❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 25, 2010

Yang saya suka..

Hari ini berperasaan mahu mengSharing beberapa perkara yang i suka.

Orang cakap ”Sharing is Loving”.

Sapa tak nak loving-loving dengan i pi men jajauh.

Syoh syoh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Walopon saya suka Swift, insyaallah saya tak akan membelinya kerana mahal weh, kalau mampu pun, insyaallah tak beli jugak, baik derma duit-duit yang lebih tu kejalan kebaikan or bagi ke mak ayah or adik beradik yang dalam kesusahan.

Walopon saya suka ZA secara banyak-banyak, insyaallah saya tak akan mengahwininya sekalipun beliau melamar saya, sebab saya akan berkahwin dengan orang biasa-biasa saja tapi di mata saya sangat luar biasa!!

Walopon saya suka Kuala Lumpur, insyaallah saya berdoa semoga rezeki saya lebih mencurah-curah di Kedah. Di kedah mungkin tak berboros sangat, mungkin tak bejalan sana sini sangat. Mungkin laa hahaha.. Tah-tah bejalan lagi jauh. Austrulia nuh, suping kat Bandung! Tahniah.

Walopon saya suka nasik ayam, insyaallah tabiat ini akan berahir jugak, sebab saya macam suka nasik berianie pulak. hahaha. Nasik beriani di Saba Restoren kat Cyberjaya sangat sedap. Dekat Tangkak pun sedap. Mana lagi nasik beriani yang sedap?? Tolong senaraikan!!

Walopon saya suka shawl sekarang, insyaallah di suatu hari nanti saya berharap semoga akan suka tudung yang lebih menutup aurat saya.

Walopon saya sangat suka berfesyen, insyaallah di suatu hari nanti saya berharap semoga akan mendapat suami yang akan menegur salah dan silap saya dalam berpakaiaan dan sentiasa membimbing saya ke jalan yang benar.

Walopon saya suka Merah secara WOW, insyaallah, nikah saya baju kaler putih. Hik hik. Pelamim pun putih, hik hik. Bilik pun nak Putih jugak. Tapi baju kawen kaler merah. Songkek. Nyum nyum..

Walopon saya suka mengambil gambar, insyaallah, saya tidak akan menukar kos dengan tiba-tiba dari civil ke photographer. Photographer hanya hobi di masa lapang. Tapi, kan bagus kalau apa yang kita suka itu adalah kerjaya kita.

Walopon saya suka sangat bersuping kasut, shawl dan Shawl lagi, baju, handbeg dan segala bagai, insyaallah dengan kesedaran yang ada, saya mampu lagi mengkikis napsu amarah itu. Serius. Selalu nak kedekut dalam berbelanja. Nampak saja macam "wow, borosnye wanita ini". Tapi realiti nya saya saja yang tahu.

Walopon saya macam dah kering idea nak senarai kan apa lagi yang saya suka, insyaallah saya akan perah otak jugak mencari isi-isi yang boleh di tulis.

Walopon saya suka Facebook secara medalam, insyaallah saya sentisa berdoa, semoga suatu hari nanti Facebook akan rosak dan segala kerja-kerja saya yang tertangguh boleh berjalan seperti sedia kala. Tapi boleh keFacebook rosak? Begemana tuh?

Walopon saya kelihatan macam gedix gila nak kawen, insyaallah lambat lagi, sebab saya nak kawen dengan duit saya, sekarang keje pon tak dak, lagi mau kawen ka? dan saya masih lagi dalam fasa mengenali hati budi. Ceh. Jawapan artis. Jawapan ZA bila kena gosip. Lalala.
.
.
Walopon saya suka memasak puding dan makan puding secara dasyat sekali, insyaallah, ujung minggu nie hobi lama itu akan menjelma semula
.
.
Walopon saya suka makan dengan begitu tidak sedar diri sejak ahir-ahir ini, insyaallah, saya akan stop tabiat itu bila ketumpatan saya mencapai tahap tepu!! wow. Begemana tuh?
.
.
Walopon saya suka menulis belog, tapi saya rasa sekarang saya kena berhenti, dah waktu lunch la weh.. Jom. Jom. Makan..
.
.
.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
.
.
PdanS: Lalalalala. Sangat mensuka hati sekarang nie.

