❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 21, 2010

Saya dan Rasa

Sedih. Serius. Saye sangat sedih.

Nak pergi jauh. Jauh? Ya, jauh jugak la sebab kena drive dan tunggu 4 jam baru sampai.

Saya kena pergi menuntut ilmu lagi sebab pekerjaan tak berpihak kepada saya buat masa nie.


Kenapa mesti sedih.

Sedih la, sebab kalau dulu balik kerja dan rasa rindu pada sahabat baik boleh call dan cakap "Eh, aku nak pergi umah ang nie, tunggu kat station setiawangsa, jap lagi aku sampai".

Tapi nanti? Nak balik tiap-tiap minggu pun belum tentu boleh.



Lepas tu sedih lagi.

Sedih la, sebab nanti tiap-tiap minggu dah tak boleh lepak macam dulu, kumpul ramai-ramai sama My wonders. Lepak kopitiam, jalan-jalan uptown, pergi pasar pagi, melawat Sunway Pyramid.

Tapi lepas nie? Semua-semua nie mesti dah akan jarang dan mungkin tak boleh.



Nak sedih lagi.

Sedih la, bila dah pergi jauh-jauh dan semua bawak haluan masing-masing mungkin susah nak jumpa. Entah bila pulak la boleh ketemu lagi kan.










PdanS : 28 nie akan gerak ke Batu Pahat. So. Mungkin ada satu hari yang free untuk lepak-lepak bersama mereka-mereka nie. Sejam pun tak pa. Tapi mereka-mereka nie free ke?

ITU atau INI



"Kita semestinya akan cuba merancang yang terbaik untuk hidup kita,

tapi tuhan yang akan mementukannya bukan?

Kadang-kadang penentuan tuhan tuh tak seperti yang kita rancang,

sebab perancangan tuhan untuk kita lebih baik dari apa yang kita rancangkan."




So, kepada Munawwarah jangan sedih-sedih yer. Saya tahu kamu nak itu. Tapi ini yang dapat untuk kamu. Yang itu tuhan tak kasi. Tuhan cakap yang ini lebih baik dari yang itu. Sekarang memang kamu tak nampak. Tapi, kelak, pasti kamu akan sedar itu yang kamu nampak terbaik, sebenarnya bukan. Dan pastinya ini yang terbaik yang telah tuhan tuliskan untuk kamu. Terima yer.

Baiklah teman. Saya akan teruskan perjalanan hidup nie dengan jalan ini pula.



Cinta hati saya?

Hari nie nak berblog secara bersahaja saja. Tak nak riang ria sangat. Ok. Kena relax-relax saja. Cool baby cool. Tadi dah makan durian dengan riang ria sekali dan lepas tu tesedak pulut durian sampai sekarang pun tak habis lagi rasa pedih anak tekak nie. Haishh. Jangan gembira sangat. Tuh pengajaran dia.


Di malam yang hening nie nak meluahkan perasaan yang terpendam sekian lama. Serius. Cinta hati saya!! Dengan ini ingin saya mempersembahkan cinta hati saya yang dah lama terpendam dalam jiwa dan raga beskal nie.





TADAAAAAAA!!!








Eh, eh, kenapa mesti Pasha pulak. Kenapa magic tak menjadi nie malam nie. Ke memang jodoh saya bersama Pasha. okeh okeh skali lagi.





TADAAAAAAA!!!





aik? ZA? hehe.. Ya, ya. Nie cinta hati yang tak berbalas. Dok syoq sorang-sorang ja. huhu. Tapi bukan cinta hati nie yang nak di ceritain. Lain-lain.






Haish. Penat sungguh jadi pemagic tak bertauliah nie. Semuanya tak menjadi. Ok. Berterus terang la senang. Ini lah cinta hati saya yang pertama.



Suzuki Swift kaler merah !!





dan kalau la boleh modified jadi macam bawah nie. Hadoi. Maka mesti Swift nie akan ada 1 bilik tidur khas yang saya akan sediakan untuk dia siap ber-aircond dan katil tilam spring 1 meter. Huish. Punya la sayang kan.








Walaupun ini cinta hati saya yang petama, tapi dun ask me about swift nie okeh. Pasai kereta-kereta pun i tatau. Sangat ZERO. Bodo piang bak kata orang kedah. Lepas nie kalau jumpa i jangan pulak dok kalut nak tanya engine kereta nie ok ke tak. Accelerator ke? [menatang apa tuh] Hadoi. Yang i buleh jawab "Exzos dia memang kompem keluar asap".


Kanapa Suzuki Swift cinta hati anda? Owh. Soalan nie boleh jawab.Sungguh kacang tanah. Sebab desing dia sangat cantik. I like bontot dia yang macam mantap tuh. Lagi body dia kecik senang untuk i yang selalu fail nak parking kalau side tepi nie. i rasa i akan lebih cool bila sedang dalam pemanduan. Itu saja yang dapat i senaraikan. Sekian.



Akan tetapi. Ya ada tetapi okeh. Saya juga turut di goda oleh benda Allah yang lain. I like Nissan Latio Sport jugaa!!! Suka. Ini lebih mantap desing dia dari Swift. Maaf Swift, kadang-kadang i terpaksa curang dengan u. Tapi tak bermakna chenta i terhadap u hilang sayang. Tidak. i chenta u darling. Cuma kadang-kadang saja. Bila iman i nipis, rasa tu tak dapat di tepis lagi.





Apa macam? Sungguh cun kan. Tapi. Semua benda yang aku minat mesti akan di akhiri dengan akan tetapi. Haish.. Bila di survey-survey harga dia. Mak aiii. Terus rasa macam nak berzikir dan selawat banyak-banyak.





Kenapa bila menjadi penghuni di tanah gersang Langkawi akan dapat harga yang tak boleh belah. INI TIDAK ADIL !!! Beza 30k tuh. Dah boleh beli Viva 1 lagi. Hurm..


Walaupun ke2-2 ini cinta hati saya, tapi, saya sedikit pun tak rasa nak beli. Serius. Yang teringin di miliki MyVi saja kot. Sebab tu jer yang mampu. Lain la kalau kawen dengan driver kapal terbang ke, driver kapal selam Lubnan ke. Driver kapal korek tak mo. Tapi sapa la saye di mata driver-driver nie kan. haha. So berangan je la yang mampu.





PdanS : Dan cinta dalam hati saya yang lain Hurm. Simpan je la. Kan.

