok kat situ. Kunci pintu.Takut gila weh, takut kena calit dengan krim kek. Dah la time tu korunk-korunk suma dah macam orang gila talak. Haha. Dekat sengah jam jugak la kite orang nyorok. Ingat dah nak abis la, dah time kemas-kemas, masuk la bilik ang balik. Tub-tub. Wow. Shitttt sungguh. Terus di pedajalkan. Hahaha. Lepas tuh sambung bersuka ria lagi sammpaii la semua nya dah nak pengsang segala bagai, baru stop.


Lepas habis berparti kita kemas-kemas balik reramai. Siap cuci lantai satu bilik. Gila mulia sungguh rakan-rakan anda kan. Mana tak nya bilik busuk gila. Bau macam-macam. Sental dengan softlan pun tak hilang bau dia. Haha. Tahniah-tahniah.


Itu saja yang dapat saya karangkan buat hari ini. Sekian.









PdanS: Weh, mentang-mentang la hari nie hari menjadi ang yang ke 24, semalam i mimpi u nyah. Serius i tak tipu.



3 comments:

rozainahibrahim said...

kita jadi madu cik roh la muna, mau?
afte i bawak dia pegi siam,, hahahha

ayarasmin said...

hahaha..OH TIDAKKKK!! I xmo tukar jantina..i nak kawen ngan jatam..i like jatam..i cinta jatam..

xmo kawen ngan girls..xmo2..

ayarasmin said...

p dan s: i hate tau, u tukar gambar i jadik rambut megi kembang tuh..xsukaa..