Hurm... Tiada lagi tempat bersosial lepas nie..



Apa? Tak nampak??
OK. OK.
Sat.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nah!!
Hambek kau










Tahniah di ucapkan.

Haha.

Hari tu mintak sangat.

Kenapa la Plus tak Block FB. Haha.

Tahniah-tahniah.

Rasa macam nak buat kenduri kesyukuran atas hajat saya yang dah di kabulkan ini.

Jom!! Nasik Ayam di Chicken Rice Shop seroud!

I banja. Jom-jom.





PdanS: Esok mula mengsalai kulet lagi. Seminggu. Hadoi. Takpa laa, janji tak duk office. Boleh keluar. Melaka -> Batu Pahat -> JB... Ouchhh.. i loike..

Saturday, April 24, 2010

Dikala Incik Busan betenggek di sisi..

Bosan.
k
k
lalalalalala
k
k
Bosan lagi.
k
k
lalalalalala
k
k
Pun bosan jugak.
k
k
k
k
Jom jual Lala lah..
k
k
Lalaaaaa
k
k
Lalaaaaa
k
k
Beli skilo pecuma 3kilo + Blackberry.
k
k
Lalaaaa
k
k
Lalaaaa
k
k

Tuesday, April 20, 2010

Nikmat Dunia

Hidangan breakfast i di pagi ahad, skali dengan makan tengah hari, dan minum petang pun makan nie jugak. Serius weh, sangat sedap ooo. Sebab tu beli belungguk-lungguk sampai tak payah masak nasik tengah hari tuh. Nasik baik tak ada anak kecik dan suami yang besar, kalau tak mati kebuluran lah insan-insan tersayang nie. Haha.





Sangat sedap. Sumpah! See.. gadis kecil ini pun semacam teruja bila melihat. Bila merasa apa tah lagi. I yang makan 4 hari lepas, sampai hari nie terngiang-ngiang lagi kesedapan dia. Tangan pun tak hilang lagi bau diaa. Tidor malam termimpi-mimpi lagi. Popia enak owh Popia enak datanglah kepada kuuu...ku menseru..




Hadoi. Anak kecil sapa nie?




PdanS: Bila mau hari ahad lagi????


Monday, April 19, 2010

Just nak share....

Ingin cantik menawan

Ingin rasa di mengorat bila jalan di mana-mana

Ok teruskan membaca



Nak cantik macam Fara????

Nak comel macam budak kecik ini???
Jemput la baca

Kehadapan sesapa yang mempakai tudung sebab tuhan suruh tutup aurat bukan sebab tudung sekarang lawa-lawa, boleh teruskan membaca. Tapi kalau dia pakai tudung sebab nak tutup aurat dan dalam masa yang sama dia nak begaya juga boleh terus membaca. Tapi kalau dia tak pakai tudung tapi dia sangat suka bila tengok isteri dia menutup aurat sambil berlawa-lawa boleh jugak.


Hey, Munawwarah boleh tak terus ke isi penting, dah pening da orang baca yat keling kamu!


Okeh! Di tengah hari yang sejuk gila bagai berada di Winter, I nak berkongsi dengan anda-anda sekalian satu blog yang ada jual anak tudung syiria yang segak-segak semua dan harga-harga di sangat lah murah.


Pegi la tengok cepat, pas tu beli, jangan bagi alasan “Saya tak sesuai la tudung gini, muka saya booolaaat” “Pakwe tak bagi la dia cakap hodoh”..


Pedajal kan alasan itu sume. Susungguhnya anda kan kelihatan lebih segak dan amat menawan sekali bila anda perasan diri anda cantek. So, p beli tudung tu, pakai. Tayang kat pakwe dan lepas tu clash!! Haha..






PdanS: Wow.. sajuk wow hari nie.. I dah letih dah dok ulang alik p pantry bagi stimkan muka..