Sunday, June 20, 2010

Bila saya di rumah.

Setelah 3 hari berkecimpung dalam arena penanaman anggur secara berleluasa, aku macam dah boleh kesan beberapa tindak-tanduk pelik yang sering berlaku kalau aku balik rumah dan bercuti panjang. Ok, meh sini nak buat analisis sikit untuk diri sendiri.




1) Aku jarang breakfast. Biarpun nasik lemak 4,5 ketul tegolek-golek atas meja makan, aku tak sentuh pun. Sungguh tak ada nafsu. Tapi waktu kerja dulu. Sampai-sampai office letak je bag, kadang-kadang komputer pun tak sempat nak on lagi, terus pergi pantry, cari nasik lemak ke apa-apa la yang ada orang jual. Kalau tak ada kat aras sendiri, sanggup nie, pergi nak turun aras lain semata-mata nak cari makanan. Hurmmm. Ajaib.


2) Mandi? Sungguh malu nak buat pengakuan jujur dan berani mati untuk part nie. Aku bukan malas nak mandi, tapi kena ambik masa yang lama untuk mempastikan kaki dah jejak dalam bilik air. Ini tak sama dengan malas mandi hokey. Sebab yang lain, aku macam berkira-kira sikit kalau nak mandi awal-awal, kejap lagi nak mop lantai, nak sapu sawang labah, kalau mandi awal, nanti kotor jugak. Hurm lebih kurang macam tu laaa. Tapi bila dah selesai kerja-kerja berat nie, Letihhnyaaaa.. Nak tidor kejap boleh.. dan tidur aku yang kejap kadang-kadang boleh jadi sejam dua dan kadang-kadang tu mampu sampai ke petang. Huhu.


3) Pekerjaan di petang hari pulak, membajak sawah, eh aku membajak sawah? wow Nescaya akan lingkuplah bendang ayah aku tuh, terus tanah jadi tandus selama 7 musim berturut-turut. Kalau petang je, kerja aku mesti Tidur. Hurm. Ada lagi ke pekerjaan yang lebih menarik selain tidur bila petang-petang nie. Tak dak kan. Ya, tu la kerja yang aku mapu buat setakat nie bila petang menjelma.


4) Baju. Yer, baju seakan-akan ada 2 helai jer kat rumah nie. Asyik akan recycle baju yang sama je. Mana taknya, bila sudah mandi tuh, malas gila nak naik bilik aku sebab kena panjat 18 anak tangga dan bila nak turun tuh kena fikir sehabis-habisnya. Apa lagi yang nak bawak turun. Malas nak panjat balik bila ada termiss apa-apa benda. Bila dah malas nak naik nie apa lagi, terus pergi cari baju kat ampaian jer la. Baju yang pakai semalam yang dah basuh. Yang tu je yang terdekat. huhu.


5) Satu lagi perkara yang boleh di banggakan, kalau balik rumah jer, mesti akan ada 2 entry per day. Kalau dulu 2 entry per month. Sekarang per day tuh, Kagum. Kagum. Mana taknya, tengah goreng ikan bilis pun boleh lari-lari anak lagi pergi masuk bilik, tengok blog, tengok Fb, lepas tu duduk depan komputer sambil terjerit-jerit "Mak tengok ikan bileh sat, tolong kaleh sat". huhu.




Cukup la 5 perkara pelik yang boleh aku saji kan utuk pagi nie. Kalau nak banyak lagi boleh cari dalam Majalah Saji keluaran June 2010. Sekian







PdanS : Banyak benda yang nak kena buat hari nie. Format computer -> medical checkup -> Ke Bank Muamalat -> beli barang dapur -> melawat orang beranak ->suruh orang beranak belanjan RFC (Radix Fried Chicken) . Ya sangat banyak.

Ber-Asmara di Asrama.

Sukanyeeee bila duk rumah. Macam setiap saat itu adalah milik aku!! aik? Sebelum nie milik sapa? Konfius sungguh. Oleh kerana setiap masa sangat lah free sekarang nie, saya boles sesuka hati nak mengadap blog 24 jam sehari.

Entry sebelum nie aku cakap nak story tentang "Kehidupan aku di Hostel" kan.. Ok. Sekarang aku nak tunaikan janji itu.

Aku penah duduk hostel waktu form 1 di Sek Men Keb Yan. Lepas tu form 4 & 5 duduk hostel lagi sebab besekolah di Sek Teknik A.S. Jauh laaa. Susah nak ulang alik.

Kenapa aku duduk hostel form 1 saja? Sebenarnya aku suka gila duduk hostel waktu form 1 dan kalau di benarkan aku nak je duduk sampai aku tamat sekolah kat situ. Tapi, apakan daya, sampai hujung tahun waktu form 1 tuh, time cuti sekolah, warden call aku. Dia bagi tau, aku dah tak boleh duduk hostel lagi untuk tahun depan. Rumah aku dekat katanya. 4 km dekat ke? Dia cakap lagi tempat aku akan di isi oleh orang yang lebih memerlukan. Hurm. OK. Fine. Dan ada lagi alasan-alasan lain yang aku rasa tak perlulah nak cerita.

Setahun aku duduk situ macam-macam aku lalui. Best sangat-sangat. Dah la tiap-tiap minggu balik. Bahagia gila laa. Walaupun hanya asrama desa, bukan asrama yang blok yang bertingkat-tingkat tuh, tapi aku cukup gembira. Hostel tempat aku tinggal hanya sekadar rumah kayu yang lama dan usang. Sebelum nie rumah tu adalah kediaman guru-guru yang mengajar di situ. Oleh kerana ada rumah guru yang baru di bina jadi rumah guru lama di tinggal kan kosong lalu di jadikan asrama desa. Ada 2 bilik kat dalam rumah tuh. Bilik belakang ada 6 orang, bilik tengah 4 orang dan kat ruang tamu ada 4 orang. Sikit saje kan. Rumah sebelah pun macam nie jugak penghuni dia. 14 jer. So penghuni asrama desa lebih kurang dalam 28 orang macam tu la. Sangat sedikit kan.


Bila dah penghuni sikit, kadang-kadang benda yang kecik pun boleh nampak besar. Macam macam la jadi. Ada satu masa tuh, hostel aku tuh ada orang nak try pukau kot. Sebabnya kami ada jumpa najis orang kat belakang hostle tuh. Siap panggil bomoh lagi datang tengok-tengok kan.