Saturday, April 17, 2010

Ada apa dengan NASIK AYAM?

Dulu i selalu macam sangat pelik

Kenapa la ada orang suka nasik ayam?

Macam dah habis makanan ke nak minat?

Lepas tu selalu macam pandang serong pada spisis nie.

Eeeeee.. tolong la minat menda lain yang lebes bersetail

Pizza ke, McD ke, Nasik Goreng Pataya ke




Tapi, semua tu dulu.

Sekarang nie i tak pelik dah dengan kejadian-kejadian macam tuh

Dan mungkin sekarang nie orang pulak yang nak pelik dengan i !

Lunch nasik ayam!

Dinner nasik ayam!

Next day Nasik Ayam!

Buang tebiat ke apa?

Nak mati dah kot?

Hahaha..

Jangan weh.

Mengsukai nasik ayam bukan tanda-tanda nak mati kan?

Hahaha..



Tapi memang serius la weh,

Sangat mengsukai nasik ayam

Nasib baek muka tak macam ayam!

Kalau muka bules jadi macam ayam alamatnya...

Kesian la kepada penggemar-penggemar babi panggang.

Hidung tepenyek jee sentiasa...

Dah tak dak orang nak suka..

Hahaha...



Seingat i last i buat nasik ayam time form 2.

Tu la yang 1st dan yang last buat masa nie.

Tapi tak jadik yang last kot sebab i becita-cita nak menghidangkan nasik ayam kepada husband i bila dah kawen kelak.

Mati la dia, menu pagi, tengah hari, petang, malam, sama ja, NASIK AYAM

hahaha..

Lepas tu lama kelamaan kami pun berpakat untuk menternak ayam sebelah rumah sebab letih woo nak ulang alik p market beli ayam segar.

Lalu jiran sebelah pun menjadi sangat iri hati kepada kami kerana kami berjaya menternak ayam dengan gemuk dan sihatnya.

Bagi menggumbira kan hati mereka dan mengkikis rasa iri hati itu, kami telah mengsedekah seekor ayam jantan dan betina kepada mereka

Mereka sangat gumbira dan terus tidak iri hati dah

Malah mereka telah memasak nasik ayam dan menghatar kepada kami pula.

Setiap hari pulak tuh sehingga saya selaku isteri solelah tak perlu lagi memasak nasik ayam untuk di makan setiap hari.

Lama-kelamaan baru lah kami tahu yang jiran itu jugak mengsukai nasik ayam secara sangat-sangat sama seperti kami.

Patot la mereka sangat iri hati bila tak dapat ayam gemuk

Begitulah cerita nya sepasang suami isteri yang berjaya dan sangat berhati mulia!!!

hahahahaha...

Mungkin nama entri nie kena ubah

Bukan lagi "Ada apa dengan nasik ayam"

Tapi "Sepasang Suami Isteri yang menternak Ayam dengan jayanya"







Wajah-wajah gumbira sebab bejaya buat nasik ayam waktu form tu dulu..
Sedap ooo nasik ayam group i..






Antara kejadian-kejadian petang tadi

Menikmati Nasik Ayam di Gerai Kak Siti




Izzat busuk yang merajuk nak makan roti.
Orang len makan nasik ayam dia dok kalut nak roti.
Langsung tak pandai menghargai nikmat dunia




Syimah jongang.
Muka baru lepas menangis.




Husna Gumuk!!
Sangat kagum dengan selara makan beliau yang kalah orang tak jumpa nasik 2 minggu.





PdanS : Sesapa tahu kat mana lagi tempat nasik ayam yang paling sedap di dunia tolong roger-roger i tauu..

Friday, April 16, 2010

Entri kosang dan sangat tak berguna.

Wah.. bosan tahap gaban..

Okeh. Mari menulis.

Eh cup-cup. Tak payah menulis.

Mari menType. Lalala

Hari nie hari Sabtu.

Mean hujung minggu?

Eh kenapa aku kat rumah?

Kenapa tak dalam kereta sedang menuju ke Mall-mall yang canggeh di ibu kota.

Wah. Ajaib.







Hari nie hari sabtu

Penghuni rumah

Aku, Husna Gumuk, Syimah Jongang dan Izzat Busuk

Mak sibuk pergi bekemah sana sini

Ayah hilang tah kemana







Hari nie hari Sabtu

Mean esok hari Ahad

Bila hari ahad ada pasar pagi Or Kabut di Shah Alam

Wah Kabut???

Popia enak berkirm di sukai ramai!!!

Kompem dan sangat wajib untuk ke sana esok!!

Ok Jupa di sanaaaa!!!







Hari nie hari sabtu

Bermakna semalam hari Jumaat

Sapa cakap semalam hari Ahad jemput berjumpa dengan Hasyimah Jongang

Pakar pengkira hari







Hari nie hari Sabtu??

Bila nak ke Hari-hari nie??

Nak beli seluar kerja yang nampak macam mewah dan mahal padahal RM 9.90 JERR..







Hari nie hari Sabtu

Hari esok siapa yang tahu







Hari nie hari Sabtu

Saya dah busan tahap Hantuuuu...






PdanS : Malam nie ke berparty BabiBeratur!!!


Wednesday, April 14, 2010

Jumpa BOB Lokman !!!

Semalam waktu menderive balik dari keja dengar radio. Lepas tu ada la sorang pendengar tu call radio hot. Derang dok sembang pasal ape tah. Tapi yang i ingat last-last tu ada cakap pasal BOB. Eh nie bukan BOB Lokman tau. Bukan Bob yang kawan anda tuh. Nie BOB kawan dia. Anda kompem tak kenal.

Tapi last-last dia dok berChit-chat tu ada la sedikit info yang I dapat. Memang la i tau kalo orang gemuk panggil BOB tapi tatau dari mana asal bob tu datangnya. Semalam baru i tau yang BOB tu mean Badan Orang Besar. Cepat la cakap "owhhhh…." Info nie..hahaha..

Tapi i rasa kalau orang tu badan busuk pun boleh judgak panggil BOB- Badan Orang Busuk. Kan.

Kalau macam tengah bengang tahap gaban dan rasa macam nak mensarot yang bukan-bukan tapi dalam nada yang orang tu tak paham pun belus panggil BOB- (Beruk owh Beruk)

Atau kemarahan kat seseorang dah tahap gaban dan iman kurang boleh jugak panggil BOB- (Babi Owh Babi)..haha..

Saja kan nak bagi tambah dosa. Mentang-mentang hari nie tak posa, lepas tu suka hati nak ajak orang mensarot yang bukan-bukan. Bagus.Bagus.

Tapikan ada sedikti kemushkilan, kenapa kita akan terasa sangat jahat dan jahil berkali-kali bila sebut bab1 tapi bila sebut anjing? Biasa jer, Padahal anjing dan bab1 adalah 2 binatang yang sama darjatnya, Tidak boleh disentuh, kalau sentuh kena samak.

Eh sebenarnya I tak berapa pasti hokum dia, yang tahu Haram untuk Memakannya. Untuk menyentuh sat-sat i nak Tanya Puan Google. Mungkin dia ada jawaban. Ceh tanya Puan Google, macam la segala maklumat dia betul. Sepatut nya tanya la mana-mana Ustaz yang handal dalam bab agama.. aiiiyyoo..

Hokeh-hokeh Puan Google dah dapat. Dia cakap nie dari jakim punya jawaban.


Soalan




Jawapan

Apakah hukum menyentuh binatang yang haram dimakan (babi dan anjing) sama ada untuk tujuan belajar (contohnya doktor haiwan) atau tidak sengaja menyentuhnya?

Harus menyentuh babi dan anjing dengan tujuan untu membuat kajian, penyelidikan dan pembelejaran
.







PdanS: Tapi macam mana hukum menyentuh kucing yang di susukan oleh anjing. Kena samak tak? Haaa!! Ade ke kes macam nie? Haha.