Bentuk asrama desa aku dulu lebih kurang macam nie. Rumah kayu lama yang ada ruang di bawahnya.


Time nie aku form 1, so tak banyak la kerja-kerja jahat yang aku buat. Baru nak study-study jenis-jenis kegiatan haram. Tapi kenangan yang aku paling ingat, waktu kena gotong royong. Bilik aku kena lap dinding, tapi masalahnya tak ada kain buruk. Puas kami cari sana sini, tak dak jugak. Last-last kakak bilik aku dengan bijaknya mengeluarkan Tuala Wanita dia dan dijadikan sebagai kain buruk. Memang sungguh brilliant la. Berbekalkan Sehelai Tuala Wanita itu, ahirnyaa, berkilat-kilat dan bersinar-sinar sungguh bilik kami minggu tuh. Huhu.






Di Sekolah Teknik lain pulak ceritanya.

Waktu form 4. Aku masih lagi budak baru yang skema. Patuh segala arahan. Tak pernah ponteng Prep. Time outing balik kampung sebab tak pandai nak jalan-jalan Alor Setar. Sembahyang kat Surau. Fly itu apa? Tak tahu. Sungguh suci lagi time nie.

Tapi bila dah form 5!! WOW! haha. Tak. Tak jahat. Tak bunuh orang. Cuma tak suka buat benda secara paksa-paksa macam "Sila pergi Prep petang dan malam", "Sila sembahyang di surau SAHAJA", "Tidak di benarkan balik kampung minggu ini", "Pergi ke sekolah setiap hari".... Cuma benda-benda nie jer yang aku tak berapa gemar nak ikut. Aku berkawan dengan semua orang, tak begaduh dengan sesapa. Tak cari pasal dengan Senior ke Junior ke. Tak. Dengan warden pun tak penah melawan. Baik. Tapi macam aku cakap tadi la, tak suka buat sesuatu yang kadang-kadang aku rasa for what? Nak pakai kepala otak sendiri jugak. Konon bijak sangat la.


Aku dulu pemalas gila nak pergi prep siang-siang. Sebab kalau pergi pun kompen-kompem aku akan tidor dalam kelas dengan tak selesanya. Dan bagi mencari keselesaan itu. Aku pun curi-curi la tidor dalam bilik buku sebalah dorm aku. Bilik buku tuh asalanya bilik untuk letak katil and almari yang lebih-lebih. Dari terbiar dan tak guna langsung bilik tu kan, kami-kami 1 bilik pun mintak la kat warden nak jadikan bilik tu sebagai bilik buku kami. So dapat la. Ok.ok. Sila rujuk gambar rajah di bawah untuk lebih pemahaman.





Mula-mulu aku just simpan buku saja kat bilik tuh. Sampai satu masa aku macam terfikir kenapa aku lebih rela tidur di siang hari atas meja yang keras dan boleh buat muka bebekas lepas bangun tidur. Jugak kalau nasib kurang baik akan ada air liur mengalir di tepi bibir dan boleh menjadi bahan gurauan serta ejekkan rakan-rakan sekelas. Kenapa aku kena berdepan dengan semua itu? Kenapa? Hahaha.


Lalu idea pun tercetus takkala keluar masuk bilik tuh. Lepas tu aku apa lagi terus pergi bawah cari meja yang tak guna. Usung masuk bilik tuh. Pergi library kat tingkat bawah, celok kurusi sebijik. Ubah-ubah kedudukan almari. Adjust mana yang patut. Tolak sana sini sikit. Lepas tu TAADAAA!! dah ada tempat study sendiri. Sangat strategik!! Serius. Sepanjang aku berport di situ langsung tak pernah di kacau oleh mana-mana warden. Cuma sekali jer pernah di tangkap oleh Warden. Tu pun sebab ramai gila yang menJoin kan diri tak pergi Prep. Sembunyi kat port aku pulak tuh. Lepas tu apa lagi. Kantoi laa.


Lagi membanggakan, kadang-kadang kawan-kawan siap tanya lagi aku nak guna tak tampat study tuh malam nie, derang nak sewa kejap. Huhu. Rasa macam bertuah sungguh bila jadi pengasas kepada port tuh!!.


Tapi aku ada kenangan yang lagi menseramkan. Macam biasa aku bukan saja pemalas untuk ke Prep, sekolah di siang hari pun malas gila. Bila rasa nak ponteng kelas, aku balik la hostel secara diam-diam dan terus pergi tidur dekat port aku tuh. Satu hari aku tengah syok-syok tidur di siang hari kat kat bilik tuh, aku termimpi ada makluk halus datang kat aku dan terus cekik leher aku. Aku cuba nak baca ayat kursi, nak jerit mintak tolong, tapi suara susah gila nak terkeluar. Sebelum nie aku penah dengar cerita-cerita kena tindih je, tapi hari tuh, aku dah lalui sendiri. Lepas tersedar. Aku tengok kanan kiri dalam bilik tuh, memang tak dak sesapa. Muka berpeluh habis. Lepas tu terus bangun dan tau pergi mana? Pergi sambung tidur dekat atas katil sendiri kat bilik sebelah Huhu. Time nie memang tawakal habis. Kalau kena tangkap, lantak la. Pandai-pandai la aku menjawab. Nasib baik selamat. Lepas kejadian nie, aku memang tak masuk dah bilik tu. Kalau nak masuk kena ada orang teman. Lepas tu rajin gila pergi Prep. Tapi 3,4 hari je la bertahan. Kemudian, kembali ke perangai lama. huhu.


Nie baru cerita tentang port terbaik. Belum lagi terbang-terbang di hujung minggu. Huhu. Memang terbaik la. Aku selalu bernasib baik sebab aku nie bukan katogori pelajar yang nakal. Aku nakal secara underground je. Bukan dalam pemerhatian warden-warden. So, aku buat apa pun memang terlepas la.


Form 5 punya cerita, aku tiap-tiap minggu balik, even bukan minggu balik kampung. Sekolah aku ada outsider. So senang la aku nak menyelinap keluar sekali dengan budak-budak outsider time balik sekolah. Lagi warden-warden memang tak cam aku. Aku kan tak famous. Bukan kaki bodek. Bukan budak-budak nakal. Mana la derang nak ingat muka aku. huhu. Mak aku pun hairan "Tiap-tiap minggu balik. Tak pa ka?"... "Boleh. Tak pa la mak" Jawab aku..