Monday, April 12, 2010

Mari membebel untuk diri sendiri.

Tak sukanya dengan kehidupan sekarang Mari melihat keserabutan apa yang sadang saya alami sekarang ini. Kalau tak nak serabut sekali tak payah baca laaa. P men jauh-jauh.


KESERABUTAN PERTAMA

BerLI sambil bosan dan sangat kurang kerja, lebih teruk lagi bila mengenangkan masa LI yang lambat lagi nak habis. 18 June hokeh. Lepas tu lecture mintak semua riput dan buku log dihantar pada 30 april nie. Lepas antar repot-repot tu, LI still tak habis lagi. Kena datang lagi sambil menganga selama 1 bulan 18 hari sambil rasa macam sangat tak ada paedah datang berLI selapas segala repot dan buku log di hantar! Rasa macam lebih baik pergi kerja kedai henset selama 1 bulan 18 hari. Boleh jugak dapat gaji banyak walaupun tak dak la banyak sangat macam dah berkerja betul-betul. At least mungkin akan banyak lagi dari alaun LI nie.

KESERABUTAN KEDUA

Memikirkan masa depan nak jadi apa. Nak jadi macam-macam. Tapi malas nak hantar resume. Tak sukanya bergelar Fresh gradute. Nak mitak kerja susah. Orang tamau. Nak expireince 5 nam tahun. Haishhh. Nak jadi bini orang la senang. Duk rumah je. Boleh men masak-masak. Men beranak-beranak. Lagi bahagia. Cepat la masuk minang wahai lelaki yang bernama jodoh saya.

KESERABUTAN KETIGA

Jugak dengan wang saku yang tinggal sekangkang kera. Alaun pulak kompen 24 nie baru masuk. Nak bayar tol, minya, makan tengah hari. Cukup ke sampai 24 nie. Hadoi.

KESERABUTAN KEEMPAT

Kenapa kena antar riput sewaktu tengah-tangah berLI. Jadi apa guna masa-masa lebih yang 1 bulan 18 hari lagi tuh. Saya dah letih berulang alik ke tempat kerja. Minyak lagi. Nak makan lagi. Kan bagus kalau Li tamat sampai hujung bulan nie saja. Saya nak cari kerja lain. Tak kesah la kerja tu basuh pinggan kat kantin sekolah sekali pun. Sekurang-kurang tak payah habiskan duit alaun yang tak seberapa tu bayar minyak, tol, makan lagi. Plus rasa bosan sangat bila datang kerja. tak da apa menda nak buat. Sebenarnye buang bill electrik kat sini je, datang bukan buat ape, facebook, faceboook, sampai saya dah bosan dengan facebook.. haishh.

KESERABUTAN KELIMA

25-30 april nie kena pergi southern. Seminggu. Lepas tu repot kena antar 30 april. Macam mana tuh. Dari sekarang lagi dah kena pulun buat. Kalau tak, lambat la aku post repot tuh. Haishhhhhhh. Kenapa la kena antar 30 nie. Bukan pada 18june. Mushkil betul saya. Tahu, mesti management akan jawab, nie semua untuk process permarkahan, kena buat awal-awal, kalau semua markah dah key in means, management dah boleh settle kan untuk urusan nak Grad pulak. Konvo kan bulan 8 or 9 or 10 macam tu la. So nanti boleh la pergi konvo. Kan. Kan. dah tahu dah jawapannyer. So kenapa tak buat LI 4 bulan sudah la. Habis 4 bulan hantar repot. Student boleh cari kerja lain. Boleh hidup dengan gaji dan bukan alaun yang sedikit. Langsung tak membebankan student bila fikir pasal duit nie.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isi penting yang dapat kita lihat dari KESERABUTAN ini, "Saya dah letih BerLI" KESERABUTAN KEDUA KETIGA hanyalah tokot tambah je bagi menampakkan yang saya begitu serabut sekali walopun sekarang nie memang sangatlah serabut.Keserabutan ini mungkin tidak akan terjadi kalau saya berLI dengan bahagia, ada kerja, ada gaji. Kan...