Aku ingat lagi ada satu masa tuh, kat tivi tengah tayang cerita Yo Soi Bety Lafia. Semua orang pakat gila tengok. Aku pun tak terkecuali la. Tiap-tiap petang call rumah tanya. Hari nie apa dah jadi. Bile episod yang last-last tuh, aku siap ponteng sekolah lagi seminggu. Semata-mata nak tengok ending cerita tuh. Lucu betul.


Lepas tu, penah sekali tu waktu form5 jugak la, aku first time try guna pencuci muka kosmetik yang boleh mengelupaskan kulit. First time pakai la nie. Memang azab gila nak tunggu dia mengelupas. Mula-mula kulit jadi tegang gila. 3,4 hari jugak la. Nak senyum susah. Nak cakap apa lagi. Macam baru lepas buat pembedahan plastik pulak. Disebabkan muka selalu kering dan mengelupas je, aku kena la letak tisu basah kat muka 24 jam. Baru la rasa selesa. Sepanjang kejadian nie seminggu jugak la buat perangai. Pergi sekolah sampai waktu pertama jer. Lepas nak masuk kelas ke2 aku cabut balik. Tak tahan weh. Pedih gila muka. Aku balik hostel, tidur la apa lagi. Terus lupa semua sakit-sakit tuh. Huhu.


Hurm. Bila kenang-kenang balik semua-semua nie, baru la terfikir, patut la sekarang aku jadi macam nie jugak. Memang dari sekolah pemalas nak pergi kelas. Huhu. Harap-harap benda-benda nie tak di warisilah oleh anak-anak aku nanti. Ibu nak kamu jadi pelajar yang baik-baik yer anak-anak. Pelajar-pelajar aku nanti? Eh? Pelajar-pelajar? Insyaallah kalau di murahkan rezeki, aku akan berkecimpung dalam bidang pendidikan pulak. Hope, anak murid aku nanti tak ada la yang suka ponteng-ponteng nie. Mungkin aku boleh bagi pelepasan boleh ponteng 2 kali jer untuk kelas aku. Lebih pada tu, terima lah surat layang dari kekasihmu ini. Serius. Aku kena tegas.







PdanS: Banyak nya benda nak kena buat esok. NAk kena fikir. Ok. Muna. 1 demi 1. Pasti akan settle jugak ahirnya.

Saturday, June 19, 2010

Aku dulu VS Adik sekarang.

Salam semua. Dah lama gila tak update blog rasanya. Untuk June nie only 2 entry je yang aku sempat tulis. BZ ke? Hurm tak de la sangat. Biasa la muda mudi yang akan meningkat ke alam dewasa, Kalau ada masa terluang pun akan di habiskan dengan mentidur saja. Kan.

OK lah nak cerita tentang semalam. Kepada sapa-sapa yang nak usha gambar saja dan malas baca, maaf entry kali nie tak berserta dengan gambar. So jemput lah ke entry jiran sebelah. Kapada ImREADlover. Jemput baca.

Semalam sehari suntuk habiskan masa dalam kereta saja, pergi orang mengkawen, pergi membeli barang itu ini, dan last pergi menghantar adik kat asrama dia. Kan Cuti sekolah dah habis. So kena la balik ke hostel. Hurm. Berhantar-hantar lagi kan. Manja sungguh adik-adik aku nie sekarang. Aku dulu?



Aku dulu? Serius aku dulu sangat berbeza dengan derang. Aku, kalau waktu hujung minggu balik kampung, jangan harap la mak ayah nak datang jemput kat hostel. Memang sangat bermimpi laaaa. Even hujan ka, panas terik ka. Tak payah la nak berangan. Mesti kena balik sendiri naik bas. Pernah satu masa tu aku demam, dapat MC 3 hari. So, call la mak kat rumah, suruh datang ambik, nak balik sendiri tak boleh, tak larat. Tapi mak aku boleh pulak suruh balik sendiri naik bas!! Terus terkesima dan temenangis kat Public phone. Tapi last-last mak suruh Kak Cah datang ambil jugak . Nasib baik laaa..


Adik aku sekarang? Hurm. Manja!! Sangat!! Pergi hostel ada orang hantar. Balik ada orang jemput. Tak penah langsung rasa naik bas. OK. Fine.


Aku dulu? Baju kalau pakai kat hostel, sebelum balik mesti basuh semua. Tak nak berat beg. Nanti kan nak kena usung naik bas. Kalau hari kamis tuh, kadang-kadang pukul 4 baru keluar hostel. Bagi selesai dulu hal-hal membasuh nie, lepas tu baru angkat beg cabut balik. Tapi tuh kadang-kadang la. Yang selalu-selalu. hehe. Bunyi je jam loceng pukul 2.15 petang terus balik hostel, angkat beg balik kapung, cepat-cepat cabut balik. Siap berlari-lari lagi. Yer la kalau jalan lambat-lambat nati bas terlepas, padan muka.


Adik aku sekarang? Wah wah. Baju jangan haraplah nak basuh kat hostel. Kalau terbasuh pun sebab dobi yang tiap-tiap bulan bayar berapa ringgit tuh tolong basuhkan. Bila time boleh outing hari Sabtu tuh, call mak ayah, suruh datang ambik. Nak balik basuh baju kat rumah guna washing machine. Nak mudah la konon. Yer la baju bebesen-besen tak basuh seminggu. Nak senang je tahu!!!


Aku dulu? Nak suruh mak ayah datang jengok di hujung minggu pun susah. Sekali dua jer kot tak salah aku sepanjang 2 tahun duduk kat Teknik A.S. Tu pun puas paksa-paksa suruh datang. Last-last datang la.


Adik aku sekarang? Semalam hantar balik asrama, dan semalam jugak siap pesan. Minggu depan datang melawat sambey buat muka kesian. Mak ayah aku apa lagi. Terus tergoda laa. Hurmm. Manja!! Manja!!


Aku dulu? Aku dulu boleh belajar ke tak boleh belajar ke kat asrama semua simpan dalam hati. Tak nak susahkan mak nak fikir itu ini. Memang sangat tak boleh belajar. Tapi pandai-pandai la cari alternative. Ponteng "Prep" ke sambey sedap tidor kat hostel. Pepandai la kan. Tapi alternative yang aku buat sume nye jahat-jahat dan tak pernah pun kantoi. "Perp" siang jangan harap la nak pergi. Memang tekejut la penghuni kelas kalau tengok ada bayang-bayang aku di waktu siang. Malam tu pulak. Ikot keberanian la. Kalau rasa hari tu macam nak kena penakot sikit, pergi la Prep. Tak duduk la kat port aku tuh. Nie macam nak excited nak story Port aku yang terbaik sekalo tuh. Ok. ok next entry. Habiskan entry nie dulu. huhu.


Adik aku sekarang? Tak nak cuba lagi dah menangis. Dulu, waktu form 1 duk asrama baru berapa hari, dah pandai, siap ugut lagi tak nak duk asrama, suruh datang ambik, kalau tak nak lari. Haha. Lucu laaa. Tapi boleh di maafkan la sebab form one.


Tapi aku form one dulu? hurm. Duduk asrama dengan bahagia gila. Geng dengan kakak-kakak form 5,4.. Sesama form nie jangan harap la kawan sangat kat hostel. Baik pun bila kat kelas dan waktu Prep. Lain-lain waktu, makan sembahyang semua dengan Kakak-kakak Si Otai Asrama. Haha. Memang aku pun kagum dengan diri sendiri macam mana boleh In dengan derang-derang tuh.





Semalam lepas nampak banyak gila kesenangan yang di taburkan dekat adik aku nie, aku pun dengan berani nya tanya la mak. "Kenapa dulu mak tak hantar muna p hostel?".. "Kenapa dulu mak tak melawat muna pun kat hostel?".. Hehe.. Terdiam jugak mak. Lama jugak dia nak jawab. Tapi nasib baik la mak boleh bagi jawapan yang not bad laa. Huhu. Macam nak mempertikaikan kasih sayang mak ayah pulak aku nie kan. Tak tak. Bukan itu tujuan aku.

Sebenarnya aku lagi suka mak ayah didik aku macam dulu. Pergi hostel sendiri, tak melawat, duit belanja pun cukup-cukup, segala masalah hostel simpan dalam diri je. Tak cerita-cerita. Serius. Aku suka. Sebab semua benda-benda macam gini lah buat aku lebih berdikari lagi. Kalau aku tak lalui semua susah payah nie mesti aku tak kuat macam sekarang.

Walaupun nampak macam tidak adil kelebihan yang diberi pada aku dan adik aku. Tapi tuh dulu. Zaman kereta pun ada satu, Zaman ayah sibuk ke sana ke sini, Zaman hidup pun tak mewah sangat . Jangan banding-banding Munawwarah. Tapi aku banding-banding bukan untuk nak pertikaikan kasih sayang ayah. Aku tahu mak ayah memang sangat adil dengan anak-anaknya. Aku banding-bandingkan sebab aku hairan kenapa adik aku tak boleh jadi macam aku. Aku boleh lalui semua-semua nie. Tapi dia. Hurmm.

Dah 6 bulan dia duduk hostel, hope dapat la teruskan untuk 1 tahun setengah lagi sampai habis SPM. Hope sangat. Jangan jadi macam dulu-dulu form 1. Duduk baru beberapa hari, kat hostel, lepas bayar yuran itu ini, terus cabut balik sekolah tepi rumah. Jangan!!

Dulu kakak-kakak aku selalu banding-banding zaman derang dengan aku, derang dapat yang tu je, tapi bila zaman aku, yang tu yang ini, semua nya dapat. Dan time nie, pandai pulak aku nak menjawab. Zaman tu hidup mak ayah baru nak bermula, hidup kena la jimat-jimat, sekarang dah selesa sikit, tak pa la kalau lebih sikit-sikit pun. Sekarang, cycle itu dah sampai kepada aku. Aku pulak nak mempertikaikan apa yang adik-adik aku dapat yang tak sama dengan aku. Tapi pertikaian nie bukan untuk membangkang keadilan yang mak ayah beri, tapi lebih kepada nak suruh adik-adik bukak mata. Sedar sikit yang kelebihan yang derang dapat lebih mewah dari apa yang aku rasai. dulu. So, bila dah dapat lebih tu, belajar pun kena lebih la dari aku. Ada paham!!



PdanS:Nak makan pulut durian lah hari nie!!! huhu. Bagai di surga sungguh kalau balik rumah.



Monday, June 14, 2010

Percutian yang sungguh menserononkan !!!

Setelah berbulan-bulan lamanya menrencanakan aktiviti ini. Ahirnya tercapai jugak hajat saya bersama 7 wonders berjalan-jalan ke melaka sambil menghadiri majlis perkahwinan rakan sekelas iaitu Kak Aida.


Mula-mula malam sebelum bertolak kami semua berkumpul di kediamai Puan Rogayah iaitu penaja hotel mewah di Setiawangsa. Di situ kami bermalam sambil menunggu ke esokkan harinya.



Photobucket
Peserta rombongan sekolah dengan sekali beg-beg yang bebungkus-bungkus. Memang banyak gila beg yang di bawak. Tapi lepas susuh-susun dan disumbat-sumbat. Nasib baik bontot JLM muat.




Photobucket
Bila dah habis bekemas, solek mana yang patut, kami pun bertolak la lebih kurang jam 8.45 pagi menaiki JLM yang sungguh sanggeh. Serius sanggeh weh, mana nak cari kat Malaysia nie kereta yang bila kita pasang aircond akan ada awan bekepul-kepul mensapa muka kita. Huish.. Kagum saya sampai rasa macam tak payah la pergi ke Genting lagi lepas nie, naik JLM pun dah rasa macam berada di Kota Keriangan dah!! So? Jemputlah naik JLM !!!




Photobucket
So ondaway perjalanan tuh, sambil mencuci mata kami juga melakukan aktiviti yang dapat mengkotor mulut sebab mencarut kepada pemandu-pemandu yang tak berhemah langsung memandu. Aktiviti mencuci mata?? Wow!! Semua orang teruja gila bila tengok PISANG bapok besar di Melaka. Serius, tak pernah tengok pun pisang yang saiz tuh. Lepas tu apa lagi, cerita pisang laa yang hangat berkumandang dalam JLM tuh. Sampai balik pun duk cerita pisang yang saiz XXXXXXXXL tuh. WOW. Masa depan kami semua pun menjadi sangat seram lepas tengok Pisang saiz tuh. Haha. Seram sebab berimiginasi yang bukan-bukan. Ok. Tak payah explain dengan lebih lanjut. Hahaha.