Sekian. Terima kasih kerana membaca. Jadi doa-doalah semoga di buka pintu hati pihak management UMP untuk tiba-tiba menghantar surat ke company dan menyatakan student UMP boleh berhenti LI bila-bila dia suka lepas 30 april nie. Atau anda-anda boleh juga berdoa supaya SV saya dengan bermurah hati membenarkan saya belah dari sini selapas 30 April nie.
Sekian. Terima kasih kerana membaca. Jadi doa-doalah semoga di buka pintu hati pihak menagement UMP untuk tiba-tiba menghantar surat ke company dan menyatakan student UMP boleh berhenti LI bila-bila dia suka lepas 30 april nie. Atau anda-anda boleh juga berdoa supaya SV saya dengan bermurah hati membenarkan saya belah dari sini selapas 30 April nie.
PdanS: Semuga keajaiban berlaku dan semoga tuhan mempermudahkan segala urusan saya dan memurahkan segala rezeki saya. Aminnn.

Sunday, April 11, 2010

Bunyi SMS hari nie...

SITUASI PERTAMA

Terjadi kepada pemilik JLM**** dan BGU**** ketika jam 7 lebih-lebih di kala BGU sedang enak dibuai lena lagi..



JLM berSMS : Mokteh. Saye gerak dari rumah pukul lapan deh. Sampai lam kul 8.30

BGU berSMS :
Ok. Jupe kat parking

JLM berSMS :Orait



setibanya di tempat dijanji kan, maka bersusun-susunlah dan berduyun-duyunlah kereta bagai lembu pulang ke reban, ayam pulang ke kandang.

JLM di belakang, dan BGU di depan. Menilau-nilau mencari parking.


BGU berSMS :Haha. Cam ne nie. Td ingt nk belok kanan kat sna bnyk kosong. last2 ada pagar. haha

JLM berSMS :
Haha.. Klu ley kua kete kua la ek? Parking lua mau? Tepi2 jln.

BGU berSMS :
Okeh


15 menet kemudian

Tiba-tiba JLM hilang dipandangan mata


BGU berSMS : kamu saye dah belok kanan tadi

JLM berSMS : ~~~~tiada jawaban~~~~~


Setengah jam kemudian. Setengah jam ok. Bukan setengah menet!!


JLM berSMS : Celcom saye xde bateri. Kamu dh parking?

BGU berSMS :Saye dah fucking. Kamu di mana?





SITUASI KEDUA


Pemilik BGU menumpang kerete JLM untuk ke Sunway Pyramid, sambil berjanji temu dengan pemilik kereta lain WHL kot (ammpun pemilik.i x hapai no plate kete u, huhu)

Lalu bergeraklah seiringan kedua-dua pacuan itu.

Seperti biasa setelah beberapa menet pasti salah satu pacuan akan kabur dipandangan mata.

Selang 15 minit



WHL berSMS : Nak jumpe kat mana nie?

JLM berSMS :
kite orang tak dapat fcuking lagi nie. Korang pegi la kat mana2


setelah menilau ke atas ke bawah ke atas ke bawah dan keatas pula dengan mengambil masa 15 menet

Barulah berjaya menemui fcuking



SITUASI KETIGA

Mencari tempat membayar fcuking. Owh tak payah cerita. Nie sangat la serabut dan buleh pening kalau sesapa yang membaca. Telan penadol 4 biji pun belum tentu akan pulih sepenuhnya.



SITUASI KEEMPAT

Di pintu keluar kawasan fcuking.

JLM cuba memasukkan kad fcuking ke dalam mesen konon canggeh itu. Tapi degil nak mampus kad itu. Kenapa perlu memakan masa 5 menet, padalah pemilik pacuan lain hanya perlukan 5 saat sahaja okeh





PdanS :
Walaupun perbuatan parking dan fucking adalah amat berbeda sekali, tapi hari nie, selepas beberapa kejadian yang kurang menselerakan, anggap je lah sama kan.....