Photobucket
Bila dah sampai di Masjid Tanah, tempat pertama yang di tuju adalah Rumah Pengantin laaaa. Sampai-sampai terus terjah bilik pengantin. Puji itu ini secara berpatot je laaa. Tak de la lebih-lebih sangat . Rehat-rehat kejap sambil di jamu minuman berais dan bihun goreng.



Photobucket
Ambil gambar ber-5!! Sudah menjadi kemesti !!! Lepas tu culik pengantin sekejap suruh tunjuk kat mana chalet yang kami nak duduk tuh.




Photobucket
Dah selesai memporak-perandakan rumah pengantin, pergi la ke chalet yang di canang-canangkan murah itu. Ya!! chalet ini jugak bapak murah!!! Tak payah tanya berapa harga. Bila cuti sekolah dan weeked saja, Kuih telinga keling jugak mampu mencecah ke RM1 seketul. Inikan pula chalet yang 10 langkah saja boleh sampai pantai. So jangan banding harga chalet bila hari cuti dan hari berkerja. Sekian.

Belakang tuh gambar chalet yang kami duduk. Mmmmm. Boleh la. Bila siang panas gila dan malam sejuk nak mapuh. Ada katak dalam bilik air. Tapi jangan risau, sebab penyapu di sediakan dalam bilik itu. So dapat la halau katak dangan penyapu yang tinggal 5 helai saja lagi bilah-bilah dia.





Photobucket
Lepas sudah check in. Kami pun bersiap-siap untuk keluar ke Bandar Melaka la sambil perut rancak bermain lagu keroncong untuk Fatimah. Waktu ondaway nak pergi melaka tuh, mata memang menilau sana-sini duk cari kedai nak makan. Tapi sayangnya kanan kiri hutan. Apa yang ada kan...

Tiba-tiba.. Di tengah keheningan hutan kelapa sawet.. tiba-tibaaa... Kami ternampak kereta bersusun-susun berhenti di tepi jalan. Aikk?? Ada pesta sex ke dalam hutan kelapa sawet nie?? Setelah melihat signboard di tepi jalan itu yang tertera dengan tulisan rumi "Kampung Kelapa Sawet" saya dengan tiba-tiba juga laju mengarah Cik driver "Berhenti-berhenti. Kedai makan laaa"... Bila Stop saja kereta dan terus jadi jakun. Tengok kanan kiri depan belakang. Walaupun dalam hati risau gila takut kedai yang aku singgah nie adalah kedai bunian ke, mana taknya, tengah-tengah hutan kelapa sawet ada kedai makan cam gini. Sapa tak risau weh. Tapi apa kejadahnya, semua orang nampak kedai nie, lain la kalau aku sorang-sorang je nampak. Memang sangat pelik dan ajaib lah di situ. Haha





Photobucket
Lepas duduk beberapa ketika, Waiters pun datang nak ambil order. Aku?? terus terpandang GULAI KAWAH KAMBING !! wow. Terus menyapa kawan sebelah nak kongsi ke tak dengan saya? Macam banyak la pulak kalau nak melantak sorang-sorang. Rakan semeja yang lain terus mengoder makan-makan lain yang nampak seperti sangat mengujakan. Cendol pulut, Rojak ayam, Mee rebus, nasik ayam yang pinggan bapak besar, berdiameter mungkin 40cm barangkali. Alaa bayangkan saja pembaris panjang tuh.. haa!! pinggan tu laa.. Ke besar lagi sebanarnya... Eh cup. Lupa. Sebenarnya ada gambar pinggan besar tuh. huhu. Sila rujuk gambar di bawah.




Photobucket
Pinggan yang bersize XXXXXL nie. Agaknya semua benda di Melaka nie size dia dasyat-dasyat laa.. haha. Tapi kenapa orang-orang melaka kecik-kecik belaka??



Photobucket
Lepas habis makan, nak pergi basuh tangan tiba-tiba tengok ramai orang dok keliling kolam tepi tempat basuh tangan tuh. Aku pun apa lagi, menturut serta la menyaksikan keajaiban apakah itu? Bila tengok dalam kolam tuh! WOWW!! ada ikan yang gila bapak segala besar, lebih besar dari aku yang kecik molek nie. Haish. Kalau la jatuh dalam kolam nie. Kompem-kompem akan arwah dulu laa sebelum sempat di selamatkan.




Photobucket
Bila dah tiba Bandar Melaka, jangan la belagak cakap besar seperti "Alaa melaka nie kecik je, tak sesat punya" Sebab kompem nanti akan sesat dan kena pusing berkali-kali. Parking pun susah nak cari. Nasib baik la tuhan mempermudahkan segala urusan kami. Dapat la park JLM dekat dengan kawasan yang kami nak pergi berjalan-jalan tuh.




Photobucket
Tepi tempat parking ada sungai yang cantik dan nampak bersih tapi tak dah la sampai akan terjun mandi, kalau ada orang nak offer RM100 sekalipun, owh. Tak tak. Huhu. Selang beberapa saat akan ada bot besar yang bawak ramai penumpang. Pelancang barangkali.



Photobucket
Lepas tengok kawasan yang sangat cantik nie, kawan-kawan saya terus di paksa berposing. Nak ambil gambar. Mesti cantik kalau ambil gambar kawen kat sini.




Photobucket
Sahabat saya.




Photobucket
Jalan-jalan lagi dan nampak kincir angin. Tak bepusing pun. Mentipu betul.




Photobucket
Nie la jonker walk yang di sebut-sebutkan di KL lagi tuh. Nak pergi sini laa. Ada jual barang murah laa. Macam-macam laaa. Tapiii.... Hurmm. Hampeh... Nak cari segelas air yang di jual oleh orang melayu pun susah. Tak ada. Semua nya orang cina saja. Jumpa handbeg yang sangat menawan hati saja. Serius nak pergi lagi mau kasi angkat sama itu hand beg yang menawan itu.. Nak!!




Photobucket
Sini kedai dia pelik-pelik sikit. Sebab tu la boleh jumpa objek-objek yang sangat aneh macam nie.




Photobucket
Waktu ambil gambar nie aku sedang tenung patong tuh. Dalam hati risau gila kot-kot akan terbawak-bawak sampai dalam mimpi wajah kacak nie. Nasib baik tidur nyenyak tanpa sebarang gangguan mimpi aneh.




Photobucket
Di sebabkan ini belog saya, saya boleh sesuka hati la kan nak letak 10 keping gambar saya secara berseorang-seorang pun. So jangan banyak soal. Tengok saja.




Photobucket
Belakang nie ada bangunan apa tah. Apu pun tatau. Sebenarnya nak pergi ke bukit yang boleh panjat-panjat tuh yang bila dah sampai puncak boleh tengok bangunan lama dan tengok pemandangan seluruh Melaka. Tapi tak jumpa.




Photobucket
Kawan saya cakap macam bergambar di oversea. Hurmm. Ada jugak laaa.




Photobucket
Yang nie?? Oversea jugak ke?? Sebab ada orang cina lepak belakang tuh, boleh la kalau nak kata konon-konon sedang bercuti di China...



Photobucket
Nie dalam bangunan merah yang besar gedabak tuh. Kami tak naik sampai habis. Penat. da tak larat nak jalan lagi.



Photobucket
Lepas tu berhenti la beristirehat sekejap. Lepak di atas GuardRail. Ceh ceh. Setelah berpraktikel selama 6 bulan di PLUS dah boleh sebut perabot-perabot jalan dengan confident dan bangganya. Haha.



Photobucket
Letih. Serius. Time nie teringat tilam dan bantal jee. Nak landing.




Photobucket
Last-last sebelum belah, ada jugak gambar kami berlima kat Bandar melaka nie. Tu pun lama gila dok usha orang sana sini nak suruh ambil gambar, banyak jumpa orang cina saja.





Photobucket
Cantik bangunan-bangunan kat sini. Tak hairan la kenapa Irine Mercello boleh posing di kawasan-kawasan yang cantik di melaka nie. Memang semua bangunan kat sini lama-lama dan terjaga lagi.




Photobucket
On daway balik, walaupun badan letih macam baru balik berperang, tapi mata tetap segar menilau di sana sini, lalu nampaklah kereta bersusun-susun tepi jalan dan ramai orang perpusu-pusu menyerbu 1 kedai nie. Aku pun apa pagi.. Secara tiba-tiba. "Nak stop tak? nak stop tak" sambil tangan laju mempulas stereng kereta walaupun soalan belum lagi sempat di jawab oleh sahabat handal. Sori yaa. Bila saya driver, destinasi anda adalah di tentukan oleh saya. Jangan melawan. Haha.



Photobucket
Serius sedap gila coconut shake Kelebang nie. Terindu-rindu lagi sampai sekarang. Tak hairanla ada banyak kereta-kereta mewah yang parking tepi jalan macam jalan tuh bapak derang yang punya semata-mata nak beli coconut shake nie. Hurmmm...




Photobucket
Lepas menerusakan perjalanan beberapa menet.. Tiba-tiba... banyak sungguh benda-benda suspen kali nie yer.. hehe.. Tiba-tiba.. Eh. Kenapa tak tahu sekarang musim durian. Banyak gila durian tepi jalan. So apa lagi. Saya selaku pemusing stereng, terus memusing sesuka hati di mana-mana kedai yang nampak ada jual durian dengan harga yang murah.




Photobucket
Melantak durian seraca beramai-ramai di gerai tepi jalan sambil berebut-berebut bila jumpa isi durian yang paling kecik sekali adalah perkara yang sangat indah dan sangat susah untuk di lupakan.




Photobucket
Nikmat gila durian kampung yang aku makan nie. Terima kasih tuhan untuk rezeki hari ini.
Selasai menjamah durian, terus pulang ke chalet dan berjanji dalam diri masing-masing tak akan singgah mana-mana lagi lepas nie. Dah banyak sangat kedai yang di terjah.

Sampai chalet mandi dan siap-siap untuk ke rumah pengantin sebab malam nie ada majlis berinai. Kawan saya jadi pengapin. So tak boleh la nak bagi alasan kalau tak nak pergi nak jalan-jalan melaka lagi. Hehe. Lagi pun semua orang dah penat. Tak nak jalan dah.





Photobucket
Dalam pukul 8 malam kot tak salah aku, kami pun bergerak la ke rumah pengantin. Sampai-sampai sana pengantin dah pun siap solek dan segala bagai lagi tuh. Siap dengan tanduk-tanduk rusa pun dah tepacak atas kepala. Sian pengantin, mengadu kat kami-kami nie, berat katanya, tak larat nak bawak.. hahah..




Photobucket
Bergambar kenangan sebelum majlis berinai bermula..





Photobucket
Sebelum nie aku ingat kan majlis berinai nie majlis pakai-pakai inai jer, rupa-rupanya majlis bersanding dowh.. haha.. Sangat lah meriah majlis nie. Siap ada bunga api kat langit kat tanah. Selang 2 langkah kena bagi laluan kepada bunga api yang nak meletup. Alamatnya memang lama la perjalanan pengantin-pengantin nie nak berjalan masuk rumah.



Photobucket
Nie bunga api yang di tembak atas langit. Dah serupa sambut new year dah.



Photobucket
Lepas sanding-sanding, salam-salam... Sesi bergambar pun bermula.. Lepas tuh lepak-lepak kejap sambil buat aktiviti kerahan tenaga iaitu memasukkan makanan dalan goodies beg untuk di beri kepada tetamu keesok harinya. Sambil tenaga di kerah, bergosip-gosip dengan makcik-makcik kat situ. Orang mati laa... yang nu.. Sampai la kerja pun dah siap dan mata bagai di stem-stem kan. Kami pun balik la ke chalet dan terus tidooooooooooo.

Sebelum tidor berjanji temu dengan kawan-kawan, esok lepas subuh kita mandi laut yerr... Tak payah tidur dah afetr subuh.. dan bila esok nya tibaa....




Photobucket
....bila tiba esoknya, huhu. Biasa la orang melayu akan setia kepada janji-janji melayunya. Lepas subuh tidor balik. Mengantuk weh, semalam penat bejalan sana sini. Dalam jam 8 lebih-lebih kot baru lah di kejutkan oleh rakan yang sungguh berdisiplin. Tak tidor lepas subuh. Tengok tivi. Sanggup tuh.. huhu..



Photobucket
Tapi laut kat sini agak menseramkan jugak la sebab baru jalan 3 langkah dah boleh rasa kecuraman kat dasar dia. Wow. Kami tak berani nak pergi mandi jejauh.




Photobucket
Duduk tepi gigi ayer saja.. Dari kejauhan kami telah nampak ada objek yang sedang terapung di tepi laut!! ada BANANA boat lah kawan-kawan!! Jom naek!!. Apa lagi, berjalan lenggang kangkong lah kami ke sana. Terus jumpa dengan Incik driver Banana Boat. Kena bayar sorang RM8. Boleh laa. Sebelum naik siap pesan ke Incik driver Banana Boat tuh. Nanti bila last kami nak ada pusing-pusing bagi jatuh. Tapi nak bagi jatuh kat tempat paling tepi sekali.

Nak di jadikan cerita, bila dah habis di bawak keliling laut dengan Banana Boat tuh, sampai la ke tempat permulaan di mana tempat kami menaiki Banana Boat tu la.. Lepas tu Incik Boat tu memulakan tanggungjawab dia untuk menjatuhkan kami di dalam laut. Nak sangat. Haa!! Hambek kau. Jatuh sungguh. Waktu tuh semua orang bagai menghadapi sakaratul maut. Serius wey, semua nya terjerit-jerit sampai adik si pembantu Banana Boat tuh, cuba menenang kan kami "Relax kak, relax" Macam mana nak relax kaki tak jejak bumi, terkapai-kapai kelemasan. Walau pun sedang pakai safety jacket, bendalah tu langsung tak membantu. Semua masih terjerit-jerit lagi. Haha.

Incik Banana Boat tuh dah macam cuak tatau nak baut apa-apa sebab kami langsung tak pandai nak berenang walaupun ada safety jacket dan pantai hanya lebih kurang 10 meter saja lagi. Dia terus memandu boat dia perlahan lahan ke arah kami dah cuba mengutip kami yang sedang bertaburan atas bermukaan laut tuh. Semua orang pun memautkan tangan dekat besi-besi tepi boat tuh, dan kami pun di serat sampai la ke kawasan yang mana kaki dah boleh jejak laut dan boleh jalan sendiri. Haha. Time di seret tuh yang tak tahan. Dah serupa pendatang tanpa izin yang sedang di bawa ke daratan dah. haha. Lepas tu orang kat situ ramai gila, siap ada gerai makan lagi. Semua nya dok kalut perati kami-kami. Tapi tak pa. Lantak kau laa.. Bukan nak jumpa dah pun lepas nie.. haha..


Moral of the Story :

Jangan belagak nak suruh bagi jatuh dah lepas nie kalau naik banana boat di kawasan pantai yang berlaut dalam.

Lepas tu Jangan berpaut pada rakan yang berbadan paling besar walaupun konon-konon rakan itu boleh di jadikan pelampung bila sedang lemas dalam lautan dan kepala terantuk dengan air waktu jatuh. Jangan sesekali yer. Sebab perkara seumpama itu mampu membuatkan rakan yang berbadan besar itu menangis. Dah tak cool. Hahaha.




Photobucket
Dah penat terjerit sana sini, tenaga pun berkurangan la. Duit balance naik banana boat tadi masih banyak. So, membeli lah sarapan pagi di tepi laut tuh. Best jugak bekelah-bekelah cam gini.



Photobucket
Nasik lemak yang paling enak hanya boleh di nikmati bila makan nasik secara berkongsi-kongsi dengan kuantiti nasik amatlah sedikit. Sorang 3,4 suap pun jadi laa. Walaupun sekadar mengalas perut, tapi kepuasan tuh ditahap maksimum. Serius !

Lepas habis bermandi manda, pulang ke chalet. Terus mandi dan berisap-siap nak check out dan terus meuju ke rumah pengantin.





Photobucket
Sampai kat rumah pengantin. Menjamu selera dulu. Lauk sedap-sedap belaka.



Photobucket
Lepas habis menjamu selera. Melepak lah bersama-masa kaum-kaum makcik tua. Besembang itu ini. Bagi petua macam mana nak cepat kawen. Huhu...




Photobucket
Lepak-lepak sambil berposing di setiap sudut rumah. Nanti kan nak upload dalam FB.





Photobucket
Gambar solo saya. Serius masik terbayang hand beg di Jonker Walk tuh. Mesti cantik kalau di match dengan kebaya biru nie. Uwaaaaa....




Photobucket
Bergambar kenangan bersama Kak Baiti. Kak baiti nie clasmate kami, bulan 9 nie dia nak kawen. Dia la yang bagi petua kat kami-kami macam mana nak bagi cepat kawen. Dia cakap kena simpan daun sirih yang hantaran orang kawen tuh. Ambil la sehelai 2. Kawan dia ada buat dan lepas tu terus dapat jodoh. Kami-kami apa lagi, terus cari hantaran dan menselinap la daun sirih sorang sehelai. Huhu.




Photobucket
Sebab dah bosan sangat duk kat luar, kami pun terjah la bilik pengantin. Masuk dalam tuh, makandam baru je selesai makeup pengantin. Boleh la kalau kami nak perfoya-foya dalam bilik tuh. Ambil gambar di sana sini. Posing orang kawen la. Segala bagai.



Photobucket
Lepas tu ambil gambar beramai-ramai dengan pengantin sebab kejap lagi derang nak keluar berarak dan bersanding, makan lagi. Mungkin tak sempat dah nak ambil gambar ramai-ramai cam gini.





Photobucket
Kemudian sesi berposing solo-solo bersama pengantin.



Photobucket
Nieh time menepung tawar. Tapi bunga rampai lupa nak sediankan. So salam-salam je la..




Photobucket
Last sekali. Ambil gambar beramai-ramai bersama pengantin.





Photobucket
My 7 wonders. Lagi 2 di Ireland. Bila la nak balik yer...





Photobucket
Last sekali bergambar bersama-sama classmate yang lain yang terut sama memeriahkan majlis nie. Lepas nie turn pengantin atas nie pulak la kot. hehe






PdanS: Gilaa bapak segala panjang entry kali nie. Dah lama tak update. Sekali update haa!! Hambek kau. Baca, tidor, baca, mandi, baca, makan dan baca balik pun belum tentu habis. Ceh, perasan sungguh. Hahaha. Lepas upload gambar dan view balik baru perasan yang gambar sangat lah besar sehingga melimpah ruah ke ruang-ruang yang lain. Haha. Excited punya pasal nak tunjuk gambar.